Monday, July 25, 2011

Sesi Hujah Pendapat Dengan Ustazah Di Waktu Petang


Assalamualaikum. Beberapa minggu yang lepas, semasa subjek Pendidikan Islam sedang dijalankan, tiba-tiba ustazah aku tanya aku soalan cepu emas. Aku yang tiba-tiba kena sergah terus jadi blur kejap. Soalannyer berbunyi macam ni yer. 


"Siti! Kalau lelaki yang ada banyak girlfriends, 
kamu nak ke dia jadi suami kamu?"


Aku jadi blur kejap. Tiba-tiba ustazah tanya aku soalan yang agak pelik dan mencabar juga lah dan kini semua mata tertumpu dekat aku. Aku diam kejap, fikir nak jawab apa dekat ustazah. Nanti terlepas cakap atau tercakap yang pelik-pelik, tak ke naya? Then aku terfikir, ustazah ada cakap sebelum tanya aku yang lelaki yang banyak girlfriend tak boleh pilih jadi suami. Oleh sebab aku tak puas hati, aku hujahkan pendapat aku pula. Bunyi macam melawan kan sebab tak mengiyakan pendapat ustazah tu? Tapi lantaklah. Aku pun jawab macam nih.


"Bergantung kepada diri seseorang la ustazah. Kalau saya maybe saya terima sebab manusia mana yang tak pernah buat kesilapan. Yer memang dulu dia ada banyak girlfriends tapi mungkin sekarang dia dah berubah. Kita sepatutnya tak boleh pinggirkan mereka hanya kerana kisah silam mereka. Sepatutnya kita kena beri peluang kedua kepada mereka. Orang yang berubah ikhlas kerana Allah, jiwa dan hatinya akan lebih murni daripada kita ustazah. Siapa tahu dia yang pernah ada banyak girlfriends dulu, akan menjadi seorang insan yang makin membuatkan saya mendekati Allah. Siapa tahu dia yang banyak girlfriends dulu, akan menjadi insan yang memimpin saya menuju ke pintu syurga.." 
(Sambil senyum)


Yer aku jawab macam tuh. Ilmu aku tak banyak sangat jadi tak boleh cakap lebih-lebih. Inilah pendapat selamat yang boleh aku berikan tanpa guriskan hati sesiapa. Ustazah? Ustazah angguk-angguk je. Aku pun tak tau lah ustazah faham ke tak apa aku cakap. Yelah berhujah dengan suara terketar-ketar. KehKehKeh. Biarlah.. Janji aku sudah selamat menjawab. Haih semua orang ada pendapat masing-masing kan?


Tapi aku tertanya-tanya balik, aku nih benar-benar menjawab soalan ke atau melencong dari soalan. Konfius pulak. HaHaHa =)


Walau apapun, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanyanya di tangan Tuhan. Seperti apa yang aku katakan dalam post yang lepas, MenJADI adalah lebih baik daripada MenCARI. Assalamualaikum! :)


Saturday, July 16, 2011

Nak Terus Mencari Atau Menjadi? Mana Satu Yer?


Assalamualaikum.

Kita selalu sangat sibuk untuk mencari, 
tapi untuk mendapatkannya bukan mudah. 
Kita juga selalu sibuk untuk mencari tapi bila dah jumpa, 
mudahkan untuk mengekalkannya? 

Jika kita bertemu dengan pasangan hidup dalam suasana usrah. Alhamdulillah. Personalitinya berjubah dan bertudung labuh / berkopiah dan berbaju melayu. Tapi mampukah kita untuk mengekalkan isteri / suami kita pada 'tanda aras' solehah / soleh seperti itu sepanjang meniti alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja. Dia mungkin diubah apabila pulang ke pangkuan keluarga. Dia mungkin akan diubah oleh banyak pengaruh lain dan sebab utama dia mungkin berubah bila dia memang nak berubah.

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan dalam sebuah rumah tangga dikekalkan dan dipertahankan jika si suami atau si isteri meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang pasangan mereka buat, jadi atau tak jadi? Mampukah? Bolehkah?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh / solehah, dan kita menemuinya dalam suasana semua lelaki / wanita nampak sempurna. Yer masa bercinta, dia lah superman, dia lah ultraman tapi siapa sangka selepas mendirikan rumah tangga, ultraman bertukar menjadi raksasa! Superman yang menyelamatkan bertukar menjadi superman yang membinasakan! HeHeHe.

Jika bahagia dan sempurnanya rumah tangga berdasarkan apa yang suami atau isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tiada kesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewat sangat menCARI si solehah tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Baru betul kan? Kerana bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah. Kerana si soleh dan solehah ini hanya insan biasa. Hanya seorang hamba Allah yang punya banyak kelemahan.

Kalaulah semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon dan kehidupan pun akan menjadi lebih mudah. Kita sendiri pun tidak bimbang untuk berumah tangga dengan seseorang walaupun tidak mengenali dia 100 peratus kerana apa yang perlu dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI bukan MENCARI. Lastly, kehidupan ini bukan seperti apa yang digarapkan dalam novel-novel cinta. HaHaHa ;-)