Assalamualaikum. Wohhh gua tak percaya dah 1 Disember 2010. Dah bulan 12 dah weyh! Cepatnya masa berlalu, lepas tuh dah nak masuk tahun 2011. Wow! Tahun 2010 nih banyak pengalaman kehidupan pahit gua dapat, malas nak ingat. Kalau ingat, buat sakit hati jep tapi pengalaman pahit yang gua dapat nih bukan calang-calang orang boleh dapat, hanya orang yang kuat mental+iman je boleh hadapinya macam gua. Ewah, cakap nak gebang je! wee~ Hah kalau rasa diri tuh macam dah putus asa nak hidup, konon dah tak boleh nak tanggung masalah plus apa-apa yang menyesakkan kepala otak korang, dah pegang pisau segala bagai baiklah baca NI dulu. Ngeh3. Semoga lu insaf baca itu. Hee~
Hurmm malam tadi abang sulung gua dah balik USM nun jauh di Penang. Aiyaa gua banyak sebak, gua tanya sama hati, "kenapa lu sebak hah?", hati cakap "lu tanya sama waa, manalah waa tau. Cuba lu tanya diri lu sendiri" Aiyaa hati lu bikin gua banyak konpius. Waaaaaa...! Selepas beberapa jam gua berfikir, baru gua tahu kenapa gua drastik jadi macam tuh. Rupanya-rupanya dalam hati gua ada sebuah taman yang sarat dengan bunga-bunga emosi! Ini serius, lu orang tak percaya? Apa gua kesah! Hahaha :D
Aiyaa gua lupa, hari nih hari jadi Sis Diya Hanun a.k.a Kak Fadya. Itulah yang diberitahu oleh 'makhluk asing' yang gua percaya. Alien, kalau lu baca blog gua, jangan marah kerana ini akan membuatkan lu yang tua semakin bertambah tua. Tak silap hari bulan lu boleh naik uban! Haha! Ok berbalik kepada Sis Diya Hanun yang juga hantu anime macam gua. Ngee main-main. Selamat Hari jadi, moga panjang umur, murah rezeki dan semoga impian yang dihajati tercapai, InsyaAllah. May Allah bless you and your family :) Kalau lu baca ucapan ni, silalah tersenyum lebar hingga gua pengsan tak sedarkan diri. Hehe gurau-gurau, btw semoga lu happy sentiasa macam gua!
Ok lah sampai sini jer gua menulis. Azan subuh baru beberapa minit berlalu. Lu orang jangan lupa solat subuh. Blogging, blogging jugak, solat jangan sesekali dilupakan! Gua harap tahun depan gua dengan family gua dapat menjalani kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. InsyaAllah. Akhir kata dari gua, selamat menunaikan solat fardhu subuh. Semoga kita memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat. Adioss~
P/S: Gua jadi ganas jap hari nih. Hahaha gua sangat suka dan selesa. hehe :D
4 comments:
Tomey r cat uh :D
Wana s2ju ngn pndpt shiqah. Walauapepn y blaku hidup mst dteruskn meyh..
Chaiyyok2!! ^_^
kak wana: chaiyokk! ;)
waaaa......shiqah...tq2...heeeeheeeeeeee
kak fadya: hahaha :D kasihmu diterima. hak3 XD
Post a Comment