Sunday, January 29, 2012

Better Late Than Never But Never Late Is Better. It Is Right?


Perbualan Malam Tadi


"Baguskan kalau orang yang dulu banyak melakukan kemungkaran kini kembali ke pangkal jalan. Mungkin dia akan menjadi insan yang lebih baik daripada kita. Berkali ganda baiknya. Subhanallah. Better late than never kan?" Luah aku pada seorang sahabat aku di pusat tusyen tadi.


"Better late than never but never late is better. I think." Balas dia.


"Memang tak pernah lambat itu lebih baik, malah sangat baik tapi ada ke orang tak pernah lambat?" Tanya aku pelik.


"Mungkin ada jika dia diberi ajaran yang secukupnya." Jawab dia tenang, yakin.


Aku senyum lalu membalas, "Mungkin ada dan mungkin tiada tapi dalam kehidupan ini pasti ada saja yang terlambat. Sebagai contoh, terlambat pergi kuliah. lambat menunaikan solat (lengah-lengahkan), terlambat nak siapkan kerja dan macam-macam lagi. Walaupun benda tu mereka dah tahu dan selalu lakukan tapi mereka tetap lambat. Nah! Sama la juga macam sesetengah manusia ni. Walaupun sejak kecil mereka diajar mengenali Allah, mereka diajar solat tapi kenapa ada juga yang masih lambat untuk lakukan perkara tersebut? Kenapa mereka taknak lakukan perkara tersebut sedangkan mereka sudah diajar? Jawapannya, sebab semua pekerjaan yang kita lakukan sama ada mahu atau tidak, bergantung kepada hati dan hati memang selalu terlambat. Lambat untuk sedar hakikat perasaannya sendiri."


"Maknanya semua orang pernah terlambat?" Soal dia.


"Mungkin. Sebab tu kita tak boleh memandang rendah kepada orang yang terlambat, kerana kita juga pernah terlambat dahulu. Sama ada sedar atau tak sedar. Tapi sebagai seorang insan, jangan terus terlambat kerana kita masih punya waktu. Gunakan waktu yang ada untuk mengejar kembali apa yang kita terlepas akibat kelewatan kita. Rugi jika manusia terus terlambat dalam meniti kehidupan di dunia yang hanya sementara ini kerana hidupnya manusia di dunia adalah untuk mengumpul dan meraih markah kebaikan buat kehidupan di akhirat kelak. Kehidupan di dunia dan akhirat itu umpama ujian di sekolah, siapa yang dapat markah tinggi maka dialah yang akan berjaya!"


"Tapi kita boleh aje mengelakkan diri untuk tidak terlambat kan?" Soal dia lagi.


"InsyaAllah boleh. Sentiasa mengingati mati. Kalau kita selalu ingat mati, kita takkan terlambat untuk buat amalan yang baik. Malah kita juga akan menggunakan masa dengan sebaiknya untuk beribadah banyak-banyak padaNya buat bekalan di sana nanti. Orang yang bijak, dia akan menggunakan masa dengan sebaiknya. Kadang-kadang semasa dia berjalan, bermain dan beriadah bersama kawan-kawan, pahalanya sentiasa berjalan seiring dengan aktiviti yang dilakukan. Hebat kan?" Tersenyum memandang dia.


"Ada yer macam tuh? Tapi macam mana?" Tanya dia bersungguh-sungguh.


"Sewaktu dia berjalan, mungkin dia ada ternampak sebuah batu besar di tengah-tengah jalan, jalan yang dilalui ramai orang. Lalu dia angkat batu besar tersebut dan letakkannya di tepi jalan. Nah! Dia dah dapat pahala sebab dah membuang perkara yang menyakiti di jalan. Semasa dia bermain, dia bermain dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menjadi ketua yang baik dan semasa beriadah dengan kawan-kawan, seringkali dia mengeluarkan tutur kata yang berhikmah. Hah! Dapat pahala lagi. Semasa dia keluar, dia sering melakukan perkara yang bermanfaat buat orang lain. Pahala, pahala dan pahala. Allahu Akhbar." 


Dia senyum. "Wah bestnya! Pahala sangat mudah diperoleh kan tapi ramai manusia yang memilih untuk melakukan dosa. Hakikat zaman sekarang."


"Itu maknanya mereka sedang terlambat. Doakan saja mereka berubah hati dan bangun untuk mengejar pahala. Jangan berhenti doakan mereka, untuk kebaikan di dunia dan juga akhirat paling penting. Walaupun tiada hubungan darah dengan mereka semua tapi mereka kan saudara seislam kita." Balas aku.


"InsyaAllah. Betul tuh! Lagipun, mereka semua masih punya waktu kan?" Tanya dia sambil senyum sambil memandang aku.


"Yup!" Aku senyum lagi.



Tuesday, January 24, 2012

Hebatnya Kisah Cinta Mereka


Cinta. Hebatnya rasa cinta itu buat mereka yang pandai menjaganya. Terharu bila membaca kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah. Perancangan Allah itu paling baik buat hambaNya dan Allah sudah lama merancang hal-hal berkenaan ajal, maut, jodoh dan pertemuan. 


Terharu baca ;

Kata Rasulullah SAW, "Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah 'Azza Wa Jalla sebenarnya sudah terlebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!"

Subhanallah!


Walaupun perasaan cinta itu tidak terucap, tapi Dia Maha Mengetahui apa yang ada di hati kita, dan Dia juga yang tahu apa yang terbaik untuk kita.


Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti Saidina Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.


Dalam suatu riwayat dikisahkan bahawa suatu hari Fatimah berkata kepada Ali,

"Maafkan aku kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda."

Ali terkejut dan berkata, "Jikalau begitu mengapakan engkau mahu bernikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?"

Sambil tersenyum Fatimah berkata, "Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu."


Hebatnya kisah cinta mereka. Cinta yang memang sudah lama ditentukan oleh Allah, terikat dan terjalin bersama barakah dah rahmatNya. Allahu Akhbar.

Friday, January 13, 2012

Kita Dituntut Memilih Sebaiknya Kerana Dengan Pilihan Itulah Yang Akan Menentukan Kemana Hala Tuju Kita Selepas Ini

Assalamualaikum. Sebenarnya aku tiada apa nak diceritakan. Cuma nak kongsikan sedikit sedutan dari buku yang aku sedang baca sekarang, Indahnya Kematian. Sedutan mengenai 'Membuat Pilihan.'




'"Perjalanan hidup sentiasa mengetengahkan pilihan-pilihan. Sebagai manusia berakal dan beragama, kita dituntut memilih sebaiknya. Kematian sepatutnya mengingatkan kita pentingnya memilih dengan betul. Kemampuan memilih dengan baik membentuk peribadi yang sentiasa berfikir panjang. Dalam hal ini, agama menjadi jambatan untuk kita memahami hakikat kehidupan dan kematian." (Bisri M. Djaelani, Indahnya Kematian)


Betul tuh! Pilihan di tangan kita. Kalau kita nak buat kebaikan, kita akan usaha untuk melaksanakannya hinggalah akhirnya kita berjaya buat apa yang kita mahu. Contohnya, kita nak ubah sikap yang malas solat kepada rajin solat. Kita yang tentukan bila kita hendak ubah dan satu sikap yang perlu dibuang jauh-jauh semasa hendak melakukan perubahan ialah sikap BERTANGGUH. 


Amalan yang baik, yang diredhai Allah, yang semua orang suka janganlah tangguh-tangguhkan untuk laksanakannya. Jika selalu tangguh dan tangguh, maka lambatlah nak menjadi ataupun yang paling mengecewakan mungkin terus tak menjadi. (Selalunya beginilah yang terjadi kepada orang yang suka bertangguh. Jadi, tolong buang sikap itu jauh-jauh.)


Itu sahaja perkongsian pada hari ini yer dan semoga bermanfaat. Ada masa kita jumpa lagi. Jaga diri, jaga iman, Assalamualaikum :)

**********

Sekarang dah ada dua blog! *tepuk-tepuk tangan macam Adam* Kalau agak-agak hati ini nak bermadah, blog yang lagi satu akan menjadi mangsa. :D Hari ini kawan tanya kenapa url blog baru cahaya-pencinta. Jawapan? Sebab itulah maksud nama aku. Hoho~

Semalam.

Ustaz: Siapa nama .................... ni?

Aku: *angkat tangan*

Ustaz: Cantik nama. Lembut je. Tengah bercinta dengan siapa pun saya tak tahu. *senyum-senyum sambil pandang aku*

Aku: ????? 

Dalam hati, fikir ustaz nak puji nama aku je. (Hidup harus husnuzon!) Tak boleh tahan, semua bantai gelak dalam kelas lepas ustaz cakap macam tu. Amboi, amboi suka ek korang. Huhuhu~

Tuesday, January 3, 2012

If Tomorrow Never Come

Here, we will live. Later.

Assalamualaikum. Lately, I'm really occupied with something. Not really in to study or work but something that really hinders me from writing. I want to share many many things with the readers outside there or those who happen to came suddenly to my blog but unfortunately, I'm unable to do so during this short period of time. Life is short. Many people say that. Some says that we need to enjoy our life to the fullest but is it right to say so?


Do we have to enjoy everything up to the limit without considering the boundaries that had been stipulated by Allah? What will happen if we just postpone and postpone every good deeds that we intend to do in the name of Allah and finally we discover that there are no more tomorrow for us?


Nothing can stop me or others from preventing this to happen. Our mission in this world will be consider as accomplish even though it might be not so fully accomplish as what we suppose to do according to the Quran and Sunnah. 


If I'm not mistaken, yesterday 7 peoples passed away in an accident. I do not remember where the incident occurred and today, several students from India are involved in an accident and some of them die. All this incidence reminds me of something. Day by day we are approaching our dateline. Unfortunately, we never know when, where and how is the dateline will come. Is it tomorrow, the day after or is it a few second from now. We never know. It is destined by Allah and we could only pray that our ending will be in a good way.


Just remember that the dateline will come and if so happen, there will no more tomorrow for us. May Allah bless all of us! InsyaAllah, amin.

Allahumma ahyina biiman waamitna bil iman washurna bil iman waad khilnal jannata maal iman. Allahummagh firlana bihusnil khotimah wala tahtim a'laina bisuil khotimah. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

CS: Sila abaikan kesalahan grammar dan sebagainya, Huhu.

Sunday, January 1, 2012

Mulakan Tahun Baru Dengan Dosa Dan Maksiat? Astaghfirullahalazim!

Moga tindakan ini yang diambil oleh semua pihak
di tahun yang serba baru ini. Jom sama-sama memperbaharui
akhlak, hati, iman, dan niat ke arah yang lebih baik.
Strive for mardhatillah!

Tahun baru menjelang lagi.
Aku sangat kesal disini.
Melihat aksi manusia yang bersorak sana-sini.
Berseronok tanpa memikirkan dosa yang akan diperolehi.

Di dataran yang dipenuhi manusia.
Aku pandang dengan riak tidak percaya.
Umat Islam berseronok sebegitu rupa.
Lelaki dan wanita pergaulannya tidak terjaga.
Lagu kuat dipasang mencacatkan suasana.
Para wanita terkinja-kinja.
Lelaki perempuan menari-nari suka.
Semuanya porak-peranda!

Semuanya berseronok hingga lupa diri.
Sampai hilang rasa takut pada Ilahi.
Azab dunia dan akhirat terus dilupai.
Syaitan laknat terus menjajahi hati.

Mengapa semua harus begini?
Mana perginya akhlak insani?
Mana hilangnya agama di hati?
Mana terbangnya budi pekerti islami?

Sedarlah wahai manusia.
Hidup di dunia ini hanya sementara.
Mengapa perlu disambut tahun baru dengan dosa.
Mengapa perlu ditambah lagi dosa noda yang sedia ada.
Bukankah sudah berazam mahu menjadi lebih baik sikapnya.

Sedarlah wahai manusia.
Dunia ini sudah semakin tua.
Mungkin saja malam ini kamu soronok ketawa.
Tapi keesokan harinya kamu lihat semua menangis duka.
Waktu itu menyesal pun dah tiada guna.

Sedarlah wahai manusia.
Kita hanya menumpang saja di dunia.
Dunia ini milik Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Jika kamu ingin mengimarahkan dunia dengan dosa.
Pergilah hidup di planet yang lainnya!


CS: Malas nak ulas panjang-panjang. Tengok saja di stesen-stesen televisyen. Amat menyedihkan melihat situasi sebegitu. Manusia-manusia. Hurmmmmm~


Dan aku sangat suka yang ini!
Tahniah kepada semua yang terlibat :)