Saturday, March 24, 2012

My Dear Little Sweetheart

Gambar semasa dia sihat lagi ceria dalam bilik aku.
(Muka serius+garang)

Pagi tadi Adam datang rumah Kak Shiqah. Seronok sangat sebab Kak Shiqah boleh jaga Adam lagi. Bila Adam nampak muka Kak Shiqah, Adam terus hulur tangan minta dukung sambil menangis-nangis. Kak Shiqah dukung Adam, Adam terus-terusan menangis. Sakit yer? Kak Shiqah bisikkan dekat telinga Adam, "Sabar yer Adam, Allah tengah tarbiyah Adam supaya jadi baby yang sabar." Adam diam sambil tenung muka Kak Shiqah, Kak Shiqah senyum dekat Adam dan Adam balas semula dengan senyuman walaupun tak seceria dulu. Dalam hati monolog sendiri, 'Eh Adam faham ke apa Kak Shiqah cakap?' Tapi selepas itu, Adam merengek semula dalam dukungan Kak Shiqah, tapi tak seteruk sebelumnya. Alhamdulillah. Kak Shiqah dendangkan zikrullah sambil dodoikan Adam. Adam diam aje. Alhamdulillah Adam baby yang baik dan soleh. Lama kelamaan Adam pun tidur. 


Dalam pukul 10 lebih, Adam terjaga dan terus menangis. Mata Adam tak boleh nak buka, dah melekat. Alahai kesian Kak Shiqah tengok Adam menangis sambil mata tertutup. Huhu. Tak tunggu lama, terus Kak Shiqah angkat Adam bawa ke bilik air, ambil tuala basah dan lap perlahan-lahan mata Adam. Adam menangis lagi kuat tapi Kak Shiqah tetap teruskan apa yang sedang Kak Shiqah lakukan. Memang Kak Shiqah lakukan sehabis perlahan tapi Abang Junaidi tetap suruh Kak Shiqah buat perlahan lagi tapi kalau buat perlahan sangat mata Adam takkan terbuka punya. Jangan risau Adam, Kak Shiqah takkan buat sakit-sakit, Kak Shiqah pun taknak tengok Adam sakit, huhu. Pada masa yang sama, mulut Kak Shiqah tak berhenti-henti cakap, "Alala sabar yer, lagi sikit jer nih." Abang Junaidi dah bantai gelak melihat gelagat Kak Shiqah yang macam tak tentu arah, sempat lagi dia cakap, "Huiyo dah boleh jadi mak budak dah ni! Bertuah anak hang." Jahat kan Abang Junaidi cakap Kak Shiqah macam tu. Kita risaukan Adam, dia usik kita pula. Cis!


Akhirnya mata Adam dah boleh buka. Alhamdulillah. Kak Shiqah mula agah Adam dengan harapan Adam kembali ceria dan tanpa disangka-sangka Adam terus senyum walaupun pipi Adam comot dengan airmata. Dan Kak Shiqah pun turut ketawa kecil. Bagus la Adam ni! Walaupun penat dan tak berdaya, tapi Adam masih lagi senyum dan menggembirakan hati semua orang. Memang Adam seorang baby yang murah dengan senyuman. Kak Shiqah juga tahu Adam seorang baby yang soleh, kan? :) Dalam pukul 11 lebih Adam sudah siap dimandikan. Dah wangi, dah kemas. Alhamdulillah lepas mandi Adam agak aktif. Banyak senyum dan ketawa.  Merengek pun sikit-sikit aje. Alhamdulillah. Tapi kebanyakkannya, Adam duduk sahaja di pangkuan Kak Shiqah, menyandar aje. Tak larat yer, sayang? Takpelah, ujian buat Adam sebab Allah sayang sangat dekat Adam. Adam, moga cepat sembuh yer sayang. Amin! Sayang Adam!  


****************************************

Ramai tanya siapa Adam dan Marissa. Untuk makluman korang, mak aku kerja sebagai pengasuh yang sangat-sangat penyayang. Dulu mak aku jaga berbelas-belas anak kecil dan rumah aku tak pernah sunyi dengan suara kanak-kanak. Mak aku layan mereka semua macam anak sendiri dan mereka pun panggil mak aku, 'mak' tapi sekarang mak aku hanya jaga dua orang sahaja. Kenapa? Sebab mak aku dah tak larat. Dah hampir 10 tahun Mak aku jaga budak-budak. Lama kan? Dan aku memang dah biasa tolong mak aku jaga budak. Mandikan, suapkan nasi. Memang kerja akulah tuh. Seronok sangat! Aku anak bongsu tapi punya adik-adik yang comel. Bertuah kan? :) Serius aku sayang mereka semua macam adik aku sendiri. Kini, dah terjawab persoalan korang kan. Alhamdulillah. (^_^) Lastly, doakan Adam cepat sembuh! Syukran :)

Wassalam.

Friday, March 23, 2012

Posmen Ke Syurga

KAMI HANTAR SURAT ANDA SAMPAI KE SYURGA

Assalamualaikum. Apa khabar iman anda semua hari ni? Harap makin meningkat daripada sebelumnya yer, InsyaAllah. Ok berbalik kepada tajuk utama. Hari ni aku nak bercerita tentang satu blog yang mana aku juga salah seorang daripada posmen dekat situ. Satu blog yang menarik bagi aku kerana semua post di sana berasaskan sepucuk surat. Menarik kan? :)

Ahli blog ini terdiri daripada 10 orang. Bolehlah pergi ke LINK ini untuk mengetahuinya. Semua penulis di situ mempunyai ciri-ciri dan kelebihan yang tersendiri semasa menulis. InsyaAllah kami cuba menghasilkan penulisan yang bermanfaat buat semua orang. Biar sama-sama menulis, sama-sama mendapat pahala buat bekalan di sana nanti. Sungguh, untuk melakukan kebaikan itu punya banyak cara kan? Dan hanya Dia yang lebih mengetahui akan setiap sesuatu perkara.

Posmen Ke Syurga. Itulah nama yang diberikan kepada blog ini. Untuk makluman semua, kami bukanlah hantar betul-betul surat anda pergi ke syurga. Bukan-bukan! Jauh sama sekali. Kami cuma postkan apa yang ingin anda sampaikan tapi tak terluah dek bicara. Sesuatu yang anda pendam tapi tak jumpa tempat yang sesuai untuk keluarkannya. Oleh sebab itu, mungkin dengan cara menulis surat dapat meringankan kandungan isi hati anda yang mungkin memberat disebabkan pelbagai perasaan di dalamnya. Kadang-kadang menulis itu lebih baik daripada berbicara. Mungkin? :)

Tidak perlu ayat-ayat indah. Tidak perlu bersajak, bermadah. Tulis saja apa yang terkandung dalam hati dan jiwa. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas bolehlah jengah ke blog ini yer, http://posmankesyurga.blogspot.com/ Lastly, kalau anda semua nak baca surat daripada saya, bolehlah cari nama Cik Shiqah dalam ruangan direktori surat. InsyaAllah adalah dekat situ. Sekian saja, assalamualaikum. (^_^)

*********


CS: Adam demam+sakit mata. Doakan dia cepat sembuh yer.
Kesian tengok dia merengek+nangis-nangis.
Allah sedang uji Adam supaya jadi baby yang sabar.
Sabar yer Adam sayang, orang yang sabar itu Allah sayang.
:)

Sunday, March 18, 2012

Mengapa Kamu Harus Takut Untuk Berubah, Sahabatku Sayang?

Beterbangan dibawa lari angin menderu~

Dalam kehidupan ini, aku pernah beberapa kali terjatuh, dipenuhi kotoran akibat keputusan yang aku buat. Situasi yang menerpa aku dalam sesuatu keadaan dahulu memerlukan aku membuat keputusan, tapi kadangkala aku terburu-buru hingga tersilap langkah. Tersadung di kaki sendiri. 

Dalam keadaan seperti itu, aku sering berasa tak berharga, tak bererti, tak berguna kepada sesiapa. Padahal apa yang telah dan akan terjadi, aku tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai aku, lebih-lebih lagi di mata Allah. Jadi walau bagaimana kotor dan teruk pun diri aku, aku masih mempunyai nilai yang tersendiri. 

Sungguh Allah itu punya banyak cara untuk mentarbiyah hati-hati manusia. Dan kadangkala perancangan Allah itu buat aku terkedu dan terdiam. Tidak aku sangka dan tidak pula aku duga. Tapi apa yang aku pasti, setiap yang dirancangNya pasti terbaik buat aku. Alhamdulillah!

Justeru sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Dia, sama ada kita baru kenal ataupun sudah lama, sayangilah diri anda. Bertaubat jika melakukan dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita ialah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.

Aku tahu dan mengerti.
Bukan mudah untuk mengikis karat jahiliyyah dalam diri.
Bukan mudah untuk membaiki diri yang tertanam sifat buruk sana-sini.

Berubah itu tidak dijanjikan kesenangan hakiki.
Begitu juga dengan tiada rintangan berduri.
Semua itu tidak dipastikan lagi.

Tapi Allah janji.
Sesiapa yang datang kepadaNya dengan sesungguh hati.
Maka Dia akan menyambut insan tersebut juga dengan sesungguh hati.
Malah berlebih-lebih lagi.

Allahu Rabbi. 


************************************************************************
CS: 
Selepas ini, aku akan kembali berjuang bersama buku-buku. 
Assalamualaikum. Selamat tinggal~
:)
************************************************************************  

Friday, March 16, 2012

Sungguh Dia Penghibur Hatiku (!)

Little Sweetheart. 

Beberapa minggu yang lepas, aku ada dekat rumah dan Marissa pun ada juga. Masa tu aku tengah hamparkan sejadah nak solat zuhur. Dia yang duduk atas katil dalam bilik aku hanya memerhati saja apa yang aku buat. Tiba-tiba..

Dia: Kak Shiqah nak sembahyang? Nanti kakak pun nak sembahyang jugak.

Aku: Yelah. Kakak nanti pun kena sembahyang juga tau. 

Dia: Kalau kita sembahyang, baca Quran nanti hantu (syaitan) semua takda kat rumah. *terang dia bersungguh-sungguh*

Aku: Pandai la kakak ni. *tepuk-tepuk tangan sikit* Betul, kalau kita sembahyang, baca Quran nanti hantu semua takut. Sebab tu dia takda dekat rumah. Siapa yang cerita dekat kakak ni?

Dia: Ummi. *dia senyum manja*

Aku: *senyum sambil geleng-geleng kepala* (Comel sungguh budak sorang ni)


So kesimpulannya, kanak-kanak memang hatinya suci, mudah menerima dan menangkap apa sahaja yang kita ajar. Oleh sebab itu, didikan agama wajiblah diterapkan dalam diri mereka sejak mereka kecil lagi, bermula dari yang ringan dahulu pun takpe. Terapkan dalam diri dan hati mereka betapa indahnya nilai-nilai Islam. Lagi satu, jangan pandang rendah yer terhadap pemikiran kanak-kanak sebab kadang-kadang mereka ni lebih bijak dari kita yang dah besar ni. Hoho~ Untuk pengetahuan korang, Marissa baru berumur 3 tahun lebih. Alhamdulillah.  Gerakan solat dia dah tahu sikit-sikit, zikir harian banyak yang dia dah hafal. Harapan aku? Semoga dia menjadi anak dan muslimah solehah apabila dia meningkat dewasa kelak. Amin!

Rasulullah SAW bersabda, "Didiklah anakmu dengan tiga perkara - Cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca Al-Quran. Nabi juga berpesan, setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), maka kedua orang tuanyalah yang meYahudikannya, atau meNasranikannya, atau meMajusikannya. 

*******

Marissa memang pantang diusik. Kalau diusik, riuh satu rumah dengar suara dia menjerit. Abang aku yang sulung pula memang kaki mengusik nombor satu. Huh padanlah bila dua-dua ada dekat rumah. Tak boleh tahan bila Marissa cakap sesuatu pada aku. Waktu tu mungkin tahap kebengangan dia dah tinggi. Haha!

Dia: Nanti kakak dah besar, kakak nak jadi polis. Kakak nak tangkap Abang Malik masuk dalam bonet. Kak Shiqah nak jadi macam kakak? *muka sangat serius*

Aku? Ketawa dah sambil pandang abang aku. Sempat lagi dia ajak aku join sesi bengang dia tuh. Adeh!~ Budak-budak, memang suka main redah jer.

*******

Lagi satu, Marissa memang banyak cakap dan aku suka melayan dia bercakap. Perang mulut dengan dia pun sangat-sangat best dan menggembirakan hati. Haha. Ada satu lagi perbualan yang mencuit hati. Memang comel je dia jawab. Alahai.

Aku: Kakak, meh la sini Kak Shiqah ajar kakak baca Alif Ba Ta. *tegur aku bila dia mula buka Iqra' kononnya dia nak bacalah kan*

Dia: Ish Kak Shiqah ni. Kakak nak mengajilah, bukan nak baca Alif Ba Ta. *berkerut-kerut dahi dia*

Dan aku hanya mampu ketawa di hujung sofa. Aduh Kakak, sama je la tuh maksudnya. Huhu.

******

Dan satu lagi yang aku tak boleh lupa. Marissa sangat suka dengan lagu Disaat Aku Mencintaimu by Dadali. Sungguh, bila lagu tu diputarkan dalam radio maka terdengarlah suara dia menyanyi. Part chorus jer, sampai terpejam-pejam mata dia. Allah. Dalam hati, 'Kakak, jiwangnya kamu!'

Dia nyanyi part awal dan akhir aje. Tapi feel tu tetap ada dan lebih! Lebih kurang macam inilah:

Aku ............... dirimu...
Datang ................. temui aku...
Kanku ............ padamu....
Aku ............ mencintai dirimu....


Comelkan dia? Aduh tiba-tiba hati ni rindu sama dia. 

Alahai Couple Lagi



Cik A: Kenapalah kau masih buat perkara yang dilarang Allah. Couple tu kan haram? Kau sendiri pun tahu kenyataan tuh tapi kenapa kau masih melakukannya?

Cik B: Tapi niat aku hanya untuk mengenali pasangan hidup aku dengan lebih rapat. Salah ke?

Cik A: Yer hujah kau memang ada benarnya tapi itu hujah yang akan dikeluarkan apabila seseorang tu tak fikir dalam-dalam. Sedarlah weyh, Islam melarang sesuatu tindakan pasti ada sebab dan kebaikannya buat umat manusia. Apa hujah kau nak kata couple tu boleh sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Walaupun kau orang kata, "kami tak melakukan zina!" tapi hakikatnya zina dibahagikan kepada beberapa cabang dan korang mungkin terjerumus dalam zina itu. Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

Berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis di atas, sudah terang lagi bersuluh couple amat-amat dilarang dalam Islam. Lagipun manusia ni punya kelemahan yang tinggi lebih-lebih lagi ada syaitan yang selalu menggoda. Kau orang pasti hubungan itu tidak akan tercemar? Hurmmm cuba sama-sama kita renungkan. Aku dan kau.

Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan kekasihnya malah sebaliknya yang berlaku. Orang yang bercouple pasti saja akan membayang-bayangkan orang yang dicintainya (zina hati). Orang yang bercouple pasti saja akan menyentuh antara satu sama lain walaupun hanya berpegangan tangan. Orang yang bercouple, pasti saja akan mendayu-dayu dan melunakkan suaranya apabila bercakap dengan kekasihnya (perempuan selalu). Orang yang bercouple mesti nak keluar berdua-duaan, kononnya inginkan ketenangan dan privasi dalam percintaan. 

Sedarlah weyh, perbuatan kau selama ni menyumbang kepada saham dosa. Terimalah kenyataan, yang haram tetap haram.

Cik B: Habis macam mana? Couple tak boleh, ini tak boleh. Susah la macam ni. Takkan nak berkahwin dengan orang yang kita tak kenal.

Cik A: Itulah manusia. Suka ubah benda yang senang jadi susah. Islam itu agama yang mudah. Ada banyak cara lagi untuk mengenali pasangan. Gunalah cara Islam iaitu Taaruf. Yang kau pergi guna cara orang barat yang merosakkan akhlak dan menyebabkan saham dosa melambung tinggi tu kenapa sedangkan Islam sudah menunjukkan jalan yang terbaik. Ish, ish, ish.

Cik B: Taaruf tu apa yer?

Cik A: Kau dengar baik-baik ok. Bismillah.

Apa itu Taaruf?

Ajaran Islam berupa taaruf atau perkenalan. Perkenalan adalah cara yang sudah memadai. Dalam proses perkenalan, tidak dibenarkan adanya unsur-unsur penipuan, pembohongan dan ketidakjujuran. Mereka perlu memperlihatkan perkara yang sebenar supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. Tujuan taaruf tersebut adalah untuk mencari jodoh. Cara taaruf ialah dengan mempertemukan lelaki dan perempuan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal. Untuk pengetahuan kau, taaruf sangat berbeza dengan bercinta. Taaruf secara syarak memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang mahu bernikah. Perbezaan hakiki antara bercinta dengan taaruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan bercinta lebih kepada kenikmataan sesaat, zina dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan. 

Proses Taaruf

Dalam proses taaruf dengan calon pasangan, pihak lelaki dan wanita dibenarkan bertanya antara satu sama lain tentang apa sahaja yang berkait rapat dengan kepentingan masing-masing selama mengharungi hidup bersama-sama di kemudian hari tapi proses itu haruslah dilakukan dengan beradab dan beretika. Tidak boleh dilakukan secara berdua. Harus ada yang menemani (orang tengah) dan diberikan keutamaan kepada wali atau ahli keluarga untuk menemani pasangan sepanjang proses tersebut. Jadi, taaruf bukanlah bermesraan berdua, tapi lebih kepada perbincangan dan percakapan yang bersifat realistik untuk mempersiapkan sebuah perjalanan panjang antara pihak lelaki dan wanita. Bukankah itu lebih baik?

Kalau kau masih tak jelas dan samar-samar, cuba tengok filem Ayat-Ayat Cinta. Ada scene yang menunjukkan bagaimana proses taaruf dijalankan.

So kesimpulannya, Couple memang haram dan salah disisi Islam. Nak lawan perintah Allah? Berubahlah mengikut keupayaan. Selagi diberi kesempatan, belum terlambat.

Cik B: *Menganggukkan kepalanya*


Semoga bermanfaat! :)

Rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Taaruf
Buku 'Bibir Merayu Hati Bernafsu' (Buku yang bagus, tak rugi baca.)

Wednesday, March 14, 2012

Allah Sayang!



Sungguh ujian yang datang kadang-kadang buat hati rasa sakit. Kadang rasa ingin berputus asa tapi terus beringat bahawa Allah itu lebih mengetahui. Mungkin diberikan keadaan ini untuk gantian yang lebih baik buat masa yang akan datang. mana kita tahu kan? Lagipun, orang yang selalu diberi ujian, maknanya Allah sayang. ^_^

"Allah beri ujian dekat kita, maknanya kita insan terpilih. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui dan bukan senang Allah nak beri perhatian kepada kita. Jadi, bersyukurlah dan berbahagialah dengan ujian itu dan laluilah perjalanan itu dengan sabar." -Kakak Usrah-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
-Surah Al Baqarah ayat 241-



Keikhlasan kita pasti saja akan diuji.
Bilamana kita berkata kita bekerja untuk Allah dan Islam, 
tapi kita sedikit pun tidak diuji, mesti ada yang tak kena di mana-mana.

Maka jika sedang diuji, bersangka baiklah kepadaNya.
Kerana ujian itulah yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.
Jadi, bergembiralah.



P/S: Al-Fatihah buat arwah adik Dirang. InsyaAllah, syurga tempat adik kecil ini. 
Bidadari Syurga. Allahu Akhbar.

Tuesday, March 13, 2012

U.K.H.U.W.A.H


Sungguh. Hari ni saya benar-benar rasa betapa manisnya ukhuwah yang terbina antara saya dan mereka. Perasaan gembira tak terkata. Macam ada sesuatu yang menyelinap di jiwa. Subhanallah, manis sangat. Terhibur hati walaupun diri ini terpaksa mengalah pada keletihan asalkan ukhuwah kerana Allah dapat saya maniskan. 

Aktiviti pagi tadi memang sangat-sangat memberi kesan. Bergetar rasanya apabila menyebut perkataan ukhuwah. UKHUWAH. Saya bagai baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat diperoleh dengan hanya mengucap dan menegur 'hai!' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan rasa kesatuan dan menenangkan hati juga. 

Dan kini saya benar-benar memahami akan sesuatu hakikat.

Indahnya persahabatan/ukhuwah jika terjalin kerana Allah. Sungguh keindahan yang terasa tidak boleh diungkap dengan kata-kata, hanya hati yang merasai semuanya. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk saya merasai nikmat keindahan itu.

Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, "Untuk mengekalkan cinta dan sayang dalam persahabatan, kita perlu meletakkan asas cinta pada cinta Tuhan."

*Senyum*

Yer hakikat itu memang benar. Hubungan persahabatan atau apa sahaja bentuk hubungan sesama makhluk khususnya akan menjadi lebih akrab, jika Khalik (Allah) menjadi penghubungnya. (^_^)

Terima kasih Ya Allah kerana merapatkan lagi ukhuwah antara kami. Semoga ukhuwah yang terbina ini sentiasa  berada dalam redha dan rahmatMu. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. Amin. 


Indahnya ukhuwah.
Terbalut hati yang lurus.
Terbingkai fikiran yang jernih.
Terpaut pada husnudzon.

Indahnya ukhuwah.
Tercermin pada perilaku.
Terlihat pada tutur kata.
Terbukti dalam akhlak.

Indahnya ukhuwah.
Saat empati terasa.
Saat bahagia berbagi.
Saat duka bersama.

Indahnya ukhuwah.
Sungguh benar-benar indah.


:: Pen Off ::

Saturday, March 10, 2012

Muhasabah: Hidayah CintaNya


Dhia kini bahagia dengan nikmat ketenangan. Ketenangan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Kini, barulah dia merasakan kenikmatan hidup bertunjangkan cinta Allah yang satu. Hatinya kini tidak lagi resah dan gelisah menanti mesej daripada Syahmi seperti sebelumnya. Hiburan di jiwanya kini bukan lagi dengan mendengar suara dan perkataan romantis Syahmi tetapi dengan kalamullah yang menenangkan jiwa.

"Ya Allah. Rupanya inilah nikmat ketenangan yang diperoleh bila aku menyerahkan cintaku kepadaMu. Ya Allah kekalkanlah aku bersama nikmat ini Ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu kehilangan cintaMu dalam hidupku." Monolognya di dalam hati. Pada masa yang sama, telefon bimbit mengeluarkan nada dering SMS.

"Dhia, apa salah saya? Tiba-tiba awak taknak kawan dengan saya lagi. Saya sayang awak sepenuh hati, awak tahu tu kan! Tolonglah jangan buat saya macam ni. Tolonglah!" 
"Maafkan saya Syahmi. Mulai sekarang, saya taknak kita berhubung lagi."  
"Tapi apa salah saya sampai awak buat macam ni? Cakaplah!"  
"Saya tak tahu nak terangkan macam mana. Kalau saya terangkan sekalipun, awak takkan faham juga."  
"Macam mana saya nak faham kalau awak masih tak cakap perkara yang sebenar?!" 
"Saya dah terangkan pada awak banyak kali. Dah banyak kali saya bagitahu, tak baik kita selalu berhubung macam ni. Lepas tu, kerap sangat awak call dan mesej saya. Nak saya terangkan macam mana lagi?"
"Dhia tak suka saya call dan mesej, macam tuh? Cakaplah Dhia!"
"Syahmi, apa yang awak nak daripada saya sebenarnya ni?" 
"Saya memang ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Saya akan tunggu awak! Percayalah dengan janji saya, Dhia."
"Maafkan saya lagi sekali Syahmi. Cukuplah kenangan cinta kita dulu. Bergayut, dating, apa faedahnya semua tuh? Fahamlah Syahmi, saya nak cari cinta Allah. Saya taknak lagi hidup dengan khayalan macam dulu. Cukuplah dulu kita melakukan dosa!"
"Dhia ni kenapa hah? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Saya tak faham la!"
"Sebab ini kebenaran! Kebenaran yang tersembunyi disebabkan kita ni buta sewaktu hangat bercinta. Sekarang, saya dah insaf. Saya ingin berubah dan awak juga perlu begitu Syahmi. Berubahlah sebelum terlambat. Jangan menyesal di kemudian hari."
"Siapa yang rasuk dan hasut fikiran awak ni, Dhia?"
"Awak sedar tak sekarang? Sedar tak yang awak sekarang yang sedang dirasuk nafsu."
"Okay, Okay! Forgive me! Saya hormat keputusan awak tapi takkan kawan pun tak boleh? Takpe Dhia, saya akan terus berdoa supaya saya miliki Dhia nanti."
"Syahmi, tolong jangan doa macam tu. Berdoalah supaya Allah membimbing diri awak dahulu. Mintalah seorang wanita yang terbaik buat awak. Allah lebih mengetahui."
"Saya akan tetap tunggu awak, Dhia. Saya akan tetap mendoakan nama awak."
"Tak malu ke pada Allah? Awak berdoa padaNya tapi dalam masa yang sama awak selalu mesej dan call saya. Sedarlah Syahmi! Allah tak suka kebaikan dan kejahatan bercampur aduk. Keputusan saya muktamad! Jangan ganggu saya lagi!"
"Sampai begitu sekali awak benci dekat saya, Dhia? Apa salah saya Dhia. Selama ini saya tak pernah duakan awak. Tak pernah!"
"Syahmi, disebabkan awaklah saya pernah rasa jauh dengan Allah. Dunia cinta kita dulu sangat sia-sia. It just nothing. Namun saya akui, sebab awak jugalah akhirnya saya dapat menilai hakikat cinta Allah sungguh berbeza dengan cinta dusta manusia."
"Cinta saya tak dusta Dhia!"
"Bercinta dengan awak benar-benar membuatkan jiwa saya tandus walaupun ada air yang mengelilinginya. Cinta awak memang membahagiakan tapi jiwa saya rasa tak tenang, kosong. Saya ingin bebas daripada belenggu cinta yang entah apa-apa ni. Dunia cinta pada usia yang masih remaja memang melalaikan. Saya rasa sangat bodoh ditipu oleh cinta. Cinta manusia sangat mengecewakan. Saya bukan sibuk fikir pasal study, tapi sibuk khayalkan awak, Syahmi. Memang semua ni sia-sia. Malah dosa yang saya kumpul hari-hari. But thanks for everything and please! Don't contact me anymore!"

Telefon bimbitnya terus di 'OFF' selepas menghantar SMS terakhir buat Syahmi.

********

Di sebuah restoran.

"Syasya ni kenapa datang lambat? Dah lama Alif tunggu tau!" Suaranya sengaja dimanjakan. 
"Alah relekslah, Syasya lambat sikit aje pun." Tangannya sudah memegang tangan lelaki dihadapannya. 
Dhia membulatkan mata melihat aksi tersebut. 
"Semalam I nampak you keluar dengan jantan mana entah dekat panggung wayang. Siapa dia tuh?" Tanya Alif. 
"Dia tu kawan I ajelah!" Syasya memberi alasan. 
"Nasib baik mood I baik hari tuh. Kalau tak dah lama si jantan tu terima buku lima I ni!"  Balas Alif geram.
"Dia tu kawan I jelah. Hish, I tak sukalah you cemburu buta macam ni. Kalau macam ni lah gayanya, lebih baik kita putus je!" Ugut Syasya. 
"Okay! Okay! Alif tak cakap lagi macam tuh! Jom sayang, I belanja you makan." Pujuk Si lelaki. 

"Meluatnya tengok gelagat orang bercinta. Mungkin inilah pandangan orang lain terhadap aku dulu. Apa pula pandangan Allah ketika aku sedang berdua-duaan dengan Syahmi? Ya Allah, apa aku dah buat selama ni?" 

Dhia menjeling sekilas gelagat Syasya dan Alif yang sedang rancak berbual. Insaf hatinya. Dahulu, begitulah juga aksinya bersama Syahmi. Nampak langsung tidak bermoral. Allah seakan-akan menunjukkan kembali perilakunya selama ini bertopengkan orang yang berbeza. Oh, malunya!

"Kalau aku jijik dan meluat melihat aksi mereka, apatah lagi Allah, pasti saja Dia lagi jijik dan murka melihat aksi aku bersama Syahmi dahulu. Siapa Syahmi untuk aku dambakan melebihi penciptanya sendiri? Jahilnya aku! Penciptanya lagi hebat daripada Syahmi, walaupun Syahmi itu sangat baik tapi Allah yang menciptakan aku. Dia lebih berhak untuk didambakan. Dia lebih agung untuk dirindui."

"Ya Allah, Sesungguhnya rahmat dan hidayah yang Kau kurniakan kepada aku amat besar Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Terimalah diriku ini yang dulunya selalu melakukan kemungkaran kepadaMu. Aku ingin berubah Ya Allah. Kau bimbing dan kurniakanlah kekuatan sepanjang proses perubahan ini. Sesungguhnya nikmat cintaMu memang sangat berharga. Tidak mampu lagi diri ini kehilangannya Ya Allah. Terimalah aku Ya Allah. Terimalah aku.." Bisik hati sayu Dhia.

Sungguh. Hidayah itu MANIS & INDAH. Hidayah itu milik Allah. Allah akan mengurniakan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya tidak kira di mana dan siapa. Hatta seorang pembunuh yang paling kejam di di dunia ini, jika dia menerima hidayah Allah, pasti dirinya akan bertukar menjadi seorang insan yang paling baik di dunia. Hebatnya anugerah hidayah Allah ini. Semoga Allah juga tidak pernah memberi kita semua hidayah. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


Sumber Ilham:
a. Love Talk bersama Ustazah Jawariah
b. Tazkirah Jumaat ringkas bersama Ustazah Noraini - Malu
c. Buku Bibir Merayu Hati Bernafsu - Ahmad Heykal Ieman

Semoga Bermanfaat! (^_^)


:: Pen Off ::

Sunday, March 4, 2012

To Make A Change Is Not Easy As Reading ABC

Let's make an effort!


Assalamualaikum. Seriuosly. I'm struggling, everday, every hour, every minute and every second. But I'm trying. Bit by bit. Step by step. InsyaAllah. I will become one. I will become a better muslimah student. A successful person in this world and hereafter. Succeed in my studies or whatsoever that's good for me. For Allah. For me. For my family. For my friends. For everybody.

Ameen!

And please remember one thing.
If Allah brings you to it,
He will bring you through it.

Just ignore what people say.
It's me/you now to make an action and choices.
It is NO or YES.

May Allah bless whatever choices and every action we did.
Importantly, God's plan is the best.


:: Pen Off ::