Assalamualaikum. Dalam post yang dulu, aku ada cerita pasal interview kerja sementara dekat kilang tu kan dan resultnya aku tak dapat pun kerja tu. Sebab katanya aku ni tak cukup umur, masih 17 tahun. Umur mestilah 18 tahun tepat mengikut tarikh lahir. Ok serius sangat frust time tu sebab aku dah penat-penat datang dekat tempat interview daripada pagi, duduk dekat situ selama 4 jam, dah siap isi borang dan tiba-tiba terus kena halau macam gitu aje. Sedih+Geram rasa!
Hakikatnya, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tak semestinya semua perancangan aku akan berjaya. Kalau Allah kata aku tak dapat kerja tu, tak dapat juga. Kalau bukan sebab faktor umur, aku tak akan dapat kerja tu sebab faktor lain. So, aku redha.
Dan hari ni, aku terima panggilan daripada sebuah pasaraya mengatakan bahawa aku telah diterima bekerja! Alhamdulillah :) Dan aku akan start kerja, esok! Gajinya boleh tahan, lebih daripada cukup untuk aku buat lesen. Perancangan Allah itu seratus peratus lebih baik dan memang terbaik!
Perbandingan kerja kilang:
- 12 jam berdiri dan hanya boleh rehat time solat dan waktu rehat.
- Kena keluar rumah pukul 5 pagi sebab bas kilang ambil pekerja pukul 5:15 pagi. Solat subuh di surau kilang.
- Sangat jauh daripada rumah.
- Ikut syif, kena kerja malam dan kena kerja siang.
- Lebih Penat.
- Susah nak uruskan makan minum anak-anak bulus aku.
- Banyak warga asing. Isu keselamatan disitu.
Perbandingan kerja pasaraya:
- Kerja 9 jam. Masuk pukul 10 pagi, habis kerja pukul 7 malam.
- Dekat dengan rumah. 10 minit naik motor dah sampai.
- Penat sikit aje.
- Time rehat, boleh balik rumah.
- Boleh uruskan makan minum anak-anak bulus aku. Tak payah nak suruh mak aku buat sebab mak aku sibuk jaga cucu.
- Ramai orang yang aku kenal sebab aku selalu pergi beli barang dekat situ.
Nampak tak betapa indahnya percaturan Allah? Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab Allah dah permudahkan semua urusan aku. Yang penting kalau Allah tak beri apa yang kita rancangkan, kita kena sentiasa bersangka baik dengan DIA sebab DIA nak beri yang terbaik buat kita. Sabar, jangan putus asa dan terus berdoa. Nanti kau akan nampak hikmahnya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ilaliqa' :)
NotaKaki: Doakan semuanya berjalan dengan lancar esok! ^^ In shaa Allah, blog ini akan kekal aktif. Hehehe mana boleh tinggal macam tu aje oiii :D