Saturday, April 9, 2011

Yang Jahat Tak Semestinya Jahat Sentiasa, Yang Baik Tak Semestinya Baik Selamanya!


Assalamualaikum. Dah baca tajuk atas tuh? Ok inilah topik yang akan aku tulis untuk kali ini. Yang jahat tak semestinya jahat selamanya dan yang baik tak semestinya baik selamanya. Betul tak? Setiap manusia berubah mengikut peredaran masa. Ada orang berubah ke arah kebaikan dan ada orang berubah ke arah sebaliknya. Kalau hari nih dia jahat, mungkin esok dia baik? Kalau hari nih dia baik, mungkin esok dia berubah? Perangai manusia memang tak boleh dijangka. Siapa tahu kan?

Manusia mana yang tak pernah membuat kesilapan? Masyarakat sekarang bila seseorang tuh buat kesalahan, mereka pasti akan memandang hina tapi bila orang tuh dah bertaubat, mereka juga akan turut mengata. Apa sebenarnya yang mereka mahu? Sepatutnya sebagai masyarakat yang bijak, kita sepatutnya menyokong dan memberi dorongan kepada orang tersebut kerana mereka mempunyai niat untuk berubah dan mereka ingin berubah menjadi insan yang lebih baik. Nak tahu, mungkin orang yang hisap dadah dulu, lebih baik daripada kamu sekarang. Mungkin orang kamu hina bagai nak rak dulu menjadi orang yang lebih mulia daripada kamu. Tiada apa yang mustahil jika Allah inginkan perkara itu berlaku. Cuba fikir yer kalau benda yang serupa jadi dekat saudara kita sendiri, adakah tindakan yang serupa akan diambil? Fikir-fikirkanlah.

Orang yang baik tak semestinya akan baik untuk selamanya. Mana tahu tiba-tiba hati dia berubah? Takutkan kalau perkara macam gitu terjadi? Aku pun seram kalau perkara itu terjadi kepada aku. Oleh sebab itu, aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya hati aku tetap berada dalam landasanNya. Bila selesai solat, aku selalu amalkan doa/ayat dibawah daripada Surah Ali-Imran ayat 8. Bagus juga untuk korang amalkan.

RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZ HADAITANA WAHAB LANA MIL LADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHAB 

Maksudnya: Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (Kurnia).

Sebelum aku mengakhiri post aku kali ini, aku nak pesan, jangan sesekali memandang rendah terhadap orang dibawah kita dulu kerana tidak mustahil dia berada di atas kita sekarang dan siapa tahu dialah insan yang akan menghulurkan bantuan apabila kita ditimpa kesusahan kelak. Itu saja, selamat malam dan selamat hujung minggu. Assalamualaikum ^_^

Sunday, April 3, 2011

Selamanya !


Jikalau tiada tanah, bagaimana bunga mahu berkembang mekar?
Jikalau tiada bola, bagaimana permainan bola sepak mahu sempurna?
Jikalau tiada hati, bagaimana mahu rasa?
Jikalau tiada cinta,bagaimana rindu mahu berbunga?
Jikalau tiada muzik, bagaimana lagu boleh dicipta?
Jikalau tiada awak, lengkapkah hidup saya?

Sahabat,
Kita berkongsi rasa.
Kita sentiasa bersama.
Namun itu kisah dulu.
Sebelum kau pergi tinggalkan aku.

Sahabat,
Kadang-kadang kau merajuk.
Aku buat tak endah.
Kadang-kadang kau marah.
Aku buat kau lagi marah.
Kadang-kadang kau manja.
Aku kata kau mengada-ngada.
Tapi sekarang kau takda.
Apa yang aku boleh buat?

Sahabat,
Kini kau sudah tiada.
Tapi tidak aku lupa memori kita bersama.
Kau pergi tinggalkan kenangan.
Buat penawar di kala aku kerinduan.
Namun mengapa hati aku masih rindu?

Sahabat,
Kau memang mengajar aku erti rindu.
Rindu yang tiada penghujungnya..

Selamanya.