Assalamualaikum semua dan selamat malam. Erm kadang-kadang saya niat esok jika saya terjaga awal pagi saya nak buat solat tahajud dan solat sunat yang lain tapi bila saya terjaga saya kembali melelapkan mata.
Kadang-kadang saya niat lepas saya solat subuh saya nak baca Al-Quran tapi bila habis solat subuh saya panjat atas katil lepas tuh tidur.
Kadang-kadang saya niat esok bila saya bangun tidur saya nak tolong mak saya buat kerja rumah tapi bila saya bangun saya melengung dekat sofa tengok TV.
Kadang-kadang saya niat esok saya nak bukak buku, belajar tapi bila tiba hari esok saya tak bukak buku tapi saya menghadap depan laptop.
Kadang-kadang saya ingin mengisi masa dengan melakukan perkara yang berfaedah tapi sebaliknya saya hanya membuang masa dengan mengelamun entah ke mana.
Terlalu banyak kadang-kadang dalam hidup saya, kalau disenaraikan mungkin tak akan habis. Mungkin awak juga begitu, siapa tahu kan? Jom lah kita sama-sama muhasabah diri kita balik, huhuhu. Tapi ada satu perkara yang perlu saya dan awak ingat, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tiada sebarang halangan untuk kita melakukan kebaikan tapi ada satu je makhluk yang tak suka kita buat baik iaitu syaitan. Syaitan tidak pernah putus asa untuk menggagalkan rancangan kita tuh. So, awak kena Fight la dengan dia. Jangan biarkan syaitan beraja dalam jiwa kita, kita mesti Fight sama dia! Yeahh Fight la dengan syaitan yang menghasut awak tuh habis-habisan! Kita tak boleh kalah dengan dia okie! Selamat Berjuang Sahabatku (^_^)
Ku berikan hatiku pada dunia, dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku di lembah kehinaan. Ku berikan hatiku pada manusia, manusia memperguna, menghancur lumatkan, dan menfitnahku. Ku berikan hatiku pada Tuhan yakni ALLAH SWT, hatiku dibelai, disayangi dan dilindungi. Lembut, syahdu dan mengasyikkan. Namun akulah manusia yang tahu tetapi leka dan terpedaya..
6 comments:
Di mana ada kemahuan , di situ ada highway .. Ehee , jom fight ! :]
Atin: haha! jom! (^_^)
kadang kadang tuh memang selalu je berlaku.
:)
CikCimi: btol2. huhu :)
Selalu je ade 'kadang-kadang' & 'tapi' tu kan?
Selamat berjuang untuk diri sendiri! ^^
kak ieqa: yup selalu je ada. huhu. yerh selamat berjuang utk semua! ^_^
Post a Comment