Monday, October 3, 2011

Penyesalan Dalam Hidup?



Assalamualaikum sahabat-sahabat ku =)


Manusia ialah makhluk yang ada awalnya tapi tiada akhirnya, (ada hisab dan seterusnya) Kita berbeza dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada awal dan ada juga akhirnya, (mati dan jadi debu, selesai dan tiada hisab atasnya)


Salah memilih sayur, paling-paling menyesal pun hanya satu hari. Esok dah berganti dengan sayur yang lain.


Salah memilih gaya potongan rambut, paling-paling menyesal pun dalam tempoh satu bulan. Lepas tuh dah boleh buat gaya lain pula.


Salah memilih pasangan hidup, paling-paling menyesal sampai seumur hidup atau setelah mati tidak lagi memikirkan hal tersebut.


Tapi pernahkah korang terfikir apakah yang akan terjadi jika salah memilih jalan hidup? Penyesalan dimulai ketika kita masih hidup di dunia hinggalah di akhirat yang abadi, selama-lamanya.


Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 64 yang bermaksud, "Padahal manusia adalah makhluk akhirat yang sementara diletakkan di dunia, akhirat adalah sebenar-benarnya kehidupan dan tujuan akhir dari kehidupan kita."


Semoga kita sentiasa dikurniakan hidayah dan taufik dariNya. Sehingga semakin hari semakin faham apa makna sebenarnya kehidupan kita, apa hakikat hidup kita di dunia ini. Semoga kita sentiasa bertambah keyakinan kepada Allah, akhirat dan amal-amal soleh. Amin..


Wallahualam.

Friday, September 30, 2011

Cinta Dalam Diam



Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang ingin diceritakan kepada korang semua. Ceritanya berbunyi begini. Hayatilah, huhuhu~


Diya pergi ke sana untuk menuntut ilmu, UIA itulah tempat Diya melayari cerita hidup yang sebenar. Niat Diya disana hanya satu iaitu belajar namun apakan daya, hatinya tiba-tiba tertawan pada seorang pemuda yang juga rakan sekelasnya, Farhan. Diya hanya memandang dari jauh, memendam perasaan yang makin menular di segenap ruang hatinya kerana Diya masih sedar ada batas-batas dan tingkah laku yang harus dijaga sebagai wanita yang beragama.


Perasaan dalam hati Diya tidak mampu dipendam lagi lalu Diya pun berjumpa dengan seorang pensyarah wanita yang rapat dengannya di universiti tersebut. Dia meluahkan perasaan yang terkandung dalam hatinya selama ini. Siapakah pemuda itu dan bagaimana dia jatuh cinta, semuanya diceritakan. Pensyarah tersebut hanya tersenyum kerana dia sudah tahu semuanya. Sebelum Diya berjumpa dengannya, Farhan terlebih dahulu berjumpa dengannya meluahkan perkara yang sama. Namun hal tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Diya. Ternyata Farhan dan Diya mempunyai perasaan yang sama, getus hati pensyarah tersebut.


Namun perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Selepas seminggu kejadian sesi luahan hati Diya di pejabat pensyarah tersebut, Diya telah meninggal dunia kerana dilanggar lari oleh sebuah kerana. Diya telah meninggalkan dunia ini bersama-sama perasaan cinta yang dia telah sembunyikan selama ini.


Farhan menunduk kesedihan apabila pensyarah tersebut menceritakan kembali segala yang Diya luahkan kepadanya sebelum kejadian itu berlaku. Dia redha dengan ketentuan Allah. Semoga Diya tenang disana. Itulah doanya. Al-Fatihah.


Inilah kisahnya. Sebenarnya cerita ni panjang tapi aku ringkaskan supaya korang senang membacanya. Sedih! Itu yang aku rasa lepas dengar cerita nih. Terima kasih kepada orang yang menceritakan hikayat dulu kala ini kepada aku dikala aku kebosanan. Apabila aku dengar cerita nih, aku teringat sesuatu.


Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”


Wallahualam