Assalamualaikum. Setiap wanita ingin cantik dan mahu menjadi cantik. Kecantikan dan wanita terlalu susah nak dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Betulkah? Apa-apa aje lah! Malah dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk sentiasa berpakaian kemas dan bersih.
Ini dibuktikan dengan satu kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Meh sini aku cerita dekat kamu semua yer! Ketika Rasulullah SAW bersiap-siap dengan kemas untuk bertemu dengan Uthman bin Affan, Rasulullah bersiap lebih dari biasa. Ini telah membuatkan sahabat baginda pelik lalu mereka pun bertanya akan perilaku baginda, lantas Rasulullah menjawab:
"Ini kerana aku ingin bertemu dengan sahabatku Uthman, sedangkan Uthman sangat kemas orangnya."
Hurmm terasa pedih hati dengan agenda orang kafir dalam merendahkan martabat seorang muslimah dan kita sendiri kalah dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan dilihat cantik oleh orang lain.
Sangat sedih apabila sesetengah wanita merendahkan martabat agama hanya kerana ingin dilihat sebagai up-to-date, seksi, hots dan sebagainya, hanya kerana luaran mereka. Hanya sebab tu aje! Apalah gunanya kalau kita maju dari segi luaran tapi dari sudut pemikiran kita kolot?
Ada seorang budak pernah cakap dekat aku (aku panggil dia Adik), waktu aku bawa dia pergi jalan-jalan dekat taman. Dia cakap macam nih dekat aku sambil mata dia terarah dekat seorang perempuan.
"Kak Shiqah, kenapa perempuan tuh pakai baju ketat, kan perempuan tak boleh pakai baju ketat. Ibu kata nanti dosa."
"Adik nanti bila dah besar, jangan pakai macam tuh tau. Allah marah. Adik taknak Allah marah kan?"
"Taknak!"
Itu sahaja yang aku boleh cakap dekat dia. Nak terangkan panjang-panjang nanti dia tak faham pula kan? Dia kan masih kanak-kanak lagi. Tapi melalui cerita nih aku terfikir, budak-budak pun boleh berfikir macam tu. Kita yang dah besar panjang ni macam mana pula? Kenapa masih melakukan perkara yang tak betul sedangkan apa yang kita buat tuh sudah terang-terangan salah di sisi Islam?
Hidup ni ada pilihan. Kita cuma perlu bersedia untuk memilih. Kita sudah diajar dan sekarang terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang baik atau sebaliknya. Cuba kita lihat gambar dibawah, yang mana satu menjadi pilihan kita? Orang yang macam mana kita nak jadi ^_^
Pilihan Di Tangan Anda, Pilihlah Dengan Bijak! :)
-------------------------------------------------------------------------------
Kecantikan seorang wanita itu tak terletak pada rupa parasnya yang cantik, pakaian seksi yang dia pakai tetapi kecantikan seorang wanita terletak pada bagaimana dia menjaga diri dengan mengikut apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya disamping dihiasi dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang sopan. Menuju ke arah muslimah solehah menjadi impiannya. Impian aku juga :)
------------------------------------------------------------------------------