Saturday, April 30, 2011

Kita Bagi, Kita Dapat Yang Lebih Baik. Kan? Kan? Kan?


Assalamualaikum. 

Sahabat aku disini mahupun disana.
Aku nak berpesan satu perkara.
Kita mesti ingat yang apa yang kita ada.
Bukan milik kita sahaja.
Ada hak untuk orang lain juga.

Faham kan pesan diatas? Kalau begitu baguslah kerana post kali ini ringkas sahaja. Buat pengubat rindu kalian diluar sana. Hee~ Oleh sebab itu, melalui pesan diatas, redha sajalah dengan apa yang berlaku. Jika sesuatu benda dah ada dalam genggaman kita tapi sudah tertulis benda itu bukan rezeki kita, kita tetap tak dapat memilikinya dan begitu juga sebaliknya. Betul tak kawan-kawan? 

Kegembiraan hakiki yang kita dapat bukan hanya jika kita berjaya memiliki sesuatu tetapi apabila kita dapat melihat insan lain tersenyum gembira. Itu sudah cukup kan? Sungguh DIA Maha Melihat, Memahami, Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Pengorbanan kita kebahagiaan mereka. Jadi usah takut membuat pengorbanan kerana pasti ada nikmat disebaliknya. Walaupun pengorbanan yang kita lakukan tidaklah sebesar mana =)

Memberi barang yang kita sangat sayang kepada orang lain. Satu pengorbanan juga kan? Mungkin Allah akan menggantikannya dengan barang yang lebih baik. Siapa tahu? Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih indah! Buat sahabat, La Tahzan ^_^


Maaf, ini bukan entry jiwang

Saturday, April 23, 2011

Sekadar Di Persinggahan


Assalamualaikum. Pada tarikh 19.4.2011 bersamaan dengan hari Selasa, seorang hamba Allah telah meninggalkan dunia ini menemui sang Penciptanya. Sedang aku mengayuh basikal nak pergi sekolah, ternampak sebuah van jenazah masuk ke dalam kawasan perkuburan. Dekat situ ramai orang. Aku pandang van jenazah tuh, perasaan sedih tiba-tiba pula datang. Sempat aku sedekahkan Al-Fatihah dalam hati.

Aku kayuh basikal perlahan-lahan, dalam fikiran masih memikirkan perkara yang sama. Aku sedar yang aku kini hanya di persinggahan. Aku juga pasti akan kembali menemui Pencipta aku iaitu Allah SWT. Kadang kala aku terlalu leka dengan dunia sehinggakan aku lupa, di dunia ini hanya tempat persinggahan aku. Tempat aku yang kekal ialah di akhirat sana. 

Entah bila masa aku yer? Mungkin esok atau lusa. Aku hanya perlu bersedia kerana 'dia' datang tanpa khabar berita. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Cuma yang aku risau, sudah cukupkah bekalan aku untuk dibawa ke sana? Allah.

Al-Hafiz Al-Hakimi dalam sebuah syairnya mengatakan:

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI

"Dimana kamu berada, pasti mati akan mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat." 
(Surah An-Nisaa' ayat 78)

Saturday, April 16, 2011

Hidup ada pilihan, bersedia untuk memilih.


Assalamualaikum. Setiap wanita ingin cantik dan mahu menjadi cantik. Kecantikan dan wanita terlalu susah nak dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Betulkah? Apa-apa aje lah! Malah dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk sentiasa berpakaian kemas dan bersih.

Ini dibuktikan dengan satu kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Meh sini aku cerita dekat kamu semua yer! Ketika Rasulullah SAW bersiap-siap dengan kemas untuk bertemu dengan Uthman bin Affan, Rasulullah bersiap lebih dari biasa. Ini telah membuatkan sahabat baginda pelik lalu mereka pun bertanya akan perilaku baginda, lantas Rasulullah menjawab:

"Ini kerana aku ingin bertemu dengan sahabatku Uthman, sedangkan Uthman sangat kemas orangnya."

Hurmm terasa pedih hati dengan agenda orang kafir dalam merendahkan martabat seorang muslimah dan kita sendiri kalah dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan dilihat cantik oleh orang lain. 

Sangat sedih apabila sesetengah wanita merendahkan martabat agama hanya kerana ingin dilihat sebagai up-to-date, seksi, hots dan sebagainya, hanya kerana luaran mereka. Hanya sebab tu aje! Apalah gunanya kalau kita maju dari segi luaran tapi dari sudut pemikiran kita kolot?

Ada seorang budak pernah cakap dekat aku (aku panggil dia Adik), waktu aku bawa dia pergi jalan-jalan dekat taman. Dia cakap macam nih dekat aku sambil mata dia terarah dekat seorang perempuan.

"Kak Shiqah, kenapa perempuan tuh pakai baju ketat, kan perempuan tak boleh pakai baju ketat. Ibu kata nanti dosa." 

"Adik nanti bila dah besar, jangan pakai macam tuh tau. Allah marah. Adik taknak Allah marah kan?"

"Taknak!"

Itu sahaja yang aku boleh cakap dekat dia. Nak terangkan panjang-panjang nanti dia tak faham pula kan? Dia kan masih kanak-kanak lagi. Tapi melalui cerita nih aku terfikir, budak-budak pun boleh berfikir macam tu. Kita yang dah besar panjang ni macam mana pula? Kenapa masih melakukan perkara yang tak betul sedangkan apa yang kita buat tuh sudah terang-terangan salah di sisi Islam? 

Hidup ni ada pilihan. Kita cuma perlu bersedia untuk memilih. Kita sudah diajar dan sekarang terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang baik atau sebaliknya. Cuba kita lihat gambar dibawah, yang mana satu menjadi pilihan kita? Orang yang macam mana kita nak jadi ^_^




Pilihan Di Tangan Anda, Pilihlah Dengan Bijak! :)

-------------------------------------------------------------------------------
Kecantikan seorang wanita itu tak terletak pada rupa parasnya yang cantik, pakaian seksi yang dia pakai tetapi kecantikan seorang wanita terletak pada bagaimana dia menjaga diri dengan mengikut apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya disamping dihiasi dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang sopan. Menuju ke arah muslimah solehah menjadi impiannya. Impian aku juga :)
------------------------------------------------------------------------------

Saturday, April 9, 2011

Yang Jahat Tak Semestinya Jahat Sentiasa, Yang Baik Tak Semestinya Baik Selamanya!


Assalamualaikum. Dah baca tajuk atas tuh? Ok inilah topik yang akan aku tulis untuk kali ini. Yang jahat tak semestinya jahat selamanya dan yang baik tak semestinya baik selamanya. Betul tak? Setiap manusia berubah mengikut peredaran masa. Ada orang berubah ke arah kebaikan dan ada orang berubah ke arah sebaliknya. Kalau hari nih dia jahat, mungkin esok dia baik? Kalau hari nih dia baik, mungkin esok dia berubah? Perangai manusia memang tak boleh dijangka. Siapa tahu kan?

Manusia mana yang tak pernah membuat kesilapan? Masyarakat sekarang bila seseorang tuh buat kesalahan, mereka pasti akan memandang hina tapi bila orang tuh dah bertaubat, mereka juga akan turut mengata. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Sepatutnya sebagai masyarakat yang bijak, kita sepatutnya menyokong dan memberi dorongan kepada orang tersebut kerana mereka mempunyai niat untuk berubah dan mereka ingin berubah menjadi insan yang lebih baik. Nak tahu, mungkin orang yang hisap dadah dulu, lebih baik daripada kamu sekarang. Mungkin orang kamu hina bagai nak rak dulu menjadi orang yang lebih mulia daripada kamu. Tiada apa yang mustahil jika Allah inginkan perkara itu berlaku. Cuba fikir yer kalau benda yang serupa jadi dekat saudara kita sendiri, adakah tindakan yang serupa akan diambil? Fikir-fikirkanlah.

Orang yang baik tak semestinya akan baik untuk selamanya. Mana tahu tiba-tiba hati dia berubah? Takutkan kalau perkara macam gitu terjadi? Aku pun seram kalau perkara itu terjadi kepada aku. Oleh sebab itu, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya hati aku tetap berada dalam landasanNya. Bila selesai solat, aku selalu amalkan doa/ayat dibawah daripada Surah Ali-Imran ayat 8. Bagus juga untuk korang amalkan.

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB 

Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Kurnia).

Sebelum aku mengakhiri post aku kali ini, aku nak pesan, jangan sesekali memandang rendah terhadap orang dibawah kita dulu kerana tidak mustahil dia berada di atas kita sekarang dan siapa tahu dialah insan yang akan menghulurkan bantuan apabila kita ditimpa kesusahan kelak. Itu saja, selamat malam dan selamat hujung minggu. Assalamualaikum ^_^

Sunday, April 3, 2011

Selamanya !


Jikalau tiada tanah, bagaimana bunga mahu berkembang mekar?
Jikalau tiada bola, bagaimana permainan bola sepak mahu sempurna?
Jikalau tiada hati, bagaimana mahu rasa?
Jikalau tiada cinta,bagaimana rindu mahu berbunga?
Jikalau tiada muzik, bagaimana lagu boleh dicipta?
Jikalau tiada awak, lengkapkah hidup saya?

Sahabat,
Kita berkongsi rasa.
Kita sentiasa bersama.
Namun itu kisah dulu.
Sebelum kau pergi tinggalkan aku.

Sahabat,
Kadang-kadang kau merajuk.
Aku buat tak endah.
Kadang-kadang kau marah.
Aku buat kau lagi marah.
Kadang-kadang kau manja.
Aku kata kau mengada-ngada.
Tapi sekarang kau takda.
Apa yang aku boleh buat?

Sahabat,
Kini kau sudah tiada.
Tapi tidak aku lupa memori kita bersama.
Kau pergi tinggalkan kenangan.
Buat penawar di kala aku kerinduan.
Namun mengapa hati aku masih rindu?

Sahabat,
Kau memang mengajar aku erti rindu.
Rindu yang tiada penghujungnya..

Selamanya.

Dahi Berlapik Ketika Sujud


Assalamualaikum. Hal ni sering terjadi kepada pelajar perempuan di sekolah aku. Waktu nak solat, pakai telekung dengan tudung sekali. Serlup je. Maka dengan itu, adalah suara yang akan terpekik-pekik, kelepetkan hujung tudung tuh sikit! Yerlah kalau tudung tuh ke depan sangat, bila sujud dahi kita akan berlapik dengan tudung tuh sekaligus dahi kita tak menyentuh sejadah. Tapi apa masalahnya kan? Nak tau, jom baca nih!

Persoalan: 

Sahkah solat jika sewaktu kita sujud, dahi kita tertutup dengan telekung atau songkok yang dipakai menyebabkan ia (dahi) tidak menyentuh sejadah.

Jawapan: 

Sujud dengan dahi tertutup akan menyebabkan solat kita tidak sah. Dahi adalah salah satu daripada anggota sujud yang wajib dibuka.

Penjelasan: 

Seorang perempuan hendaklah mengawal telekung semasa sujud terutama jika angin bertiup kuat. Begitu juga dengan lelaki, memakai songkok atau serban janganlah sampai menghalang dahi daripada mencecah sejadah. Dahi hendaklah terbuka dan menyentuh sejadah.

Saturday, April 2, 2011

Analisis Markah Periksa Aku


Assalamualaikum. Berikut adalah markah untuk peperiksaan aku bulan lepas.

KHB - 88
SEJ - 86
PAI - 82
GEO - 80
SN - 78
BM - 70
MT - 50
BI - 45
PSV - 68

SN - Kertas ni buat aku tension sepanjang cikgu semak jawapan! Hahaha. Kalau lagi satu soalan aku betul, dapatlah A. Ada satu soalan ni memang aku jawab betul tapi masalahnya aku tanda dekat kertas soalan betul, dekat kertas OMR salah. Kalau tak aku dapat 80! Tension kot. Huh! Itu bahagian objektif. Bahagian subjektif aku cuai! Cikgu nak response aku buat penerangan kepada response tuh! Hilang 4 markah. Kalau tak aku dapat 78+++! Arghhh memang kuciwa. Huhuhu.

MT - Macam mana aku nak bagi hebat Math? Abang sulung aku hebat math dan otak dia memang mantap bila berhadapan dengan kira-kira nih. Macam mana aku nak kasi hebat macam dia? Buat banyak latihan, itulah jawapan yang aku selalu dengar tapi bila aku buat latihan je dan bila aku tak dapat jawab satu soalan nih terus aku buat benda lain. Apalah aku nih, bukan nak terus mencuba! Haihhh.

BI - Aku main-main je waktu buat BI. Otak aku waktu tuh pening giler sebab baru habis jawab kertas math. So, BI pun kena tempias sekali. Last-last hambik kau shiqah! Ini first time BI dapat markah macam nih! Keh3 bangga aku. Huhuhu tipu je. Aku tak bangga langsung. Wawawa~


Maka dengan itu, aku mendapat sebanyak:

Ikut Gred KRK - 4A, 2B, 1D, 1 failed.
Ikut Gred Biasa - 5A, 1B, 2C.

Mak aku kata kena usaha lebih lagi!
Baik Bos! Saya akan berusaha!! :)

Alhamdulillah, ok la nih! Baru ujian kan. 
Pertengahan aku buat sehabis boleh! 
USAHA TANGGA KEJAYAAN! 
Chaiyok!! :D

Itulah analisis markah ujian aku yang memang patut dibakar!
Muahahaha!! (otak dah mereng)

Sebenarnya aku tengah tension nih.
Hurmmm sedih kot.
Huhuhuhu