Saturday, December 3, 2011

Dia Nak Berjaya, Tapi Tak Mahu Berusaha. Macam Mana Tuh?


Dia hanya seekor siput berwarna coklat,
Tidak mempunyai kaki yang panjang untuk memanjat,
Tapi dia ingin menyeberang ke sana dengan cepat,
Lalu anugerah yang dikurniakan Allah digunakan dengan kreatif sangat,
Berkat usaha si siput yang kuat,
Dia akhirnya berjaya menyeberangi dengan penuh hebat!


Kadangkala manusia kena ambil iktibar dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh sang haiwan yang sama-sama hidup di muka bumi ini. Itulah lumrah kehidupan, kena saling belajar antara satu sama lain, tak boleh sombong sangat dengan haiwan kerana makhluk ini mungkin lebih hebat daripada kita. (:


So, pengajaran yang boleh diambil berbunyi begini, kita kenalah yakin dengan kemampuan yang kita miliki dan jangan kata tidak mampu atau susah sebelum kita berusaha. Dalam dunia ini, tidak ada kemudahan yang kekal, sama juga dengan kesulitan, sesuatu perkara yang tidak kekal juga. Jangan malas, kerana terus bersikap malas tidak boleh mengubah apa-apa. Sebaliknya berusaha, baru boleh berjaya! Bak kata pepatah arab, Man Jadda Wajada yang membawa maksud sesiapa yang berusaha, pasti mendapat hasilnya. 


Begitulah kehidupan,
Siapa malas berusaha, dia kecundang,
Siapa rajin berusaha, kejayaan mendatang.

Bulat takkan bergolek,
Pipih tak datang melayang.
Kan? (^_^)


P/S: Lagi satu sikap haiwan yang perlu dibuat contoh. Klik SINI. Tersentuh hati aku dengan kasih sayang yang diperlihatkan. Membuatkan naluri keibuan aku tersentuh. Huhuhu~

Thursday, December 1, 2011

LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHAALIMIIN



Aku: Masih melakukan dosa terhadap Allah? Kesian dengan diri sendiri tuh, tolong jangan zalimi dia.


Dia: Mana ada aku menzalimi diri sendiri!


Aku: Seseorang itu dianggap menzalimi diri sendiri apabila dia melakukan dosa terhadap Allah dengan melakukan perkara yang diharamkan (dilarang) dan meninggalkan perkara yang disyariatkan (diwajibkan). Apakah kau masih menafikan yang kau tidak menzalimi diri sendiri?


Dia: Tapi aku buat atas kerelaan aku sendiri dan aku tak anggap itu perbuatan yang menzalimi diri aku sendiri kerana aku tahu apa yang aku buat. Lagi satu, aku yang tanggung dosa, bukan kau. So, just shut up your mouth!


Aku: Nak tahu kenapa aku kata kau menzalimi diri sendiri? Kerana perbuatan kau selama ini mendedahkan diri kepada kemurkaan dan azab Allah SWT seperti tak solat, tak tutup aurat dan sebagainya. Memang manusia tanggung dosa masing-masing termasuk juga aku dan kau. Yer! Memang aku harus akui yang kau memang gagah menanggung dosa tapi yang menakutkan aku, adakah kau juga akan gagah apabila menerima azab Allah SWT kelak? Gagah kah engkau nanti bila saat itu tiba?


Dia: ...........................................................


Kedua-duanya (Adam dan Hawa) berkata: "Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi."  
(Surah Al-A'raf ayat 23)