Sunday, September 17, 2017

Vet Welcoming Week 2017

Assalamualaikum. Jika post terdahulu aku berada di Penang tetapi sekarang aku sedang menaip di Kelantan. Yezza dah hampir nak masuk dua minggu aku berada di bumi Kelantan ini. Negeri yang akan didiami selama 5 tahun, In shaa Allah. Tolong doakan aku berjaya dalam pengajian disini! Mana tahu ada doa salah seorang pembaca blog ni makbul :)

So firstly, Minggu Mesra Mahasiswa (3M) telah dilalui dengan jayanya. Walaupun berkejaran dengan masa selama 5hari tapi pengalaman yang dapat tu mahal. 

Minggu 3M

Ok done first part! And the second part is Vet Welcoming Week, one event that has been organised by DVM4. It is special for us as first year student of Doctor of Veterinary Medicine. Yeayy! :D Secara keseluruhan, sememangnya minggu ni diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang best2 la kan. Sejujurnya aku enjoy la dengan setiap aktiviti terutamanya Explorace and Treasure Hunt yang diadakan di Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.


Team Ostrich awsome!
Wefie with my lovely housemate before the activity start :P

Finally, malam tu kami ada dinner berjemaah. Makanan sedap, Alhamdulillah! After that, it is show time! Yezza, each team must present their talent and I am really enjoying that night because it is so funny and make me laugh so hard. Sorry guys! :D It is a big success to our team too because we were able to bring our drama in the glory path. Big applause to all group members! :)


Naib Juara. Yeayyy!! :D

Ok ini betul2 last part. Taking a picture with housemates but not everyone in there. Three people missing in action. Mimi is sick and cannot join us while Lye and Alli just go home and have a holiday with their family. Hope this family will gather with all group members :)
'

Housemates!

Vet Welcoming Week is a big success to me and I really enjoyed it to the max. So, let me put down my hand and see you later because my eyes cannot open anymore. I just wanna go to sleep ;)


Friday, August 18, 2017

JANGAN LUPA!


Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita hari ni. Baiklah, sebenarnya post sebelum ni dan yang sedang aku tulis ni, hanya menggunakan handphone vivo jer. Sangat selesa untuk berblogging. Hehe 😁

Sememangnya banyak dugaan dalam kehidupan. Perjalanan hidup kita ni tak pernah lancar. Pasti ada jer sesuatu yang akan buat kita terhenti dalam perjalanan. Buat kita lelah mental dan fizikal. Tapi untuk apa semua tu? Supaya kita kuat, matang dan sentiasa bersyukur.

Aku tahu. Perjalanan hidup aku ni ramai insan-insan yang membantu untuk meringankan beban. Pertolongan insan-insan ini akan aku kenang sampai bila-bila. 

Pernah tak kau rasa, kau dah buntu sangat nak cari solution untuk masalah kau, tiba-tiba ada tangan yang hulurkan bantuan dan pap! Masalah kau selesai. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas jasa orang-orang sekelilng aku. Betullah, Allah pasti menghantar pertolongan tepat pada masanya. Allah menolong hambaNya ini dengan menghantar insan-insan disekeliling aku. Alhamdulillah 😢

Terima kasih family (Mak, Abah, Abang2 dan Kakak) serta insan-insan yang hebat hati dan pekertinya kerana banyak membantu untuk memudahkan urusan aku. Mereka semua bertungkus lumus untuk aku. I'm touched and sad at the same time 😢

Harapan mereka semua hanya mahu lihat aku berjaya dan banggakan mak, abah serta seluruh keluarga. In shaa Allah, akan aku tunaikan harapan itu. Moga Allah beri kekuatan supaya aku dapat laksanakannya! May Allah ease my journey, aaminn 😊

Oleh sebab itu juga aku sering berkata pada diri sendiri, "Kau disini kerana usaha orang sekeliling kau untuk lihat kau berjaya. Kau kena laksanakan! Jangan pernah lupa semua tu dan jangan main-main. Balas pertolongan mereka dengan kejayaan kau yang paling besar!"

Aku makin bersemangat, rajin dan bersungguh-sungguh sebab semua ni! Lets do this, Shiqah! 💪💪💪💪

Tulusly,
Cik Shiqah 💞