Wednesday, February 22, 2012

Kita Bersaudara Biar Sampai Ke Syurga, Dengan Izin Allah.



Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah
Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kerna slalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

~ Kita Bersaudara - KRU ~


Hubungan antara adik beradik itu indah kan? Bibir tersenyum sendiri bila melihat gelagat kedua-dua adik beradik itu. Tak dikenali tapi selalu terjumpa. Selalu. Mereka berdua sweet sangat, adik dan abang. Pagi-pagi selalu terserempak dengan diorang. Si abang hari-hari bawa adik dia dekat belakang, naik basikal pergi sekolah sama-sama. Tengah hari pergi sekolah agama pula. Kagum dengan peribadi si abang itu. Tak pernah lelah dan merungut. Semoga hubungan mereka berdua tetap kekal begitu hingga masing-masing dewasa kelak, InsyaAllah.

Teringat dulu waktu kita semua (adik beradik aku dan mungkin juga kamu :D) masih kecil molek, kita boleh duduk bertepuk tampar kan, boleh gurau-gurau lepas tu tiba-tiba bergaduh tapi tak lama kita baik balik. Tidur sama-sama, makan pun kongsi-kongsi. Macam-macam aktiviti waktu kecil, ada yang manis dan ada yang berapa tak manis, pendek kata ada masin pahit payau-payau gitulah. Mesra je kan hubungan kita semua waktu kecik-kecik. Sekarang pun masih sama. Walaupun semua dah besar-besar, bila kumpul ramai-ramai terus jadi budak kecik balik. Hahaha :D Alhamdulillah, semua ini kurniaan dan anugerah dariNya. Bersyukur selalu.

Teringat pesanan mak aku tapi aku tulis disini menggunakan versi aku lah yer.

"Jangan ada perasaan hasad dengki atau iri hati antara satu sama lain. Jika ada sedikit rasa tersebut maka terlerailah ikatan yang terbina tanpa sedar. Pergilah bercuti sama-sama, buatlah apa saja aktiviti bersama-sama tapi semua tu tiada guna jika dihati kita mempunyai  rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Hidup kita ni semuanya bermula dengan HATI. Disitulah pusat utama segala-galanya dalam mencorak kehidupan kita. Paling penting, jangan sesekali membelakangkan ibu bapa, hormatilah mereka dan bersihkan hati kerana dengan kekuatan itu hubungan adik beradik tidak akan putus sampai bila-bila."



:: Pen Off ::



CS: Maaf sangat-sangat. Allah sedang menguji saya dengan masa sikit baru-baru ni. Nanti ada masa yang lainnya, blog kawan-kawan semua saya jengah yer. InsyaAllah. :)

Sunday, February 12, 2012

Suuzon Itu Mudah Namun Husnuzon Itu Payah. Berusahalah! (^_^)



Kadang-kadang apa yang kita dengar menipu diri kita sendiri. Kadangkala apa yang kita lihat jelas tetap rasa kabur. Situasi buruk yang berlaku mungkin memberi tanggapan yang negatif kepada kita kan? Selalunya macam tu, kita tak pernah bersangka baik kepada situasi yang berlaku. Bila benda tu berlaku, benda yang buruk semestinya, mulut kita akan terus memarahi dan mencaci tanpa mendengar dahulu  penjelasan. Pernah tak sekali kita bersangka baik? Tak pernah kan?


Contohnya macam situasi ini. Manusia A sangat-sangat memerlukan sebatang pensel tapi malangnya dia tiada. Mata dia melilau mencari kot-kot adalah penselnya. Tiba-tiba ternampaklah dia sebuah kotak pensel atas sebuah meja, terus dia sambar kotak pensel tersebut dan mengambil sebatang pensel. Tengah manusia A syok-syok menulis, tiba-tiba manusia B menghampiri manusia A dan terus memarahinya. Manusia A digelar pencuri. Yelah ambil barang orang suka-suka hati, tanpa minta kebenaran, pencuri la kan?


Lebih kurang sama dengan cerita di atas. Bila kita hilang sesuatu barang, kena curi semestinya. Tindakan pertama sekali yang akan kita buat ialah kita mesti akan mengata, mencaci dahulu si pencuri tu kan? Hah! Pernah kita bersangka baik? Pernah tak kita fikir kembali kenapa dia buat macam tuh?


Pernah tak bila barang kita kena curi, hati kita berbicara, "mungkin orang yang curi kasut aku tu sangat-sangat memerlukannya dari aku tapi dia tak berkemampuan. Ya Allah, jika orang tersebut sangat-sangat memerlukan kasut itu, maka aku halalkannya namun jika sebaliknya yang berlaku, Kau berikanlah hidayah padanya agar menghentikan kegiatannya itu dan biarlah aku menjadi mangsa terakhirnya."


Pernah atau tak pernah? Tepuk dada tanyalah hati.


Mungkin sesetengah orang yang mencuri itu dalam keadaan yang sangat terdesak, lalu dia melakukan cara yang mudah untuk mendapatkan sesuatu. Mana tahu kan? (Tapi niat tetap tidak menghalalkan cara) Sebab itu pentingnya bersangka baik dalam kehidupan dan pentingnya doa seorang muslim buat saudaranya yang lain. Bersangka baik itu merangsang hati yang bersih. Doa yang dipanjatkan buat orang lain juga membawa seribu manfaat kepada kita. Tak rugi pun kalau kita buat macam tu kan? Lastly, apabila ditimpa musibah, bersangka baik lah yer. Allah sedang menguji kesabaran dan nilai hatimu yang satu itu. 


P/S: Setiap yang berlaku pasti ada sebab. Husnuzon selalu. ^_^


Suuzon = Bersangka Buruk
Husnuzon = Bersangka Baik

Monday, February 6, 2012

Marilah Kita Mencintai Rasulullah SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Setelah diperintahkan oleh Allah supaya menyebarkan Islam secara terang-terangan, maka Rasulullah SAW pun menjalankan dakwah dengan penuh hikmah, namun baginda mendapat tentangan daripada kafir Quraisy Makkah. Namun begitu baginda tetap tabah! Baginda berubah arah pula ke perkampungan Taif, yang amat subur tanahnya. Malangnya penduduk Taif juga menolak. 

Di Taif, para penduduknya bukan saja menolak dakwah baginda malah baginda yang ditemani Zaid bin Thabit dilontar dengan batu. Zaid sedaya upaya melindungi baginda Rasulullah SAW, namun baginda yang mulia itu tetap terluka dan mengalir darah.

Mereka berdua berlari menyelamatkan diri dan singgah berteduh di bawah sepohon pokok. Sejurus itu juga Malaikat Jibril datang dan meminta izin untuk mengangkat bukit dan menghempap penduduk Taif yang biadap itu.

Namun Rasulullah SAW tak membenarkannya. Baginda dengan tenang bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya mereka tidak tahu. Kalaupun mereka tidak beriman pada hari ini, tetapi siapa tahu suatu hari nanti anak cucu mereka yang akan menerima seruan ini."

*******************

Sayunya hati. Pilunya hati. Lihatlah, betapa mulianya hati Rasulullah SAW. Sedangkan Malaikat Jibril yang ada disitu juga marah! Malaikat yang Allah cipta tanpa perasaan juga marah tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berdoa supaya dikurniakan hidayah buat golongan itu, sesungguhnya mereka tidak tahu. Baginda yang mempunyai hati dan perasaan itu tetap tenang. Subhanallah. Cinta Rasulullah SAW buat umatnya, memang tiada tandingan. Allahu Akhbar.

Oleh sebab itu wahai umat Nabi Muhammad SAW semua, marilah kita mencintai Rasulullah SAW dengan setulus hati kita. Marilah kita cintainya dengan sebenar-benar cinta. Ayuh kita ucapkan rindu kita padanya dengan sepenuh jiwa dan raga kita, dengan hati nurani dan dengan penuh perasaan.

Ya Rasulullah, kami cinta dan rindu padamu.
Ya Rasulullah, saksikanlah betapa kami ingin bertemu denganmu.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai dalam mengingati kekasihMu dan kekasih kami itu.


Sentiasalah mengingati perjuangan dan cinta Rasulullah SAW pada setiap waktu, bukan pada waktu-waktu tertentu. 


Sunday, February 5, 2012

Bila Kita Sayang Kucing, Kucing Pun Akan Sayang Dekat Kita Juga. Sweet Kan?

Manja!


Assalamualaikum. Kucing, siapa SUKA dan SAYANG kucing? Aku tahu tak semua sayang kucing macam aku sayang mereka. Hehe gurau jer :D Kucing itu comel kan malah kucing itu juga haiwan kesayangan Rasulullah SAW tapi aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mendera Si Comel ini. Dera macam mana tu? Ok, sebagai contoh macam ni lah. Kenyataan yang berlaku. Hurmmm~~

*******

Ada seorang makcik. Kucing ni selalu pergi rumah dia tapi dia ni memang tak suka kucing. Sekali entah benda apa yang merasuk, dia pergi simbah kucing tu dengan air panas. Tujuan, nak halau kucing tu. Boleh pula dia kata lepas disimbah kucing tu dengan air panas, "Hah baru kau rasa. Lain kali jangan datang rumah aku lagi, kan dah kena!" Allahu Allah, sedihnya. Nasib baik air panas tu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah kucing tu selamat sampai sekarang. Alhamdulillah ^_^

*******

Kucing juga makhluk Allah, jangan didera begitu. Jika ada seseorang yang berani mendera kucing, maka berani jugalah dia menghadapi balasan yang akan diberi olehNya sama ada di dunia ataupun di akhirat. Balasan yang sangat berat. Sanggupkah dia? Allahu Akhbar. Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasan. Jangan ambil ringan.

Ingatlah hamba Allah yang disayangiNya sekalian, dalam sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim. Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kelaparan." 

Tiada sebab mengapa haiwan harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa sama ada kucing mahupun manusia. Renungkan-renungkan!

Marilah berkasih-sayang dengan kucing atau haiwan yang lainnya. Bila kita kasih kepada kucing@haiwan yang lain-lain tuh, hati kita akan jadi lembut dan selalunya orang yang suka dan sayang dekat kucing dan haiwan-haiwan yang lainnya, mereka seorang yang penyayang. So, jomlah jadi orang penyayang! Hehe :D

Dalam kenangan~


P/S: SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HJ. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENCONTOHI SIKAP DAN TINDAK-TANDUK RASULULLAH SAW KERANA BAGINDALAH SEBAIK-BAIK IKUTAN DAN TAULADAN BUAT SETIAP UMAT ISLAM DI DUNIA. ^_^