Ok hari nih post gua agak emosi la sis. Ahah lu orang pernah dengar tak ayat macam nih, selalunyer yang cakap nih mestilah yang berkasih-kasihan. Erk, begini bunyinya "Syg, sejak I mengenali you, I dah banyak berubah. Terima kasih syg. Syg, jangan pernah you tinggalkan I kerana jika you tinggalkan I, I mungkin berubah menjadi seperti dulu. (perangai negatif la kot)." Serius gua cakap sama lu, gua rasa mau muntah hijau tulis benda nih. Hahaha. Lu rasa apa yang gua rasa? Tepuk dada tanya iman. hee~ Bagi gua la kan, jika benar lah seseorang tuh ingin berubah, berubah lah kerana Allah bukan kerana perempuan ataupun benda lain sebab tak mustahil apa yang lu ada sekarang nih milik lu selamanya. Kalau awek/pakwe lu tinggalkan lu, agak-agak apa akan jadi dekat lu lepas nih. Lu mungkin berubah menjadi diri lu yang dulu? Lu pikirlah sendiri oiii! Gua takda jawapan untuk soalan tuh. Ngehehehe~
Weyhh lu orang ingat gua membebel macam mak nenek pasal pakwe/makwe ni gua sukalah yer? Serius gua kata gua 'anti couple.' Kalau lu orang tak percaya bolehlah tanya arwah kucing gua. Kuang3 =.=' Pada pendapat gua, tak payah couple segala bagai but lu kahwin je terus lagipun tiada istilah couple dalam Islam nih. Ok memang! Memang korang manusia, ada perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Gua tak cakap salah, memang betul pun kan. Itu fitrah manusia tapi lu orang kena la mengawalnya. Kalau tak couple tak boleh ke? Hurmm gua taknak cakap panjang, korang bacalah NI dan NI lepas tuh korang fikirlah sendiri. Korang pun dah besar, dah dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Hurrmm pada pendapat gua sendiri, bercouple secara Islam adalah bercinta selepas nikah. Betul tak? ^_^ Sure berlipat kali ganda lebih indah dan manisnya hubungan tuh daripada pasangan yang bercouple tanpa hubungan yang sah! ;)
Hah baru gua ingat abang gua pernah cakap dekat gua, "Shiqah, hang tau dak kapel ni dosa. Hang toksah la dok pi kapel2. Cuba hang bayangkan, pada suatu hari hang keluaq pi dating, naik motor berdua-duaan tiba-tiba kemalangan ka apa ka, kalau hang bernyawa lagi alhamdulillah tapi kalau hang dah away sempat tak hang minta maaf dengan mak abah, (bagi kes perhubungan dirahsiakan) sempat tak lagi hang bertaubat daripada dosa kapel hang tuh. Waktu tuh semua dah terlambat dah. So conclusion-nya, hang toksah couple! bhahaha!" Sempoi betul abang gua sorang nih tapi gua akui betul jugak apa abang gua kata tuh. So kata nasihat abang gua tuh gua simpan dalam minda sampai lah sekarang. Gua taknak couple dengan orang lain, gua nak couple dengan suami gua yang sah je. Hahaha gatal~ ;D
Itu sajalah post gua untuk kali nih. Gua minta maaf sangat-sangat kalau lu orang semua ada terasa hati dengan post gua kali nih. Ana asif jiddan! Ini hanya pendapat gua, pendapat kita semua semua berbeza. Kalau lu orang ada pendapat yang lain, bolehlah tulis di ruangan komen. Sori naik lori sekali lagi. Jangan marah sama gua, nanti lu cepat tua plus naik uban! Haha assalamualaikum :)
P/S: Eheh dah dua kali saya bahasakan diri 'gua,lu'. Saja suka-suka. Buat sesiapa yang terasa dengan post saya nih, Ana asif jiddan. Erm saya nak bercuti dari menulis post beberapa hari mungkin sebab saya ada mission impossible. Something like that lah. Haha tata!~ (^_^)
10 comments:
wa respect sama lu der :P
hehehe :D
gua suke entry lu derr! hihii
kalo nk bercinta pun biarlah berpada-pada.
bercintalah kerana Allah.
takpun kahwin terus je habis cite, takde laa terkumpul dosa kan? huhu
PERGHH GANAS LA DIE PAKAI GUA2
HEHE
slamat berkapel dgn suami nanti :)
woaah~ aku cam terngange bce post ko nih..
x sngke gempak gile ayat lu!!
kalo aku bagi kwn aku bace, ok x? hahaha! biar tersindir die~ haha!
awak di tag
awak di tag
besh r post yg ni..
wana suke.. :D
Atiqha: ngeh3 =)
Kak ieqa: yup setuju dgn akak! ^_^
Razfira: hahaha! XD
SiS: tutup mulot nnt masuk lalat! hehe :D
Alfora: terima kasih :)
Kak Wana: hehe =D
Lu punya entry ni menarik ah!
gua caya ah sama lu..
hahahah..
nice entry la awak..saya sukaaaaaaaa...hahaha
wahwah..human being..tp 2 bkn reason kn?..tobat2..
Post a Comment