Monday, January 31, 2011

Bila Hari Hujan


Aku suka hujan.
Orang kata hujan itu rahmat.

Aku suka hujan.
Sentiasa memberi aku ketenangan dengan bunyinya.

Aku suka hujan.
Melihat rintik-rintik hujan mengingatkan aku betapa banyaknya 
dosa-dosa semalam.

Aku suka hujan.
Baunya umpama wangian yang menyamankan jiwa.

Aku suka hujan.
Bila hujan aku terkenang kembali zaman nakal dulu kala.

Aku suka hujan.
Kerana selepasnya, pelangi akan muncul menyerikan langit biru.

Aku suka hujan.
Sangat suka bila hari hujan.

Tapi kadangkala.
Kilat sabung-menyabung menakutkan aku juga.
Hehe ;D


Assalamualaikum semua! Ceria Selalu! (^-^)
Maafkan kesalahan yang telah saya buat sepanjang saya berblogging nih.
Sehingga Berjumpa Lagi. Tata~!

Sunday, January 30, 2011

Apa Motif Angkat Orang?


Assalamualaikum. Fenomena abang angkat/kakak angkat/adik angkat, aku ingat dah berkurangan tapi sebenarnya ada lagi. Haishh tak suka! Tak suka! Apakah motif diorang nih nak berangkat-angkat bagai? (Ini angkat berlainan jantina tau. Antara lelaki dan perempuan) Antara jawapan popular yang aku biasa dengar ialah:

a) Saya takda abang/adik/kakak. Takda abang, abang angkat pun jadilah!

b) Saya suka angkat-angkat orang nih. (Haha ;p)

Kesian jugalah dekat diorang tapi apa yang aku tak faham nih, kadang-kadang diorang nih terlebih manja sangat dengan si abang angkat, kalah adik kandung kepada abang angkat tu sendiri! Wuuuu sabar je lah weyh! Aku rasa menyampah pun ada melihat kemanjaan mereka tu. Nanti kalau aku kata gedik marah pula. Woit tak baik kau shiqah! Maaf aku teremo pula. Huhuhu. Aku bukan tak suka mereka macam tu tapi ada batasnya lah. Janganlah buat macam abang angkat nih macam abang kandung pula. Walaupun dipanggil dengan gelaran 'abang', tapi korang perlu sedar yang mereka bukan mahram korang. Tak boleh lah suka suki aje beramah mesra tanpa ada batasan.

Zaman moden nih, budaya angkat-mengangkat nih makin meningkat kot. Dah jadi trend buat para remaja! Mengikut apa yang aku lihat, pada mulanya hubungan mereka macam biasa, tapi bila dah lama-lama hubungan tu mula jadi lain, dah pandai berpegangan tangan, benarkah? Sama juga dengan satu cerita nih, aku tengok gambar diorang nih macam ada yang tak kena tapi bila ditanya hanya adik dan abang sahaja. (Aku tak tahu pun dia ada abang! Setahu aku dia takda abang. Mana datang pula nih?) Adik dan abang apanya kalau dah pipi bertemu pipi. Mesranya! Apa cerita bai? Huhuhu. Detik itu aku terfikir, sebenarnya budaya angkat-mengangkat nih hanya akan menjerumuskan kita ke arah kemaksiatan! Tak begitu kawan?


Sedarlah bahawa budaya angkat-mengangkat ini sebenarnya adalah tipu daya dan perangkap syaitan. Hakikat dan matlamatnya adalah sama. Itulah cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat adalah sama sahaja, suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Orang yang terlibat dengan budaya 'angkat' ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan lembah perzinaan. ( Dipetik dari buku yang kakak aku dapat semasa dia pergi usrah)

Ingin aku ingatkan disini, apa yang kita buat, mesti ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Sejak aku kaji benda nih, aku dah nampak banyak keburukan yang berlaku di depan dan disekeliling aku mengenai hal ini. Memang ada baiknya tapi banyak buruk daripada baik. Aku memang tak menggalakkan budaya angkat-angkat orang nih. Tak payah lah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mesti korang cakap, dia (aku) tulis macam nih boleh lah sebab dia (aku) dah ada semua tuh (abang, kakak, adik). Buat yang anak tunggal, anak bongsu, anak sulung jangan lah marah. Ini hanya pendapat aku sahaja dan aku tau pendapat aku nih banyak negatif daripada positif. Hehe. BANYAK BURUK DARIPADA BAIKNYA. Itu je yang aku nak cakap. Sekian.


P/S: Sejuk!! Terketar-ketar menahan kesejukan nih. Rasa macam nak nyalakan unggun api tapi mana aku nak cari unggun api malam-malam nih. Haha ;D
(Sejuk!!)

Saturday, January 29, 2011

Terluka Lagi


Assalamualaikum. Perasaan cinta dan sayang, semua orang pernah mengalaminya kan? Mesti sakit giler kan bila cinta tak berbalas. Hoho aku tak tau sebab aku tak pernah bercinta tapi mengikut apa yang aku tengok, memang selalu macam tuh lah. Sama juga dengan kisah seseorang yang aku kenal nih. Aku yang dengar pun dapat rasa apa yang dia rasa tapi apa yang aku rasa mesti tak sama macam dia. Dia mesti lagi terluka. Aku tak boleh buat apa-apa tapi sekurang-kurangnya aku dapat dengar apa yang dia pendam selama nih. Kurangkan beban perasaan dia. Mungkin itu sudah baik kot? Huhuhu.

Kisahnya begini, dia nih bagi aku orang yang keras hati juga lah. Susah benar nak bercakap dengan lelaki. Nampak lelaki pun buat endah tak endah aje. Dia bukan macam perempuan yang aku kenal, senang benar tangkap cintan. Dia lain daripada yang lain. Itu pendapat aku tentang dia lah tapi suatu hari ada seorang lelaki yang buat dia berubah. Mungkin layanan lelaki tu terhadap dia membuatkan dia suka lelaki tu atau dengan kata lain sudah tangkap cintan sama mamat tu. Walaupun sekeras mana hati perempuan, mesti akan cair punya kalau jumpa orang yang baik apatah lagi layan dia macam orang special. Itu yang aku fikirkan. Kui3.


Dia nih pula memang orang yang tak suka kecoh-kecoh. Dia hanya pendamkan perasaan tu sorang-sorang. Biarlah dia sorang aje yang tanggung semua tu. Mungkin dia malu. Kalau aku pun macam tu, buat apa nak kecoh-kecoh cakap dekat orang kan? Hehe ;D Perasaan dia mula tak tenteram. Teringat-ingat dekat mamat tu. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang dan macam-macam lagilah simtom orang tengah mabuk cinta. Tapi tiba-tiba lelaki tu mula menceritakan perihal perempuan kesayangannya, hati dia mula terluka bak kaca yang terhempas ke lantai. Korang boleh bayangkan macam mana retaknya kaca kalau terhempas dekat lantai? Teruk kan? Aku hanya simpati, apa boleh buat kan. Lelaki tu sudah berpunya rupanya.

Hari-hari lelaki tuh cerita pasal perempuan kesayangan dia dekat kawan aku nih. Kawan aku pula layan macam biasa aje macam takda apa-apa yang berlaku, siap bagi kata-kata semangat lagi nih untuk si lelaki mengenai masalah cinta mereka (lelaki yang dia suka dan perempuan yang lelaki tu suka) tapi hati dia takda siapa yang tahu. Hari-hari makan hati berulam jantung. Sakit tuh! Adess~ Semakin hari, semakin sakit lalu kawan aku nih mula menjauhkan diri. Dah tak tahan menanggung rasa! Haihh parah betul. Huhuhu.

Walaupun kawan aku nih dah tak berhubung dengan lelaki tu lagi, tapi dia masih menyimpan perasaan. Setia betul. Perempuan memang dilahirkan dengan sifat setia kan? Aku sangat kagum dengan dia sebab dia tak pernah berdendam tapi sebaliknya mendoakan kebahagiaan si lelaki. Kawan, semoga tabah yer :) Buat lelaki, kalau tak suka tu janganlah layan terlebih sangat takut nanti ada yang kelukaan. Jangan terlalu memberi harapan. Hati perempuan nih lain. Ingat!

Walau seteruk mana hati dilukai, bentuklah hati itu semula dan serahkannya kepada Ilahi. Itu lebih indah, kan kawan? (:
 

Friday, January 28, 2011

Sukanya! :D


Ikuti Cerita Aku Bersama Si Dia

Pada suatu petang, kelihatan makcik-makcik sedang berborak-borak di luar ataupun mereka sedang menganyam ketupat bersama-sama? Woiit tak baik berburuk sangka! Ahakz! Aku yang baru balik dari sekolah  menggunakan kenderaan aku sendiri iaitu basikal hanya mengayuh basikal dengan ayu lagi sopan. Keh3 :D Dah sampai depan rumah, aku terus membelok dengan penuh kesantunan! Adehh. Belum sempat aku parking basikal, Si Dia sudah terpacak di sebelah! Bukan sebelah aku tapi sebelah rumah. Si Dia merenung aku dengan penuh kasih sayang yang tidak terhingga. Romantik dan sangat sweet! Itu je dalam fikiran aku waktu tuh. Aku tahu korang jelous! Wee~

Aku pun membuka langkah sesaat untuk menyapanya. Aku menghulur senyum padanya dan Si Dia juga turut membalas! Woahh bahagianya! Aku dapat rasa walaupun Si Dia hanya senyum dalam hati jep! Ngahaha. Aku tahu aku gatai tapi Si Dia tuh yang menggatai dulu. Mentang-mentang dia tuh jantan! Senang-senang je nak mengorat aku yang masih innocent nih. Kah3. Kami pun mula berbual-bual. Pandangan tajam daripada mak aku pun aku tak hiraukan lagi. Detik ini, hanya aku dan Si Dia. Wuuuuu!~ Suara Si Dia jangan cakap! Manja je. Tangkap lentok aku wok! Hahahaha!

------------------------------------------------------
Aku: Kau suka dekat aku ek?

Si Dia: Mestilah! Kau kan selalu layan aku. Bukan setakat suka,
aku sayang kau sekali tau! (Manja je suaranya)

Aku: Aku pun sayang kau! <3 (Muahhh!)
------------------------------------------------------

 WOIT KORANG FIKIR APA TUH? CERITA BELUM SELESAI LAGI!
JANGAN FIKIR BUKAN-BUKAN EK!
AKU NIH BAIK ORANGNYA.
OPS MAAF TERANGKAT BAKUL SENDIRI PULAK.
SAMBUNG BALIK! SAMBUNG BALIK!

-
-
-
-
-
-

Perbualan aku hanya diselangi dengan bunyi 'MEOW!' 'MEOW!'  Rupanya aku hanya syok sendiri! Aku punyalah borak tak hengat tapi dia hanya balas dengan perkataan 'meow' je. Haha sebenarnya aku berbual dengan kucing jiran aku. Tapi aku tahu dia sayangkan aku. Semua yang dia kata tuh betul! Korang jangan tak tahu aku nih fasih bahasa kucing sebab tuh kucing-kucing dekat luar sana, semuanya sayang dekat aku! HAHA! Mak aku kata aku buang tebiat dok bercakap dengan kucing tapi kucing tuh yang buang tebiat dulu, dia yang ajak aku berborak, aku layankan aje lah! Wee~

 Cats love me :)

Lalala~ Kerja sekolah bertimbun. 'Sukanyerrr'! Study Shiqah! Study! Eden tengah semangat ke arah kejayaan yang melampau nih so study pun kena melampau jugak. Kasi adil nanti ada yang merajuk susah pulak nak pujuk. Uhuk! Periksa dah dekat. Uhuuu :') <----- Kata-kata semangat plus penyedap hati je nih. Adoyai~ Ahah! Happy Birthday KN walaupun lewat sehari. Sehari je takpe! Jangan berhari-hari nanti merana. Adehh den sudah melalut ke laut pulak. Wuuuu~ Assalamualaikum semua. Tata!

Sunday, January 23, 2011

Perlu Ke Pergi Konsert?


Assalamualaikum. Ok baru-baru nih kawan-kawan aku kecoh pasal tiket konsert Super Junior. Siapa yang tak kenal kan? Kumpulan yang famous amos tuh dan menjadi kegilaan wanita-wanita tuh. Erk! Aku tak minat dan ramai orang kata aku tiada perasaan sebab tak minat diorang. Sampai hati betul! Uhuuuu~ Tapi aku adalah minat lagu diorang tapi sesetengah je lah. 

Ok berkenaan dengan konsert tuh. Ramai jugak kawan aku yang kecewa gara-gara tak dapat tiket konsert tuh. Oh apakah? Sejujurnya aku tak berapa minatlah tengok diorang yang agak kecewa tuh. Ustaz aku cakap pergi konsert tu Haram dan aku pasti diorang juga tahu akan kenyataan tuh kerana kitaorang semua telah diberitahu oleh ustaz tahun lepas atau diorang dah lupa? Buat-buat lupa ataupun buat-buat tak tahu? 

Waktu rehat pukul 3:15 PM.

Kawan: Berkata-kata tentang konsert SuJu. (Kecewa tuh)

Aku: Weyh.. Pergi konsert tu kan Haram.. 

Kawan: Ni yang benci nih. Ceramah waktu-waktu nih..

Aku: Terdiam terus. (Terkilan sebenarnya. Haha) ;p

Ok salah ke aku bagitahu dia? Kalau mereka tak tahu, aku kena bagitahu sebab diorang kawan aku. Takkan nak biar je kan? Memang itu kenyataan, kenalah terima mana boleh benci-benci. Mereka kawan aku, aku sayang kawan aku. Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada anda, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata anda. Betul tak? Ok berbalik kepada hal konsert tadi yer. Mereka persoalkan aku macam mana pulak pergi konsert nasyid? Sejujurnya aku tak tahu dan aku suruh diorang tanya ustaz. Malu bertanya sesat jalan jadi pandai-pandailah diorang bertanya! Bila dah bertanya jangan tak puas hati segala. Cubalah terima kenyataan yer kawan-kawan semua. (; 


Kebaikan Pergi Konsert:

a) Seronok dapat buang masa dekat sana.
(Baca Al-Quran dekat rumah lagi bagus!)

b) Seronok tengok muka artis-artis yang hensem lagi kacak bergaya.
(Tengok muka mak abah dekat rumah lagi syok!)

c) Seronok dapat beli tiket yang mahal-mahal.
(Membazir! Sedekah dekat fakir miskin lagi bagus.)

d) Seronok dapat bercampur sesama lelaki dan perempuan.
(Korang pergi bercampur dengan geng usrah lagi mantap!)

Ustaz aku memang kata pergi konsert Haram dan aku tak pernah pergi konsert mahupun tengok wayang. Serius aku tak pernah! Sebab tuh kalau kawan-kawan aku ajak keluar, aku mesti tanya diorang "korang tengok wayang tak?" Kalau yer memang aku takkan menghadirkan diri punya. Aku pun bukan orang yang baik sangat tapi tak salah kalau kita mencuba untuk menjadi baik dan terbaik! Tak gitu?

Persoalannya sekarang. Perlu ke kita pergi konsert? Aku rasa TAK PERLU. Aku tahu setiap orang ada pendapat masing-masing. Walau apapun orang nak kata jawapan aku tetap TIDAK. Tak tahulah pulak korang? Haha sekian sahaja yer. Math aku tak siap lagi nih. Assalamualaikum.


Maaf untuk penggunaan aku kepada mereka yang lebih berusia. Bukan bertujuan untuk berkurang ajar tetapi hanya untuk mendapatkan 'feel' ketika menulis. Harap Maklum!

Cinta Oh Cinta


"Cinta itu sifat semulajadi manusia.
Namun cinta haruslah dipelihara umpama sehelai kain putih.
Letakkanlah cinta itu ditempat yang betul."

CINTA

Berbicara tentang cinta.
Semua orang ada pendapat masing-masing.

CINTA

Mempunyai banyak maksud.
Cinta kepada Allah.
Cinta kepada ibu bapa.
Cinta kepada adik-beradik.
Cinta kepada sahabat.
Cinta sesama insan.

CINTA

Semuanya sibuk berbicara tentang cinta.
Semuanya sibuk mencari cinta.
Semuanya sibuk sedang bercinta.

CINTA

Hangat jadi dingin.
Marah jadi lembut.
Keras jadi lembik.
Pahit jadi manis.

Haihhh indahnya cinta.
Bak kata Cikgu Zakinah.
Kerana cinta 'taik gigi pun rasa coklat.'
Uhuk!
Jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana.
Jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama.
P/S: Selamat Pagi Cinta! Apa khabar? Masih seperti dulu?

Saturday, January 22, 2011

Senyum :)



Peristiwa Di Suatu Petang (Senyum)

Suatu petang. Dua orang sahabat sedang berborak. 
Aku terleka seketika menikmati aroma keindahan alam.
Pokok yang menghijau. Pandanganku asyik memandangnya.
Aku tersenyum memandangnya. Lebar sekali =)

Ariesya: Weyh Shiqah! Senyum sorang-sorang. 

Aku: Mana ada. Aku senyum dekat pokok-pokok tuh.
Kau tak nampak ke dia senyum balik dekat aku. (Tersenyum)

Ariesya: Haa yelah.. (Malas nak layan aku dah kot, yer Sya?) ;D
Seperit mana pun esok, senyumlah.
Kerana senyuman itu penawar kesakitan.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita esok dan hari seterusnya.


Cantikkan?
Aku senyum kepada mereka.
Aku pasti mereka juga turut membalasnya. 
Aku je yang tak nampak dengan mata kasar.
Hahaha ;p

Manusia+Kucing=Kembar?

Kucing dan Manusia - Kembar tak seiras?



Assalamualaikum.
Amacam kucing dan manusia-kembar tak seiras?
Huishh mestilah bukan kan!
Jauh berbeza kot.
Hahaha tapi sekali pandang macam sama pulak.
Hehehe :D
Tapi comelnyerrr!<3

Asal usul gambar ---->  (^-^)

Bicara Kakak Kepada Adiknya



Adik:

Wahai kakakku,
Kenapa lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu saja.

 Kakak:

Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tetapi disitulah wahai adikku.
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki.
Menjadi izzah yang paling gah.
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki.
Kerana sendu rayunya.
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.
Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata.

Adik:

Namun wahai kakakku.
Wanita itu fitnah dunia.

Kakak:

Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hambaNya?
'Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkanlah auratmu'
Cuba adik nilai.
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal.
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya.
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.
Kerana disitulah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-rijal dan An-nisa' 
sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya yang beriman yang solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yang soleh.

Adik:

Tapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?

Kakak:

Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (Sifat Malu)
Ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya' itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun!
Bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.

Namun adikku,
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka 
dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku.
1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai adikku,
Janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu.
Menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan 
begitu tinggi martabatmu.



Semoga bermanfaat. Saya dapat dari video youtube.
Saya tulis di blog ini semula untuk bacaan saya sendiri dan
juga untuk bacaan awak semua. 
Masih ingat lagi cerita tentang buah epal? ;D
Assalamualaikum.

Friday, January 21, 2011

Oit Mamat!

Oit Mamat!

Aku rasa macam nak humban kau masuk lombong!
Tapi mak aku kata tak baik buat anak orang macam tuh.
Ok aku dengar!
Nasib baik mak aku ada.

Oit Mamat!

Aku rasa nak bagi kau makan kasut saiz 10!
Tapi kaki aku kata saiz kasut aku bukan 10.
Ok aku setuju!
Kau bernasib baik kali nih.
Huk!
 

Oit Mamat!

Aku rasa nak penampar je kau sampai pengsan.
Tapi klon aku cakap haram sentuh mamat bukan muhrim.
Ok memang betul pun.
Nasib baik kau lelaki bukan perempuan!
Erkkk~

Oit Mamat!

Bagi balik barang aku yang kau rampas tuh!
Aku tak boleh buat kerja sekolah tanpa benda tuh!
Uwaaaaaaaaaaaaa!!!~

 


Post yang penuh dengan:
 a) KEMARAHAN
b) KESEDIHAN
c) KEKECEWAAN
d) KE-TIDAK-PUAS-HATIAN

Hambik kau banyak ke-ke-ke dan ke. Hahaha :D
Tadi sebelum turun baca Yassin dekat perhimpunan.
Ada pengawas buat spotcheck. 
Korang tau-taulah apa yang diorang buat.
Arghhhh bengang-bengang!


P/S: Maaf emo terlebih pulak! Haha Sorry Mamat :D

Thursday, January 20, 2011

Mahkota Wanita


Wanita haram berambut pendek biarpun wanita itu bertudung
atau mempunyai alasan lain seperti panas, susah rambut panjang,
rambut selalu gugur dan sebagainya. Bukankah sudah terang lagi bersuluh
bahawa perempuan itu haram menyerupai lelaki.

Ustaz ada cakap dalam ceramahnya mengenai rambut perempuan.

Rambut panjang melebihi bahu - Sunat
(Sebab mengikut para isteri Nabi yang diriwayatkan membuka sanggul
ketika hendak mandi. -Panjang la kan sampai disanggul-)

Rambut panjang mencecah bahu - Harus

Pendek kurang dari paras bahu - Makruh

Pendek macam rambut lelaki - Haram
(HARAM perempuan menyerupai lelaki)

Walaupun perempuan rambut pendek macam lelaki tadi bertudung,
Orang tuh terlepas dari dosa membuka aurat tetapi dosa kerana
menyerupai lelaki itu tetap ada.



P/S: Bersiap-siap untuk menemani emak den yang tercinta. Haha :D
Assalamualaikum ;)

Wednesday, January 19, 2011

Weyh!




Dulu kita lain-lain kelas.
Aku tak kenal kau pun sebenarnya.
Tapi bila aku selalu kena perli.
Baru aku tahu nama kau.

Walaupun aku diperli tapi aku tak kisah.
Selalu kena dah pun.
Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada.
Apa mengarut sangat isi perli kau tuh.
Hahaha.

Last kau cakap dengan aku waktu nak balik sekolah.
Waktu tuh aku jumpa kau dekat kantin sekolah.
Tapi tak sangka itu kali terakhir aku cakap dengan kau.
Kali terakhir aku nampak kau dekat padang.
Kau tengah main bola.

Tapi apa boleh aku buat.
Allah lebih sayangkan kau.
24 oktober 2009 bersamaan hari Sabtu.
Kau telah pergi menghadap Ilahi.

Waktu diorang bagitahu aku kau dah takda.
Aku tengah layan lagu Kau Sahabat Kau Teman.
Macam kebetulan pulak kan..
Hurmmmmm..
Kalau aku cakap aku tak sedih,
Aku memang seorang manusia yang hipokrit.
SEDIH bai~
Yer rasa macam kehilangan orang yang selalu kacau aku.
Huk3!

Tapi apa yang aku tahu.
Allah lebih sayangkan kau.
Akhirnya kau pergi menyahut seruan Ilahi.
Semoga kau tenang disana sahabatku.
Al Fatihah.

 Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan. Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan. Kau sahabatku kau teman sejati.
P/S: Malam yang hening.. Terkenang-kenang pula ~~

- Sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Nik Muhd Faris -

Saturday, January 15, 2011

Saya Nak Belajar!



Assalamualaikum. 
Ok sudah lama saya tak berblogging.
Kesuntukan masa wok!

Yer tahun nih saya kurang berblogging.
Serius saya cakap! Saya nak menghadap laptop nih pun
dah rasa lain. Macam ada something wrong somewhere.
Dah takda feel dah nak bukak itu ini dekat internet.
Hohoho!

Apa yang penting saya nak belajar je!
Wish me luck!
Assalamualaikum :)

P/S: Blog oh blog. Pandai-pandailah kau berdikari sepanjang ketiadaan
tuanmu ini. Ceh! :D Tolong tengok-tengokkan blog nih yer. Kalau ada habuk
tolonglah buangkan. Ngeh3. Tata~

Thursday, January 13, 2011

Ayat Novel

Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku. Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta. (Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah)

Cintamu sesegar embun nan pagi. Semakin resah menanti terbit mentari. Hangatnya membakar mengeringkan. Segala keindahan yang penuh kepalsuan. (Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah)

Jangan kau kata cinta andai tak bisa membahagiakan. (Cinta Aku Seadanya - Murni Aqila)

Sekali cinta menyapa, hati kan terasa kehadiran dalam sendirian. (Makna Cinta - Maria Alina)

Tempias kasihmu sudah cukup meyelimuti nuraniku yang tandus. (Gerimis Rindu - Meen Zulaikha)

Sekali kemunculanmu akan mengubat seribu kerinduanku.
(Cinta Seorang Kekasih - Elee Mardiana)

Rindu itu sebuah mimpi ketika jaga.
(Ceritera Rindu - Leeya Myra)

Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam.
(Kau Selalu Ada - Durrah Fatiha)

Andai dapat kau nilai erti kasih sayang maka izinkan kusentuh cintamu.
(Ingin Kusentuh Cintamu - Aryanie Ismail)

Dalam benci ada cinta. Kerana rindu aku merana.
(Cinta Kepala Batu - Ayu Emelda)

Asmaramu ini tidak pernah didambakan tetapi kenapa tiba-tiba rindu mengetuk pintu hati?
(Semilir Cinta - Qismini Quraisyya)

Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku. Aku menyuluhnya dengan mata hatiku.
(Kau Laksana Bulan - Aina Emir)

Rinduku kepadamu seperti langit penuh membiru.
(Mana Kekasih Hati - Dhiya Shiha)

Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya.
(Tuhan Lebih Tahu - Nora Ismail)

Biar sinarmu tak tergapai, asal cahayanya tetap dihati.
(Menggapai bintang di langit - Wan Sukeri Wan Ibrahim)

Di sebalik putih awan dia menanti, gugurnya titis-titis murni.
(Hujan Gula-Gula - Miz Mia)

Bersamanya kasih ku korbankan dalam terang di ruang kamar hati.
(Dian Di Hati - Bikash Nur Idris)

Cinta tak perlu dicari kerna ia tersisip di lipatan hati.
(Cinta Rahsia - Liza Zahira)

Akanku gamit mentari rindu, biarpun mendung berarak berlalu.
(Mentari Muncul Lagi - Halisa Sayangku)

Kukutip serpihan kasihmu, kuhimpun leraian rindumu. Kerna kutahu dirimu milikku.
(Gerhana Kasih - Jessy Mojuru)




Wednesday, January 12, 2011

I 'LOVE' YOU :'(

Rajin macam saya la nih! Alamak terprasan pulak! Haha~

Aku suka saat-saat ini.
Menatap meja yang berselerak dengan buku-buku.

Aku suka saat-saat ini.
Menatap buku bagaikan ingin tembus meja.

Aku suka saat-saat ini.
Memegang pen dan menulis nota bagaikan hendak patah jari-jemari.

Aku suka saat-saat ini.
Membuat kerja sekolah hingga ke pagi.

Arghhh...!
Sesungguhnya jangan percaya kata-kataku ini.
Ini semua hanya karut-marut belaka!!!!



P/S 1: Oh nota, kekasihku. Oh kerja sekolah, skandalku.
Aku sayang kamu berdua! T_T

P/S 2: Tajuk post nih macam orang baru kecewa jep! Hahaha :D 
Huwahh dekat atas tuh nonsense semata-mata.
Bak kata Dr. Seuss.
"I like nonsense, it wakes up the brain cells."
So kenapa saya buat post nih?
Jawapannya ada pada anda. (Ceh! XD)

P/S 3: Oh 'sayang-sayang' saya dah panggil tuh.
Pergi dululah yer! Nanti lambat 'mereka' merajuk pulak.
Assalamualaikum =)

Monday, January 10, 2011

Buah Epal


"Wanita ibarat epal
Epal yang berkualiti amat mudah diperolehi
Kerana ia berguguran di tanah
Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak
Susah dipetik susah digapai
Kadang-kadang epal itu risau
Kenapa diriku belum dipetik lagi?
Lantas ia merendahkan martabatnya
Dan menggugurkan diri menyentuh tanah
Sedangkan ia sebenarnya telah dijadikan oleh Allah
Begitu tinggi martabatnya
Sehingga tiada siapa yang mampu memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat saja yang mampu..."




Assalamualaikum.
Para remaja diluar sana, renung-renungkan ayat diatas. 
Mempunyai maksud yang begitu mendalam.
Jangan jadi seperti epal yang menggugurkan diri jatuh ke tanah kerana tiada
siapa yang mahu memetiknya. Jadilah epal yang berada di puncak, 
hanya orang yang sangat hebat sahaja dapat memilikinya.

Ustazah saya pernah cakap dalam satu ceramah tentang remaja, 
"wanita/lelaki yang tidak mempunyai orang istimewa
iaitu BF atau GF/menghindarkan diri daripada terjerumus 
dalam kegiatan couple semua tuh, jangan risau dan berasa rendah diri
kerana kalian sebenarnya lebih baik dan berharga daripada mereka yang sebaliknya."
Itu ustazah saya cakap, bukan saya tapi saya 
bersetuju dengan apa yang ustazah saya cakap 100%! :)

Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah :)

P/S: Jumpa lagi dihari minggu yang seterusnya. Esok sekolah! Huu~~

Saturday, January 8, 2011

Mengantuknyer!!!


Assalamualaikum.
Huwaaargghhh mengantuknyerr!!
Apa yang mengantuknyer? Tengoklah video tuh dulu yer. Hehe.
Haihhh penat sangat ke budak sampai waktu makan pun boleh tertidur?
Tersenguk-senguk! Kecian kamu.
Tapi walaupun dalam keadaan macam tuh, kamu tetap Chomel!
She's very cute larh! 
Saya yang tengok video nih pun rasa nak tertidur.
Woahh sungguh kuat aura mengantuk dalam video nih yer.
Ahah jap! Hurmmmm. Errrrr.
Adakah tidur itu satu penyakit yang berjangkit?
Betul lah kot! 


P/S: Bukak buku aku rasa nak tidur. Tutup buku aku rasa nak melompat.
Penyakit apakah itu???

♥ S.S.M.S ♥


(Dengar lagu nih untuk lebih penghayatan!)

Assalamualaikum. Pagi-pagi nih tangan saya gatal-gatal pergi search dekat google pasal cerita sedih. Laju tangan saya nih tekan salah satu cerita sedih yang saya jumpa dekat google tuh. Tengah syok saya baca dengan kusyuk, tak sedar airmata dah bergenang dekat tubir mata nih. Tunggu saat nak jatuh jep. HAHA :D So cerita nih saya just copy and paste je. Buat renungan anda semua diluar sana. Jomlah kita sama-sama mengalirkan airmata! Hee~ :D


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu.

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu.

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. 

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Saya Sayang Mak Saya cute



Nah tisu! Kesatlah airmata dekat pipi tuh sampai kering!
Kalau tisu tak cukup, pi ambik baldi untuk tadah airmata tuh! Ngee~
So pengajarannya disini selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya,
sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya
bukannya dengan bermasam muka.
Kasih ibu tiada tandingnya, ingatlah Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu.
Selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.
Jangan tunggu sampai nasi sudah jadi bubur. 
Waktu tuh semuanya sudah terlambat! Terlambat Tahu!