Friday, February 22, 2013

Kahwin-Cerai


Assalamualaikum semua :) Harap kalian dalam keadaan sihat sejahtera dipayungi rahmat dariNya. In shaa Allah. Post ini khas untuk menjawab soalan daripada gerangan anonymous yang bertanyakan soalan dalam post Cafe Cinta - Muhasabah Cinta. Sama-sama kita berkongsi ilmu yer. Soalannya berbunyi begini, 

Then why ade yg berkenalan begini (melalui straight kahwin tanpa couple2) tp berceerai jg akhirnya? bgmn mnghadapi prceraian itu? sebab ada mulut2 yg ungkit 'tula dulu xmau kenal btol2 tau2 terus nk kahwin kan dh terkena'..bgmn mnghadapi keperitan itu?

 In Shaa Allah diri ini cuba untuk memberi jawapan. Kalau salah tolong betulkan. :)

Mengenai soalan pertama, kenapa ada yang berkenalan melalui straight kahwin tanpa couple-couple tapi bercerai juga akhirnya? NIAT. Semuanya bermula dengan niat. Nawaitu kita berkahwin itu kerana apa? Kerana nak saling memiliki, saling mencintai, nak dapat anak, sebab pasangan cantik or hensem? Salah sebenarnya jika itulah yang difikirkan. Pernikahan itu suci dan mestilah berlandaskan cinta pada Allah. Jika kita bernikah dengan niat beribadah dan mencapai keredhaan Allah, In shaa Allah Dia akan selalu membimbing kita dan pasangan kita.

Tapi jika niatnya lain seperti yang saya nyatakan di atas, semuanya itu hanya bersifat sementara, akan hilang tapi percayalah jika perkahwinan itu berlandaskan cabang yang betul, cara yang betul in shaa Allah hubungan itu akan kekal hingga akhirnya tidak kira pasangan A ini terus kahwin atau pasangan B ini couple dulu baru kahwin. Semuanya sama sahaja cuma yg membezakan bagaimana pasangan A dan B berusaha untuk mengekalkan perkahwinan mereka. Jodoh tetap jodoh tapi kita sebagai manusialah yang harus make an effort untuk kekalkan jodoh tersebut. Usaha, Doa dan Tawakal. Tapi harus kita beringat bahawa couple itu bukan cara Islam. Islam ada kaedahnya yang tersendiri. Gunalah kaedah Islam, In shaa Allah ada keberkatan di situ. :)

Mengenai soalan kedua pula, bagaimana nak menghadapi penceraian tersebut dan bagaimana nak menghadapi kata-kata orang yang tentunya negatif-negatif belaka? Jawapannya mudah sahaja. Kita sebagai orang Islam hendaklah berbalik kepada Allah. Yakinlah bahawa ujian itu ekspresi cinta Allah pada hambaNya. Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. "Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan." (Hadis riwayat Bukhari)

Nak tahu satu perkara tak? Semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan pada kita makin besar pula pahala dan kasih sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Tapi dengan syarat, kita mestilah cuba menyelesaikan setiap ujian dengan cara yang baik yakni BERSABAR. "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah itu mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah." (HR Tarmidzi)

Mulut orang, payah sungguh nak tutup kan padahal mereka tidak tahu hujung pangkal cerita. Bersabarlah dan selalulah untuk berfikiran positif bahawa apa-apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. In shaa Allah kata-kata mereka tersebut bakal jadi kebaikan untuk kita. "Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar maka itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

Paling penting apabila ditimpa ujian, hadapilah dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha tersebut dengan doa. Allah berfirman dalam surah Alam Nasyrah ayat 7-8, "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah berfirman lagi dalam surah Al-Mu'min ayat 60, "Berdoalah kepada-Ku, necaya akan Aku kabulkan doamu."

Wallahualam. Harap sedikit pengisian ini menjawab soalan diatas. In shaa Allah.