Sunday, January 2, 2011

Man Ana


Man Ana - Brothers

Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin,
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang yang aku disini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina ataupun terpesong maupun cenderung

Inni ra`aitullaha fi akwanihi

sesungguhnya aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya,
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya,
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya,
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan,
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.


Note: 

` = untuk menandakan hamzah
' = untuk menandakan 'ain




Assalamualaikum.
Sebenarnya saya dah lama suka dengan lagu nih.
Makna lagu nih sangat best dan bagus untuk kita renungkan bersama.
Untuk pengetahuan korang, lagu nih sebenarnya adalah sebuah sajak yang 
ditulis oleh Syeikh Yusuf Qardhawi yang sebenarnya memang seorang yang puitis
dan berjiwa lembut. Sajak nih diubah sikit oleh Brothers dan dinyanyikan :)

Ok itu saja untuk hari nih yer.
Dengarlah lagu tuh. Jangan tak dengar pulak! ;D
Esok sekolah akan bermula seperti biasa. 
Tanggungjawab saya sebagai pelajar akan bermula. (Huhuhu)
Semoga semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
Ceria-ceria selalu! Assalamualaikum :)


Saturday, January 1, 2011

New Year Award!


Assalamualaikum. Nampak tak gambar dekat atas tuh? Kalau tak nampak, sila tempah cermin mata di pasar raya yang berdekatan. Hak3 :D Comel kan award tuh. Ini award sempena 2011. Terima kasih kepada Kak Nelly kerana kerajinan beliau memberi award nih kepada saya. Sesungguhnya anda sangatlah bertuah hari nih. Cheewahh!~ Haha ok-ok seperti biasa kalau ada award mesti ada soalan. Mereka berdua nih memang tak boleh dipisahkan. Ada jugak niat nak pisahkan diorang nih tapi bila fikir balik tak baik meruntuhkan rumah tangga yang telah dibina sekian lamanya. Kalau saya pecahkan tangga, macam mana anak-anak diorang nak masuk rumah kan? Hahaha merepek sudah!

1. Adakah awak sudah follow Kak Nelly?
~> Sudah-sudah =)

2. Apakah azam 2011 awak? Berikan 3 azam.
~> Nak banyakkan lagi ibadah.
~> Menjadi anak solehah.
~> Nak belajar rajin-rajin, takmau malas dah!
~> Banyak lagi nih sebenarnya. Wee~

3. Apakah awak akan still couple/akan couple dengan orang tuh 2011 nih?
~> Ana Asifah. saya amat tidak menggalakkan (memang tak boleh!) couple kerana ia
mendekati zina dan mendekati zina itu haram tapi saya nak couple jugak!
COUPLE DENGAN BAKAL SUAMI LARH! :D
Say yes to couple after nikah! Am I right? ;)

4. Apa perasaan awak tentang umur awak yang makin Tua?
~> Semakin dekat dengan kematian! Wee~

5. Tag 5 orang yang awak sayang/blog yang awak rasa cantik.
~> Nanti saya bagitau yer. Tunggu kehadiranku di kotak jerit mu. Hee~



NotaKecik: Oh Sekolahku! Tunggulah kehadiranku dengan cerianya! Yeeahhhhaaaa!~