Monday, May 9, 2011

CINTA ALLAH ITU


Cinta Allah itu.
Sangat indah dan sempurna.
LEBIH HEBAT! dari cinta manusia.
SANGAT-SANGAT HEBAT.

Cinta Allah itu.
DIA tidak kira siapa.
Selagi seseorang itu taat perintahNya.
Selagi seseorang itu tidak lupa akan diriNya.
DIA akan sentiasa sayang dan cinta.

Cinta Allah itu.
AMAT HEBAT!
Bila Allah cinta akan seseorang itu.
Allah akan memanggil Jibril lalu berfirman,
"Sesungguhnya Aku mencintai dia, maka cintailah ia."
Selepas itu, Jibril pun turut mencintainya.
Seterusnya Jibril memanggil seluruh penghuni langit lalu berkata,
"Sesungguhnya Allah mencintai dia,
maka cintailah kamu semua akan orang ini."
Selanjutnya diletakkanlah penerimaan,
(kecintaan itu baginya dalam hati para penghuni bumi)

Sungguh HEBAT cinta Allah pada hambaNya kan? :)

Cinta Allah itu.
Membahagiakan kepada sesiapa yang merasainya.

Cinta Allah itu.
Selamanya-lamanya.
Tidak akan pernah layu.
Kekal Abadi.

Oleh sebab itu.
Carilah! Gapailah! Cinta Allah.
Untuk mendapat kebahagiaan yang hakiki.
Bukan untuk sementara tapi buat selamanya.

Seorang insan pernah bagitahu saya,

"Carilah cinta Ilahi, awak pasti bahagia!"

Yer itu memang benar :)

Tuesday, May 3, 2011

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Assalamualaikum. Betulkah wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga? Jom baca buat renungan kita bersama.

Daripada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad SAW, katanya (di dalam sebuah hadis panjang):

Aku berkata,  
"Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?"

Baginda menjawab,  
"Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

Aku berkata,  
"Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?

Baginda menjawab,  
"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning... (Hingga akhir hadis) 

~Riwayat al-Tabrani~

Aku terkejut membaca hadis nih dan teringin nak kongsi dengan korang semua. Thanks to my friend because send this hadis at my email. Sungguh tinggi darjat wanita solehah sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis nih menjadi inspirasi khas untuk kaum hawa termasuk juga aku agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.

Tapi apa yang dikatakan wanita solehah itu? Kalau nak tahu, mari kita hayati cerita dibawah. Semoga kita sama-sama memperoleh pengajaran daripada cerita tersebut.

Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung bicaranya 

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran” 

Seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 32.

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." 

“Lantas apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil terus ingin tahu. 

"Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya yang dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”  

Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki ciri-ciri seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?

"Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. InsyaAllah kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita juga boleh menjadi muslimah solehah yang sejati"  

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi Isteri Rasulullah.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” (Riwayat Al Bazzar)


Kesimpulan yang aku boleh buat melalui perbualan seorang ayah dan anaknya tentang bagaimanakah ingin menjadi seorang muslimah solehah yang sejati ialah kita perlulah:

~> Menjadi seorang yang tahu berpakaian yakni menutup aurat.

~> Menjadi seorang yang bersedia melakukan kebaikan seperti bersedekah, dan bersedia membantu orang yang berada dalam kesusahan.

~> Menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan dan amal kebajikan.

~> Menjadi seorang yang menjaga tutur kata dan akhlak.

~> Menjadi seorang yang tabah dan redha dengan setiap ujian yang Allah berikan dengan memandang setiap ujian itu ada hikmah disebaliknya.

~> Menjadi seorang yang bersyukur dengan segala pemberian Allah sama ada pemberian Allah itu berbentuk ujian atau nikmat.

~> Menjadi seorang yang menjaga batas pergaulan dan kehormatan diri.

~> Menjadikan isteri Rasulullah sebagai model dan ikutan. InsyaAllah, lurus iman dan mudah tindakan untuk menjadi muslimah solehah.



Sedang menuju ke arah itu. Semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidup aku dan kalian semua diluar sana. InsyaAllah, amin...

Sunday, May 1, 2011

Baju Pengantin Mesti Ketat Yer?


Assalamualaikum. Minggu nih banyak orang yang nak bertunang dan berkahwin tapi aku taknak cerita tentang mereka tapi nak cerita tentang baju mereka! Cuba kita tengok yer, baju pengantin perempuan mesti ketat-ketat kan? Selama aku pergi ke majlis perkahwinan, aku tak pernah tengok baju pengantin yang longgar. Paling mengejutkan aku, orang yang tahu akan hal ini salah pun apabila mereka berkahwin, baju mereka pun boleh dikategorikan sebagai ketat tapi tak semua hanya kebanyakan aje macam gitu. Bila aku tengok, aku macam Erk? Apa dah jadi? Hurmmm.

Walaupun mereka ini bertudung tapi ketat tetap ketat. Terutama dekat bahagian punggung, pinggang dan kadang-kadang baju tu transparent dan pastinya akan menampakkan warna kulit. Bagi yang tak bertudung, nampak putih aje bahagian atas dada (tumpuan pandangan lelaki) Kadang-kadang ada yang bertudung pada hari-hari biasa tapi bila hari persandingan tudung tuh entah terbang pergi mana.

Alasan yang selalu diberikan oleh mereka ialah:

a) Alah sekali seumur hidup. So takpelah pakai seksi-seksi macam nih.

b) Alah sekali je. Dosa pun dosa sikit je. Dosa kecik. Lepas kahwin
    nanti boleh minta ampun.

Amboi senangnya cakap! Tidakkah mereka tahu bahawa mereka mula-mula lagi dah pun menempah saham 'dosa' untuk suami mereka? Tambahan lagi kalau si suami tidak menegur cara pemakaian si isteri bahkan meredhai isterinya memakai sebegitu rupa. Lagilah bertambah-tambah dosa si suami pada mula-mula lagi mereka berkahwin. Nauzubillah hi minzalik..

Adakah kita ingin menjadi seperti diatas?

Taknak kan?

Oleh sebab itu, kita perlulah istiqamah dalam setiap amalan baik yang kita lakukan, lebih-lebih lagi bertudung tu perintah Allah SWT. Sewajibnya kita istiqamah dalam melakukannya. Bagi yang sudah bertudung ataupun bakal bertudung, nanti bila nak kahwin, pastikan tudung tuh dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada. Jangan singkatkan hingga atas dada seperti yang sering dilakukan oleh pengantin melayu zaman kini. Baju pula janganlah pakai yang ketat. Bukan takda baju yang longgar tapi kita yang malas nak mencari. Kalau kita sungguh-sungguh mencari apa yang kita nak, pasti jumpa! Senang-senang design aje baju pengantin sendiri. Buat baju kurung warna putih, letak manik-manik sikit. Cantik. (Idaman aku tuh!)

Oh ya betul! Ada manusia yang sudah tahu akan kenyataan ini tapi masih lakukannya lagi. Soal itu, terpulanglah kepada mereka. Kita  sudah diberitahu mana yang betul dan mana yang salah, sekarang terpulang kepada kita untuk memilih. Kita diberi kuasa untuk memilih kan? =)

Dan tolonglah jangan ambil sikap sambil lewa dengan isu ini. Memang nampak macam hal kecil tapi kita tak tahu di kemudian hari nanti bila kena soal. Hah waktu tuh apa kome nak menjawab? Fikir-fikirkanlah. Sesiapa yang terasa, janganlah marah. Aku sekadar ingin menegur. Huhu. Terimalah walaupun ianya pahit. I'm sorry!


P/S: Nanti bila aku nak kahwin, aku nak pakai jubah. Haha berangan seketika~ Eh tak-tak! Aku nak design sendiri. Nak buat baju kurung seperti yang dinyatakan diatas. Tudung pun aku buat sendiri. Kasi labuh macam aku selalu pakai. Haha i like! Ngee~ =D