Wednesday, December 31, 2014

Dulu Aku Ugly, Sekarang Aku Beauty. PERUBAHAN Yang Pastinya Dicemburui Ramai.

Assalamualaikum. Lagi beberapa jam saja lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita semua. Aku harap moga tahun 2015 akan membawa perubahan yang positif dalam diri aku ni. Bercakap mengenai perubahan, aku nak ceritakan tentang anak bulus aku, Miko. Miko aku kutip di jalanan. Keadaan dia pada ketika itu sangatlah menyedihkan. Kurus kering, kutu, kurap dan luka sana sini. Kalau sesetengah masyarakat yang tidak cinta pada haiwan ini, pasti akan menjauhkan diri. Namun aku yang memang dibesarkan untuk menjadi pencinta haiwan, bawa la dia pulang ke rumah. 

Selepas beberapa bulan, akhirnya ugly bertukar menjadi beauty. 


Nampak tak perubahannya. Makin gemuk, mata pun makin bulat dan bulu pun makin gebus gitu. Tak nampak lagi? Meh aku belanja lagi gambar.




Nampak kan? Lepas beberapa bulan, bulu tiba-tiba aje jadi tebal. Bagi sesiapa yang pasang niat nak bela kucing, tak payah la berhabis duit untuk beli kucing yang mahal-mahal. Dekat pasar dan jalanan, macam-macam jenis kucing yang korang boleh jumpa. Adopt, Don't buy, okey! :)

Ok aku masih dalam topik perubahan sempena tahun baru yang akan datang ni. Nampak tak Miko, dia mungkin berubah dari aspek fizikal dan paras rupa, tapi sifat dalaman dia sebagai haiwan takkan pernah berubah. Tapi manusia boleh kan? Sifat dalaman manusia tu boleh berubah, daripada tak baik menjadi baik dan daripada baik menjadi terbaik. Faham? :)

Mak aku cakap, kita perlu sentiasa bersyukur sebab kita dipilih untuk dilahirkan sebagai seorang manusia, bukan haiwan ataupun apa saja makhluk bernyawa yang lain. Kenapa? Sebab MANUSIA adalah makhluk yang PALING ISTIMEWA disebabkan kita ni BOLEH BERUBAH. Tengok kucing, buatlah apa sekalipun, sifat dalamannya tetap sebagai seekor kucing. Perumpamaannya, jika seekor kucing dibawa ke Mekah, setelah kembali, akan tetap menjadi seekor kucing.

So, awak-awak semua yang tengah baca sekarang ni pun pastinya seorang manusia dan boleh berubah. Manusia juga istimewa sebab diberi pilihan sama ada nak pilih jalan yang baik atau jalan yang buruk. Nak syurga Allah, pilihlah yang baik. Nak merasa ke neraka, pilihlah yang buruk. Senang kan? Pilihan di tangan anda. Selamat tinggal tahun 2014, selamat datang tahun 2015! :)


NotaKaki: Moga semuanya diredhai dan diberkati Allah. Amin~

Tuesday, December 30, 2014

❤ Mencintai Dia Lillahi Taala ❤

My only one niece (in shaa Allah akan bertambah nnt), Nur Zinnirah bt Abd Malik. Saya cinta dia :)

Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutuskan malaikat untuk mengikutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata, "Kau hendak kemana?"

Ia menjawab, "Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini"

Malaikat terus bertanya, "Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu?"

Ia menjawab, "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT"

Malaikat berkata, "Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya". 

(H.R. Muslim)


"ya Allah, berilah aku rezeki cinta Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintanya di sisiMu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untuku dalam segala hal yang Engkau cintai." 
(H R. Al-Tirmizi)