Monday, August 3, 2015

Semua Ni Dunia~

Assalamualaikum. Mood exam sudah menampakkan bayangnya. Minggu depan maka berlangsunglah Ujian Pertengahan Semester (UPS). Saat ini maka banyaklah muka-muka yang kusut dan mengkusutkan fikiran orang yang melihat. Huhu~ 

Okay seriously sangat-sangat takut nak hadap benda alah yang bernama exam ni. Dengar perkataan exam pun dah buat aku sembelit plus memulas perut T_T Berbaki beberapa hari saja lagi. Moga aku tak stress. Stress ni ada dua. Pertama, bila dia stress dia usaha dan jadi lebih rajin. Kedua, bila dia stress satu kerja apa tak jalan! Moga aku stress yang pertama tu la! :D

Dan sebenarnya ada benda yang menginsafkan aku. Paling suka subjek Pendidikan Islam sebab Ustazah selalu beri kami motivasi yang sentap habis. Dekat sini, mungkin ramai yang study untuk exam. Rela bangun pagi-pagi untuk study. Segalanya rela dilakukan demi mendapat gred yang cemerlang. 

Tapi macam mana perhubungan kita dengan Allah? Memang kita solat lima waktu setiap hari tapi solat kita tergesa-gesa. Kita lupa nak berzikir dan membaca Al-Quran selepas solat maghrib kerana ingin waktu yang lebih untuk study. Ada juga situasi dimana pada masa itu korang tengah buat lab report dan tiba-tiba azan asar berbunyi. Kebanyakan akan siapkan dulu lab report kemudian baru diorang solat. Sedangkan Allah menyuruh kita solat di awal waktu. Korang rela bangun malam untuk study tapi lupa nak bangun malam untuk mendirikan solat sunat. Point tu semua memang kena dekat batang hidung aku sendiri. Tepat tanpa lari sedikit pun :(

Apa yang penting dekat sini, kita menuju destinasi yang paling akhir iaitu akhirat. Dunia kena kejar tapi akhirat kena kejar lagi banyak. Moga Aku tidak tergolong dengan golongan yang terlalu mengejar dunia, lebih pentingkan study, exam dan apa yang berkaitan dengannya hingga melupakan destinasi yang terakhir. Moga semua yang aku lakukan seimbang. Tapi akhirat dilebihkan. In shaa Allah, Doakan.

Ilaliqa'

Monday, July 13, 2015

Bila Tiba Hari Itu

Assalamualaikum. Tajuk diatas amatlah tidak kena dengan entry hari ni! Seperti biasa, dah lama tinggalkan blog ni. Sebulan lebih bertepatan dengan tarikh aku berhijrah dari rumah dan sekarang dah sebulan lebih juga meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Hari hari yang biasa, kehidupan pun macam biasa namun tahap kerajinan, usaha dan semangat itu haruslah luar biasa! :P Kehidupan disini sangatlah busy. Ambil masa juga nak adapt dengan life matriks. Tapi alhamdulillah jarak rumah dengan KMPP takdelah buat aku stress sangat. Atleast hujung minggu kalau dibenarkan balik, memang laju je lah aku kemas baju. Hehe ;)

Saat aku tulis entry ni, aku berada dalam makmal komputer sedang belajar subjek sains komputer. Waktu amali yang sepatutnya aku buat slide, aku gunakan untuk tulis blog. Hahaha sungguh berwibawa aku sebagai seorang pelajar. Muahahahaha~~ Namun janganlah korang salah faham. My assignments almost done. So daripada buang masa tak buat apa-apa, better aku bersihkan balik blog aku yang kian lama usang ni. Nampak tak? Ayat macam budak sastera tapi sebenarnya saya budak sains. Saya budak sains tapi sangat minat sastera. Acaner tu? :P

Sesungguhnya kami kini sedang menghitung hari untuk pulang beraya. Cuti tak start lagi nak habaq kat hampa! Saat budak-budak UITM dok update status pulang bercuti, kami masih di dewan kuliah, tadah telinga dan buka mata luas-luas. Dugaan~~  Tapi mungkin aku akan beraya sehari saja walaupun cuti raya seminggu lebih. MUNGKIN! Sebab lepas raya maka UPS (Ujian Penilaian Semester) pun menjelma! Walaupun diri ini sedar bahawasanya diri ini tidaklah pandai seperti rakan-rakan sekelas yang lain, tapi TETAP AKAN AKU BUKTIKAN KEPADA DIRI SENDIRI BAHAWA AKU BOLEH MENJADI SEPERTI MEREKA MALAH MUNGKIN LEBIH DARIPADA MEREKA! 

DOAKAN AKU SEMUA! 

Ilaliqa' :)

Tuesday, June 9, 2015

Bermulalah Pengajianku Di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) Selama Setahun

Assalamualaikum. Huishhh lama gila aku tak bercerita dalam blog ni. Memang aku merancang taknak tinggalkan blog ni tapi perancangan tak semestinya terjadi. Sejak habis SPM tahun lepas, masa banyak dihabiskan dengan kerja dan sebab dah kerja tu, bolehlah kumpul duit sikit-sikit. Alhamdulillah :)

Dan pada tahun 2015, banyak perkara yang terjadi. Keluarnya keputusan SPM, Perkahwinan abang aku yang kedua dan semestinya keputusan untuk sambung belajar. Bagi calon SPM 2014, itulah saat-saat yang paling ditunggu. Haha over sangat kan :D


Alhamdulillah aku kini salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 2015/2016. Dan apa yang paling best! Jarak KMPP dari rumah aku tak sampai satu jam perjalanan (kalau tak jem lah!). Hahaha bahagia gila rasa :P Alhamdulillah. Tapi walaupun jarak tu dekat sangat tapi bukannya boleh balik rumah pon. So tolong jangan nak happy sangat ek! :D

So lepas ni, aku rasa aku tak menghadap dah kot blog ni selama setahun. Aku rasa je kot. Jangan percaya! Doakan pengajian aku selama setahun di KMPP berjalan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! Dan doakan semuanya berjalan dengan lancar. Lancar tu banyak aspek kan? Jadi doakanlah semua :)

Sekian, Ilaliqa'

Saturday, February 7, 2015

All Of Me Love All Of You


Assalamualaikum semua! Wah lama rasanya blog aku ni sunyi daripada coretan yang membosankan. Hehe :D Dekat post dulu konon aje taknak biar blog ni berhabuk tapi faham-faham ajelah, bila dah start kerja ni, memang tengok tv dan buka laptop pun dah tak sempat. Huhu :(

Pengalaman bekerja ni memang banyak pahit daripada manis. Nak layan karenah pelanggan yang kadang-kadang meloyakan, nak layan lagi sikap pekerja lain yang memeningkan dan nak hadap perangai bos yang kadangkala menekan diri kita hingga tahap ke maksima. Fuhhhh penat otak habaq hang! Tapi itulah namanya pengalaman. Pengalaman yang akan mematangkan dan memperkasakan diri kita untuk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Itulah pepatah orang tua :D

Oh tadi isi permohonan upu. Serius sangatlah stress yang aku pun taktau apa puncanya. Semuanya diberi lapan pilihan dan pilihan pertama aku ialah Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak). Aku memang berharap dapat bidang tu tapi diri ni tak berapa yakin dengan keputusan SPM. Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat. Allah dah tentukan semuanya. Aku hanya boleh merancang. Cita-cita aku dari dulu nak jadi doktor veterinar tapi hampir semua manusia dalam dunia ni berpaling daripada cita-cita apabila mereka sambung belajar. Huahuahuahua~~

Doakan aku baik-baik saja dan doakan yang terbaik buat aku. Ada masa lapang aku akan blogwalking. Rindunya nak buat semua tu!! ^^

Ilaliqa' :)

Tuesday, January 13, 2015

Perancangan Allah Itu Berganda-ganda Baiknya!


Assalamualaikum. Dalam post yang dulu, aku ada cerita pasal interview kerja sementara dekat kilang tu kan dan resultnya aku tak dapat pun kerja tu. Sebab katanya aku ni tak cukup umur, masih 17 tahun. Umur mestilah 18 tahun tepat mengikut tarikh lahir. Ok serius sangat frust time tu sebab aku dah penat-penat datang dekat tempat interview daripada pagi, duduk dekat situ selama 4 jam, dah siap isi borang dan tiba-tiba terus kena halau macam gitu aje. Sedih+Geram rasa!

Hakikatnya, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tak semestinya semua perancangan aku akan berjaya. Kalau Allah kata aku tak dapat kerja tu, tak dapat juga. Kalau bukan sebab faktor umur, aku tak akan dapat kerja tu sebab faktor lain. So, aku redha. 

Dan hari ni, aku terima panggilan daripada sebuah pasaraya mengatakan bahawa aku telah diterima bekerja! Alhamdulillah :) Dan aku akan start kerja, esok! Gajinya boleh tahan, lebih daripada cukup untuk aku buat lesen. Perancangan Allah itu seratus peratus lebih baik dan memang terbaik!

Perbandingan kerja kilang:
  • 12 jam berdiri dan hanya boleh rehat time solat dan waktu rehat.
  • Kena keluar rumah pukul 5 pagi sebab bas kilang ambil pekerja pukul 5:15 pagi. Solat subuh di surau kilang.
  • Sangat jauh daripada rumah.
  • Ikut syif, kena kerja malam dan kena kerja siang.
  • Lebih Penat.
  • Susah nak uruskan makan minum anak-anak bulus aku.
  • Banyak warga asing. Isu keselamatan disitu.
Perbandingan kerja pasaraya:
  • Kerja 9 jam. Masuk pukul 10 pagi, habis kerja pukul 7 malam.
  • Dekat dengan rumah. 10 minit naik motor dah sampai.
  • Penat sikit aje.
  • Time rehat, boleh balik rumah.
  • Boleh uruskan makan minum anak-anak bulus aku. Tak payah nak suruh mak aku buat sebab mak aku sibuk jaga cucu. 
  • Ramai orang yang aku kenal sebab aku selalu pergi beli barang dekat situ.


Nampak tak betapa indahnya percaturan Allah? Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab Allah dah permudahkan semua urusan aku. Yang penting kalau Allah tak beri apa yang kita rancangkan, kita kena sentiasa bersangka baik dengan DIA sebab DIA nak beri yang terbaik buat kita. Sabar, jangan putus asa dan terus berdoa. Nanti kau akan nampak hikmahnya. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Ilaliqa' :)

NotaKaki: Doakan semuanya berjalan dengan lancar esok! ^^ In shaa Allah, blog ini akan kekal aktif. Hehehe mana boleh tinggal macam tu aje oiii :D

Memperkenalkan KEMBANG Si Catwoman!

Assalamualaikum. Dah seminggu lebih seekor kucing menghuni dekat depan rumah aku. Rekod yang paling lama, selalu kucing datang rumah aku ni kejap-kejap aje. Tak tahu siapa punya. Tengok daripada gaya kucing tu, macam pernah dibela sebab sangat manja dan baru juga nampak dia dekat kawasan ni. Selalu takde pun. Mungkin baru kena buang? Malas nak fikir kemungkinan yang menyakitkan hati tu. AKU BENCI ORANG BUANG KUCING! Baik aku sangka baik aje lah. Mungkin kucing ni sesat tak jumpa jalan balik ke rumah dia. Husnuzon yer semua! ^^

First time aku jumpa dia dekat depan rumah ni, dia sangatlah kurus. Harap bulu aje tebal. Sekarang dah gemuk sikit! Yelah sebab menu makanan dia hari-hari ialah nasi digaul dengan ikan goreng. Banyak aku bubuh nasi, dia makan sampai tinggal sikit. Banyak makan, mungkin bunting sebab perut besar semacam aje. Lepas dah makan terus terbongkang dekat depan rumah aku ni haaa. Lama-lama dia merayau la pergi tempat lain lepastu tercongok balik depan pintu rumah. Aku panggil dia KEMBANG :)

Ada topeng dekat muka macam catwoman. KEMBANG :)
Aku bubuh nasi penuh satu pinggan. Dia makan sampai tinggal banyak tu je!
Lepas kenyang, macam biasalah depa. Tidur-tidur ayam aje. 
Kata dah tidur ayam aje. Bunyi sikit, terus angkat kepala. Sensitif betul telinga tu. 

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Rumah aku dah macam kawasan RnR aje. Semua kucing nak bertandang or singgah buat seketika. Mereka tahu agaknya akan ada orang yang bakal memberi makan secara percuma. Aku tak pernah berkira kalau hal berkaitan dengan kucing sebab aku cinta mereka tapi itulah.. yang kadangkala membuatkan manusia yang "cerdik" buang kucing depan rumah aku. Hailaaaa orang jenis macam ni memang takdak sikap bertanggungjawab. =.= Dah tak suka, buang! Dah tak larat nak jaga, buang! Dah sakit, buang! Kita boleh jangka sikap seseorang tu based on bagaimana dia layan haiwan. Dekat haiwan boleh buat, apatah lagi manusia. Shame on you! Lalala~~ Yang penting jika ada aje si kucing yang bertandang, diri ini sedia memberi makan. Kongsi rezeki yang Allah berikan. Kau macam mana pula? Kau tau tak, nanti Allah gandakan rezeki kau. Kau taknak lagi?! Kau rugi lah... :P

Monday, January 12, 2015

Adakah Dia Jodohku? Khas Buat Bakal Imamku :P


Jika diri rasa seorang Tolibul Ilmi, dia tidak akan sempat memikirkan soal jodoh." 
-Kak Anis Usrah-

Assalamualaikum. Frasa 'bakal imamku' dan 'bakal makmumku' dah terlalu popular pada abad ini terutamanya dalam kalangan remaja. Betul tak? Masing-masing pernah buat status 'buat bakal imamku', 'buat bakal makmumku'. Macam la aku tak tahu. Hehe :D Hakikatnya, perkara-perkara ini semua hanya akan melemahkan fikiran.

"Sekiranya manusia tidak punya apa-apa maka tidak berhargalah dia"

Jadi manfaatkan  usia remaja ini. Pada usia inilah kita perlu menyibukkan diri dengan mencari "apa-apa" untuk dimasukkan dalam diri kita supaya diri kita ini lebih berharga. "Apa-apa" itu apa? Semestinya benda-benda yang bermanfaat, memberi kebaikan pada diri dan menambah nilai-nilai dalam diri. Dan seterusnya menjadikan diri kita itu lebih berharga. Sekiranya kita memilih sampah, maka sampah lah kita. Kita jalani hidup dengan apa yang kita pilih. Kalau pilih baik, maka baiklah dan begitu juga sebaliknya. Faham kan semua? :)

Ini tidak. Sejak sekolah kita dah sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Lebih baik jika kita memberi peluang kepada diri sendiri untuk membesar mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa sebelum kita menyibukkan diri dalam kancah percintaan. Setuju tak? ^^

Kahwin muda? Boleh! Kahwin tua pun boleh! :) Umur tidak memberi makna apa-apa. Tetapi kematangan seseorang itu yang akan menentukan hala tuju seseorang. Sama ada dia akan kehadapan atau terus menjunam ke laut. Hehe :D Berdasarkan pemerhatian aku, orang yang kahwin muda ni semua nampak matang walaupun masih muda. Ini pengalaman aku sendiri sebab ramai orang sekeliling aku ni kahwin muda. Contohnya, umur 18, 19, 20, semua pakat kahwin dah oii! Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah :)

Semua orang ingin bercinta dan dicintai. Semua orang ingin bertemu jodoh. Semua orang ingin rasa ketenangan dalam perkahwinan dan mempunyai keluarga sendiri. Tapi kena ingat juga. Cinta itu mungkin sedangkan mati akan menjemput kita. Fahamkan sendiri ayat tu yer (^_~)

Jodoh saya dan kita? Serahkan saja pada Allah dan ibu bapa. Nanti mesti ada orang yang akan kata, "jodoh tak datang bergolek or turun dari langit, kena usaha juga untuk cari!" Eh saya berusaha apa! Saya suruh mak abah or abang saya cari bila saya dah bersedia. Itu bukan usaha ke? :P Biarlah mereka yang memilih dan menentukan. Saya bukan kolot tapi saya tak suka mencari dan bercinta dengan yang tak pasti. Nanti kesian bakal suami saya kalau saya buat macam tu, dapat cinta second hand aje. Saya nak cinta saya tu first class, baru mahal gitu! ^^ Dan usaha yang satu ini tak boleh tinggal iaitu DOA! Sering berdoa supaya dapat jodoh yang baik-baik, amin. Itu usaha saya, usaha awak mungkin lain :D Pendapat kita berbeza kan. Lalala~~






















Ilaliqa' :)


NotaKaki: Antara topik hangat yang menjadi perbincangan dalam geng usrah :)

Sunday, January 11, 2015

Saya Lupa Segalanya Dek Kerana Penangan KPOP


Assalamualaikum. Baca post Cik Iman ni, saya geleng-geleng kepala. Baru tahu pasal isu ni dan sangat kesal pun ada. Tertanya-tanya pada diri sendiri, mana akhlak dan pekerti sebagai seorang muslim? Mana malu yang perlu ada dalam diri seorang muslimah, yang sepatutnya menjadi perisai dan perhiasan diri? Baru saya tahu, pada akhir zaman ni, dua perkara yang hilang pada wanita ialah sifat malu dan akhlak mulia. Saya sedih kerana hal ini membabitkan wanita, dan benarlah wanita ini amat mudah terpedaya dengan godaan duniawi. Tak semua tapi kebanyakkannya.

Sejujurnya, saya juga peminat kpop, saya juga layan aje drama korea dan saya juga paling suka tengok cerita Running Man, tak pernah terlepas episod. Kalau terlepas, akan cover balik tengok di internet. Tapi seminat-minat saya, saya tak terlalu taksub sangat kerana walau seminat mana pun kita dekat sesuatu tu, Islam telah menetapkan batasan-batasan yang wajib kita patuhi. Mengapa perlu langgar batasan yang telah ditetapkan? Akhir zaman katakan, Allahu Allah. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan kita semua. Amin..

Selalu berhibur tak semestinya lupa pada agama. Faham maksud ayat tu? Kalau tak faham, fahamkan sungguh-sungguh dan sematkan dalam hati. Semoga menjadi panduan kepada diri dan hati yang sentiasa turun naik paras imannya. Yang penting jika terasa mahu buat dosa, cepat-cepat ingat mati. Kematian itu untuk menyedarkan kita yang masih hidup atas bumi Allah ni. Supaya terus beribadah dan beriman kepada Allah sebab kita pun akan mati juga.

Saya akhiri post ini dengan petikan surat Saidina Ali kepada Salman Al-Farisi. Moga dapat kita ambil pengajaran daripada isi surat tersebut.
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan. Maka berpalinglah anda dengan dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."
Ilaliqa' :)


NotaKaki: Aku pun tak sempurna mana. Post ni pun sebagai peringatan untuk aku juga. Moga Allah tetapkan hati kita semua di jalan yang diredhai dan penuh dengan rahmatNya. Amin..

Nasi Goreng Kari Yang Dimasak Dengan Penuh Perasaan Cinta Dan Kasih Sayang Yang Mendalam ;)

Assalamualaikum. Kira-kira pukul 8:30 PM tadi, mak aku masak nasi goreng kari untuk makan malam memandangkan lauk semua dah habis. Aku lah yang ke kedai petang tadi untuk beli bahan-bahannya. Nasi goreng kari, pernah dengar tak? Sebenarnya aku pun baru pertama kali dengar dan tak pernah makan pun. Resepi pun mak aku dapat dari FB. Tapi serius sangat sedap! Cuba sekali, pasti nak lagi. Aku tambah dua pinggan kot. Mungkin sebab mak yang buat, kelazatan dia lagi bertambah berkali-kali ganda. Air tangan seorang ibu, siapa boleh lawan kan? Hehe ;)

Saja nak bagi adik beradik yang duduk jauh jealous. Inilah cara kami bergurau manja :P


































Ok resepi ni hampa kena try tau. Serius sedap, tak tipu. Enak dimakan ketika sedang panas. Fresh dari kuali panas gitu :)


NASI GORENG KARI

BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi
Segenggam ikan bilis- direndam dlm air panas
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging - boleh tambah
2 biji telur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 ketul dada ayam atau ayam cincang
Mix veggie secukupnya
Sedikit kacang buncis
Garam secukup rasa
Sosej (mak aku tambah)

BOLEH DITAMBAH ATAU KURANG BAHAN IKUT SELERA MASING-MASING YA.

CARA MEMASAK :

1) Kupas semua bawang dan tumbuk bersama ikan bilis sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi. Bersihkan dada ayam dan dicincang kecil-kecil. Semua kacang buncis dibersih dan dipotong kecil-kecil.

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum kemudian masukkan semua serbuk kari kering dan kacau sampai rempah masak dalam 3-5 minit.

2) Masukkan semua isi ayam dan kacau sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau. Masukkan telur dan kacau kemudian masukkan mix veggie serta kacau rata.

3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan garam secukup rasa. Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Nasi Goreng Kari cook by my mom! Saya dan kakak tak makan sayur so mak tak letak sayur. Kalau letak, membazir aje sebab bukan kitaorang makan pon. Rela habiskan masa beberapa minit untuk asingkan sayur terlebih dahulu kalau ada sayur la. Hehe :D

Selamat mencuba yer! Anda takkan menyesal. Hehe~


Ilaliqa' :)

Saturday, January 10, 2015

Setia Menemani Saya Dikala Kesakitan

Assalamualaikum. Kelmarin aku tak sihat. Semasa menulis post ini, memang dah terasa pening kepala dan tak sedap perut. Elok aje dah habis menulis dan tutup laptop, terus aku rasa mual dan memuntahkan semua benda yang aku makan. Habis segala mee goreng dan nasi yang aku makan pada petang tu keluar dan semalaman aku tak boleh tidur disebabkan rasa pening yang amat sangat dan rasa seram sejuk satu badan. Allahu Allah~ Moga dosa-dosaku diampunkan. 

Semalam masih ada juga rasa pening kepala sikit. Lepas Zohor tertidur sebab rasa mengantuk sangat. Yelah, aku tak tidur nyenyak pun kelmarinnya. Bila buka aje mata, tersenyum tengok ada seekor makhluk tu tidur dekat sebelah.





Si Miko ni faham agaknya tuan dia tengah sakit. Lena pula dia tidur tu. Sebelum ni tak pernah-pernah nak tidur dekat situ. Selalu aku letak dekat situ, lari dia sebab nak tidur dekat luar. Ni tiba-tiba aku buka aje mata, dia tengah tidur baik punya sebelah aku. Teman aku yang sakit ni agaknya :)

Bertuah rasa diri ini disayangi. Hehe :D


Ilaliqa' :)

Awak, Jom Couple Dgn Saya. Kita Couple Islamik!


Dalam kalangan pelajar jurusan agama, wujud couple islamik yang hanya menjadi fitnah kepada agama. -Kak Husna Usrah-


Hakikatnya, couple islamik tidak pernah wujud. Couple islamik ini dicipta oleh mereka yang sekadar ingin menyedapkan hati sendiri. Kata mereka couple islamik itu tidak salah. Hampir semua pasangan yang couple islamik ini memberi nasihat-nasihat agama kepada pasangan mereka. Ada sesetengah tu siap kejut pasangannya untuk solat tahajjud. 

Entah la, bagi aku tipu daya syaitan ini datang dengan pelbagai cara. Jika ditanya tentang mereka perasaan yang mereka rasa walaupun couple islamik, mereka memberi jawapan bahawa mereka berasa beruntung. sebab ada orang sentiasa bertanya khabar dan memberi nasihat. Tenang sebab ada yang dengar masalah. Selamat sebab rasa diri dilindungi. 

Allahu Allah, sedih dengar perasaan mereka yang nyata datang daripada musuh manusia nombor satu iaitu syaitan. Nampak tak permainan syaitan dekat situ? Terkorban dikatakan beruntung, dosa dirasa tenang dan azab disangka selamat. 

Bagaimana pula mereka yang mendakwa bahawa mereka ini tidak pernah berjumpa, berdua-duaan. Berpegangan tangan jauh sekali. Selalu kita dengar ayat itu kan? Ayat yang keluar daripada mulut manusia yang masih tidak dapat menerima hakikat.

Sebenarnya, aku tertanya-tanya juga siapa yang cipta perkataan 'couple islamik' ini? Islam tak pernah ajar kita untuk melabelkan sesuatu dengan namanya sesuka hati. Meletakkan nama islamik selepas perkataan couple sesuka hati. Berpasangan dengan lelaki yang bukan mahram dan saling bertanya khabar, bertukar-tukar cerita, berkongsi rasa dan segalanya walaupun tidak pernah berjumpa. Kau rasa benda tu semua islamik ke?

Aku tinggalkan hampa dengan persoalan itu.
Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah dunia. Selamatkan kami daripada menjadi bahan fitnah. Amin..

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Couple islamik ini bukan saja pada orang yang belajar jurusan agama tapi pada zaman ini, semuanya menyatakan bahawa mereka couple islamik! Fikir-fikirkanlah. Akal diberi untuk membuat keputusan yang hakiki. Ikut hati dan hawa nafsu, alamatnya mati jiwa insani :)

Friday, January 9, 2015

Khas Buat Wanita Yang Saya Sayangi KeranaNya

Assalamualaikum. Hanya post yang ringkas untuk para wanita yang saya sayangi di luar sana. Buat para wanita yang saya kagumi dan saya hormati kerana adanya wanita, maka lahirlah saya di dunia ini, Alhamdulillah :)

Wanita,
Jadikan malumu itu perhiasan diri.
Kerana sifat malu juga merupakan perisai diri.
Melindungi dirimu daripada pandangan dan pemikiran jahat sang ajnabi.
Bukankah kekasih kita yang mengangkat martabat wanita telah bersabda,
“Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”. (HR Al-Bukhari)

”Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya, yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”. (Kata Pujangga)

Dear Hawa.
Jaga Auratmu.
Jaga Maruahmu.
Ingat Sayang.
Walau sedikit aurat dipamer,
terus dilempar ke Neraka kelak.
Tak takutkah kita?

Tuhan kita yang Maha Penyayang telah berfirman,
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59

"Tinggikan akhlakmu setinggi bintang di langit, rendahkan keperibadianmu sedalam mutiara di lautan"

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

(Wanita-Dehearty)

Khas buat wanita yang saya sayangi keranaNya. Binalah benteng keimanan dalam diri kalian, jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian, hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun. Moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh, In shaa Allah ^^

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Budak comel dalam gambar tu anak buah saya, Nur Zinnirah bt Abdul Malik. Tadi petang time saya tengah lipat baju, dia nampak pula tudung umminya yang saya nak lipat. Apa lagi, dia pun kalut nak pakai tudung umminya. Bila dah pakai, ambil telefon saya, nak selfie katanya. Ada-ada aje lah dia ni :D

Thursday, January 8, 2015

Peminat Fanatik Aku No 1 - Sila Jealous XD

Assalamualaikum. Hidup aku ni memang dikelilingi dengan peminat-peminat fanatik yang sentiasa ingin menarik perhatian daripada aku. Kalau aku tak layan, ada je salah seorang daripada mereka ini akan protes dan tunjuk perasaan. Nak taknak, aku terpaksa juga layan mereka. Nak tahu siapa peminat aku tu? Haaaaaa inilah dia!

Nampak tak macam mana dia tarik perhatian aku? Buat muka comey bila aku tengah busy menulis di laptop. Dia paling dengki bila dengar bunyi keypad yang "tup tap tup tap". 

Dan bila aku tak berminat dan buat tak layan dengan aksinya, maka inilah jadinya!

Digigit-gigitnya pula skrin laptop. Haaaa yang ni memang betul-betul berjaya menarik perhatian aku. Nampak tak? Kalau seseorang tu dah minat tahap fanatik dengan kita, dia akan cuba apa saja cara supaya kita tertarik dengan dia. Hati-hati semua jangan sampai tertipu! XD

Dan sememangnya aku tidak mudah ditipu walaupun aksi tersebut berjaya menarik perhatian aku dan inilah padahnya apabila terlalu fanatik dengan aku!

Kena marah! Marah macam mana tu? Aku membebel dekat dia. Dan inilah pengakhirannya. Merajuk dan bawa diri di belakang laptop sambil menjilat-jilat bulu.

Dan bila tinggal laptop sekejap, tengok-tengok makhluk berbulus ni sedang santai di atas keypad laptop. Nampak tak permainan dia disitu? ;)

Peminat fanatik aku yang lagi satu, mempunyai cara lain untuk menarik perhatian aku. Inilah caranya!

Asyik nak melekat aje tak kira masa. Di belakang, di tepi kiri atau kanan, sentiasa ada disitu kalau aku sedang busy menulis. Memang seorang peminat fanatik yang baik. Hehe :D Tak macam yang lagi sekor tu. Tapi aku sayang dua-dua sama rata okay. No pilih kasih! ^^

Akibat terlalu lama menunggu dan menemani aku sepanjang malam, dia akan tertidur seperti ini kerana keletihan yang amat dasyat. Yelah, aku berblogging sampai pagi. So boleh bayangkan lah peminat fanatik aku yang sekor ni tidur pukul berapa. Hehe :D

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Miko dan Bambam. Kedua-duanya menjadi penyeri hidup aku. Moga mereka terus membesar dengan sihat dan jayanya di rumah ini :) Mereka juga teman rapat buat si kecil, Nur Zinnirah ^^ Hope Zinnirah juga cinta akan kucing seperti Acunya pabila dia besar nanti. In shaa Allah pupuk sikap tu dari kecil :)

Tanpa Kita Sedari ... Allahu Rabbi :'(


Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.


P/S: Perkongsian dari group WhatApp. Moga bermanfaat. Terfikir sejenak apabila membaca perkongsian di atas. Allahu Allah.. Ampunkan kesalahan hambamu ini. Tanpa aku sedari :'(

Tuesday, January 6, 2015

[AKU] , [ADIK] Dan Pengorbanan [ABANG]

KASIH SEORANG ABANG: DUKUNG ADIK 500 METER

Assalamualaikum. Ramai orang yang sanggup berkorban dan mengharapkan balasan di kemudian hari tapi tak ramai orang yang sanggup berkorban dan tidak mengharapkan balasan. Golongan minoriti ini hanya mengharapkan kebahagiaan insan di sekeliling. Kalau dia tak bahagia takpa asalkan jangan orang yang dia sayang tu derita. Itu aje yang mereka inginkan. Susah kan nak cari?

Ibu dan ayah bertemu dan berkahwin. Hasil perkahwinan mereka, maka lahirlah kami tiga beradik. Abang, Aku dan Adik. Hidup kami susah kerana semasa aku bersekolah rendah, ayah aku sakit dan tidak dapat bekerja. Mak aku hanya seorang suri rumah. Akhirnya kami tiada wang untuk menyara perbelanjaan harian. 
Pada ketika itu, Abang membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara kami sekeluarga. Katanya, biarlah dia bekerja asalkan Aku dan Adik dapat terus belajar. Bermacam-macam pekerjaan yang dia lakukan untuk menyara kami. Kadang-kadang keperluannya terpaksa dilupakan demi mendapatkan keperluan Aku dan Adik. Sungguh Abang banyak berkorban demi kebahagiaan kami.
Waktu susah itu sudah berlalu. Kini pengorbanan Abang membuahkan hasil. Aku kini seorang doktor dan Adik menjadi seorang jurutera. Abang? Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Dia kini tidak mempunyai kerjaya sehebat kami, gajinya mungkin sedikit berbanding kami namun pengorbanannya untuk membuatkan kami berjaya seperti ini tidak ternilai harganya. Tanpa pengorbanan Abang, siapalah kami? Moga Abang akan terus bahagia dengan kehidupannya..

Cerita yang aku tulis itu kisah benar. Bukan kisah aku tapi kisah orang lain. Kisah yang aku dengar dengan sepasang telinga aku sendiri. Aku kagum dengan pengorbanan Si Abang. Walaupun kedua-dua adiknya telah berjaya, tapi dia tidak pernah mengungkit dan mengharapkan balasan. Cuma aku harap kedua-dua adiknya itu tidak pernah dan tidak akan melupakan jasanya. Walaupun sehebat mana mereka sekarang ini, mereka tidak akan mampu berbuat demikian tanpa pengorbanan seorang Abang.

Ilaliqa' :)


 

Sunday, January 4, 2015

'Dia' Menyerang Lagi Setelah Sekian Lama Hilang


Assalamualaikum. Dah lama rasanya sakit kepala yang kuat tak menyerang. Tapi semalam 'dia' menyerang lagi. Sakit yang amat sangat, hanya Allah saja yang tahu. Last-last terpaksa juga bagitahu mak aku sebab dah tak tahan sangat menanggung kesakitan seorang diri. Telan panadol pun tak jadi apa. Pergi jumpa doktor, doktor tu hanya boleh bagi ubat tahan sakit aje sebab ubat aku yang betul, hanya doktor peribadi aku aje yang boleh keluarkan. Huhu T_T

Inilah ubatnya! :) Ubat tahan sakit

  • Tahun lepas selalu ada appointment dengan doktor, aku tuang kan aje! Faham-faham ajelah, tahun 2014 sangat busy sebab tahun SPM. Banyak aktiviti dekat sekolah. Rugi lah kalau tak pergi :(
  • Kena ambil darah, aku tuangkan juga! Ada dekat dewan jawab SPM.
  • Ubat? Lama gila tak makan, ubat aku habis.

Dan akhirnya jadi macam gini lah. 

Doktor tengok muka aku, aku senyum kan aje lah! :P

Sakit itu peringatan supaya aku tak lalai dan supaya aku terus sedar bahawa hidup dekat dunia ini hanya sementara. Bila-bila saja Allah boleh tarik nyawa yang dipinjamkan ini. Dalam sakit juga ada tanda kasih sayangnya. Bila kita sakit, Allah tarik 3 perkara : rezeki, kesihatan dan dosa. Tapi bila kita sihat semula Allah pulangkan semula 2 perkara : rezeki dan kesihatan. Dosa tidak dipulangkan sebab Allah sayang hamba-hambaNya :)


NotaKaki: Kena marah dengan doktor semalam. Katanya jangan main-main, salur darah kamu boleh pecah dan kamu boleh mati.  Ok sentap juga lah kan. Huhuhu isnin ni kena jumpa doktor peribadi aku tu balik. Harap hari isnin ni pun tak kena marah. Penat dah diri ini kena marah dengan doktor dan ahli keluarga sendiri. Hehehe :D Hari isnin yang sama juga aku ada interview kerja, doakan aku yer!! :)


Ilaliqa' :)

Jangan Mengulas Tentang Agama Tanpa Ilmu. Tanya Kalau Tidak Tahu. Malu Bertanya Sesat Jalan :)


Lelaki: Hari ini kita melihat ramai orang yang membaca Al-Quran dengan telefonnya. Saya kurang bersetuju . Bayangkan hukum membawa masuk telefon yang ada Al-Quran ke dalam tandas.

Ustaz: Boleh, tiada masalah membawa telefon tersebut ke dalam tandas.

Lelaki: Tetapi dalamnya ada Al-Quran!

Ustaz: Tidak mengapa. Al-Quran itu tersimpan dalam memori telefon.

Lelaki: Al-Quran ustaz! Sepatutnya tidak bolehlah kan!

Ustaz: Jadi selama ini tuan membaca Al-Fatihah dalam solat dgn tengok mashaf ya?

Lelaki: Ish, saya hafallah Al-Fatihah. Bahkan saya sudah hafal 30 surah. 

Ustaz: Baik, jika begitu jangan lupa sebelum tuan masuk ke tandas, tinggalkan otak tuan di luar dahulu!

[SUMBER: FACEBOOK]


Assalamualaikum. Dah baca dah cerita di atas tu? Walaupun ada unsur lawak tapi penuh dengan pengajaran. Hari ini ramai orang yang berani mengulas tentang agama tanpa ilmu. Walaupun setiap orang diberi hak yang untuk mengulas itu ini, tapi bab-bab agama ini baiklah kita serahkan kepada orang yang lebih arif. Kata orang, jangan memandai-mandai kalau tidak tahu. Kalau tak tahu, lebih baik diam saja dan bertanya kepada orang yang lebih tahu. Kata orang, kalau nak menuntut ilmu, jangan bodoh sombong. Betul tak? 

Ilaliqa' :)



Saturday, January 3, 2015

Ajarkan Anak Yang Masih Kecil Erti Kasih Sayang Sesama Makhluk. Biasakan Mereka Daripada Kecil.


Assalamualaikum. Aku nak share bagaimana anak buah aku, Nur Zinnirah melayani Miko, anak bulus aku. Video ni abang aku yang rakam terus melalui WeChat. Aku suruh abang aku bluetooth video tu tapi kata dia, tak boleh sebab dia rakam terus guna WeChat. Tak tahu macam mana nak save video tu dalam phone. Adoihhh terpaksa lah aku rakam lain guna fon aku. Rakam berganda la maknanya, dari phone ke phone. Hahaha leceh sikit pun takpa, asalkan boleh share dengan hampa semua. Hehe :D Video pendek aje pun. 8 saat je! :)




Penyabar sungguh Miko. Dibiarkan aje Zinnirah gomol-gomol dia. Tapi sungguh berbanding Bambam dengan Miko, Miko takkan sesekali buat Zinnirah. Tak pernah buat pun okey! Miko akan biar aje Zinnirah buat sesuka hati dekat dia. Dia hanya akan duduk diam aje. Kadang-kadang aku yang kena selamatkan Miko daripada Zinnirah. Haha XD  Kalau Bambam, pantang pegang sikit aje dah keluarkan kuku. 

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan disini, sikap cinta akan haiwan ni perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bila mereka besar, sikap itu akan terus bercambah dengan mekar. Bukan itu aje, secara tak langsung kita dapat ajar mereka supaya beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Baginda juga amat sayang akan kucing. Siapa yang tak tahu cerita Rasulullah dengan kucingnya, Muezza. Cerita tu dari aku sekolah tadika lagi, seringkali diperdengarkan oleh cikgu bahkan mak abah aku sekalipun sering ceritakan cerita yang sama. Cerita mengenai Rasulullah SAW memotong jubahnya kerana tidak ingin mengejutkan kucing kesayangannya, Muezza yang sedang tidur lena. Nampak tak betapa penyayangnya Rasulullah SAW? Bukan pada manusia saja tapi pada haiwan juga. Sikap itulah yang aku ingin pupuk pada anak-anak kecil ini.

Jadi jom sama-sama pupuk sunnah Rasulullah SAW ini dalam diri anak-anak kita bahkan dalam diri kita juga. Biar kita sebagai orang besar ini menjadi qudwah hasanah kepada mereka yang masih kecil :)

Ilaliqa' :D


NotaKaki: Sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Salam Maulidur Rasul. Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad.

Friday, January 2, 2015

5 Januari 2015


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Assalamualaikum. Itulah sebahagian daripada bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Meet Uncle Hussain. Lagu yang berkisarkan tentang kerja. Tengah kemas rak buku yang bersepah tu, tiba-tiba terjumpa buku nota aku dulu-dulu dan salah satu isi kandungan dalam buku tu tentang kerja. 

Inilah buku nota aku! Dapat free time beli makanan kucing. Tahun 2010, lama tu! Haha XD

Kerja itu sebagai satu ibadah. Pernah dengar? Tapi kena ikut ciri-ciri yang ditetapkan, baru boleh kira sebagai ibadah. Imam Ghazali kata setiap pekerjaan haruslah menepati ciri-ciri berikut jika mahu dikira sebagai ibadah iaitu:

  • Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
  • Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah.
  • Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh, tekun, amanah dan tidak memudaratkan.
  • Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah SWT seperti solat, puasa dan sebagainya.

Kalau semua ciri-ciri tu ada pada pekerjaan yang hampa sedang lakukan sekarang, In shaa Allah pekerjaan itu dikira sebagai salah satu ibadah yang hampa kerjakan dan beroleh pahala. Alhamdulillah. Itu ajelah yang aku ingin kongsikan. Entah bila catatan ini diambil. Bukan aku yang catat rasanya tapi mungkin mak atau kakak aku. Walau sesiapa pun yang tulis, memang apa yang dicatat itu satu ilmu yang bermanfaat.

Akhir kata, sama ada kita ini majikan ataupun pekerja, kita wajib melaksanakan segala amanah yang dipikul. Sedih sebab hakikat zaman ini banyak masyarakat yang bekerja sambil lewa. Takmau macam tu na. Tak kira lah gaji hampa kecik ke besar, hampa kena beri komitmen pada kerja hampa tu 200%.

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Tarikh penting tu. Doakan segalanya baik-baik saja pada tarikh tersebut :)

Thursday, January 1, 2015

Kita Bukan Tunggu Mati Tapi Kita Bersedia Untuk Mati. Bersediakah Kita Utk Menghadapi Kematian?


Assalamualaikum. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, detik waktu terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Hakikatnya umur makin meningkat dan semakin hari semakin dekat dengan kematian. Bersediakah kita untuk menghadapi saat itu? Tertarik dengan kata kakak aku semalam, "Kita bukan tunggu mati tapi kita bersedia untuk mati." Bersedia untuk mati, macam mana tu? Mungkin antara persediaan yang kita boleh buat sebelum mati ialah:

  • Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan yang mendatangkan dosa.
  • Sentiasa bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah.
  • Minta maaf dengan orang yang pernah kita lakukan kesalahan seperti mengumpat, menfitnah. Senang kata dosa kita dengan sesama manusia, wajib kita minta maaf. 
  • Sentiasa berdoa semoga diberi keselamatan dan rahmat olehNya.
  • Sediakan wasiat. Wasiat itu penting supaya kebajikan ahli keluarga kita yang masih hidup terpelihara. Tidaklah apabila kita takda nanti, hidup mereka jadi kucar-kacir.
  • Banyakkan amal jariah seperti sedekah. Dalam satu kuliah maghrib yang aku pergi, ustaz tu cakap, "Duit yang berada dalam poket kita tu sebenarnya bukan milik kita tapi duit yang kita sedekahkan itulah sebenarnya milik kita. Duit dalam poket kita tu apabila dibelanjakan, cepat aje habis dan takda lagi dengan kita tapi bila hampa sedekahkan, menjadi saham kita di akhirat nanti."
  • Ajarkan ilmu yang bermanfaat. Selagi ilmu itu dipelajari dan disebarkan oleh mulut ke mulut, selagi itulah hampa dapat pahala walaupun waktu tu hampa dah takda di dunia ni.   
  • Didik anak-anak dengan ilmu agama supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa anak yang soleh itu tidak akan pernah terputus dan sentiasa menjadi bekalan walaupun di alam kubur nanti.
  • Segala hutang hampa semua mestilah dilunaskan. Hutang manusia wajib dibayar dan hutang dengan Allah pun jangan lupa juga tau. Hutang dengan Allah tu contohnya puasa ramadhan. Puasa tu kalau tak ganti lagi pi la ganti cepat-cepat sebab kita tak tau bila ajal akan menjemput kita. Selagi masih sempat, ganti sampai habis na :)
  • Sentiasalah berzikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akhbar. Moga ayat itulah yang menjadi akhir kalam kita nanti.
  • Sentiasa bersangka baik kepada Allah.
  • Sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti.

Mati tak bisa untuk kau hindari,
Tak mungkin bisa engkau lari,
Ajalmu pasti menhampiri,
Mati tinggal menunggu saat nanti,
Kemana kita bisa lari,
Kita pasti akan mengalami,
Mati...

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Tahun baru memang best sebab masing-masing buat azam baru tapi jika sikap kita masih sama hampir setiap tahun, sebenarnya kita masih sama aje tanpa sebarang perubahan :)