Wednesday, January 13, 2016

Hello Semester 2


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk hidup. Tahun pun dah bertukar angka. Daripada 2015 jadi 2016. Mungkin agak lambat tapi nak juga ucapkan Selamat Tahun Baru buat para pembaca yang mungkin terbaca post ni. Agak lama tuan tanah tak update blog. Tanggungjawab sebagai pelajar itu haruslah dilaksanakan dengan yang paling baik kan? :)

Cepat sungguh masa berlalu. Sekarang dah masuk pun semester 2. Result final semester 1? Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah atas segala kurniaanNya. Cukuplah untuk membanggakan mak abah di rumah. Hehehe~ 

Sebenarnya, kehidupan sebagai pelajar matrikulasi ni sangat best. Ingat lagi dulu-dulu time dekat sekolah, kami sering diberitahu yang belajar dekat matriks ni susah. Jadi ramai yang takut nak belajar di matriks. Tapi sebenarnya satu je yang kita kena fikir, bukan mudah nak senang. Faham? Kalau kau berusaha nak dapatkan sesuatu, benda yang susah pun akan jadi senang. Semua terpulang kepada diri sendiri sama ada kau mahu atau tidak.

Lastly, aku rasa ini yang bakar lagi semangat aku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang rasa penat. Rasa letih tapi semua rasa tu buang tepi dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ye tak? Ingatlah wajah dan harapan mak abah kau dekat rumah, in shaa Allah kau akan buat sesuatu usaha tu dengan sangat ekstrem. Jangan lupa juga kenang harapan dan cita-cita kau sendiri. Jangan cita-cita je tinggi melangit tapi usaha hanya sekecil bacteria!

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Monday, August 3, 2015

Semua Ni Dunia~

Assalamualaikum. Mood exam sudah menampakkan bayangnya. Minggu depan maka berlangsunglah Ujian Pertengahan Semester (UPS). Saat ini maka banyaklah muka-muka yang kusut dan mengkusutkan fikiran orang yang melihat. Huhu~ 

Okay seriously sangat-sangat takut nak hadap benda alah yang bernama exam ni. Dengar perkataan exam pun dah buat aku sembelit plus memulas perut T_T Berbaki beberapa hari saja lagi. Moga aku tak stress. Stress ni ada dua. Pertama, bila dia stress dia usaha dan jadi lebih rajin. Kedua, bila dia stress satu kerja apa tak jalan! Moga aku stress yang pertama tu la! :D

Dan sebenarnya ada benda yang menginsafkan aku. Paling suka subjek Pendidikan Islam sebab Ustazah selalu beri kami motivasi yang sentap habis. Dekat sini, mungkin ramai yang study untuk exam. Rela bangun pagi-pagi untuk study. Segalanya rela dilakukan demi mendapat gred yang cemerlang. 

Tapi macam mana perhubungan kita dengan Allah? Memang kita solat lima waktu setiap hari tapi solat kita tergesa-gesa. Kita lupa nak berzikir dan membaca Al-Quran selepas solat maghrib kerana ingin waktu yang lebih untuk study. Ada juga situasi dimana pada masa itu korang tengah buat lab report dan tiba-tiba azan asar berbunyi. Kebanyakan akan siapkan dulu lab report kemudian baru diorang solat. Sedangkan Allah menyuruh kita solat di awal waktu. Korang rela bangun malam untuk study tapi lupa nak bangun malam untuk mendirikan solat sunat. Point tu semua memang kena dekat batang hidung aku sendiri. Tepat tanpa lari sedikit pun :(

Apa yang penting dekat sini, kita menuju destinasi yang paling akhir iaitu akhirat. Dunia kena kejar tapi akhirat kena kejar lagi banyak. Moga Aku tidak tergolong dengan golongan yang terlalu mengejar dunia, lebih pentingkan study, exam dan apa yang berkaitan dengannya hingga melupakan destinasi yang terakhir. Moga semua yang aku lakukan seimbang. Tapi akhirat dilebihkan. In shaa Allah, Doakan.

Ilaliqa'