Saturday, February 7, 2015

All Of Me Love All Of You


Assalamualaikum semua! Wah lama rasanya blog aku ni sunyi daripada coretan yang membosankan. Hehe :D Dekat post dulu konon aje taknak biar blog ni berhabuk tapi faham-faham ajelah, bila dah start kerja ni, memang tengok tv dan buka laptop pun dah tak sempat. Huhu :(

Pengalaman bekerja ni memang banyak pahit daripada manis. Nak layan karenah pelanggan yang kadang-kadang meloyakan, nak layan lagi sikap pekerja lain yang memeningkan dan nak hadap perangai bos yang kadangkala menekan diri kita hingga tahap ke maksima. Fuhhhh penat otak habaq hang! Tapi itulah namanya pengalaman. Pengalaman yang akan mematangkan dan memperkasakan diri kita untuk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar. Itulah pepatah orang tua :D

Oh tadi isi permohonan upu. Serius sangatlah stress yang aku pun taktau apa puncanya. Semuanya diberi lapan pilihan dan pilihan pertama aku ialah Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (UPM Kampus Bintulu, Sarawak). Aku memang berharap dapat bidang tu tapi diri ni tak berapa yakin dengan keputusan SPM. Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat. Allah dah tentukan semuanya. Aku hanya boleh merancang. Cita-cita aku dari dulu nak jadi doktor veterinar tapi hampir semua manusia dalam dunia ni berpaling daripada cita-cita apabila mereka sambung belajar. Huahuahuahua~~

Doakan aku baik-baik saja dan doakan yang terbaik buat aku. Ada masa lapang aku akan blogwalking. Rindunya nak buat semua tu!! ^^

Ilaliqa' :)

9 comments:

Sis said...

dapat pengalaman bekerja memang best. bersyukur lah untuk itu.

jadi vet? uwah! semoga tercapai lah cita-cita kau tu hendaknya.. amiin.

Mialia said...

wah bestnya dapat kerja :P Walaupon mungkin memeningkan. sy bosan gila baban duduk dekat rumah ni.

saya masih tak tau nk ambik bidang ape. interested dlm bidang kesihatan (dentist, dermatologist)... tp... layak ke tak tu tak tau la. hehe

At-Tarmizi said...

Salam singgah =)

seronoknyermelukis

Hidayah Suhailee said...

ah.. bosan sgt dekat rumah.. nak kerja tak parents tak bg.. :(

HaQiEf said...

Assalamualaikum hai shiqah... dah lama x contact kan... aku dah tukar no... wah aku menyokong cita-cita ko... bgsla... semoga apa yg ko impikan insyaAllah akan menjadi kenyataan...

:-) said...

love all of me love all of you macam lirik lagu John Legend :-)

calrase patrick said...

Harap anda baik-baik sahaja :) :).. Calrase Patrick

ejulz said...

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

rayonce said...

hi , I read through your blog and nice writing ! semua best2 btw I followed your blog , mind following back ? http://rayonceknowles.blogspot.com/