Sunday, September 26, 2010

Im Back! Im Gone!

Assalamualaikum semua! Sekian lama wok tak on9! Kalau anda perasan ini blog pun sudah bertukar wajah kan? Lebih simple! Owh saya suka! ngee~ Takda benda lah mau tulis disini so saya nak langsaikan hutang yang telah lama tertunggak. Saya dapat tag dan award dari Akak Purplekyu. Syukran bagi ni yer kak! :)
Tibalah masa yang dinantikan! Sesi Soal Jawab bersama peminat! Hahaha :D


1) apa yang sedang bermain di fikiran you all sekarang?
-----> Memburu CINTA ILAHI :)

2) apakah nama samaran you all?
------> Kakak!

3) berikan 3 orang yang you all sayang.
----> Cinta Allah adalah segalanya, Cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, Cinta ibu bapa tulus selamanya, Cinta saudara ukhwah kerana-Nya..

4) panggilan untuk si dia?
----> Mak! Dikaulah ratu hatiku! Muuahhhhh! 

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.
----> Dirinyalah hadiah istimewa yang dikurniakan Allah padaku!
Say Alhamdulillah.
Thank you ALLAH
Thank you Allah for my Mother!

6) blog mana yang you all suka visit?
-----> penulisan2u.my dan banyak lagi.

7) tag kan kepada 15 blogger you all
----->   1. Cik sweetyku! :D
           2. Hanie
           3. Ieqa
           4. Kak Yanie
           5. Adieyb
           6. Kak Nadd


Sesiapa yang buka@suka benda ni, korang ambik je lah ini tag dan award! Untuk followers blog ni pun jangan lupa ambil yer! FREE OF CHARGE! Jangan malu-malu yep! tata~ :)

Monday, September 13, 2010

Kami kembar :D

Assalamualaikum semua! Selamat beraya! Tapi jangan beraya tak hingat dunia. Tak baik itu. ish2 :D 
Ok nak cerita sikit. Benda ni berlaku beberapa hari selepas raya. Lepas beraya dekat rumah saudara mara, saya dengan family singgah la dekat satu mall ni.Tak taulah mall apa orang panggil. LUPA SUDAH! hehe. Waktu mak tengah beli barang-barang, minta lah 4.00 hinggit nak beli aiskrim dekat situ. Harga aiskrim tu 3.50! Mahal gilak harga dia >.< Harga aiskrim corneto pun tak semahal itu. Huhu.

Mak pun bagilah duit kepada anak kesayangan dia ni.ececece :D Pastu saya pun pergilah dengan kakak. Dia mesti kena ajak sebab kami bagaikan isi dengan kuku. TAK BOLEH DIPISAHKAN! Haha :)
Bila dah sampai tuh pilihlah perisa apa nak letak dekat kon aiskrim tuh. Saya nak semua coklat but kakak saya tuh nak campur-campur.So berlaku lah adegan gaduh-gaduh manja dekat depan kedai aiskrim tuh. Haha. Dok gaduh-gaduh tu tiba-tiba ada seorang pakcik ni tegur kami. Dia cakap, "Kembar ke?" saya dengan kakak senyum-senyum je. Pandailah pakcik tu nak fikir. Hehe. Akhirnya kami pun pilih je perisa coklat. Kami sehati sejiwa :)

Dah selesai beli aiskrim tuh kami ceritalah dekat mak pasal benda tuh. Mak kata dekat kitaorang balik, "Cakaplah memang kembar betul." *buat muka biasa*  Saya dengan selambanya cakap "Alah pakcik tuh takda rezeki nak tahu.hahahaha." Mak saya pandang je kami dari atas sampai bawah tetiba mak kami cakap baju dengan tudung yang kami pakai waktu tuh pun sama. Then kitaorang tengok baju masing-masing! Huwaa tak perasan sudah. Tapi tak sama kot sebab corak je sama colour baju jauh berbeza. Tak sama kan? Tak sama kan? hehe. Tudung tu memang sama lah. >.<

Itulah cerita di hari raya. Panjang bebenor hah! Akhir kata dariku untukmu. I LAP YOU MY KEMBAR! c(:





Friday, September 10, 2010

Cuba dengar =)


Assalamualaikum.
Cuba dengar lagu nasyid tu.
Nasyid yang sangat indah. :)
Dah lama cari nasyid ni akhirnya jumpa juga.
Alhamdulillah....

Kad Raya Dan Duit Raya Lagi!

Assalamualaikum.
Tadi saya tolong mak saya masak untuk raya esok.
Rendang daging dan kuah kacang serta rebus ketupat.
Walaweyh! Sedap tuh!
Eh kejap-kejap! Esok ke raya? 
Hari ni lah raya kerana jam sudah menunjukkan
pukul 12:08 AM. Hahaha. *skema punya ayat daa*
Cepatnyer masa berlalu yer. Huhu

Ok!
Nak tengok kad raya tak?
Ini kad raya dari hanie =)
Syukran ya ukti!
Selamat Hari Raya :)

Ni duit raya pula ^_^


Syarat-Syarat pengambilan kad raya dan duit raya dari blog Hanie

Firstly, Duit dan kad raya tidak boleh ditag kepada sesiapa.Hanya boleh mengambil dari pemilik blog ini sahaja. (BARULAH ORY!) Secondly, copy je semua post ni dekat blog korang and finally Tak kisahlah korang follow atau tidak blog ini,korang ambil je duit dan kad raya ni.Free Of Charge! :D
Ok sekarang pula Kad Raya dari Ieqa ^_^
Terima kasih yer bagi kad raya dekat Cik Shiqah!
Selamat Hari Raya! :D happy slalu yer :) :)


Sweet kan mereka macam gula-gula! wee~
Terima kasih sebab bagi benda ni yer!
Kepada silent reader dan follower terhormatku sekalian,
Selamat Hari Raya lagi sekali!! HEHE :D
Hiasilah wajahmu dengan senyuman di pagi raya.
Tata!~

Thursday, September 9, 2010

Kad Raya!

Assalamualaikum semua!
Hari ni saya on9! Yeehaa!~*jgn bising-bising!on9 senyap-senyap ni :D*
Mahu tunjuk kad-kad raya daripada kawan-kawan blogger.
Cantikkan kad raya mereka!
Terima kasih bagi benda ni =)
Ok tu je larh.
Selamat Hari Raya semua!
Tata!~

Kad raya daripada blog Kak Ryna



Kad Raya dari Kak Nad

Tuesday, September 7, 2010

kipas-susah-mati NOVEL

Assalamualaikum orang kampung! (Semangat nak raya punya pasal XD)
Apa khabar iman korang hari ni? Ok?
Tepuk dada tanya IMAN. hehe
Raya lagi 2 hari,
Ni Cik Shiqah nak pesan sikit,sambutlah raya dengan kesederhanaan.
Toksah dok bazir-bazir beli itu ini.HUHU

Siapa dekat sini kipas-susah-mati NOVEL! TURUN TANGAN !
Fuiyooo semua turun tangan! Memang hampa geng aku! HAHA
Saya memang pencinta sejati novel. Cheewahh!~
Tak percaya tengok ni. wee~

Novelku <3
Sekarang percaya kan? hehe
Novel yang paling minat diantara minat ialah
ANDAI ITU TAKDIRNYA dan CINTA KAU DAN AKU.
Penulisnya sama iaitu Siti Rosmizah.
Jiwang bukan tajuknya? Penulis blog memang seorang yang jiwang.
Bukan JIWANG KARAT tapi JIWANG EMAS.
Baru ada harga bro. HAHA!


Uit Manja pun enterframe!
Hah kan budak gemok ni pun tumpang sekaki nak bergambar.
Dimana ada saya disitu ada manja.
Budak ni kan bodyguard merangkap bofprend saya. HEHE
Sweet betul kami ni! lalalala~ :D
Ok jumpa lagi yep!
tata~

Cik_Shiqah akan bercuti dari berblogging buat beberapa hari.RAYA RAYA RAYA! Akhir kata dari Cik_Shiqah Selamat Menyambut Hari Raya Aldilfitri buat semua kawan-kawan blogger! Maaf Zahir dan Batin. Maaf dipinta andainya: TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERsasul tak sengaja, TERpukul dekat mana-mana, TERpinjam harta benda, TERmoody tak semena-mena, TERumpat bila-bila dan macam-macam lagi TERsalah dan TERsilap dan TER TER TER yang lain.. Jumpa lagi di post yang akan datang, InsyaAllah. Assalamualaikum:)

Award dan Tag Dari Kak Nad.Thanks :)

Assalamualaikum.
Saya terima award dan tag dari Kak Nad 
Terima kasih yer. :)
Ok kita selesaikan sekarang yep!


Syarat-syarat penyertaan.

1. Wajib menjadi follower Dunia Tyra
2. Mestilah blog yang wonderful!
3. Jawab soalan yang berikut

a) Siapa orang yang anda sayang?
---> Keluarga dan kawan-kawan 

b) Adakah anda rasa blog anda cantik?
---> Buat masa ni puas hati la. Hehe

c) Nyatakan tiga ciri-ciri blog yang terbaik bagi anda.
--->   1. Post yang menarik baru suka nak baca.
         2. Blog yang tersusun dan tidak serabut.
             Saya suka blog yang simple.
         3. Penggunaan bahasa yang simple dan funky.


Tagkan kepada rakan-rakan blogger anda yang anda rasa blognya sangat cantik! Tag kepada lima blog sahaja! 


- Syafa
- Fara Myra
- Kak Ryna
- Anis
- Adieyb


Kepada yang kena tag tu ambil la award ni! :)

Saddest Love Story

Assalamualaikum.
Hari ni tetibe pula saya nak layan perasaan kan.
Search la kat youtube video-video sedih.
Then saya terjumpa ni!



Hambik kau video sedih yang keluar.
Memang dimasa yang betul. :'(
Memang sedih lah..
Tragisnya kisah cinta mereka.HUHU

Petikan dari part-part akhir

-She then started to cry again,with a doll in her arms.She hugged
 it tightly then suddenly...-

-'I LOVE YOU,I LOVE YOU,I LOVE YOU'..She dropped the dolls,
  shocked..-

-'I LOVE YOU??' She picked up the dolls and pressed its stomach-

-'I LOVE YOU..I LOVE YOU..' It can't be! she pressed all the doll's
  stomach as it pilled on the side..-

-'I LOVE YOU....I LOVE YOU...I LOVE YOU..'-

-Those words came out non-stop. I..Love..You.. Why didn't she realize
 that..That his heart was always by her side,protecting me..-

-Why didn't she realize that he love her so much... sampai habis..-


NotaKecil: Kata Hati yang tidak kesampaian.Apa boleh buat. Huhuhu...

Monday, September 6, 2010

Bertukar!

Assalamualaikum.
Blog ini sudah bertukar rupa!
Pink Colour... hehe :D
Pemilik blog ini amat berpuas hati. Cheewahhh~!
Dulu tak minat sangat warna pink tapi sekarang....

SAYA SUDAH JATUH CINTA DENGANNYA!

Tapi kalau pink tu pekat sangat memang tak minat ler..
Sakit mata memandang..
Soft pink tu ok la.Cantik je~ HAHA
Itu pendapat saya je.
Mungkin pendapat awak,awak dan awak berbeza.
Terpulang kepada diri masing-masing la. ^_^
Ok lah jumpa lagi.
Daaaaaaa....~

Saturday, September 4, 2010

Say Klik! Take a pic


Assalamualaikum.
Kenapa ek ramai orang suka bidang fotografi..
Syok ke? Haha
Terpulanglah kepada minat diorang.
Saya kalau tangkap gambar main tangkap je,
janji clear sudah ler. Hehehe
Tapi memang tak sangkallah orang yang belajar pasal
fotografi ni kalau dia tangkap gambar fuhh cantik.
Bak kata orang ada seni gitu.
Jadi siapa yang minat tangkap-tangkap gambar ni,
belajarlah mana tahu boleh jadi fotografi yang terkenal, terhebat
dan ter ter lagi.
Hahahaha XD

Cantik kan?

Tak lama lagi dah.

Assalamualaikum.
saya suka lagu nih..
Huhuhu T_T



Sedihkan?
Suka tengok satu video ni.
Teringat kisah-kisah dulu.
Hehe :D
Kalau nak tengok tekan SINI
k daaaaaa~

Friday, September 3, 2010

Boyfriend saya :p

Kucingku yang nakal tapi chumil !
Assalamualaikum.
Comel tak boyfriend saya? Haha.
Nama budak gemok ni Manja.
Peneman suka duka. Chewah!
Tengoklah gambar tuh.
Dia pergi 'landing' dekat katil sape? :D
Dia ni suka kacau orang buat kerja.
Bila buka buku je mulalah dia duduk atau baring atas buku tuh..

Port kesukaan..
Kita yang nak buat kerja sekolah pun tak jadi.
Last-last pergi tengok TV.Bagus betul! Hehe.
Dia kalau nak tidur tak kira masa atau tempat.
Kadang-kadang dekat sofa lepas tu dekat meja.
Suka tengok dia tidur. Comel!

Manja waktu tidur atas meja.
Lagi satu boyfriend saya ni suka mengintai.
Intai awek sebelah rumah.
Hahaha!

Manja intai awek sebelah rumah! XD
Tu je la pasal boyfriend saya.
Dia dah suruh saya manja-manja dengan dia tuh.
Nanti dia merajuk pulak.
K daaaaaaa....

Eh boyfriend saya! :)

Thursday, September 2, 2010

Menghitung Hari. HEHE

Assalamualaikum..
Apa khabar iman korang hari ni? Ok?
Bermulalah cuti panjang start hari jumaat ni. Best!~ :D
Kerja sekolah tak banyak sangat.
Terima Kasih cikgu kerana memahami jiwa kami yang ingin beraya!
Hehehehe~
Ini dia keputusan ujian bulan Ogos hari tuh.

BM-78%
BI-90%
SJ-90%
KHB-84%
GEO-58%
MATH- hancus % :'(
PSV-66%
SN- ?
PAI- ?
Sains dengan Pai tak dapat lagi.
Math tu saya taknak mengulas apa-apa lah.
Saya memang lemah math. :'(
Tapi takpe akhir tahun masih ada.
Doakan saya dapat kejar balik!! :) :)
Akhir kata...
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI! ^_^