Thursday, November 24, 2011

Isteri Solehah Itu...

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan
senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu,
apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan
menjaga hartamu."

Isteri solehah itu amat bernilai buat suami yang soleh. Dialah penyejuk mata buat sang suami yang melihatnya. Dialah penawar buat hati sang suami yang keresahan dan kegusaran. Dialah penajam fikiran buat si suami yang buntu berfikir di pertengahan jalan. Isteri solehah itu pelengkap buat suami yang soleh. Terkadang si suami lupa, dialah yang mengingatkan kembali. Tingkah lakunya yang penuh keibuan, tersirat penuh ilmu buat sang suami untuk disimpan. Kadangkala pandangan si suami kabur, dialah yang memperjelas dan membuat pandangan itu semakin teguh. Apabila suami ragu-ragu membuat keputusan, dialah wanita yang membantu menetapkan pendirian. Apabila suami memberi nasihat, isteri solehah menjadikannya sebagai pakaian, elok terletak di luaran dan dalaman. Isteri solehah itu, apabila sang suami kesepian dan kedukaan, dialah yang menghibur dan menggembirakan. Apabila si suami silap perlakuan, dialah yang membetulkan. Isteri solehah itu ibarat tongkat buat si buta, kehilangannnya membuatkan si buta teraba-raba mencari jalan. Isteri solehah itu umpama sayap kiri seorang lelaki, jika si lelaki iaitu sayap kanan hampir terjatuh maka sayap kiri itu berhak meneguhkan kedudukannya. (^_^)

Khas buat wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin. Semoga menjadi isteri solehah di dunia dan akhirat ;)

7 comments:

Unknown said...

comei je gamba tu

isteri solehah..hurm

Inibelongeqa said...

Nice info..
Isteri soleheh? insyallah ~ Ammin (:

Just Mini Love said...

berharap menjadi isteri yg solehah kelak..insyaALLAH.. :)

Inibelongeqa said...

Salam. Bole Eqa share entry ni kt fb dan Blog? Jgn risau, Eqa akn kreditkan Blog ni (:

Cik_Shiqah said...

iffah: :)

darl eqa: wassalam. boleh, ambiklah :)

ieyza: insyaAllah, boleh :)

Ardini Humaira said...

semoga kita menjadi isteri yang solehah, amin
:')

Cik_Shiqah said...

ardini humaira: amin.. :)

mizuki chan: ^_^