Tuesday, December 14, 2010

Kembalilah Padaku XD


Assalamualaikum. Gua tengah buntu, gua tengah frust, gua tengah pening, gua tengah imbas memori dulu. Gua dah hilang ingatan seketika. Uwaaaa cermin mata/spek gua hilang! Gua tak tahu gua letak mana. Habis seluruh pelusuk rumah gua geledah tapi batang hidup spek tu pun gua tak nampak. Huk3. Spek tuh mengada-ngada je nak merajuk dengan gua sebab gua selalu letak merata-rata. Sekarang dia dah tinggalkan gua. Mana tahu spek tuh terjatuh dimana-mana lepas tuh terpatah dua! Haaaa tapi kan, agak-agak boleh tak gua minta spek baru? Ngee~

Susah wok spek takda. Tengok TV tak nampak, kalau nak tengok kena duduk di sofa-sofa berdekatan. Nak pergi mana-mana, kena pakai spek kalau tak memang tak nampak muka orang dari jarak jauh. Parah-parah! Ini lagi parah punya kes, sekolah dah nak mula. Kalau cermin mata takda, habis lah gua. Aduh mana lah spek gua menghilang nih. Huhuhu. Oleh sebab itu, gua dengan perasaan takut-takut berani bagilah tau dekat mak gua tentang hal ini. Macam biasa kena marah. (takdalah marah sangat) Mak gua kata gua suka letak merata-rata, tak pandai jaga. (Betul la tuh :D)

Memang gua tak reti jaga pun. Gua main tibai je, janji rock! Haha :D Tokei kedai spek tuh kata, lap cermin mata guna kain yang dah disediakan tapi gua? Gua main sambar je segala jenis kain yang boleh digunakan untuk mengelap. Ok apa, gua tak membazir! Hee~ Dia cakap lagi, kalau nak tidur atau taknak pakai letak balik dalam kotak spek tapi gua? Gua selamba je letak dekat mana-mana. Cermin mata gua dah berapa kali jatuh plus kena henyak tapi gua pelik, cermin mata gua tak pun patah-patah. Gua ingat lagi dulu waktu baru pakai cermin mata, gua punyalah jaga cermin mata tuh bagai menatang minyak yang penuh tapi sekarang hampeh! Mula-mula memang lah macam gitu, tengok lah dah lama-lama mesti jadi macam gini. Korang pun macam tuh ke? ;)


Nak spek macam nih boleh tak mak? :D

Sunday, December 12, 2010

Kucing Baru!


Assalamualaikum.
Ini kucing baru gua selepas kematian Manja tahun nih.
Tapi Manja tetap dalam hati gua ok!
Hahaha :D
Nama kucing nih Chiki.
Baru lah terserlah ke'wanitaan' sikit. Ngee~
Comel kan, macam tuan dia! Ok gua perasan.
Chiki je comel tapi gua tak. lalala~

Haishh hari nih post pendek je.
Lagipun tahap kemalasan gua tinggi hari nih.
InsyaAllah jeritan korang dekat kotak jerit tuh akan gua balas yer!
Okie dokie tokie.
Gua nak sambung belajar nih.
Mulakan harimu dengan senyuman~
Assalamualaikum :)