Saturday, March 24, 2012

My Dear Little Sweetheart

Gambar semasa dia sihat lagi ceria dalam bilik aku.
(Muka serius+garang)

Pagi tadi Adam datang rumah Kak Shiqah. Seronok sangat sebab Kak Shiqah boleh jaga Adam lagi. Bila Adam nampak muka Kak Shiqah, Adam terus hulur tangan minta dukung sambil menangis-nangis. Kak Shiqah dukung Adam, Adam terus-terusan menangis. Sakit yer? Kak Shiqah bisikkan dekat telinga Adam, "Sabar yer Adam, Allah tengah tarbiyah Adam supaya jadi baby yang sabar." Adam diam sambil tenung muka Kak Shiqah, Kak Shiqah senyum dekat Adam dan Adam balas semula dengan senyuman walaupun tak seceria dulu. Dalam hati monolog sendiri, 'Eh Adam faham ke apa Kak Shiqah cakap?' Tapi selepas itu, Adam merengek semula dalam dukungan Kak Shiqah, tapi tak seteruk sebelumnya. Alhamdulillah. Kak Shiqah dendangkan zikrullah sambil dodoikan Adam. Adam diam aje. Alhamdulillah Adam baby yang baik dan soleh. Lama kelamaan Adam pun tidur. 


Dalam pukul 10 lebih, Adam terjaga dan terus menangis. Mata Adam tak boleh nak buka, dah melekat. Alahai kesian Kak Shiqah tengok Adam menangis sambil mata tertutup. Huhu. Tak tunggu lama, terus Kak Shiqah angkat Adam bawa ke bilik air, ambil tuala basah dan lap perlahan-lahan mata Adam. Adam menangis lagi kuat tapi Kak Shiqah tetap teruskan apa yang sedang Kak Shiqah lakukan. Memang Kak Shiqah lakukan sehabis perlahan tapi Abang Junaidi tetap suruh Kak Shiqah buat perlahan lagi tapi kalau buat perlahan sangat mata Adam takkan terbuka punya. Jangan risau Adam, Kak Shiqah takkan buat sakit-sakit, Kak Shiqah pun taknak tengok Adam sakit, huhu. Pada masa yang sama, mulut Kak Shiqah tak berhenti-henti cakap, "Alala sabar yer, lagi sikit jer nih." Abang Junaidi dah bantai gelak melihat gelagat Kak Shiqah yang macam tak tentu arah, sempat lagi dia cakap, "Huiyo dah boleh jadi mak budak dah ni! Bertuah anak hang." Jahat kan Abang Junaidi cakap Kak Shiqah macam tu. Kita risaukan Adam, dia usik kita pula. Cis!


Akhirnya mata Adam dah boleh buka. Alhamdulillah. Kak Shiqah mula agah Adam dengan harapan Adam kembali ceria dan tanpa disangka-sangka Adam terus senyum walaupun pipi Adam comot dengan airmata. Dan Kak Shiqah pun turut ketawa kecil. Bagus la Adam ni! Walaupun penat dan tak berdaya, tapi Adam masih lagi senyum dan menggembirakan hati semua orang. Memang Adam seorang baby yang murah dengan senyuman. Kak Shiqah juga tahu Adam seorang baby yang soleh, kan? :) Dalam pukul 11 lebih Adam sudah siap dimandikan. Dah wangi, dah kemas. Alhamdulillah lepas mandi Adam agak aktif. Banyak senyum dan ketawa.  Merengek pun sikit-sikit aje. Alhamdulillah. Tapi kebanyakkannya, Adam duduk sahaja di pangkuan Kak Shiqah, menyandar aje. Tak larat yer, sayang? Takpelah, ujian buat Adam sebab Allah sayang sangat dekat Adam. Adam, moga cepat sembuh yer sayang. Amin! Sayang Adam!  


****************************************

Ramai tanya siapa Adam dan Marissa. Untuk makluman korang, mak aku kerja sebagai pengasuh yang sangat-sangat penyayang. Dulu mak aku jaga berbelas-belas anak kecil dan rumah aku tak pernah sunyi dengan suara kanak-kanak. Mak aku layan mereka semua macam anak sendiri dan mereka pun panggil mak aku, 'mak' tapi sekarang mak aku hanya jaga dua orang sahaja. Kenapa? Sebab mak aku dah tak larat. Dah hampir 10 tahun Mak aku jaga budak-budak. Lama kan? Dan aku memang dah biasa tolong mak aku jaga budak. Mandikan, suapkan nasi. Memang kerja akulah tuh. Seronok sangat! Aku anak bongsu tapi punya adik-adik yang comel. Bertuah kan? :) Serius aku sayang mereka semua macam adik aku sendiri. Kini, dah terjawab persoalan korang kan. Alhamdulillah. (^_^) Lastly, doakan Adam cepat sembuh! Syukran :)

Wassalam.

Friday, March 23, 2012

Posmen Ke Syurga

KAMI HANTAR SURAT ANDA SAMPAI KE SYURGA

Assalamualaikum. Apa khabar iman anda semua hari ni? Harap makin meningkat daripada sebelumnya yer, InsyaAllah. Ok berbalik kepada tajuk utama. Hari ni aku nak bercerita tentang satu blog yang mana aku juga salah seorang daripada posmen dekat situ. Satu blog yang menarik bagi aku kerana semua post di sana berasaskan sepucuk surat. Menarik kan? :)

Ahli blog ini terdiri daripada 10 orang. Bolehlah pergi ke LINK ini untuk mengetahuinya. Semua penulis di situ mempunyai ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri semasa menulis. InsyaAllah kami cuba menghasilkan penulisan yang bermanfaat buat semua orang. Biar sama-sama menulis, sama-sama mendapat pahala buat bekalan di sana nanti. Sungguh, untuk melakukan kebaikan itu punya banyak cara kan? Dan hanya Dia yang lebih mengetahui akan setiap sesuatu perkara.

Posmen Ke Syurga. Itulah nama yang diberikan kepada blog ini. Untuk makluman semua, kami bukanlah hantar betul-betul surat anda pergi ke syurga. Bukan-bukan! Jauh sama sekali. Kami cuma postkan apa yang ingin anda sampaikan tapi tak terluah dek bicara. Sesuatu yang anda pendam tapi tak jumpa tempat yang sesuai untuk keluarkannya. Oleh sebab itu, mungkin dengan cara menulis surat dapat meringankan kandungan isi hati anda yang mungkin memberat disebabkan pelbagai perasaan di dalamnya. Kadang-kadang menulis itu lebih baik daripada berbicara. Mungkin? :)

Tidak perlu ayat-ayat indah. Tidak perlu bersajak, bermadah. Tulis saja apa yang terkandung dalam hati dan jiwa. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas bolehlah jengah ke blog ini yer, http://posmankesyurga.blogspot.com/ Lastly, kalau anda semua nak baca surat daripada saya, bolehlah cari nama Cik Shiqah dalam ruangan direktori surat. InsyaAllah adalah dekat situ. Sekian saja, assalamualaikum. (^_^)

*********


CS: Adam demam+sakit mata. Doakan dia cepat sembuh yer.
Kesian tengok dia merengek+nangis-nangis.
Allah sedang uji Adam supaya jadi baby yang sabar.
Sabar yer Adam sayang, orang yang sabar itu Allah sayang.
:)