Sunday, November 13, 2011

Amboi, Sedapnya Bahasa!



Assalamualaikum.
Kita mungkin selalu/kadang-kadang cakap:

"Eh teruknyer perangai minah ni!"
"Huh nampak sangat tak matang."
"Dia ni suka sangat kutuk orang."


Selalu cakap ayat yang berbisa kepada orang lain. Teruskan bercakap perkara yang buruk tentang mereka. Tapi bukankah itu menjadikan kita sama juga seperti mereka? Jadi, apa faedahnya? Dan bila ada orang yang bercakap buruk tentang orang lain, diri sendiri pula yang rasa takut sebab aku teringat kata-kata seseorang. Kerana lidah, ada yang menyebabkan tuannya terjerumus ke neraka.




"Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja."
~Imam Ghazali~




Pesanan Imam Ghazali dah menunjukkan dengan jelas lagi nyata bahawa lidah ini amat-amat bahaya dan lidah adalah amanah daripada Allah untuk kita jaga. So, terpulang pada diri kita sendiri untuk cakap benda yang baik atau benda yang buruk. Allah dah bagi hak dekat kita, hak untuk memilih. Jadi, tepuk dada tanya iman. Bukan itu saja, meh kita tengok hadis ni pula.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau berdiam diri saja." 
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan."



So, sama-samalah kita ingat kembali apa yang kita dah cakap hari nih, pesanan buat diri sendiri juga :D Akhir kalam, jom layan lagu nih. Feveret ni! :)


Monday, November 7, 2011

Manusia Itu Perlu Menjadikan Pokok Sebagai Contoh Dalam Kehidupan



Assalamualaikum. As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata, 


"Jadilah seperti pokok buah. Bila diserang atau dilemparkan batu, pokok akan membalas dengan menggugurkan buah."


Maksud yang sangat mendalam. Sekali pun kita diherdik, dihina dan dicaci, bersabar dan balaslah dengan cara yang baik supaya dengan kebaikan itu akan dapat memberi perubahan yang baik kepada insan yang berbuat jahat kepada kita. Alangkah indahnya bila menjadi seorang yang pemaaf.


Memang memaafkan itu tidak semudah membalikkan telapak tangan. Kita manusia yang mempunyai perasaan. Bila seseorang membuat perkara yang jahat kepada kita, perasaan marah, sakit hati, geram mula hadir dalam diri. Kadangkala boleh membuat jiwa dan semangat seseorang rapuh dan terluka. Kita bukan robot yang tidak punya perasaan. Namun jika kita renungkan kembali, tak ada gunanya menyimpan kebencian. Hanya membuat hati mati! Sudahlah, marilah kita belajar sabar, ikhlas dan menjadi peribadi yang pemaaf. 
^_^


Aku ingin menjadi pohon,
Bila dilempar batu, biar,
Diserang angin kuat, sabar,
Aku ingin menjadi pohon,
Melempar batu dengan buah,
Membalas pahit dengan manis.
Aku ingin menjadi pohon,
Yang hanya tahu membalas madu, 
kepada mereka yang memberi hempedu.
InsyaAllah.


P/S : Selamat Hari Raya Aidiladha :)