Monday, February 6, 2012

Marilah Kita Mencintai Rasulullah SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah SAW pun menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun baginda mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Namun begitu baginda tetap tabah! Baginda berubah arah pula ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya penduduk Taif juga menolak. 

Di Taif, para penduduknya bukan saja menolak dakwah baginda malah baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar dengan batu. Zaid sedaya upaya melindungi baginda Rasulullah SAW, namun baginda yang mulia itu tetap terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga Malaikat Jibril datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Rasulullah SAW tak membenarkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini."

*******************

Sayunya hati. Pilunya hati. Lihatlah, betapa mulianya hati Rasulullah SAW. Sedangkan Malaikat Jibril yang ada disitu juga marah! Malaikat yang Allah cipta tanpa perasaan juga marah tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berdoa supaya dikurniakan hidayah buat golongan itu, sesungguhnya mereka tidak tahu. Baginda yang mempunyai hati dan perasaan itu tetap tenang. Subhanallah. Cinta Rasulullah SAW buat umatnya, memang tiada tandingan. Allahu Akhbar.

Oleh sebab itu wahai umat Nabi Muhammad SAW semua, marilah kita mencintai Rasulullah SAW dengan setulus hati kita. Marilah kita cintainya dengan sebenar-benar cinta. Ayuh kita ucapkan rindu kita padanya dengan sepenuh jiwa dan raga kita, dengan hati nurani dan dengan penuh perasaan.

Ya Rasulullah, kami cinta dan rindu padamu.
Ya Rasulullah, saksikanlah betapa kami ingin bertemu denganmu.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai dalam mengingati kekasihMu dan kekasih kami itu.


Sentiasalah mengingati perjuangan dan cinta Rasulullah SAW pada setiap waktu, bukan pada waktu-waktu tertentu. 


Sunday, February 5, 2012

Bila Kita Sayang Kucing, Kucing Pun Akan Sayang Dekat Kita Juga. Sweet Kan?

Manja!


Assalamualaikum. Kucing, siapa SUKA dan SAYANG kucing? Aku tahu tak semua sayang kucing macam aku sayang mereka. Hehe gurau jer :D Kucing itu comel kan malah kucing itu juga haiwan kesayangan Rasulullah SAW tapi aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mendera Si Comel ini. Dera macam mana tu? Ok, sebagai contoh macam ni lah. Kenyataan yang berlaku. Hurmmm~~

*******

Ada seorang makcik. Kucing ni selalu pergi rumah dia tapi dia ni memang tak suka kucing. Sekali entah benda apa yang merasuk, dia pergi simbah kucing tu dengan air panas. Tujuan, nak halau kucing tu. Boleh pula dia kata lepas disimbah kucing tu dengan air panas, "Hah baru kau rasa. Lain kali jangan datang rumah aku lagi, kan dah kena!" Allahu Allah, sedihnya. Nasib baik air panas tu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah kucing tu selamat sampai sekarang. Alhamdulillah ^_^

*******

Kucing juga makhluk Allah, jangan didera begitu. Jika ada seseorang yang berani mendera kucing, maka berani jugalah dia menghadapi balasan yang akan diberi olehNya sama ada di dunia ataupun di akhirat. Balasan yang sangat berat. Sanggupkah dia? Allahu Akhbar. Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasan. Jangan ambil ringan.

Ingatlah hamba Allah yang disayangiNya sekalian, dalam sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim. Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kelaparan." 

Tiada sebab mengapa haiwan harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa sama ada kucing mahupun manusia. Renungkan-renungkan!

Marilah berkasih-sayang dengan kucing atau haiwan yang lainnya. Bila kita kasih kepada kucing@haiwan yang lain-lain tuh, hati kita akan jadi lembut dan selalunya orang yang suka dan sayang dekat kucing dan haiwan-haiwan yang lainnya, mereka seorang yang penyayang. So, jomlah jadi orang penyayang! Hehe :D

Dalam kenangan~


P/S: SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HJ. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENCONTOHI SIKAP DAN TINDAK-TANDUK RASULULLAH SAW KERANA BAGINDALAH SEBAIK-BAIK IKUTAN DAN TAULADAN BUAT SETIAP UMAT ISLAM DI DUNIA. ^_^