Thursday, December 2, 2010

Gua Tak Puas Hati!

Assalamualaikum. Ok hari nih mood gua nak menulis berkobar-kobar. Cacing-cacing dalam jari gua nih tak sabar nak picit keyboard! Uishh sungguh hiperbola ayat gua. Ngeh3. Alamak gua sudah masuk lif, tekan sendiri tapi takpe larh kan, lu orang bukan kisah pun, betul tk? wee~ Ok2 berbalik kepada topik asal yer, nnt kalau gua teruskan, gua takut gua menarik lu orang semua masuk ke alam mistik merepek plus merabu multiple meraban. Hihihi.


Ok hari nih post gua agak emosi la sis. Ahah lu orang pernah dengar tak ayat macam nih, selalunyer yang cakap nih mestilah yang berkasih-kasihan. Erk, begini bunyinya "Syg, sejak I mengenali you, I dah banyak berubah. Terima kasih syg. Syg, jangan pernah you tinggalkan I kerana jika you tinggalkan I, I mungkin berubah menjadi seperti dulu. (perangai negatif la kot)." Serius gua cakap sama lu, gua rasa mau muntah hijau tulis benda nih. Hahaha. Lu rasa apa yang gua rasa? Tepuk dada tanya iman. hee~ Bagi gua la kan, jika benar lah seseorang tuh ingin berubah, berubah lah kerana Allah bukan kerana perempuan ataupun benda lain sebab tak mustahil apa yang lu ada sekarang nih milik lu selamanya. Kalau awek/pakwe lu tinggalkan lu, agak-agak apa akan jadi dekat lu lepas nih. Lu mungkin berubah menjadi diri lu yang dulu? Lu pikirlah sendiri oiii! Gua takda jawapan untuk soalan tuh. Ngehehehe~

Weyhh lu orang ingat gua membebel macam mak nenek pasal pakwe/makwe ni gua sukalah yer? Serius gua kata gua 'anti couple.' Kalau lu orang tak percaya bolehlah tanya arwah kucing gua. Kuang3 =.=' Pada pendapat gua, tak payah couple segala bagai but lu kahwin je terus lagipun tiada istilah couple dalam Islam nih. Ok memang! Memang korang manusia, ada perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Gua tak cakap salah, memang betul pun kan. Itu fitrah manusia tapi lu orang kena la mengawalnya. Kalau tak couple tak boleh ke? Hurmm gua taknak cakap panjang, korang bacalah NI dan NI lepas tuh korang fikirlah sendiri. Korang pun dah besar, dah dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Hurrmm pada pendapat gua sendiri, bercouple secara Islam adalah bercinta selepas nikah. Betul tak? ^_^ Sure berlipat kali ganda lebih indah dan manisnya hubungan tuh daripada pasangan yang bercouple tanpa hubungan yang sah! ;)

Hah baru gua ingat abang gua pernah cakap dekat gua, "Shiqah, hang tau dak kapel ni dosa. Hang toksah la dok pi kapel2. Cuba hang bayangkan, pada suatu hari hang keluaq pi dating, naik motor berdua-duaan tiba-tiba kemalangan ka apa ka, kalau hang bernyawa lagi alhamdulillah tapi kalau hang dah away sempat tak hang minta maaf dengan mak abah, (bagi kes perhubungan dirahsiakan) sempat tak lagi hang bertaubat daripada dosa kapel hang tuh. Waktu tuh semua dah terlambat dah. So conclusion-nya, hang toksah couple! bhahaha!" Sempoi betul abang gua sorang nih tapi gua akui betul jugak apa abang gua kata tuh. So kata nasihat abang gua tuh gua simpan dalam minda sampai lah sekarang. Gua taknak couple dengan orang lain, gua nak couple dengan suami gua yang sah je. Hahaha gatal~ ;D

Itu sajalah post gua untuk kali nih. Gua minta maaf sangat-sangat kalau lu orang semua ada terasa hati dengan post gua kali nih. Ana asif jiddan! Ini hanya pendapat gua, pendapat kita semua semua berbeza. Kalau lu orang ada pendapat yang lain, bolehlah tulis di ruangan komen. Sori naik lori sekali lagi. Jangan marah sama gua, nanti lu cepat tua plus naik uban! Haha assalamualaikum :)


P/S: Eheh dah dua kali saya bahasakan diri 'gua,lu'. Saja suka-suka. Buat sesiapa yang terasa dengan post saya nih, Ana asif jiddan. Erm saya nak bercuti dari menulis post beberapa hari mungkin sebab saya ada mission impossible. Something like that lah. Haha tata!~ (^_^)

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa Gua Tiba-Tiba....


Assalamualaikum. Wohhh gua tak percaya dah 1 Disember 2010. Dah bulan 12 dah weyh! Cepatnya masa berlalu, lepas tuh dah nak masuk tahun 2011. Wow! Tahun 2010 nih banyak pengalaman kehidupan pahit gua dapat, malas nak ingat. Kalau ingat, buat sakit hati jep tapi pengalaman pahit yang gua dapat nih bukan calang-calang orang boleh dapat, hanya orang yang kuat mental+iman je boleh hadapinya macam gua. Ewah, cakap nak gebang je! wee~ Hah kalau rasa diri tuh macam dah putus asa nak hidup, konon dah tak boleh nak tanggung masalah plus apa-apa yang menyesakkan kepala otak korang, dah pegang pisau segala bagai baiklah baca NI dulu. Ngeh3. Semoga lu insaf baca itu. Hee~

Hurmm malam tadi abang sulung gua dah balik USM nun jauh di Penang. Aiyaa gua banyak sebak, gua tanya sama hati, "kenapa lu sebak hah?", hati cakap "lu tanya sama waa, manalah waa tau. Cuba lu tanya diri lu sendiri" Aiyaa hati lu bikin gua banyak konpius. Waaaaaa...! Selepas beberapa jam gua berfikir, baru gua tahu kenapa gua drastik jadi macam tuh. Rupanya-rupanya dalam hati gua ada sebuah taman yang sarat dengan bunga-bunga emosi! Ini serius, lu orang tak percaya? Apa gua kesah! Hahaha :D

Aiyaa gua lupa, hari nih hari jadi Sis Diya Hanun a.k.a Kak Fadya. Itulah yang diberitahu oleh 'makhluk asing' yang gua percaya. Alien, kalau lu baca blog gua, jangan marah kerana ini akan membuatkan lu yang tua semakin bertambah tua. Tak silap hari bulan lu boleh naik uban! Haha! Ok berbalik kepada Sis Diya Hanun yang juga hantu anime macam gua. Ngee main-main. Selamat Hari jadi, moga panjang umur, murah rezeki dan semoga impian yang dihajati tercapai, InsyaAllah. May Allah bless you and your family :) Kalau lu baca ucapan ni, silalah tersenyum lebar hingga gua pengsan tak sedarkan diri. Hehe gurau-gurau, btw semoga lu happy sentiasa macam gua! Ops gua terperasan

Ok lah sampai sini jer gua menulis. Azan subuh baru beberapa minit berlalu. Lu orang jangan lupa solat subuh. Blogging, blogging jugak, solat jangan sesekali dilupakan! Gua harap tahun depan gua dengan family gua dapat menjalani kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. InsyaAllah. Akhir kata dari gua, selamat menunaikan solat fardhu subuh. Semoga kita memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat. Adioss~


P/S: Gua jadi ganas jap hari nih. Hahaha gua sangat suka dan selesa. hehe :D