Thursday, December 16, 2010

Kematian


Kematian itu pasti.
Kematian itu sangat pasti.
Kerana itu janji Ilahi.
Yang  datang pasti akan pergi.
Nyawa yang dipinjamkan ini perlu di kembali.
Ianya pasti datang suatu hari nanti.
Dan kita akan meninggalkan duniawi.
Melangkah ke alam yang lebih hakiki.

Kematian datang bila-bila masa.
Tak kira dimana kita berada.
Di lautan, di daratan mahupun di udara.
Di China, India mahupun di Malaysia.
Kematian tak mengenal ketika.
Dalam kesibukan bekerja.
Sedang enak menjamu selera.
Ataupun sedang bergurau senda.

Kematian tak mengenal sesiapa.
Seorang penghibur ternama.
Seorang tokoh berjasa.
Ataupun seorang alim ulama.
Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia.
Kerana ia datang tanpa berita.
Manalah tahu esok atau lusa.
Nyawa dicabut buat selamanya.
Meninggalkan dunia yang hanya sementara..

- 9 November 2010, 7:51 PM -
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadaNya)." Surah Al-Anbiya ayat 1

2 comments:

ayulunera said...

menyentuh perasaan....takutnye bile pkir mati.banyak lagi amalan yang kurang.

Cik_Shiqah said...

sama lah dgn saya. huhuhu.