Tuesday, August 31, 2010

???? ^_^ ????

Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita beberapa
hari lagi..     
Syawal akan menjelang tiba..
Dah beli baju raya? Haha.
Hah! Hari ni 31 0gos 2010.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53!
Cerita pasal keputusan ujian pula. Hehe~
Semalam Sains kertas 1 je yang dapat tahu markah.
Saya berpuas hati lah dengan keputusan itu.
Alhamdulillah! 26/30 ^_^
Saya tak mengharapkan apa-apa pada kertas 2.
Tawakal je lah. Huhu!
Yang lain-lain tuh tengok je la nanti..
Jeng! Jeng! Jeng!         

Sunday, August 29, 2010

Lupakan? Tak Mungkin....

Assalamualaikum..
Saya punya masalah lorh.HUHU
Huishh agak kronik juga lar.
Masalah nak melupakan sesuatu.Kui3
Benda ni memang susah nak lupa..
Bila lupa ingat balik.
Kena balik homestay ni!
HAHA!~
Tapi mungkin saya memang tak boleh nak lupakan..
Saya nak lupa tapi memang tak boleh la...
Wawawa~

Saturday, August 28, 2010

Cara Hidup Muslimah Solehah

Assalamualaikum.
Apa khabar iman korang hari ni?Ok?
Hari saya nak kongsi tentang Cara Hidup Muslimah Solehah
yang saya copy bulat-bulat di 
http://anamuslim.nicetopic.net...
Bacalah dengan betul supaya kita dapat mesej yang ingin disampaikan.
Selamat Membaca!


TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

1.Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG2.

Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

3.Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

4. Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

TIDAK BERKATA SIA-SIA

5. Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI

6. Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya. 

TIDAK MENGADA-NGADA

7. Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN

8.Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG

9. Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.



KEMULIAAN SEORANG WANITA BUKAN PADA RUPA TAPI SIFAT DAN KELEMBUTANNYA...

Friday, August 27, 2010

hYEp!

Assalamualaikum.
Rindu sama ini blog!
Terlalu lama kan saya sepikan diri!~HAHA
Ujian bulan Ogos dah habis! YEEHAAA!~
So boleh la kita bersantai seketika.HUHU
Result exam kita ketepikan dulu T_T
Hah sebelum saya lupa!
SELAMAT HARI JADI MARISSA SALWA!
Genap dah umur dia 2 tahun pada 25 0gos 2010.
Budak comey dah besar dah yer! ^_^
Akak lambat ucap lorh... IM SORRY!
Walau apepun Selamat Hari Jadi,Maris!!!

Maris boleh baca ke apa akak tulis ni?Takpe2 nanti Maris dah boleh baca akak kasi tengok balik yep! Wah nostalgia tuh! HAHA :)

Thursday, August 26, 2010

Ketabahan Ibu Nabi Musa Dibalas Kebaikan


 YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.
Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.
Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.
Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.
Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.
Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.

Saturday, August 21, 2010

Tiada rasa,kosong jep!

Assalamualaikum..
Apa khabar iman korang hari ni?Ok?
Wawawa hati aku kosong dah...
Hilang semua rasa..
Boleh tak hilang ingatan kejap?
Hahahahaha!
Tengok la video dibawah ini!
Anda akan gelak tak hingat dunia!
Hahahahaha!

Video pertama part 1


Video kedua sambungan daripada part 1


Selamat Menonton!

Thursday, August 19, 2010

Sangat Cute! XD

Assalamualaikum.
Apa khabar iman korang hari ni? Ok?
Ok berbalik pada tujuan asal.
Just nak tunjuk gambar yang saya dapat daripada encik google.wee~~
Aktiviti dikala keboringan melanda-landi dalam diri.wawawa~
Awak semua tengok je la (entah ada ke tidak org yang tengok ni)

Cutekan! :D













Gambar ini cantik meyh.Sweet jep!

NotaKecil: Tuan punya blog ni memang amat menggemari benda-benda yang cute+sweet! >_<

Wednesday, August 18, 2010

Macam-macam wep!

Assalamualaikum.
Selamat berbuka kepada semua umat Islam yang berpuasa,
(dah pukul berapa baru nak kata :D)
Minggu depan ujian bulan Ogos dah start! YES! hehe~
Then hari ni cikgu geo baru bagitahu tentang FOLIO geo.Wawawa~
Ingat takda folio dah kena buat!tapi saya amat berterima kasih
kepada Cikgu Ismail kerana telah memberi semua maklumat dan kitaorang
cuma kena salin@tulis balik je!
Bagus tuh! wee~~
Hari ni juga ramai yang mencabar kesabaran!
Tapi takpe!
Sabar je la sebab bulan puasa tak baik marah-marah yer kawan-kawan!
Eh silap! sepatutnya kita kena mengawal kemarahan tu tak kira masa yer,
bukan waktu bulan puasa je.INGAT!(sambil buat suara upin ipin)


Okey la yer! Takda benda dah nak tulis.Doakan saya dapat jawab ujian
dengan lancar yer! daaaa~~

Monday, August 16, 2010

Anak Buah Baru! :)

Assalamualaikum semua!
Comelkan baby diatas ^_^
Ini dia anak buah saya yang ke-4.
Noor Balqis Safiya itulah namanya.
Umurnya baru 6 hari,kecil lagi la ;)
Eh lupa pulak!
TAHNIAH KAK INA DAN ABG HELMI!
COMEL SUNGGUH ANAK KALIAN BERDUA!
Semoga Noor Balqis Safiya menjadi anak yang solehah,bijak,
berakhlak mulia dan semuanya yang baik-baik sajalah! ^_^

Semuanya Ketentuan Allah


Assalamualaikum.
Tiba-tiba saya fikirkan masa depan saya.
Belajar dekat mana,kerja apa dan banyak lagi la.
Tapi memang saya punya impian yang insyaAllah saya akan berusaha untuk menjadikannya betul-betul terjadi.
Impian saya ingin melanjutkan pelajaran
ke Universiti Al-Azhar,Mesir.
Saya ingin mengambil bidang perubatan(medic)
Jika diizinkan Allah,saya memang nak belajar di universiti ini dan saya akan berusaha untuk menjadikan impian saya ini tercapai!
Semoga hasrat kalian juga tercapai!
InsyaAllah,amin... ^_^

NotaKecil: Jika kita mahukan sesuatu itu kita kena berusaha untuk mendapatkannya tapi jika kita tak berjaya memperolehnya,itu bermakna Allah mempunyai perancangan yang lebih baik+bagus untuk diri kita.Semua yang berlaku itukan ada hikmahnya yang tersembunyi :)

Sunday, August 15, 2010

Biarlah..

Assalamualaikum.
Kadang-kadang apa yang berbuku di hati perlu diluahkan.
Jangan simpan kerana mungkin sesal akan datang bertamu.
Itu mungkin prinsip orang lain tapi tidak bagi saya.
Tidak semua perkara tu harus diungkap dengan kata-kata.
Hanya perbuatan yang membuktikan segalanya.
Tapi tidak semua yang memahami.


You will never come back to me and you can't do it,
please stop doing so, you comfort me like this..
If I can't see you again, I really wanna forget..
all about you that hold me

Whenever I wanna laugh, you make me cry..
You keep me from doing even one thing as I want..
Whenever I miss you, I break down like this.
Even though I try to forget, I cannot do it..

*If I can't see you again, I really wanna forget..
all about you that hold me

Whenever I wanna laugh, you make me cry..
You keep me from doing even one thing as I want..
Whenever I miss you, I break down like this.
Even though I try to forget, I cannot do it..
I didn't realize loving one is so hard like this

* Whenever I wanna laugh, you make me cry..
You keep me from doing even one thing as I want..
Whenever I miss you, I break down like this.
Even though I try to forget, I cannot do it..

Saturday, August 14, 2010

Baruku Sedar..

Assalamualaikum.
Ternyata dunia ini begitu kecil.
Tak sangka saya dan dia boleh berjumpa lagi.
Setelah sekian lama tak 'berjumpa'.
Sekurang-kurangnya saya dah tahu.
Tapi saya tahu dia tak tahu kita (saya dan dia) pernah berjumpa.
Tapi itu lebih baik kerana saya tak mahu dia tahu langsung!

Friday, August 13, 2010

Hari Yang Ceria

Assalamualaikum.
Hari ni hari Jumaat.
Penghulu segala hari.
Hari ini juga hujan,hujan rahmat. :)
Sejuk sudah semestinya.Saya suka bila hari hujan ;)
Sudah tiga hari kita berpuasa.
Best kan bila tiba bulan Ramadhan ni.
Ini lah masanya untuk kita mempertingkatkan ibadah kita.
Berebut-rebut untuk medapat pahala.Betul tak? ^_^
Semoga kita semua diberikan tubuh badan yang sihat untuk terus berpuasa.
Insya'Allah.

Ini la masa untuk Upgrade Iman,Download Sabar, Upload Usaha,Delete Dosa,Update Doa dan Topup Ilmu agar boleh Redeem Pahala :)

Thursday, August 12, 2010

Saya Nak Cinta Sejati

Assalamualaikum.
Siapa yang tak mahukan cinta sejati?
Mesti awak semua mahukannya bukan.
Saya juga mahukan cinta sejati.
Cinta yang kekal abadi selamanya.
Rasanya pun indah.
Membuatkan kita tersenyum
sepanjang masa..
Cinta sejati itu....
CINTA ALLAH CINTA ABADI.
CINTA ALLAH CINTA SEJATI.
CINTA ALLAH CINTA HAKIKI.

Ya ALLAH, Izinkan aku mencintai-Mu melebihi segala yang ada didunia ini, Izinkan aku mencintai insan yang mencintai-Mu, Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu, Izinkan aku untuk hidup dan mati hanya kerana-Mu, Amin..

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum.
Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua Umat Islam. Selamat beribadah.
Semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmatNya.
InsyaAllah.

Kau Sahabat Kau Teman

Assalamualaikum.
Alangkah bermaknanya erti persahabatan itu jika kita tahu menghargainya.
Persahabatan yang indah jika mendapat keredhaan dariNya.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Subhanahu Wata'ala.
Diri ini bersyukur dikurniakan sahabat yang memahami.
Kepada arwah sahabatku,Nik Muhammad Faris,semoga tenang disana.Al-Fatihah.


 

Monday, August 9, 2010

Kehidupan

Assalamualaikum.
Kehidupan ada masam ada manis.
Macam gula-gula pula kan?
Hahaha.
Jika kehidupan awak masam..
Pasti akan ada manisnya..
Itu yang pasti..
Permulaannya masam akhirnya manis juga.
Betul tak? ^_~