Monday, February 28, 2011

Aku dan Hujan. Peristiwa Yang Manis :)



Hari ni hujan lebat!
Hujan mencurah laju sangat.
Dalam hati dah risau amat.
Macam mana nak balik kalau hujan lebat.
Yelah pergi sekolah naik basikal cap tongkat! 

Kes 1

Semua yang naik basikal dah gelabah. Mana taknya hujan lebat diselangi dengan bunyi guruh. Macam mana kami nak balik rumah? Aku ni lagi kesian, balik rumah naik basikal takda geng, sorang-sorang je lah tapi takpelah kan! Aku kan otai, yelah aku sejak darjah 4 dok ulang-alik naik basikal dari rumah ke sekolah. So dah biasa! Relek-relek sudah lah. Aku pun melangkah ke tempat parking basikal. Beg telekung semua aku dah sumbat dalam beg sekolah yang memang umpama tin sardin tuh. Uhuk! Beberapa tapak selepas keluar dari tempat parking, aku sudah basah kuyup! 

Kes 2

Hujan makin lebat! Aku memang dah basah yang teramat. Memang itulah yang akan terjadi bila hari hujan, so terima je lah dengan hati yang terbuka. Aku pun meredah hujan, basikal aku bawa dengan tahap kelajuan yang maksimum. Kalau korang lalu tepi, memang akan rasa angin. Betapa lajunya aku bawa! Hahaha :p Tapi ada satu benda yang menganggu perjalanan aku. Bila hujan lebat, spek aku basah dan penuh dengan air yang berbentuk bulat. Bila perkara itu terjadi, sah-sah aku kurang nampak. Nak hilangkan, spek aku takda wiper! Terus aku tanggalkan spek yang aku pakai tu dan korang tahu apa yang terjadi? Aku lagi tak nampak! Adoyai tapi takpe, aku dah biasa. Tahap kelajuan pun aku perlahan kan sikit, yelah aku kan rabun, kurang nampak. Nanti aku kemalangan, kesian mak aku dekat rumah. Keh3 :D

Kes 3

Aku meneruskan perjalanan. Kalau hujan, memang banyak lopak air dan aku akan sungguh-sungguh elakkan dari lalu dekat tempat tuh, yelah nanti habis pasir melekat dekat baju dengan tudung aku yang bersih, suci lagi murni nih. Eceh! Tapi kadang-kadang terbabas juga, tak boleh dielakkan. Wawawa~ Sedang aku mengayuh basikal, tiba-tiba ada pula kereta lalu dan time-time tu lah ada lopak air dan 'Splashhh!' Perghhhh best giler wok! Macam terjun dekat kolam, macam tuh la air lopak tuh tersimbah dekat aku ni hah! Selama 5 tahun aku naik basikal, inilah kali pertama jadi macam gini. Tahulah kereta besar tapi nasib baik orang tuh angkat tangan (mungkin tanda minta maaf), sejuk sikit hati ni. Aku pun biarkan aje lah. Benda dah nak jadi kan. Kuang, kuang, kuang.

Kes 4

Alhamdulillah sampai juga dekat rumah. Memang baju aku semua dah kotor. Huhu~ Mak aku dah tunggu depan pintu. Hehehe. Tapi sempat juga mak aku bagi nasihat. "kenapa tak tunggu hujan berhenti." Aku pun jawab, "Malaslah. Sekarang dah pukul 7:10 malam. Nak tunggu hujan berhenti memang tak derr~" Aku pun terus masuk bilik air. Dah mandi dengan solat semua, aku terus menuju ke arah beg sekolah! Toksah tanya, memang dah trang tang tang basah, pasir semua ada. Buka beg, ambil buku.. "Oh tidak!!" Buku tulis aku yang tak dibalut habis basah! Tulisan semua separuh kembang. Nasib baik buku teks aku balut kalau tak memang menangis tak berlagu lah aku. Huuuuuu~~ Abang aku boleh pula sengih-sengih tengok aku dok membebel. Grrrrr Sabar Je Lah!


Tapi walau apapun aku tetap suka hujan. Kerana hujan aku mendapat satu pengalaman yang baru walaupun pengalaman itu tidaklah semanis mana. Hahahaa! Tapi memang syok lah. Merasa juga aku mandi hujan sebab dah lama aku tak mandi hujan. Wee~

Sunday, February 27, 2011

Subhanallah! Indahnya!



Bila pandang langit, mata ni macam ada cahaya. Tengok burung-burung terbang, rasa nak join sekali. Mereka bebas meneroka langit biru. Kadang-kadang jeles juga melihat mereka. Kemana-mana saja mesti ada kumpulan dan pasangan. Tidak berseorangan dalam meniti perjalanan hidup. Sweetnya! 

Bila lihat langit biru, rasa macam nak melakarkan sesuatu di atas sana. Perkara yang terbuku di hati. "Subhanallah, Indahnya ciptaan Allah!" Biar satu Malaysia tahu apa yang dalam hati aku yang teruja nih. Haaaa~ Memang selalu aku lihat tapi aku tak pernah mengenal erti jemu tahu? Macam jatuh cinta banyak kali, ada faham? 

Kalau pandang langit biru, pandang bunga-bunga dekat taman rumah aku, automatik aku tersenyum. Mereka memang pandai menghiburkan hati aku. Senyum sendiri, orang cakap aku buang tebiat tapi tak kisah la kan! Aku senyum dekat mereka dan aku pasti mereka juga membalasnya cuma aku tak nampak dengan mata kasar. Eh walaupun aku tak nampak, tapi aku dapat rasa. Dari mata turun ke hati. Wah!


Selepas siang, malam pula menjelma dan permandangan lain pula muncul dan semestinya indah-indah belaka di penglihatan dan pendengaran aku! Bila malam, langit gelap dan hitam tapi ada sesuatu yang menyerikannya iaitu bulan dan bintang. Udara pula lebih segar berbanding dengan siang. Bulan dan bintang umpama satu pasangan kan. Yelah dimana ada bulan disitu ada bintang menemani. Bila ku renung, ada satu perasaan yang menyelinap di hati. Perasaan itu tidak pernah berubah hingga kini. Indah sangat. Heee~

Oh bila malam, suara cengkerik menyanyi memang tidak akan hilang. Walaupun bunyi cengkerik tuh lain macam tapi tetap merdu. Sekurang-kurangnya suara mereka memeriahkan malam yang sunyi. Itulah kelebihan mereka difikiran aku. Selain tu, hati yang gundah gulana juga boleh terubat dengan nyanyian mereka tapi ianya bergantung terhadap pemikiran individu itu sendiri. Ada orang tak suka, aku tahu. Huhuhu tapi kenapa yer? Hurmmmm.

Alam ciptaan Allah ini sangat indah. Sangat-sangat indah. Terpulang kepada kita sendiri untuk menghargainya atau tidak. Ada orang tak sedar keindahan ini. Contohnya, dia melihat alam ini dengan pandangan kosong. Betapa ruginya mereka. Sangat rugi tahu! Kui3