Friday, December 31, 2010

Aku Dicurangi T_T


Kenapa perlu ada dia di antara kita?
Hari-hari aku belai kau, aku usap kau dengan penuh kasih sayang.
Kau pulak tersondol-sondol dekat aku dengan manjanya.
Tapi belakang aku kau curang yer! Ewah-ewah!
Sampai hati kau yer!
Masa Si Bulat bagitahu aku, aku nafikan tapi ......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Gambar nih sudah membuktikan segalanya.
KAU MEMANG CURANG DENGAN AKU! :((
Hancur hati aku dibuat kucing sekor nih.
Hhhhhhhuuuuuuwaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh!!! :((
Erk! Sebenarnya saya tak kenal pun kucing atas tuh. Hee~ ;D
NotaKecik:  Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011. Azam baru bakal terlaksana! Yezzza! Moga azam tuh berkekalan sampai hujung tahun 2011 lah yer. :D

Thursday, December 30, 2010

Kakak Dan Adiknya


Assalamualaikum. Woahhh terkejut eden tengok dashboard. Agak terjojol mata nih. Fuhhhh dasyat sungguh penangan si Khairul Fahmi Che Mat tuh! Uhuk betul ke macam nih nama dia? Mak aih hampir keseluruhan blogger-blogger kat dashboard tuh bercerita tentang salah seorang Harimau Malaya nih. Kui3. Dasyat sungguh haih. Ok-ok kita stop cerita pasal dia. Saya bukan nak cerita pasal KFCM yer. Harap Maklum! Wee~

Saya nak cerita pasal seorang budak yang sangat comel macam kakak dia nih. Cheewahhh!~ Kita panggil budak comel nih Marissa lah yer. Umur baru 2 tahun nak masuk 3 tahun bulan 8 tahun depan. Hah terbelik-belik! Ngee~ Hari nih Marissa demam pulak. Budak-budak kalau dah demam mesti banyak ragam punya lah. Itu biasa lah kan. Meh saya nak ceritakan ragam budak comel nih yang mencuit hati saya la kot? Hak3.

Ok macam biasa mak saya yang tersayang pergi masak dekat dapur. Kalau tak masak kitaorang nak makan apa? Kitaorang hanya mengharapkan mak masak je. Kalau mak tak masak, kitaorang dekat rumah kebuluran lah jawabnya. Bukan kitaorang taknak masak tapi malas! Terima kasih mak sebab selalu masak tanpa jemu. Hee~ :D Mak masak dekat dapur jadi Marissa saya lah jaga. Ada ciri-ciri kakak mithali tak? HAHA! Nak kena dukung je budak kecik tuh tapi biasa lah budak kalau sakit memang macam tuh. Memang dah sebati kot! Eden dulu-dulu pun macam tuh jugak. Wee~

Lepas dah tak larat nak dukung, bawak lah dia duduk dekat atas sofa. Baik je terbaring dekat situ. Bagus-bagus! Saya duduk la dekat bawah perhatikan dia tiba-tiba budak kecik tuh buat permintaan. Meh kita ikuti diolog dibawah. Ngeh3.

Marissa: Kakak, nyanyi! 
Saya: Haaaaaa... (berfikir seketika)
Marissa: Kakak, nyanyi! (muka nak menangis)
Nangis-nangis yang lemah nih. Adess~
Saya: Bapaku pulang dari kota .....................
 Begitulah seterusnya. Jenuh perah otak cari lagu. Hahaha.
Marissa: Tatap je muka kakak dia nih dengan penuh minat! Adoiii!~

Hah macam tuh lah kisah bersama budak kecik tuh. Kesian pulak tengok budak comel tuh demam, hidung berair dan batuk-batuk. Semoga cepat sembuh yer budak kecik. Sukakan-lah diri tuh makan ubat. Nak tau, kalau budak payah nak makan ubat, korang campur je ubat dalam susu yang diorang minum. Habis cerita! ;) Tapi jangan lah bagitau yang dalam susu tuh ada ubat. Kantoi lah macam tuh. Ok itu saja. Tata!~

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA MENANG!!!

Melompat kegembiraan. Ahakz!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Woahhhh!! Hoyyeaahhh! Yeahhh!!
Tahniah kepada pasukan Malaysia!!
Malaysia akhirnya dapat tewaskan Indonesia.
Terharu giler weyh! 
MALAYSIA MENANG 4-2!

Lagi sekali Tahniah Pasukan Malaysia! 
Kekalkan kecemerlangan sukan bola Malaysia yer!
MALAYSIA BOLEH!!

S.E.M.A.N.G.A.T 


Update!
Assalamualaikum.
PM dah umumkan yang esok (Jumaat) cuti umum.
Maknanya Jumaat nanti saya tak payah pergi sekolah la kan?
Hip Hip Hoorey!! 



What A Day!


Assalamualaikum. Ok hari nih saya takda benda nak cerita. Takda bahan dalam otak nih, yang ada cuma sekolah. Ehek malas nak cerita pasal sekolah. Nanti tak pasal ada yang menangis dengar perkataan 'Sekolah'. T_T Pendaftaran Tingkatan 1 (2011) akan dijalankan pada hari Jumaat nih dan saya kena pergi sebab kehadiran saya diperlukan. Cheewahhh! Hahaha Ya Allah malasnyer saya nak pergi! Taknak pergi boleh tak? Sesiapa bantulah saya! Uhuuuuuuu~~~ (-_-,)

Hurmm hari nih My Sis nak balik Universiti dah. Laptop ni pun kena ikut dia balik lah nampak gayanyer. Uhuu~ Lepas nih mungkin aktiviti blogwalking akan kurang. Sekolah pun nak mula jadi akan lagi berkurang. Komputer ada je dekat rumah tapi malas lah nak bukak, selalu stuck! Sekarang pun mood malas datang menjelma. Tengah hari makan nasi, sangat boring hari ni! Haaaaaaaaaaaaa =.='

Ok kita stop cerita boring diatas!
Saya ada video nak kongsi dengan korang semua.
Baik punya! Jom kita layan~~


P/S: Semoga pasukan bola Malaysia menang hari nih, Amin. Sama-samalah kita doakan. Ahah saya teringin nak culik kucing dalam video tuh bawak balik rumah tapi dimanakah Si Comel itu berada? Hee~

Korang nak tau? Penawar bagi boring ialah TIDUR! Adioss!~

Tuesday, December 28, 2010

Pelakon Bayi Terbaik!!


Assalamualaikum.
Dah tengok video tuh? Tak tengok lagi? CEPAT TENGOK!
Tergelak saya tengok perangai baby nih.
Tersangatlah kagum! Macam mana dia buat hah?
Kena tuntut ilmu dengan dia nih!
Baby nih sangat bijak dan bagus dalam berlakon plus berpura-pura.
Sangat Comel Tau!
Kalau ada anugerah pelakon bayi terbaik, 
Saya dengan sebulat hati akan serahkan anugerah tuh dekat dia.
Weeee~~ 

Monday, December 27, 2010

Apa Punya Orang Daa :D

 Sweet Anime Couple Of The Year! Clap Clap! Hak3 :D

Assalamualaikum. Ada yang pelik kenapa saya boleh menulis hari nih? Oh jangan pelik, ini mengelat namanya! Erk ye ker? Lantaklah! Hahaha :D Ok nih curi-curi nih. Syhhhhh senyap-senyap! Ngee~ Huwaahhhh cuti dah nak abis, sekolah nak bermula. Semua sibuk mau beli barang-barang sekolah. Ada yang kelam kabut minggu nih. Nak balut buku, nak basuh kasut dan banyak lagi. Ini perangai yang tak boleh dielakkan, selalu buat kerja last minute! Toink!

Abang-abang dan kakak-kakak dalam rumah nih semua sibuk nak beli barang. Almaklumlah lagi beberapa hari nak kena berambus dari rumah pergi balik Universiti. Tiada lagi yang jadi hamba apabila mereka tiada dan takhta memerintah jatuh ke tangan abang yang lagi satu. Oh banyak tak abang? HAHA. Memang mak abah saya senang dan tak payah membazir mengupah bodyguard semua tuh kerana dah ada banyak bodyguard dalam family nih. Hehe :D Agak-agak lagi tiga tahun akan datang bolehlah kot dapat kakak ipar. Ngeh3 :p

Last part, semua dah sedia! Fizikal dah sedia, mental dah sedia dan segala-galanya bagus buat masa nih! Alhamdulillah. Saya kini hanya menghitung hari untuk pergi ke sekolah dan memulakan hidup dengan azam yang baru. Yezzaaa! Lagi enam hari. Semangat nih! Haha apa azam baru korang semua yer? Wee~

Peristiwa Di Suatu Hari Pada Bulan December

Pada suatu hari ada seorang kanak-kanak riang pergi ke dapur kerana telah terbau aroma yang sedap gler! Dia pun berjalan-jalan menuju ke dapur.

Den: Mak, masak apa tuh? Macam sedap je. Hehe ;D
Mak: Masak sardin je. awat nak ke?
Den: Huishh boleh je. Lapar gler nih. Huk3.
Mak: Eh sat! Hang bukan puasa ka?
Den: Eh lupa! Puasa rupanya. Sori-sori. Haha.
Mak: Muda-muda dah pelupa. Dah pi duduk depan!

Den pun berlalu dengan perasaan yang hampa. Dalam hati siap dok nyanyi lagu Hampa Hatiku-Ungu. Baru ingat nak melantak waktu tuh rupa-rupanya den tengah puasa. Melepas~ Hahaha XD

Katak pisang katak puru, adakah katak dan pisang sepupu? Jangan perasan atau terharu, bukan nak ucap kata rindu, cuma nak ucap Selamat Pagi To You! (^_^)

Saturday, December 18, 2010

Cinta Mereka






Assalamualaikum.
Sangat sweet gambar-gambar nih kan.
Arghh apa nak diherankan.
Mereka juga tahu berkasih-sayang.
Hehehe :)

Friday, December 17, 2010

Merapu | Merepek | Meraban


 Orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi kalau dah kenal tetap hampeh macam mana? Huh!

 Orang kata tak salah bagi peluang kedua tapi kalau dah bagi peluang berkali-kali tetapi tetap mengulang kesalahan yang sama macam mana? Arghhh!

 Orang kata biar ramai kawan jangan ramai musuh tapi kalau musuh yang cari kita macam mana? Ish!

 Orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan tapi kalau kita jalan jumpa jalan mati macam mana? Uwaaa!

 Orang kata jangan benci sangat nanti jatuh cinta tapi kalau cinta sangat jadi benci tak? Huehuehue~

 Orang kata jangan pendam dalam hati nanti terluka tapi kalau luahkan nanti orang lain yang akan terluka macam mana? Parah-parah!

 Orang kata jangan senyum seorang diri nanti dianggap orang gila tapi kalau senyum seorang diri ketika membaca surat cinta macam mana? HAHA.


Saya tahu saya mengarut tapi bak kata mutiara kehidupan saya "Apa aku kisah!"
 

Thursday, December 16, 2010

Kematian


Kematian itu pasti.
Kematian itu sangat pasti.
Kerana itu janji Ilahi.
Yang  datang pasti akan pergi.
Nyawa yang dipinjamkan ini perlu di kembali.
Ianya pasti datang suatu hari nanti.
Dan kita akan meninggalkan duniawi.
Melangkah ke alam yang lebih hakiki.

Kematian datang bila-bila masa.
Tak kira dimana kita berada.
Di lautan, di daratan mahupun di udara.
Di China, India mahupun di Malaysia.
Kematian tak mengenal ketika.
Dalam kesibukan bekerja.
Sedang enak menjamu selera.
Ataupun sedang bergurau senda.

Kematian tak mengenal sesiapa.
Seorang penghibur ternama.
Seorang tokoh berjasa.
Ataupun seorang alim ulama.
Yang pasti kita perlu sentiasa bersedia.
Kerana ia datang tanpa berita.
Manalah tahu esok atau lusa.
Nyawa dicabut buat selamanya.
Meninggalkan dunia yang hanya sementara..

- 9 November 2010, 7:51 PM -
"Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadaNya)." Surah Al-Anbiya ayat 1

Wednesday, December 15, 2010

Cover Your Aurat Campaign :: Show Your Support !

Assalamualaikum. Ahah saya telah di tag oleh Farah untuk join kempen yang dinamakan 'Cover Your Aurat Campaign | Show Your Support.' Kempen ini dianjurkan oleh PotpetKing. Mengikut pihak penganjur, cara-cara untuk join kempen nih adalah seperti berikut:

1. Buat satu entri baru yang bertajuk : COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR 
    SUPPORT!
2. Letakkan banner di atas dalam entri anda dan linkkan ke entri ni semula.
3. Tuliskan pandangan anda tentang menutup aurat.
4. Letakkan link entri anda mengenai kempen ini di ruangan komen entri ini.
5. Kalau boleh tagkan 3 kawan anda untuk menyokong kempen ini. The more the merrier.

-----------------------------------------------
Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pada pandangan saya dan apa yang saya belajar dekat sekolah, aurat dari segi bahasa adalah keaiban manakala dari segi syarak ialah bahagian-bahagian tertentu yang ada pada badan manusia yang wajib ditutup daripada pandangan orang yang diharamkan untuk melihatnya yakni bukan mahram anda! Aurat wajib ditutup yer dan ini perintah Allah. Sesetengah orang kata (perempuan), mereka tidak bersedia lagi nak pakai tudung. Belum sampai seru. Itu memang jawapan yang famous! Bagi saya, alasan itu sangat tidak munasabah dan tak boleh diguna sama sekali! Kita hidup dekat dunia nih hanya sementara, esok-esok mana tau dah tak bernafas. Waktu tuh apa kita nak jawab dengan malaikat Munkar dan Nakir dekat kubur nanti. 'Kenapa kau tak tutup aurat?, Aku tak bersedia lagi..' Hah boleh ke awak jawab macam tuh? Fikir-fikir lah sendiri. Hehe. Menutup aurat itu perintah Allah SWT, tak melakukannya maknanya kita ingkar dengan suruhanNya. Nak ke Allah marah dengan kita? Uishhh taknak! Oleh itu, lakukanlah perintahNya dengan sebaik-baiknya. Islam itu mudah dan indah tapi kita yang gatal-gatal menyusahkan diri sendiri. Huhuhu.
Sepertimana yang kita tahu, aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan. Leher dan rambut adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi walaupun rambut tuh hanya sehelai. Mengikut apa yang saya tengok, sesetengah wanita memakai tudung tapi jarang, memakai tudung tapi pakaian menampakkan bentuk tubuh badan yang konon mantap (ngee~), memakai tudung tapi singkat yakni tak labuh sampai dada dan macam-macam lagi. Adakah itu yang dikatakan menutup aurat? Lu pikirlah sendiri! Kalau tak tahu bagaimana hendak menutup aurat dengan betul, dekat google banyak. Search je, beribu-ribu keluar. Gunakan kemudahan yang ada tapi jangan sekadar baca plus tengok sekali pandang, amalkanlah dan semoga istiqamah! Sungguh rugi orang yang tidak menjaga auratnya dengan betul. Ikhlaskan diri kerana Allah, InsyaAllah anda pasti akan merasa kenikmatan menutup aurat.
Saya pernah tonton siaran Al-Kuliyah dekat TV3 yang membincangkan isu Aurat. Saya masih ingat apa yang ustaz tuh cakap, "Saya pernah nampak ada seorang muslimah sangat bagus, memakai jubah, bertudung labuh tapi ada satu je yang tak kena iaitu dia tidak memakai sarung kaki!" Hah kaki juga aurat bukan, so kita mestilah menutupnya. Jangan pandang remeh tentang hal ini. Mungkin para muslimah diluar sana tak menyedari akan hal ini. Jadi, kalau dah tahu tuh, silalah mengambil langkah-langkah yang perlu anda buat yer! Jangan main redah je! Hehehe :D

Hah satu lagi yang kita terlepas pandang. Aurat wanita Islam dihadapan wanita yang BUKAN Islam adalah sama seperti aurat mereka dihadapan orang yang bukan mahram. So, mereka (wanita Islam) wajib menutup aurat apabila berada dalam kalangan wanita yang bukan Islam. Ada faham? Hurm tak kiralah sepupu kita ke, pakcik kita ke, anda tetap kena tutup aurat dihadapan mereka, mereka bukan mahram kita. Ingat! :)
Aurat tidak akan tertutup dengan berperangai baik. Aurat tidak akan tertutup dengan sifat lemah lembut. Aurat tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik. Aurat tidak akan tertutup dengan solat tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna.
(Testi iluvIslam.com)
Itulah serba sedikit pandangan saya. Banyak lagi yang boleh dikupaskan mengenai isu aurat nih. Aurat nih banyak cabang-cabangnya. Kalau dibincangkan pun, memakan masa yang lama. Hehe :D Ok itu saja. Renungkan-renungkan dan selamat beramal, assalamualaikum.
Tiga Orang Yang Di-tag
Seindah-indah perhiasan di dunia ialah wanita solehah.

Tuesday, December 14, 2010

Kembalilah Padaku XD


Assalamualaikum. Gua tengah buntu, gua tengah frust, gua tengah pening, gua tengah imbas memori dulu. Gua dah hilang ingatan seketika. Uwaaaa cermin mata/spek gua hilang! Gua tak tahu gua letak mana. Habis seluruh pelusuk rumah gua geledah tapi batang hidup spek tu pun gua tak nampak. Huk3. Spek tuh mengada-ngada je nak merajuk dengan gua sebab gua selalu letak merata-rata. Sekarang dia dah tinggalkan gua. Mana tahu spek tuh terjatuh dimana-mana lepas tuh terpatah dua! Haaaa tapi kan, agak-agak boleh tak gua minta spek baru? Ngee~

Susah wok spek takda. Tengok TV tak nampak, kalau nak tengok kena duduk di sofa-sofa berdekatan. Nak pergi mana-mana, kena pakai spek kalau tak memang tak nampak muka orang dari jarak jauh. Parah-parah! Ini lagi parah punya kes, sekolah dah nak mula. Kalau cermin mata takda, habis lah gua. Aduh mana lah spek gua menghilang nih. Huhuhu. Oleh sebab itu, gua dengan perasaan takut-takut berani bagilah tau dekat mak gua tentang hal ini. Macam biasa kena marah. (takdalah marah sangat) Mak gua kata gua suka letak merata-rata, tak pandai jaga. (Betul la tuh :D)

Memang gua tak reti jaga pun. Gua main tibai je, janji rock! Haha :D Tokei kedai spek tuh kata, lap cermin mata guna kain yang dah disediakan tapi gua? Gua main sambar je segala jenis kain yang boleh digunakan untuk mengelap. Ok apa, gua tak membazir! Hee~ Dia cakap lagi, kalau nak tidur atau taknak pakai letak balik dalam kotak spek tapi gua? Gua selamba je letak dekat mana-mana. Cermin mata gua dah berapa kali jatuh plus kena henyak tapi gua pelik, cermin mata gua tak pun patah-patah. Gua ingat lagi dulu waktu baru pakai cermin mata, gua punyalah jaga cermin mata tuh bagai menatang minyak yang penuh tapi sekarang hampeh! Mula-mula memang lah macam gitu, tengok lah dah lama-lama mesti jadi macam gini. Korang pun macam tuh ke? ;)


Nak spek macam nih boleh tak mak? :D

Sunday, December 12, 2010

Kucing Baru!


Assalamualaikum.
Ini kucing baru gua selepas kematian Manja tahun nih.
Tapi Manja tetap dalam hati gua ok!
Hahaha :D
Nama kucing nih Chiki.
Baru lah terserlah ke'wanitaan' sikit. Ngee~
Comel kan, macam tuan dia! Ok gua perasan.
Chiki je comel tapi gua tak. lalala~

Haishh hari nih post pendek je.
Lagipun tahap kemalasan gua tinggi hari nih.
InsyaAllah jeritan korang dekat kotak jerit tuh akan gua balas yer!
Okie dokie tokie.
Gua nak sambung belajar nih.
Mulakan harimu dengan senyuman~
Assalamualaikum :)


Friday, December 10, 2010

Bercinta Secara Islam?


BAGAIMANA BERCINTA SECARA ISLAM?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah s.a.w pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihani dan dikasihi untuk mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kuliyah di TV3 pada 28 Julai 2006 iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kuliyah ketika itu agak menarik iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkah ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan apakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-dua bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cari ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata macam 'perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dulu saudari diluar sana. 

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya? Mari kita kaji sirah. 

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah? 

Jadi, tiada salahnya wanita untuk memulakan dahulu. Bukankah itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakanlah kepada itu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak bersetuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.


Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. InsyaAllah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu. 

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-payah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. 

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang berCouple, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum kahwin dan berCouple adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM! 

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya."

~> Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku Tentang Cinta.


Formula Mudah Cik Shiqah Tentang Couple

Menghampiri Zina = Haram
Couple = Menghampiri Zina
Maka,
Couple = Haram

Wednesday, December 8, 2010

Jom Tutup Aurat!


Assalamualaikum.  
Cuba korang lihat gambar diatas dan fikirkan.
Banyak mesej yang ingin disampaikan melalui gambar nih.
Dalam kepala gua nih terdetik beberapa ayat yang selalu jugak kita dengar.
Gua kasihan dengan mereka yang menuturkan ayat nih.
"Kalau bertudung tapi perangai tak elok buat apa."
Dan
"Walaupun dia tak bertudung tapi akhlaknya baik"
Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Amin.

Ahah!
Gua tertarik plus amat suka dengan entry NI dan NI
Bagi yang dah baca, bagus-bagus!
Tak baca lagi? Jomlah kita baca!
Jangan sekadar baca je yer.
Ambillah langkah-langkah yang sepatutnya perlu anda buat.
Semoga istiqamah!

Jejak Kasih :D


Assalamualaikum. Haishh petang-petang yang sunyi sepi ni tiba-tiba gua teringat akan kisah yang lalu. Kisah yang penghujungnya pun gua tak tahu. Ada hari gua tergerak hati nak buat penyiasatan. Haha gua pun pergilah dekat pakcik google search nama orang yang gua nak tahu apa perkembangan mereka. Mana tahu kalau gua jumpa sama dia, bolehlah merisik khabar orang kampung gua nun jauh diutara. Tapi! Segala usaha gua tidak berbaloi, hampeh betul! Hak3 :D Gua kecewa hari tuh macam orang baru putus cinta. Macam mana perasaan orang putus cinta? Ada rasa mau bunuh diri tak? Hee~

Setelah gua mengubati perasaan kecewa gua yang tidak kurang hebatnya, gua sekali lagi menerima kejutan! Bukan kejutan elektrik tapi kejutan jiwa tahap dewa dewi! Gua jumpa orang kampung gua di Facebook tapi gua taknak jumpa dia, gua nak jumpa orang kampung gua yang lain. Kalau orang kampung gua di facebook nih, entah kenal gua ke tidak. Karang tak pasal dia kata gua syok dekat dia hingga mengaku gua nih sepupu dia! Owhh gua tak mahu itu terjadi, mintak dijauhkan! So niat suci lagi murni gua nih pun terabai macam tuh je. Gua tahu amatlah susah untuk gua jumpa dengan dia so gua trylah nak search nama orang disekeliling dia dekat pakcik google. Penat-penat gua berjalan semata-mata untuk berjumpa dengan pakcik google tiba-tiba gua blurrr! "Nak tulis nama sape pulak nih?" Adoihh mana lah gua tahu nama kawan-kawan dia. =.='


Ada satu cara nak cari dia iaitu di facebook! Kira nih cara terakhirlah, kalau tak jumpa jugak gua join masuk program jejak kasih larh gayanya! Hahaha :D Gua tulislah nama dia dengan bersemangat, tiba-tiba hambik kau shiqah! Berderet-deret, berduyun-duyun nama macam tuh! Jalan yang paling mudah untuk gua ialah tekan pangkah X terus. Keh3. Kakak gua kata dekat gua, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Gua sangatlah kecewa sebab dah takda jalan hidup tapi jalan mati ada! So start dari itu gua konon bertekad lah PMR nanti gua nak belajar rajin-rajin, dapat 8A gua sendiri akan campakkan diri gua ke asrama penuh di tempat-tempat berhampiran. Haha InsyaAllah. Mana tahu dekat sana boleh terserempak ke dengan sesiapa. Bolehlah gua teruskan misi yang sudah lama tertunggak ini. Haishh jangan gua bermimpi di siang hari sudah larh! wee~

Ahah! Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah! :) Tolong doakan yang terbaik untuk saya yer! Syukran :) Bittaufiq untuk diri sendiri~! 

Sunday, December 5, 2010

Award Dan Tag (^_^)

Assalamualaikum. Ok hari nih post gua tentang tag dan award sahaja yang telah gua peram bertahun lamanya. Ceh menipu je, haha takdalah sampai bertahun. Hurmm setakat ni je yang gua ingat, kalau ada yang gua tak ambik lagi silalah ingatkan kalau anda rajin. Hihi okie dokie kita mulakan sekarang yer. Gua dengan ini merasmikan acara award-award sedunia. Hak3 termerepek sudah~

Ok award dan tag pertama datang daripada Fatin. Terima kasih kerana kerajinan anda men-tag saya!


1. Berikan ucapan untuk orang yang bagi award nih.

--> Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. hihi :)

2. Korang rasa award tuh, cantik sangat? Cantik? Cantik sikit? Okey je? 
                          Buruk sikit? Buruk? Buruk banyak? 

--> Bak kata si pemberi award ni sendiri, tak cantik tapi comel! ;D

3. Kalau korang baik, tag 5 orang.

--> Nak tag, FarahMiraSyadaKak Dieba dan Ayuakira (ambik yer semua!)





Award kedua datang daripada Kak Dieba. Terima kasih kerana memberi award dan tag ini kepada saya :)


1. Berikan satu nickname untuk saya. (pemberi award)

--> sweety_dieba :)

2. Ucapan untuk pemberi award.

--> Terima kasih kak. Saya terharu. Hahaha ;D

3. Listkan 6 artis/band/group yang korang minat.

--> Maher Zain, In-team, Hijjaz, Dehearty, Far-east dan Mestica.

4. Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun.







Tag yang ketiga datangnya daripada Kak Amy Syifa. Huwahhh terima kasih! Menarik sungguh tag kali nih yer! Tag mengenai Kartun Kegemaran Anda (Anime tu kira kartun lah kan. Hehe) Apa boleh buat, minat anime punya pasal, anime pun telah dijadikan adik-beradik kartun! Ngee~

1. Kaichou Wa Maid-Sama.


 Cerita ni best sangat! Usui sangat cool dan Misaki agak garang. Memang sesuai mereka berdua. :D

2. Lovely Complex.


 Serius cerita ni lawak tahap gaban. Korang kena tengok sendiri lah untuk rasa apa yang gua rasa. Hehe. Sorang pendek, sorang lagi tinggi tapi sesuai. Cinta tak mengenal ketinggian. Cheewahh~

3. Special A.


 Mantap weyh cerita nih! Gua kagum dengan persahabatan mereka bertujuh. ;)

4. Aishiteruze Baby.


Sweet jer cerita nih! Pasal Kippei yang kena jaga sepupu dia yang berusia 5 tahun iaitu Yuzuyu. Memang Sweet dan gua suka tengok cerita nih berulang kali. Hehe :D

5. Fruit Basket.


Cerita nih pun best jugak tau tapi jangan tengok cerita punya sebab tak habis. Kalau tengok cerita nanti korang kena sambung baca dekat manga. So untuk mengelakkan daripada korang sakit hati lebih baik baca manga terus. Hahahaha :))






Award dan tag yang keempat datangnya daripada Anis Amira. Terima kasih dear :)

1. Awak. Siapa awak?

--> Semestinya-lah saya seorang Hamba Allah dan juga seorang manusia. Hehe :D

2. Awak suka blog Anis?

--> Mestilah suka sebab tuh saya follow :)

3. Dua perkara yang menarik yang ada dekat blog Anis.

--> Background comel, header cantik. Hehe.

4. Selalu terjah dekat blog Anis?

--> Alamak hilang ingatan kejap. Nanti dah ingat saya kasitau. Haha :D

5. Anis ni peramah? Baik Hati? Sombong? Pelik?

--> Mungkin Anis peramah. Anis, peramah ke? hihi ;D






Award yang kelima pulak datang dari Cleo. Terima kasih duhai Cleo. Hehe =))







Akhirnya award yang keenam datangnya daripada Mira. Terima kasih!


1. Nama manja korang?

--> Eheh gua takda nama manja tapi adik gua ada larh! Hak3. 

2. Hobi buat apa?

--> Ikut keadaan semasa dan cuaca. Hobi gua berubah-ubah. Ngeh3.

3. Umur korang berapa?

--> Gua lahir tahun 1997. Kira lah sendiri, gua malas nak kira. Haha :D

Ini Award dari orang yang sama. Meh kita tengok.






Huishh selesai jugak akhirnya! Serius gua cakap, inilah post yang paling penat pernah gua buat. Hahaha tapi takpe, gua enjoy buat benda nih. Hehe kalau ada lagi yang gua terlepas pandang, silalah inform dekat gua yer. Gua pun seorang manusia biasa, pelupa memang sifat gua kot. Hahaha :D Ok sampai sini sahaja post gua untuk kali nih. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi semua nih dekat gua. Assalamualaikum :)