Wednesday, December 8, 2010

Jejak Kasih :D


Assalamualaikum. Haishh petang-petang yang sunyi sepi ni tiba-tiba gua teringat akan kisah yang lalu. Kisah yang penghujungnya pun gua tak tahu. Ada hari gua tergerak hati nak buat penyiasatan. Haha gua pun pergilah dekat pakcik google search nama orang yang gua nak tahu apa perkembangan mereka. Mana tahu kalau gua jumpa sama dia, bolehlah merisik khabar orang kampung gua nun jauh diutara. Tapi! Segala usaha gua tidak berbaloi, hampeh betul! Hak3 :D Gua kecewa hari tuh macam orang baru putus cinta. Macam mana perasaan orang putus cinta? Ada rasa mau bunuh diri tak? Hee~

Setelah gua mengubati perasaan kecewa gua yang tidak kurang hebatnya, gua sekali lagi menerima kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi kejutan jiwa tahap dewa dewi! Gua jumpa orang kampung gua di Facebook tapi gua taknak jumpa dia, gua nak jumpa orang kampung gua yang lain. Kalau orang kampung gua di facebook nih, entah kenal gua ke tidak. Karang tak pasal dia kata gua syok dekat dia hingga mengaku gua nih sepupu dia! Owhh gua tak mahu itu terjadi, mintak dijauhkan! So niat suci lagi murni gua nih pun terabai macam tuh je. Gua tahu amatlah susah untuk gua jumpa dengan dia so gua trylah nak search nama orang disekeliling dia dekat pakcik google. Penat-penat gua berjalan semata-mata untuk berjumpa dengan pakcik google tiba-tiba gua blurrr! "Nak tulis nama sape pulak nih?" Adoihh mana lah gua tahu nama kawan-kawan dia. =.='


Ada satu cara nak cari dia iaitu di facebook! Kira nih cara terakhirlah, kalau tak jumpa jugak gua join masuk program jejak kasih larh gayanya! Hahaha :D Gua tulislah nama dia dengan bersemangat, tiba-tiba hambik kau shiqah! Berderet-deret, berduyun-duyun nama macam tuh! Jalan yang paling mudah untuk gua ialah tekan pangkah X terus. Keh3. Kakak gua kata dekat gua, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Gua sangatlah kecewa sebab dah takda jalan hidup tapi jalan mati ada! So start dari itu gua konon bertekad lah PMR nanti gua nak belajar rajin-rajin, dapat 8A gua sendiri akan campakkan diri gua ke asrama penuh di tempat-tempat berhampiran. Haha InsyaAllah. Mana tahu dekat sana boleh terserempak ke dengan sesiapa. Bolehlah gua teruskan misi yang sudah lama tertunggak ini. Haishh jangan gua bermimpi di siang hari sudah larh! wee~

Ahah! Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah! :) Tolong doakan yang terbaik untuk saya yer! Syukran :) Bittaufiq untuk diri sendiri~! 

Sunday, December 5, 2010

Award Dan Tag (^_^)

Assalamualaikum. Ok hari nih post gua tentang tag dan award sahaja yang telah gua peram bertahun lamanya. Ceh menipu je, haha takdalah sampai bertahun. Hurmm setakat ni je yang gua ingat, kalau ada yang gua tak ambik lagi silalah ingatkan kalau anda rajin. Hihi okie dokie kita mulakan sekarang yer. Gua dengan ini merasmikan acara award-award sedunia. Hak3 termerepek sudah~

Ok award dan tag pertama datang daripada Fatin. Terima kasih kerana kerajinan anda men-tag saya!


1. Berikan ucapan untuk orang yang bagi award nih.

--> Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. hihi :)

2. Korang rasa award tuh, cantik sangat? Cantik? Cantik sikit? Okey je? 
                          Buruk sikit? Buruk? Buruk banyak? 

--> Bak kata si pemberi award ni sendiri, tak cantik tapi comel! ;D

3. Kalau korang baik, tag 5 orang.

--> Nak tag, Farah, Mira, Syada, Kak Dieba dan Ayuakira (ambik yer semua!)





Award kedua datang daripada Kak Dieba. Terima kasih kerana memberi award dan tag ini kepada saya :)


1. Berikan satu nickname untuk saya. (pemberi award)

--> sweety_dieba :)

2. Ucapan untuk pemberi award.

--> Terima kasih kak. Saya terharu. Hahaha ;D

3. Listkan 6 artis/band/group yang korang minat.

--> Maher Zain, In-team, Hijjaz, Dehearty, Far-east dan Mestica.

4. Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun.







Tag yang ketiga datangnya daripada Kak Amy Syifa. Huwahhh terima kasih! Menarik sungguh tag kali nih yer! Tag mengenai Kartun Kegemaran Anda (Anime tu kira kartun lah kan. Hehe) Apa boleh buat, minat anime punya pasal, anime pun telah dijadikan adik-beradik kartun! Ngee~

1. Kaichou Wa Maid-Sama.


 Cerita ni best sangat! Usui sangat cool dan Misaki agak garang. Memang sesuai mereka berdua. :D

2. Lovely Complex.


 Serius cerita ni lawak tahap gaban. Korang kena tengok sendiri lah untuk rasa apa yang gua rasa. Hehe. Sorang pendek, sorang lagi tinggi tapi sesuai. Cinta tak mengenal ketinggian. Cheewahh~

3. Special A.


 Mantap weyh cerita nih! Gua kagum dengan persahabatan mereka bertujuh. ;)

4. Aishiteruze Baby.


Sweet jer cerita nih! Pasal Kippei yang kena jaga sepupu dia yang berusia 5 tahun iaitu Yuzuyu. Memang Sweet dan gua suka tengok cerita nih berulang kali. Hehe :D

5. Fruit Basket.


Cerita nih pun best jugak tau tapi jangan tengok cerita punya sebab tak habis. Kalau tengok cerita nanti korang kena sambung baca dekat manga. So untuk mengelakkan daripada korang sakit hati lebih baik baca manga terus. Hahahaha :))






Award dan tag yang keempat datangnya daripada Anis Amira. Terima kasih dear :)

1. Awak. Siapa awak?

--> Semestinya-lah saya seorang Hamba Allah dan juga seorang manusia. Hehe :D

2. Awak suka blog Anis?

--> Mestilah suka sebab tuh saya follow :)

3. Dua perkara yang menarik yang ada dekat blog Anis.

--> Background comel, header cantik. Hehe.

4. Selalu terjah dekat blog Anis?

--> Alamak hilang ingatan kejap. Nanti dah ingat saya kasitau. Haha :D

5. Anis ni peramah? Baik Hati? Sombong? Pelik?

--> Mungkin Anis peramah. Anis, peramah ke? hihi ;D






Award yang kelima pulak datang dari Cleo. Terima kasih duhai Cleo. Hehe =))







Akhirnya award yang keenam datangnya daripada Mira. Terima kasih!


1. Nama manja korang?

--> Eheh gua takda nama manja tapi adik gua ada larh! Hak3. 

2. Hobi buat apa?

--> Ikut keadaan semasa dan cuaca. Hobi gua berubah-ubah. Ngeh3.

3. Umur korang berapa?

--> Gua lahir tahun 1997. Kira lah sendiri, gua malas nak kira. Haha :D

Ini Award dari orang yang sama. Meh kita tengok.






Huishh selesai jugak akhirnya! Serius gua cakap, inilah post yang paling penat pernah gua buat. Hahaha tapi takpe, gua enjoy buat benda nih. Hehe kalau ada lagi yang gua terlepas pandang, silalah inform dekat gua yer. Gua pun seorang manusia biasa, pelupa memang sifat gua kot. Hahaha :D Ok sampai sini sahaja post gua untuk kali nih. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi semua nih dekat gua. Assalamualaikum :)