Saturday, December 28, 2013

Saat Akhir Piko

1 minggu sebelum semua kejadian yang berlaku. Masih sihat dan manja :')

Sudah sebulan Piko, kucing yang paling aku sayang meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sudah sebulan baru hati aku kuat untuk menceritakan detik-detik sebelum kematiannya. Moga menjadi pengajaran buat semua pemilik kucing di luar sana.

Aku usap-usap badan Piko seperti biasa. Namun aku pelik kerana ada ketulan di belakang kakinya. Risau kerana selepas beberapa hari keadaan Piko seakan-akan lemah tetapi dia masih berselera makan. Paginya aku bawak Piko ke Klinik Haiwan Kerajaan. Rupanya-rupanya ketulan itu bisul. Doktor beri suntikan untuk mempercepatkan bisul tersebut pecah dan memberikan aku vitamin B-complex sahaja untuk diberi makan kepada Piko. Selang satu hari selepas ke hospital, bisul pun pecah. Walaupun bisul telah pecah, Piko tetap lemah dan asyik terbaring. Kedua-dua belah telinga Piko sejuk. Aku risau lalu aku search di internet. Rupa-rupanya itu mungkin salah satu tanda-tanda kucing demam. 

Hari esoknya terus aku bawa Piko jalani pemeriksaan di klinik yang sama. Seorang doktor tersebut jalankan pemeriksaan terhadap Piko. Kata mereka bisul Piko sudah membaik dan pecah dengan elok. Aku terangkan segala-galanya pada dia apa yang berlaku pada Piko. Aku katakan pada doktor tersebut "Piko demam rasanya." Namun dia hanya memegang badan Piko dan membalas, "badan tak panas. tak demam ni." Aku katakan lagi, "Tapi dekat internet kata kalau kucing telinga sejuk dia demam." Lalu dia panggil lagi seorang rakannya untuk bertanya pendapat kedua. Rakannya bertanya pada aku, "Dia selera makan tak?" sambil mengusap-usap badan Piko. Lalu aku katakan, "Ya" Dan mereka berdua berpendapat bahawa Piko tidak demam dan memberikan suntikan metabolisme supaya Piko bertenaga semula. Aku masih ingat kata-kata doktor tersebut kepada aku sambil dia usap-usap Piko, "Dia ni mengada-ngada aje ni. Saja nak perhatian tuan dia." Kata dia sambil gelak-gelak dan aku hanya diam tak tahu nak cakap apa. Dalam hati aku kuat mengatakan yang Piko demam namun mereka menidakkan. Apa yang aku boleh buat?

Sudah dua kali aku pergi ke klinik tetapi keadaan Piko tetap sama malah lebih teruk lagi Piko tiada selera untuk makan. Telinga Piko sejuk dan apa yang mengejutkan Piko seakan-akan sawan. Piko selalu kejang. Bila Piko kejang, Piko akan meow dengan kuat seolah-olah kesakitan. Piko juga tidak boleh berjalan lagi. Kakinya lembik dan tidak boleh berdiri. Aku yang angkat Piko bila Piko ingin membuang. Aku ingin bawa Piko ke klinik namun esoknya hari minggu, Sabtu dan Ahad. Sambil menunggu hari isnin, aku berikan Piko air kelapa. Itulah ikhtiar aku sebelum membawa Piko ke klinik. Keadaan Piko tetap sama. Kerap kali kejang dan sawan. Keadaan Piko waktu itu sangat menyayat hati aku. 

Keadaan Piko sangat-sangat lemah. Hari Isnin aku bawa Piko ke klinik yang lain kerana kepercayaan aku terhadap klinik yang sebelumnya kosong sama sekali. Doktor K merawat Piko dengan penuh teliti. Sangat-sangat teliti tidak seperti doktor sebelumnya. Aku terangkan segala-galanya kepada doktor tersebut apa yang berlaku  pada Piko dan situasi yang berlaku di klinik yang aku bawa Piko dulu. Doktor K tanya kepada aku, "Doktor sana tak cek temperature badan Piko ke?" Aku jawab, "Tak, diorang tak cek pun. Just pegang-pegang badan je." Doktor K sangat terkejut dengan apa yang aku beritahu. Doktor K pun ambil thermometer dan cek suhu badan Piko. Katanya doktor patut cek suhu badan kucing guna thermometer untuk tahu kucing tu demam atau tidak bukan hanya pegang-pegang saja. 

Hasilnya, suhu badan Piko drop daripada suhu normal. Piko memang demam. Piko memang demam sejak dia jadi bisul hari tu! Doktor K tanya kepada aku lagi, "Doktor sana bagi tak antibiotik masa dia cek bisul hari tu?" Aku jawab, "Tak bagi pun! Diorang just bagi vitamin je." Doktor K lagi bertambah terkejut kerana katanya pihak di sana patut beri antibiotik kerana jangkitan pada kucing umpama bisul boleh mengakibatkan kucing demam. Aku tak terkata. Nak menangis pun ada. Mana taknya, keadaan Piko time tu sangat-sangat lemah. Nak berjalan pun tak boleh. Nak membuang pun aku yang angkatkan. Kerap kali kejang. Lalu Doktor K pun bagitau aku yang Piko boleh sembuh. Jangan risau. Ada harapan namun detik tu aku seolah-olah hilang kepercayaan. Doktor K juga nasihatkan aku untuk selimut Piko setebal-tebalnya bagi suhu dia naik semula sebab suhu badan dia drop banyak sangat. 

Harapan untuk melihat Piko sembuh dan aktif seperti sediakala hanya tinggal harapan. Ajal maut ketentuan Tuhan. Esoknya, hari selasa lepas jumpa doktor, Piko mati di ribaan aku. Sedih tak usah cerita. Hati sangat-sangat terkilan. Dalam hati hanya ada perkataan kalau. Kalau lah aku bawa Piko jumpa doktor yang betul, dia mesti dah sembuh. Namun hari kematian Piko memang sudah ditetapkan. Kecuaian doktor dahulu yang merawat Piko hanyalah penyebab sahaja. Redha, itu saja yang aku tanamkan dalam hati.

Pengajarannya, berjumpalah dengan doktor yang benar-benar menjalankan tugasnya. Jangan jumpa doktor yang hanya membuta tuli sahaja dalam merawat kucing anda. Jangan jumpa doktor yang malas untuk menjalankan rawatan dan pemeriksaan dengan teliti. Semoga apa yang terjadi kepada aku tidak terjadi kepada kalian semua. 


~Sehari sebelum Piko tiada. Piko dalam kenangan~

Monday, October 14, 2013

Anak Buah Kesayangan

Assalamualaikum. Akhirnya berkesempatan juga untuk meng-update blog yang sudah lama dibiarkan sepi. Rindu untuk menulis memang ada tapi apakan daya, masa sangat susah untuk dicari. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa diri ini dah bergelar Maksu. Alhamdulillah :D Seronok dengan kehadiran malaikat kecil di rumah. Apatah lagi anak buah yang sudah lama ditunggu-tunggu. Tahniah juga kepada abang sulung dan kakak ipar kerana dikurniakan seorang bayi sulung mereka pada 2 September yang lalu. Alhamdulillah anugerah daripada Allah itu memang indah. (^_^)



Baby comel ni diberi nama Nur Zinnirah binti Abdul Malik. Nur Zinnirah, nama yang diambil sempena nama srikandi islam terdahulu iaitu Zinnirah. Harapan Acu, moga kamu menjadi anak yang solehah dan juga muslimah yang sejati terhadap agamamu sayangku Nur Zinnirah :)

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Alhamdulillah. Masih diberikan kurniaan nyawa untuk diri ini merasai pagi 1 Syawal. Lalu terfikir sejenak, sepanjang berada di bulan Ramadhan, apakah aku sudah benar-benar mengambil dan menggunakan faedah yang dikurniakan dalam bulan Ramadhan dengan sepenuhnya? Jika tidak, maka akulah insan yang paling rugi. Semoga kita semua diberi kesempatan lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. In shaa Allah, amin!

Berbalik pada cerita raya. Suasana beraya di kampung lain benar dengan bandar. Buat pertama kali aku beraya di Pulau Pinang sebagai penduduk tetap. Pertama kali juga beraya sebagai penduduk kampung di situ. Sebelum ini dikenali sebagai pendatang aje. Hehe~ Semalam, riuh suasana kampung. Bunyi mercun sana sini. Bak kata kakak aku, "macam nak berperang!" Hanya boleh tersenyum. Hai dulu pun kita macam tu juga, teruja nak main bunga api, mercun bola. Sekarang pun teruja juga nak main bunga api, tapi tak ada kesempatan. Bunga api semua dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja. Kami ni? Hanya mampu melihat. Sedih sebab tak dapat main, tapi melihat pun dah mampu menimbulkan rasa keseronokan. ^_^

Pada pagi 1 Syawal ini, saya dengan seikhlas hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini dan saya ingin memohon keampunan jika melakukan kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Maafkanlah dengan setulus hati tanpa tinggalkan apa-apa kesan lagi di sanubari. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. In shaa Allah, amin!

Salam Aidilfitri,
Cik Shiqah

Saturday, May 25, 2013

Kisah Penguin Comel

Mumble, Gloria dan Erik
Semalam baru aje aku menonton movie Happy Feet Two yang disiarkan dalam channel HBO. Alaa movie yang ada penguin-penguin comel tu. Walaupun jalan ceritanya agak simple tapi terselit sedikit pengajaran. Sebelum nak cerita pasal pengajaran, aku kongsikan dulu sinopsis movie ni. 

Erik yang comel
Kisah Happy Feet Two bermula apabila Mumble dan Gloria yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak, Erik yang fobia dengan tarian. Erik yang tidak mahu menari, melarikan diri dan akhirnya berjumpa dengan The Mighty Sven, penguin yang boleh terbang. Mumble menyedari dia tidak mampu melawan karakter yang ada pada idola baru Erik. Keadaan semakin teruk apabila satu kuasa jahat yang sangat kuat sedang mengancam keselamatan mereka. Keberanian Mumble menyatukan semua sekutu bekerjasama menentang kuasa jahat itu akhirnya membuka mata Erik.
Menunggu Mumble menyelamatkan Bryan
Pengajaran pertama yang aku dapat daripada movie ini ialah kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Mumble sangat sayang akan anaknya, Erik. Walaupun kadangkala Mumble ni tak pandai nak berkelakuan seperti  seorang bapa tetapi sebenarnya jauh di lubuk hatinya, dia sangat ambil peduli tentang anaknya tu. Cuma anaknya, Erik tak perasan. Ada satu tragedi di mana seekor anjing laut yang bernama Bryan (kalau tak silap) terperangkap. Mumble dengan beraninya telah menyelamatkan Bryan. Sebaik saja Mumble dan Bryan naik semula ke darat, Erik menerpa ke arah ayahnya dan berkata, "ayah berjaya! Ini semua sebab pemahaman Sven." Erik berkata dengan gembira tetapi Mumble berasa kecewa. Yelah kan! Kita yang selamatkan tapi orang lain yang dapat nama. Kita sepatutnya sebagai anak kenalah bangga dengan pencapaian ibu bapa kita bukan bangga dengan pencapaian orang lain. Tunjukkan pada mereka penghargaan kita sebagai anak supaya mereka bangga menjadi ibu bapa kepada kita. (^_~)

Will and Bill
Pengajaran kedua ialah kehidupan mesti ada keluarga. Tak boleh hidup seorang diri. Macam Will, seekor udang yang kononnya nak buat perubahan dalam diri. Malas nak ikut kelompok udang yang hanya buat benda yang sama setiap hari. Dia bosan hidup macam tu. Pelbagai cabaran yang dilaluinya sepanjang berada di dunia baru tetapi akhirnya, dia dicampakkan semula bersama kelompoknya. Dia menyesal mengikut kata hati tetapi sebenarnya tindakannya membawa kebaikan kepada geng-geng udang yang lain. Geng-geng udang menjadi semakin berani dalam menjalani kehidupan mereka di dalam laut. Yeah, setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. (^_^)

Mumble dan penguin Adelie Land
Akhir sekali, kerjasama semua pihak pasti membawa kejayaan. Puak penguin di Emperor Land terperangkap disebabkan bongkah ais terbelah dua. Lebih kurang macam tu lah. So penguin-penguin lain terperangkap di bawah. Tiada jalan yang boleh membawa mereka semua ke atas. Mumble buntu kerana mereka semua berharap padanya. Mumble sudah selamat di atas kerana sebelum kejadian bongkah ais terbelah dua tu berlaku, dia pergi cari anaknya, Erik yang merajuk. Lalu Mumble pergi mencari bantuan. Dia telah pergi ke adelie land dan meminta bantuan daripada puak penguin di sana. Penguin di Adelie Land memberikan kerjasama yang sangat baik. 

Mumble minta bantuan daripada Bryan
Selepas itu, Mumble mendapat satu idea. Dia menari untuk menjatuhkan salah satu bongkah ais, bongkas ais tersebut akan berfungsi sebagai tangga untuk penguin yang terperangkap di bawah naik ke atas. Dia menari dan terus menari bersama penguin adelie land yang lain sehingga kakinya cedera. Namun dia tidak menghiraukan kesakitan tersebut. Erik yang melihat berasa terharu. Tetapi tenaga mereka semua masih tidak cukup untuk menjatuhkan bongkah ais tersebut. Mumble bersama anaknya Erik pun meminta bantuan puak anjing laut. Pada mulanya, pihak anjing laut tidak mahu memberi bantuan tetapi apabila mendengar nyanyian Erik yang sedih dan kecewa, mereka pun bersetuju. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akhirnya menjatuhkan bongkah ais tersebut. Penguin-penguin yang terperangkap akhirnya selamat. 

End Of The Story :)

P/S: Selamat bercuti semua. Dapatkan cuti yang berkualiti ;)

Friday, May 24, 2013

Cahaya Mata


Walaupun setiap novel mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama, tetapi aku tetap suka membacanya. Apa boleh buat, peminat novel la katakan. "Bila isteri tak boleh beri anak, suami mula berhasrat nak kahwin lain." Agak cliche tapi walaupun kisah itu dalam novel, aku tahu kehidupan sebenar juga kadangkala melibatkan situasi yang sama. Bak kata kawan aku, "Kalau benda tu tak jadi for real, takkanlah penulis saja-saja nak buat cerita."

Aku terbaca sabda Rasulullah dalam sebuah buku, 

Sabda Rasulullah SAW,
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat, "orang yang mandul itu ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata, "orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Ada satu kisah yang ustaz aku dulu pernah cerita, lebih kurang macam ni lah. Ada sepasang pasangan yang sudah bergelar ibu bapa. Mereka mempunyai tiga orang anak tetapi ketiga-tiganya telah meninggal dunia. Anak-anak mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syarat mereka menerima qada' dan qadar Allah SWT dengan redha dan sabar. Walaupun sebaliknya dengan kematian seorang anak sahaja, mereka tetap kena sabar dan redha dengan ujian Allah. Anak-anak yang sudah meninggal itu akan menanti kedua-dua ibu bapa mereka di syurga. 

Bila Saidatina Aisyah bertanyakan Rasulullah SAW, "bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai anak? Siapakah yang akan menunggu mereka nanti?" Lalu Rasulullah SAW pun menjawab, "Akulah yang akan menunggu mereka."

Selesai saja ustaz bercerita, aku yakin pasti rakan-rakan sekelas yang lain turut rasa apa yang aku rasa. Wow HEBAT! 

Walau apapun, setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat sendiri. Pada era moden ni, teknologi pun dah canggih-canggih. Orang yang tak boleh mengandung pun dah boleh mengandung. Dengan izin Allah. Apa yang penting, berusaha dan berdoa. Lepas tu berserahlah kepada Allah. Biarlah Dia yang menjadi penentu segala-galanya. Apa yang tersurat, itulah yang terbaik. 

Salam Jumaat :)

p/s: Rindu nak balik kesuma. Rindu kawan-kawan dekat sana. Tapi takda rezeki nak balik sana cuti dua minggu ni. Sabar aje lah. :)


Thursday, May 23, 2013

Encik Doktor


Kepada: Doktor

Doktor. Hanya sekadar pekerjaan. Namun manusia di sebalik gelaran doktor itu betul-betul membuat aku kagum. Semua orang cari dia. Bila sakit semua orang tanya di mana dia. Banggakah dia? Ternyata tidak. Katanya, dia hanya manusia yang hidupnya bergantung kepada Allah sepenuhnya. Kesembuhan pesakit disebabkan keizinan Allah. Dia hanya boleh berusaha dan terus berusaha. Aku senyum. 

Katanya lagi, hidup sebagai doktor bukan untuk berasa takbur dan riak. Tujuan menjadi doktor ialah untuk mengejar saham di akhirat kelak. Jadikanlah pekerjaan ini sebagai usaha untuk masuk ke dalam syurga bukan ke neraka. 

Dia yang aku gelar doktor itu, bukan hanya merawat pesakit secara lahiriah tetapi rohaniah juga dia rawati. Dia bukannya jenis doktor yang pesakitnya demam, terus beri ubat demam. Dia doktor yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan pesakit. Bersembang dan melayan pesakit seperti sahabat tanpa rasa kekok dan kaku. Katanya, di hospital itulah tempat dia menjalinkan ukhwah sesama manusia. 

Saya tabik sama awak Encik Doktor ;)

Daripada: Pesakit

Friday, February 22, 2013

Kahwin-Cerai


Assalamualaikum semua :) Harap kalian dalam keadaan sihat sejahtera dipayungi rahmat dariNya. In shaa Allah. Post ini khas untuk menjawab soalan daripada gerangan anonymous yang bertanyakan soalan dalam post Cafe Cinta - Muhasabah Cinta. Sama-sama kita berkongsi ilmu yer. Soalannya berbunyi begini, 

Then why ade yg berkenalan begini (melalui straight kahwin tanpa couple2) tp berceerai jg akhirnya? bgmn mnghadapi prceraian itu? sebab ada mulut2 yg ungkit 'tula dulu xmau kenal btol2 tau2 terus nk kahwin kan dh terkena'..bgmn mnghadapi keperitan itu?

 In Shaa Allah diri ini cuba untuk memberi jawapan. Kalau salah tolong betulkan. :)

Mengenai soalan pertama, kenapa ada yang berkenalan melalui straight kahwin tanpa couple-couple tapi bercerai juga akhirnya? NIAT. Semuanya bermula dengan niat. Nawaitu kita berkahwin itu kerana apa? Kerana nak saling memiliki, saling mencintai, nak dapat anak, sebab pasangan cantik or hensem? Salah sebenarnya jika itulah yang difikirkan. Pernikahan itu suci dan mestilah berlandaskan cinta pada Allah. Jika kita bernikah dengan niat beribadah dan mencapai keredhaan Allah, In shaa Allah Dia akan selalu membimbing kita dan pasangan kita.

Tapi jika niatnya lain seperti yang saya nyatakan di atas, semuanya itu hanya bersifat sementara, akan hilang tapi percayalah jika perkahwinan itu berlandaskan cabang yang betul, cara yang betul in shaa Allah hubungan itu akan kekal hingga akhirnya tidak kira pasangan A ini terus kahwin atau pasangan B ini couple dulu baru kahwin. Semuanya sama sahaja cuma yg membezakan bagaimana pasangan A dan B berusaha untuk mengekalkan perkahwinan mereka. Jodoh tetap jodoh tapi kita sebagai manusialah yang harus make an effort untuk kekalkan jodoh tersebut. Usaha, Doa dan Tawakal. Tapi harus kita beringat bahawa couple itu bukan cara Islam. Islam ada kaedahnya yang tersendiri. Gunalah kaedah Islam, In shaa Allah ada keberkatan di situ. :)

Mengenai soalan kedua pula, bagaimana nak menghadapi penceraian tersebut dan bagaimana nak menghadapi kata-kata orang yang tentunya negatif-negatif belaka? Jawapannya mudah sahaja. Kita sebagai orang Islam hendaklah berbalik kepada Allah. Yakinlah bahawa ujian itu ekspresi cinta Allah pada hambaNya. Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. "Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan." (Hadis riwayat Bukhari)

Nak tahu satu perkara tak? Semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan pada kita makin besar pula pahala dan kasih sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Tapi dengan syarat, kita mestilah cuba menyelesaikan setiap ujian dengan cara yang baik yakni BERSABAR. "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah itu mencintai sesuatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah." (HR Tarmidzi)

Mulut orang, payah sungguh nak tutup kan padahal mereka tidak tahu hujung pangkal cerita. Bersabarlah dan selalulah untuk berfikiran positif bahawa apa-apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. In shaa Allah kata-kata mereka tersebut bakal jadi kebaikan untuk kita. "Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar maka itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim)

Paling penting apabila ditimpa ujian, hadapilah dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha tersebut dengan doa. Allah berfirman dalam surah Alam Nasyrah ayat 7-8, "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." Allah berfirman lagi dalam surah Al-Mu'min ayat 60, "Berdoalah kepada-Ku, necaya akan Aku kabulkan doamu."

Wallahualam. Harap sedikit pengisian ini menjawab soalan diatas. In shaa Allah.

Saturday, January 26, 2013

Inilah Sebahagian Daripada Kebahagiaan Diriku

Inilah PIKO. Comel tak? ^^

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga berada dalam rahmatNya sentiasa yer. InsyaAllah :) Baru-baru ni aku baru selamatkan seekor anak kucing di Pasar Penaga. Kesian, kata penjual di situ, anak kucing tersebut baru dibuang. Anak kucing yang baring di tengah jalan itu aku angkat. Risau juga kerana orang ramai lalu lalang, risiko terpijak tu amatlah tinggi. Keadaannya agak lemah. Mungkin kurang air.

Bawa dia balik rumah, first thing bagi dia minum air and then mandi! Time mandi, dia diam aje. Sangat baik okey! One more thing, thanks very much to my father sebab beliau bersusah payah siapkan sangkar untuk Si Kecik ni. Dalam masa sehari dah siap! Hebat tak my father? ;) Nak beli, kos agak mahal dan poket pun tak berapa nak tebal jadi lebih baik buat sendiri. Jimat kos dan puas hati! Cuma niat dalam hati nak touch-up sikit-sikit. Maybe lebih cantik kalau kayu-kayu itu di cat. I will think about it. Hehe :D Tapi walau apapun aku dah bersyukur sangat sebab Si Kecik dah ada tempat tinggal. Alhamdulillah! Thanks to Allah ^_^

Sekarang ni Si Kecik dah tinggal dalam rumah. Bebas berjalan-jalan di setiap kawasan rumah. Freedom! Si Kecik ni sangat senang untuk diajar. Aku dah train dia poo-poo dan shi-shi dalam toilet tray yang diletak dalam sangkar. So sekarang ni tiada masalah yang timbul berkenaan hal peribadi dia. Hahaha (^_^) BTW, if you all want to know, he always sleep with me in my bedroom almost night! Seriously, dia sangat manja dan comel. Sweet kan dia? ❤  

Bertambah la haiwan peliharaan aku. Seekor arnab yang gebu (BOBO), tiga ekor hamster yang lincah (YEORI, KIBO, NIMO) dan seekor kucing yang manja (PIKO) Hiduplah kalian dengan gembira yer di rumah kita. Semoga kalian gembira dan berpuas hati dengan layanan tuanmu ini. Aku juga berharap aku menjadi seorang tuan yang adil, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang buat korang semua. Amin! :')

YEORI
KIBO

NIMO
BOBO

P/S: Alhamdulillah diri ini bakal menjadi Acu a.k.a Maksu. The first anak menakan is on the way. InsyaAllah bulan Ogos ni. Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan ahli keluargaku. Amin!