Wednesday, December 31, 2014

Dulu Aku Ugly, Sekarang Aku Beauty. PERUBAHAN Yang Pastinya Dicemburui Ramai.

Assalamualaikum. Lagi beberapa jam saja lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita semua. Aku harap moga tahun 2015 akan membawa perubahan yang positif dalam diri aku ni. Bercakap mengenai perubahan, aku nak ceritakan tentang anak bulus aku, Miko. Miko aku kutip di jalanan. Keadaan dia pada ketika itu sangatlah menyedihkan. Kurus kering, kutu, kurap dan luka sana sini. Kalau sesetengah masyarakat yang tidak cinta pada haiwan ini, pasti akan menjauhkan diri. Namun aku yang memang dibesarkan untuk menjadi pencinta haiwan, bawa la dia pulang ke rumah. 

Selepas beberapa bulan, akhirnya ugly bertukar menjadi beauty. 


Nampak tak perubahannya. Makin gemuk, mata pun makin bulat dan bulu pun makin gebus gitu. Tak nampak lagi? Meh aku belanja lagi gambar.




Nampak kan? Lepas beberapa bulan, bulu tiba-tiba aje jadi tebal. Bagi sesiapa yang pasang niat nak bela kucing, tak payah la berhabis duit untuk beli kucing yang mahal-mahal. Dekat pasar dan jalanan, macam-macam jenis kucing yang korang boleh jumpa. Adopt, Don't buy, okey! :)

Ok aku masih dalam topik perubahan sempena tahun baru yang akan datang ni. Nampak tak Miko, dia mungkin berubah dari aspek fizikal dan paras rupa, tapi sifat dalaman dia sebagai haiwan takkan pernah berubah. Tapi manusia boleh kan? Sifat dalaman manusia tu boleh berubah, daripada tak baik menjadi baik dan daripada baik menjadi terbaik. Faham? :)

Mak aku cakap, kita perlu sentiasa bersyukur sebab kita dipilih untuk dilahirkan sebagai seorang manusia, bukan haiwan ataupun apa saja makhluk bernyawa yang lain. Kenapa? Sebab MANUSIA adalah makhluk yang PALING ISTIMEWA disebabkan kita ni BOLEH BERUBAH. Tengok kucing, buatlah apa sekalipun, sifat dalamannya tetap sebagai seekor kucing. Perumpamaannya, jika seekor kucing dibawa ke Mekah, setelah kembali, akan tetap menjadi seekor kucing.

So, awak-awak semua yang tengah baca sekarang ni pun pastinya seorang manusia dan boleh berubah. Manusia juga istimewa sebab diberi pilihan sama ada nak pilih jalan yang baik atau jalan yang buruk. Nak syurga Allah, pilihlah yang baik. Nak merasa ke neraka, pilihlah yang buruk. Senang kan? Pilihan di tangan anda. Selamat tinggal tahun 2014, selamat datang tahun 2015! :)


NotaKaki: Moga semuanya diredhai dan diberkati Allah. Amin~

Tuesday, December 30, 2014

❤ Mencintai Dia Lillahi Taala ❤

My only one niece (in shaa Allah akan bertambah nnt), Nur Zinnirah bt Abd Malik. Saya cinta dia :)

Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutuskan malaikat untuk mengikutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata, "Kau hendak kemana?"

Ia menjawab, "Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini"

Malaikat terus bertanya, "Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu?"

Ia menjawab, "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT"

Malaikat berkata, "Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya". 

(H.R. Muslim)


"ya Allah, berilah aku rezeki cinta Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintanya di sisiMu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku diantara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatanku untuk mendapatkan yang Engkau cintai. Ya Allah, apa yang Engkau singkirkan diantara sesuatu yang aku cintai, jadikan itu kebebasan untuku dalam segala hal yang Engkau cintai." 
(H R. Al-Tirmizi)

Sunday, December 28, 2014

Kerja Kilang? Ok Apa!

Kilang yang aku nak kerja tu kilang elektronik. Buat kerja lebih kurang macam dalam gambar ni.

Asalamualaikum. Sementara nak tunggu result SPM, semestinya aku nak cari kerja sementara. Aku kerja bukan untuk suka-suka tapi aku nak kerja untuk capai matlamat aku iaitu nak ambil lesen. Ramai kawan aku buat lesen guna duit parent diorang dan kenapa aku tak? Hurmmm aku taknak lah menyusahkan mak abah aku. Lagipun duit lesen boleh tahan mahal jugalah. Hari tu aku check harga lesen motor RM 399, lesen kereta RM 889 dan lesen motor+kereta RM 1299. Terbeliak mata aku tengok. Then, dapat pula nasihat percuma daripada kakak yang terangkan pasal lesen ni. Dia cakap, "Akak nasihat adik ambil lesen tahun ni juga (2014) sebab tahun depan (2015) harga lesen akan naik lagi sebab GST." Aku diam ajelah. Niat di hati memang nak buat tahun ni tapi mengenangkan harga lesen tu, aku kuburkan juga niat tu. T_T Harga lesen tahun ni buat mata aku terbeliak, mungkin harga lesen tahun depan mata aku terus terkeluar. Hahahahahaha XD sedih sebenarnya

Semua pasaraya aku dah minta, tapi semua tak panggil-panggil. Aku sanggup naik bas rapid semata-mata nak cari kerja, tapi usaha aku yang sedikit tu tak membuahkan hasil. Apa yang lebih menyakitkan hati, dekat luar kedai tulis besar-besar, JAWATAN KOSONG. Masuk kedai kata, "Takdalah dik. Minta maaf la yer." Haila~ So pilihan terakhir yang aku ada ialah kerja kilang. Ok apa kerja kilang, transport disediakan, surau untuk pekerja solat disediakan, gaji basic RM 900. Haa cukup lah tu! Apa yang lagi best, kakak aku pun kerja dekat situ juga, Alhamdulillah! In shaa Allah aku akan pergi interview bulan Januari 2015. Doakan aku yer semua, moga aku dapat kerja! :)

Bila aku cakap kerja kilang, mesti ramai akan cakap macam ni, "Kerja kilang banyak warga asing. Bahaya kalau perempuan kerja dekat sana." Bagi aku, semua kerja bahaya. Apa yang penting, in shaa Allah kalau pandai jaga diri, selamatlah kita. Allah kan ada untuk jaga aku. So aku tak perlu risau. Yakin padaNya. Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Betul tak? :)

Mungkin bila aku balik kerja, aku akan tidur macam ni.
Orang kata kerja kilang letih gila! Tapi aku akan cuba

bertahan dan buat kerja aku dengan sebaik mungkin.
Aku akan berikan yang TERBAIK! Hee~
TAPI.....

Bila dah dapat gaji, mungkin muka aku akan jadi macam ni.
Hahahahaha XD


NotaKaki: Doakan aku, moga aku dapat kerja tu yer. Amin! ^_^

Saturday, December 27, 2014

Makhluk Lain Juga Turut Menjadi Mangsa Banjir


Aku lihat anak-anak bulus aku tidur lena dekat tempat yang selesa. Miko di atas bantal dan Bambam pula di atas timbunan novel. Mereka tidur lena. Namun hati aku resah kerana sebelum gambar ini diambil, aku lihat satu lagi gambar di facebook. Sungguh dada aku sakit menahan air mata daripada keluar. Yelah time tu kakak aku pun ada, haruslah aku kawal emosi. "Kesiannya", kata aku perlahan dengan suara yang bergetar. Inilah gambar yang aku lihat.


Allahu Allah! Disaat anak-anak bulus aku lena dibuai mimpi, bagaimana keadaan kucing-kucing lain yang turut menjadi mangsa banjir? Selamat atau tidak, hidup atau tidak? Sejujurnya sampai sekarang aku fikirkan. Mungkin sesetengah orang akan cakap, "tak payah la pening-pening fikir pasal haiwan ni, nyawa manusia lebih penting." Bagi aku, kedua-dua makhluk itu bernyawa dan kedua-duanya juga penting.

Bila banjir melanda, kucing dewasa mungkin dapat menyelamatkan diri dan mungkin juga tidak. Anak kucing mungkin diselamatkan oleh ibunya dan mungkin juga tidak. Hakikatnya mereka bertindak ikut naluri kerana mereka tidak berupaya berfikir seperti manusia. Sedangkan kucing-kucing belaan juga alami nasib yang sama inikan pula kucing-kucing yang terbuang? Apatah lagi anak-anak kucing yang ditinggalkan ibunya?

Apa yang lebih menyedihkan hati aku, mereka mesti tercari-cari jalan keluar daripada banjir dan mereka mesti resah dan buntu. Sedangkan anak-anak bulus aku pun akan resah duduk di dalam kereta semasa kami travel dari Pulau Pinang untuk ke Selangor, inikan pula kucing-kucing yang menjadi mangsa banjir ini. Hanya sebilangan yang dapat keluar dan harungi banjir besar ini agaknya, dan sebahagian besar lagi kecundang dan mati kelemasan. Allahu Rabbi :'(


Alhamdulillah. Abang Bomba menyelamatkan kucing yang menjadi mangsa banjir.
Alhamdulillah. Masih ada kucing yang selamat.
Sejujurnya bergenang airmata membaca puisi yang ditulis oleh rakan FB ini :'(

NotaKaki: Jangan putus asa untuk berdoa. Buat rakan-rakan di Pantai Timur, aku sentiasa doakan kalian selamat dan banjir cepat surut.

#Pray4PantaiTimur 
#Pray4MangsaBanjir

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Hud : 44
Allahumma Amin!

Friday, December 26, 2014

Menjadi Seorang Penulis Yang Hebat Perlu Ketulusan Dan Keikhlasan Hati


Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.. (Status Kakak FB)

Assalamualaikum. Nak jadi seorang penulis memang senang bahkan semua orang boleh menjadi seorang penulis. Hanya tulis apa saja yang terlintas di fikiran dan korang sudah pun menjadi seorang penulis. Penulis blog juga seorang penulis. Memang semua orang boleh menjadi seorang penulis tapi penulis yang terbaik ialah hasil tulisannya itu membuatkan hati kita rasa apa yang dia rasa. Kita boleh rasa perasaan di sebalik hasil tulisan yang ditulis. Sesuatu yang menyentuh perasaan. Keikhlasan ada pada setiap bait-bait kata yang dihasilkan. Macam dua orang penulis blog yang sangat aku gemari iaitu Kak Hasna' dan Kak Husna. Kedua-duanya apabila menulis sesuatu, pasti hati aku rasa perasaan yang luar biasa. Itulah kehebatan seorang penulis yang aku gambarkan. 

Aku juga seorang penulis blog dan aku yakin tulisan aku selama ni tak cukup perasaan dan keikhlasan dalamnya. Aku masih mencari ketulusan di dalam setiap bait-bait abjad yang aku bina satu persatu hingga menjadi satu ayat. Moga setiap yang aku tulis dalam blog ni memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Sungguh diri ini banyak kekurangan dan masih banyak yang aku perlu lakukan untuk belajar satu persatu khazanah ilmu yang ada dalam dunia ni. Moga aku juga satu hari nanti boleh menjadi seorang penulis yang menyentuh jiwa para pembaca. In shaa Allah.

Tulislah perkara yang memberi manfaat kepada orang lain agar menjadi
kebahagiaan kau di akhirat nanti :)

Hukuman VS Ujian. Ada Bezakah?


Assalamualaikum. Setiap orang menerima ujian yang berbeza dan Allah memberi ujian sesuai dengan kemampuan kita. Kadangkala manusia diuji dengan kemewahan, manusia juga diuji dengan kemiskinan. Kekayaan dan kemiskinan merupakan dua perkara yang berbeza tapi manusia yang diuji dengan salah satu faktor ini mungkin memperoleh keputusan yang sama. Adakah dengan harta kekayaan menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah atau adakah dengan kemiskinan menghalang kita daripada mengingati Allah?

Sama juga dengan kesihatan. Bila kita sakit ataupun sihat, adakah kita makin jauh atau makin dekat dengan Allah? Kakak aku pernah tanya, "apa beza hukuman dan ujian daripada Allah?" Aku pun dengan spontan cakap, "Ujian itu tandanya Allah sayang dan hukuman itu tanda Allah murka." Aku pun tak tahu betul ke tidak, hanya jawab apa yang terlintas di fikiran. 

Then kakak aku terangkan macam mana nak tahu apa itu ujian dan apa itu hukuman. Penerangan ni pun based on apa yang dia baca dan dengar. Ujian itu apabila menimpa diri kita, kita akan lebih dekat kepada Allah. Hukuman itu pula apabila menimpa diri kita, kita akan makin jauh daripada Allah. 

Moga apa jua kesalahan dan dosa kita diampunkan olehNya. Selagi matahari belum terbit dari barat, kita masih sempat untuk bertaubat. Tak rasa rugi ke bilamana kita masih diberi kesempatan dan masa untuk bertaubat, tapi kita tak mengendahkannya? Terus lalai dan leka dengan hal duniawi. Pintu taubat tidak selamanya terbuka. Ada saatnya pintu taubat tertutup rapat terutamanya pada dua keadaan.

Pertama, ketika nyawa manusia sudah berada di kerongkong. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." (HR Tirmidzi).

Kedua, ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya." (HR Muslim).

So selagi masih sempat, jom kita bertaubat! ^_^


NotaKaki: Peringatan buat diri sendiri juga. Sungguh diri ini masih punya berjuta-juta kekurangan dan khilaf daripada masa lampau dan masa kini. Moga Allah ampuni semua dosaku dan juga dosa kalian semua dan semoga rahmat Allah tidak pernah putus buat aku dan kalian. Amin!

Thursday, December 25, 2014

Hujan Yang Turun Bersama Air Mata

(SUMBER)

Assalamualaikum. Mendengar khabar rakan-rakan di Kelantan buat aku risau juga dengan keadaan mereka di sana. Bukan di Kelantan aje, di negeri-negeri lain juga. Moga Allah beri mereka kekuatan untuk menghadapi musibah banjir kali ini yang agak teruk. Musibah ini tak kira siapa. Bila musibah datang, tak kenal baik atau jahat, semua akan kena. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan kita semua. Amin~

Tengok TV, masih ada juga iklan untuk menyambut tahun baru. Ambang 2015 katanya! Allah beri musibah sebagai peringatan kepada manusia dan apa yang pihak bertanggungjawab lakukan? Berhibur dan ingin melaksanakan program yang penuh dengan elemen maksiat. Ya Allah ampunkanlah kami! Moga pihak yang bertanggungjawab dapat berfikir dan mencari pengajaran di sebalik musibah demi musibah yang berlaku di negara ini. Ingin aku kongsikan pesanan daripada Ustaz Mohd Izhar Arif. Mungkin ada yang dah baca di laman facebook. 

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun....!!! Memandangkan negara kita telah banyak ditimpa duka dan ujian drpd ALLAH sepanjang tahun 2014 ini seperti:
1- Kehilangan MH370
2- MH17 ditembak oleh puak pemisah.
3- Kemarau di beberapa buah negeri.
4- Puting beliung.
5- Banjir besar di Pantai Timur tanah air. 
Maka dengan itu, sebagai sebuah negara Islam dan umat yg beriman kpd Allah. Saya berharap sangat agar YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan supaya SAMBUTAN MALAM TAHUN BARU 2015 utk kali ini TIADA HIBURAN yg melalaikan tetapi diganti dgn:
1- Solat hajat perdana.
2- Zikir munajat perdana.
3- Ceramah perdana yg turut dihadiri oleh pimpinan negara.
4- Ucapan Peringatan daripada pemimpin negara supaya rakyat Malaysia yang beragama  
Islam terus bersatu dan berpegang teguh dengan syariat Islam...
Semoga dengan usaha ini, negara kita Malaysia yg tercinta ini akan lebih diberkati Allah bukan sahaja utk tahun 2015 tetapi utk tahun-tahun seterusnya. 
Ikhlas
Ustaz Hj. Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM/
Pendakwah/ Pakar Motivasi.

*********************************************

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Hud : 44
Allahumma Amin!

Wednesday, December 24, 2014

Rasa Diri Tidak Dihargai Oleh Sesiapa. Siapalah Aku?


Assalamualaikum. Pernah tak rasa kehadiran kita tidak dipedulikan? Rasa macam berada dalam suasana yang hingar-bingar tapi dalam hati dan jiwa kita rasa sunyi. Orang lain semua riuh aje bercakap itu ini tapi kita hanya kelu tanpa bicara. Dan sebab itu kita tidak peduli dengan orang lain. Rasa macam nak diam kejap. Tak payah nak cakap apa-apa. Nak duduk seorang diri dan rawat rasa sendirian ini. 

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan namun kekurangan yang menjadi penghalang kemesraan. Manusia yang punya kelebihan yang lebih hebat diberi perhatian yang amat tinggi. Hakikat, yang punya kelebihan lebih disayangi. Hatta sesetengah ibu bapa (bukan semua) juga lebih menyayangi anak yang lebih rajin daripada anak yang pemalas. Walaupun mereka tidak mengatakan namun layanan mereka yang berbeza menjelaskan segala-galanya. Sesetengah guru (bukan semua) juga begitu, anak murid yang berada di kelas atas lebih menjadi perhatian berbanding dengan anak murid di kelas bawah. 

Begitulah manusia. Namun harus aku ingatkan, manusia yang memiliki kekurangan itu juga mahukan perhatian dan kasih sayang. Mahu juga dipuji sekali sekala. Mahu diri mereka dihargai. Kadangkala anak yang pemalas itu cuba juga buat kerja rumah namun tidak sesempurna anak yang rajin. Kadangkala anak murid yang berada di kelas bawah itu tidak tidur malam untuk belajar namun tidak mendapat markah yang sesempurna anak murid yang berada di kelas atas. Dan sekali lagi, mereka yang serba kekurangan ini dibandingkan dengan orang yang lebih hebat daripada mereka setelah usaha mereka yang sedikit. Arghhhh kecewanya rasa~

Walaupun yang serba kekurangan ini hanya berusaha dengan sedikit, tapi kecewa kan bila dibanding-bandingkan? Bila dah jadi macam gitu, semangat mereka terus jatuh menjunam dan mereka berhenti berusaha dan terus dengan sikap mereka yang serba kekurangan. Nak salahkan siapa? 


NotaKaki: Setiap insan ada kisah hidupnya tersendiri. Disaat dia memilih untuk berubah, kenapa perlu dihina, diejek dan dikeji? Dia perlukan semangat membina, bukan cacian menjatuhkan. Mendengar luahan seorang sahabat yang turut membuat aku rasa apa yang dia rasa. Sedih! T_T

Monday, December 22, 2014

Diriku Bukan 100% Yang Kau Kenal

Assalamualaikum. Kejujuran itu penting dalam perhubungan. Betul tak? Tak kisahlah apa jenis hubungan sekalipun, kejujuran itu penting dan sekali kau punahkan kejujuran dengan pembohongan, perhubungan itu takkan kembali seperti sediakala. 

JUJUR. Kadang-kadang kita pun tak jujur dengan diri sendiri dan diri kita sendiri aje tau sama ada kita bohong atau tidak. Orang sekeliling, apa mereka tau? Mereka tengok kita daripada luaran aje, tapi dalaman kita, hanya Allah dan diri kita sendiri yang dapat nilai.


Nampak! Allah sayang sangat dekat kita tapi kita tak sayang diri sendiri. Allahu Allah~ Hurrmmmmm cuba ambil dua helai kertas kosong dan kemudian senaraikan keburukan orang lain yang kita benci pada salah satu kertas. Mungkin penuh satu kertas tu kan? Mungkin tak cukup sehelai kertas tu untuk kita senaraikan.

Kemudian, ambil lagi satu kertas dan senaraikan pula keburukan kita yang buat orang benci. Penuh tak kertas tu? Mesti kertas tu banyak ruang kosong sebab kita tak dapat fikirkan keburukan kita. Bagi masa tambahan sekalipun, sejuta tahun sekalipun, kita takkan dapat tulis keburukan kita penuh sehelai kertas berbanding dengan keburukan orang lain. 

Jadi, walau apapun keburukan seseorang, pasti kita ada keburukannya juga. Cuma kita akan nampak keburukan orang lain berbanding diri sendiri. Betul tak?


NotaKaki: Siapalah aku untuk menilai. Baiklah aku mencari keburukan diri aku sendiri dan cuba untuk memperbaikinya. Moga dipermudah segala urusan olehNya.


Thursday, December 18, 2014

Aku Dapat Apa Yang Aku Perlu Tapi Tidak Semestinya Dapat Apa Yang Aku Kehendak :)

Shopping sampai tak cukup tangan uols!

Assalamualaikum. Apa khabar awak-awak semua? Moga sentiasa sihat aje yer! :) Suasana di shopping mall, memang gamat dengan beli-belah terutamanya golongan wanita. Beli itu beli ini, kalau ada sale mahu satu shopping mall nak diborongnya. Kadang-kadang aku tengok sesetengah masyarakat ni sentiasa dapat apa yang diorang nak. Penuh tangan dengan barang yang diorang beli. Dalam hati, mestilah orang tu kaya, banyak duit sebab tu boleh beli macam-macam, barang semua beli yang berjenama aje. Jenama cap ayam semua campak dalam longkang. Haha :D

So, golongan sederhana seperti aku ni hanya mampu lihat aje lah kaki-kaki shopping ni menjelajah segenap kedai yang ada. Namun alhamdulillah aku masih lagi mampu nak beli barang yang aku perlu. Takdalah sampai tak boleh beli langsung kan! So post kali ni aku nak cakap pasal perbezaan antara keperluan dengan kehendak. Bila kita tahu apa beza kedua-dua aspek ni, takdalah kita boros sangat nak beli macam-macam dan akhirnya belum setengah bulan, duit pun dah habis dan mulalah nak meminjam sana-sini. No! No! No! :)

Ketahui Perbezaan Antara Keperluan Dengan Kehendak

  • Korang kena ingat bahawa korang tak boleh dapat semua barang yang korang kehendakkan kerana wang ni merupakan sumber yang terhad. Cepat habis kalau guna sesuka hati.
  • So, kalau nak berbelanja tu, kenalah mengikut kemampuan dan keperluan korang dan berbelanjalah secara berhemat. Jangan boros!
  • Keperluan merupakan sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup. Contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal, manakala keperluan sampingan  adalah seperti pendidikan dan perubatan.
  • Kehendak pula ialah sesuatu yang korang inginkan untuk hidup lebih selesa dan mewah. Contoh kehendak ialah pakaian berjenama.

Berbelanjalah Mengikut Kemampuan

  • Tanya soalan ni sebelum korang membuat keputusan untuk berbelanja, "Adakah perbelanjaan ini memenuhi keperluan atau kehendak aku?" Kalau keperluan beli dan kalau kehendak, fikirkan dulu tentang hal-hal yang lebih penting. Fikirkan juga tentang budget korang, kalau takda duit jangan gatai-gatai nak pi beli!
  • Berbelanjalah secara berhemat supaya korang tidak membebankan diri dan keluarga korang.
  • Tangguh pembelian sesuatu barangan sehingga simpanan korang mencukupi untuk memberi barangan tersebut.
  • Elakkan tabiat suka meminjam wang daripada rakan-rakan untuk menampung perbelanjaan harian korang. Ini tabiat buruk! Dah pinjam tak reti-reti nak bayar balik. Jangan macam tu yer semua. Hutang wajib dilangsaikan kalau korang dah berkemampuan. Jangan dok buat-buat lupa sudah la! :D

Cerita pasal keperluan dan kehendak, tiba-tiba teringat pula tentang DOA. Kadang-kadang apa yang kita doa, kita tak dapat. Sebaliknya Allah memberi kita perkara lain yang mungkin kita tak sedar yang sebenarnya benda itulah yang kita perlukan. Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu :)

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat." (Asy-Syura; 42:27)


Done with my celoteh dekat sini. In shaa Allah ada masa jumpa lagi :)

Tuesday, December 16, 2014

H.U.J.A.N


Assalamualaikum. Alhamdulillah cuaca dekat sini sejuk daripada semalam. Selalunya panas sampai air paip dalam bilik air tu pun panas. Pagi tadi pun hujan mencurah ke bumi membasahi lantai-lantai rumput dan pokok-pokok hijau. Terasa rahmat Allah yang luas buat makhluknya yang bernafas di bumi. Waktu cuti ni, akulah yang menjadi driver untuk mak aku ke kedai. Hujan rintik-rintik kami redah juga menaiki motor. Bak kata mak aku, nak makan apa hari ni kalau takda barang nak masak? Dekat tempat aku ni, ikan pagi-pagi je boleh dapat. Mai tengah hari memang takda barang basah dah la :)

Elok aje dekat simpang jalan, hujan yang rintik-rintik mula turun lebat. Haaaaa aku pun redah aje lah sambil tingkatkan lagi kelajuan motor. Hahaha tapi mak di belakang tidak putus-putus cakap, "shiqah. bawak slow-slow. Hujan ni jalan licin." Itulah kerja seorang ibu, sentiasa memikirkan keselamatan anak-anaknya. Sweet kan? Ok lah demi mak, aku pun bawa ajelah macam biasa. Tak jadi nak speed. Secara tak langsungnya, bolehlah kami feeling-feeling mandi hujan atas motor. Hehehe~ Lagipun lama betul rasanya aku tak mandi hujan. Last mandi hujan masa sekolah rendah. 

Finally, Alhamdulillah sampai juga dekat pasar. Sambil tunggu hujan reda, mak borak-borak la dengan abang jual ikan. Aku ni dengar aje lah. Tak baik menyampuk bila orang tua-tua tengah cakap. Hee~ "Hujan-hujan ni, tarik selimut ajelah." Abang jual ikan cakap. "Hujan ni memang sedap tidur. Tapi kerja semua tak jalanlah jawabnya." Mak balas bersahaja. Realiti seorang ibu, sentiasa memikirkan kerja-kerja rumah. Selagi kerja rumah tak siap, selagi tu lah tidak rehat. Pening kepala katanya bila tengok rumah bersepah. 

Tapi yang pastinya hujan membuatkan semua makhluk gembira malah aku sendiri suka bila hujan. Sejuk! Tapi ada juga gerangan manusia yang tak suka hujan sebab katanya hujan menyebabkan siaran astro tak dapat. Ish3 jangan lah cakap macam tu. Hujan itu rahmat tau! Cuba fikir mana lebih penting untuk diri kamu, rahmat Allah ataupun hiburan yang kamu lihat di TV? Pastinya rahmat Allah yang lebih membahagiakan dunia dan akhirat. Allahu Allah~

“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28)

“Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). ” (QS. An Nahl: 65)

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” (QS. Al A’rof: 57)

“Dan Kami turunkan dari langit air yang bersih lagi suci yang dengannya Kami akan menghidupkan negeri (tanah) yang mati dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk kami, binatang-binatang ternak, dan manusia yang banyak. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia agar mereka mengambil pelajaran (daripadanya), akan tetapi kebanyakan manusia enggan kecuali mengingkarinya.” (QS. al-Furqan : 48-50)

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”(QS. Al-Ana'am : 99)

Hujan itu merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah dan semoga menjadi bekal untuk mempertebal keimanan kita masing-masing. Dan supaya kita sentiasa bersyukur bukan mengeluh kerana hujan. Lepas ni jangan lagi mengeluh kerana siaran astro tak dapat sebab hujan. Dan lagi satu, bila hujan, tadah tangan dan berdoa. Waktu yang mustajab untuk berdoa :)

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Itu ajelah kisah yang berlaku waktu hari hujan. Moga kita semua berada dalam rahmat Allah. Jumpa lagi semua! :)

NotaKaki: Masih hujan. Alhamdulillah :)

Monday, December 15, 2014

Arghhhhhh!! Kucing!! Syuhh! Syuhh!

Assalamualaikum. Kalau korang nak tahu, aku ni memang seorang pencinta kucing yang tegar sejak aku sekolah tadika lagi. Senang cerita, sejak aku kecik la kan. Memang aku tak boleh nampak kucing, kalau nampak aje mesti nak gomol-gomol depa. Eeeeeeeeeee geram sangat tengok makhluk berbulus tu. Hehe :D 

Tapi post kali ni bukan nak cerita pasal orang yang suka kucing tapi aku nak cerita pasal orang yang takut kucing atau nama saintifiknya dikenali sebagai Ailurophobia. Ailurophobia adalah sejenis fobia yang berunsur daripada ketakutan kepada kucing.

Hah macam mana fobia ni boleh datang? Takkan tiba-tiba aje kan seseorang tu panjat atas kerusi or terjerit-jerit bila nampak kucing, so mestilah ada sebab-sebabnya. Haaaaa biasanya fobia ni muncul bila seekor kucing melakukan sesuatu yang di luar jangkaan si penerima. Mungkin waktu diorang kecik dulu diorang mengalami peristiwa ngeri berkaitan dengan kucing. Contohnya macam kena cakar ke, kena gigit ke, kena marah dengan kucing ke?

Macam ni la rupa kucing tengah marah. Tapi tetap comel kan? :D

Fobia ni tak membahayakan pun sebenarnya tapi boleh jadi bahaya juga kepada wanita yang mengandung. Aku pernah tengok perempuan mengandung berlari sebab ada kucing berlari sebelah dia. Allahu Allah. Padahal kucing tu tak pergi dekat dia or kacau dia pun. Haaaaa yang ni kes bahaya! Buat yang takut kucing ni, tolong kawal dan berdepan dengan ketakutan anda. Kucing sebenarnya sangat baik, mereka takkan ancam anda pun. Aku kenal dengan seorang kakak yang DULU takut kucing sampai panjat atas kerusi kalau kucing ada bawah kerusi dia tapi SEKARANG dah bela kucing berduyun-duyun dalam rumah dia. Kalah aku tau! 

Lebih menarik lagi. Kucing akan lebih tertarik kepada individu yang menghidap Ailurophobia. Nak tahu sebab apa? Sebab ada jenis kucing yang tak berapa nak manja dia bila dipanggil-panggil, dia akan rasa diri dia terancam. Si fobia pula bila nampak kucing, automatik dia akan kaku dan berdiam diri tapi hakikatnya waktu tu si fobia tengah berada dalam ketakutan yang amat sangat. Oleh sebab tu si kucing merasakan si fobia bukan satu ancaman padanya lalu si kucing pun pergi la dekat si fobia. Alolololo bukankah itu sangat manis seperti gula-gula kapas? Hahahaha XD (gelak jahat)



Maka selepas itu, terdengarlah jeritan nyaring yang amat kuat disebabkan seekor kucing yang comel dan sweet. Hehe :D So macam mana nak atasi fobia ni? Diri sendiri lah yang kena main peranan. Orang lain tak boleh nak tolong der! Mungkin si fobia boleh berjinak-jinak untuk pegang or bermain-main dengan kucing? INGAT! Walaupun kucing adik-beradik dengan harimau/singa tapi dia tak makan orang tau. Hahahaha :P

Nak tahu? Kakak ipar aku pun aku kira menghidap Ailurophobia. Ada pula dua ekor kucing dalam rumah ni. Korang boleh agak la kot macam mana kakak ipar aku menjerit ketakutan. Kesian aku tengok. Rasa bersalah pun ada sebab aku yang bela kucing tu. Haha tapi nak buat macam mana, puas dah aku marah anak-anak bulus aku tu tapi still depa  nak mengendeng-ngendeng dekat kaki kakak ipar aku. Kaki aku ni taknak pula diorang follow! Bosan dah agaknya kot, asyik kaki yang sama aje. Nak juga diorang merasa kaki yang lain. Haahahahaha XD

Taaaaaaaaaaaaaaraaaaaaaaa dan kini aku ingin memperkenalkan dua ekor makhluk berbulus yang sering buat kacau dalam rumah ni.

Nama dia BAMBAM. Paling nakal dan suka kacau orang. Aku main blog pun dia nak kacau! :)

Nama dia MIKO. Paling gemuk dan gedik! Sangat penyayang kepada kanak-kanak.
Tak pernah cakar, marah walaupun telinganya  ditarik, bulunya  diramas dan kepalanya
ditampar-tampar oleh si kecil Nur Zinnirah.

Sekarang korang dah tau serba sedikit mengenai Ailurophobia dan tidak mustahil mereka yang menghidapi fobia ini boleh berubah seperti kakak yang aku ceritakan di atas. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Jom atasi fobia kita masing-masing sebab aku tau setiap orang ada fobia mereka yang tersendiri. Aku fobia lipas! :P Jadi terima kasih aku ucapkan kepada Bambam dan Miko sebab sering menjadi penyelamat aku. Hee~


NotaKaki: Kucing aku semua berasal daripada jalanan (^_^) Aku mengamalkan frasa, "Adopt! Don't Buy!" :D

Sunday, December 14, 2014

You Made My Day Sayang!

Assalamualaikum. Budak-budak ni memang buat hari kita ceria aje kan? Banyak karenah, banyak cakap, banyak tanya dan banyak ragamnya juga! Semenjak dah ada anak buah dalam rumah ni, memang meriah sangat suasana. Cepat aje hari berlalu bila adanya Nur Zinnirah binti Abdul Malik, anak abang aku yang sulung :)

Nur Zinnirah binti Abdul Malik

Budak sorang ni memang banyak sangat cakap tapi satu patah pun tak paham. Suka membebel sorang-sorang. Suka menari bila dengar lagu yang dia suka. Suka dengar lagu Didi and Friends. Suka berjalan melawat segenap ruang yang ada dalam rumah ni TAPI MESTI kena pegang tangan dia. Kalau tak dia akan menangis macam orang pukul dia padahal takda apa-apa pun. Haaaa lagi satu, dia ni memang over + drama queen! Hehe :D Tapi Acu tetap sayang dia :) You made my day sayang! ^_^

Nak tahu? Perasaan sayang pada kanak-kanak ni pun sunnah Rasulullah SAW tau sebab Rasulullah SAW amat penyayang kepada kanak-kanak. Rasulullah suka bermain-main dan menghiburkan hati kanak-kanak dan kadang-kala baginda memangku mereka. Salah satu buktinya, Baginda pernah menyuruh Abdullah, Ubaidillah dan anak anak lain untuk berbaris lalu berkata, "siapa terlebih dahulu sampai kepadaku akan ku beri sesuatu (hadiah). Mereka pun berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian anak-anak itu duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya".

Haaaaa penyayang kan Rasul kita pada kanak-kanak? Kalau nak diikutkan banyak lagi kisah-kisah mengenai kasih sayang Rasulullah kepada kanak-kanak. Awak-awak semua hanya perlu google dan cari kisah-kisah sahih mengenai Rasulullah dan kanak-kanak. Pasti awak semua akan tersenyum dan terharu memikirkan betapa sayangnya Rasulullah pada anak-anak kecil :) Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad  

Buat Zinnirah, moga kamu jadi anak yang solehah buat kedua-dua ummi dan abah kamu, dan Acu sentiasa doakan kamu terlindung daripada sebarang penyakit yang berbahaya, sentiasa sihat dan membesar bagai johan. Amin ya Allah!

We love you very much Zinnirah!!

Cendawan Goreng Ermmmm Sedap!

Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni, aku teringin sangat nak makan cendawan goreng yang rangup tu. Teringat kesedapan cendawan goreng yang makcik kantin buat. Jadi dengan bersemangatnya aku mulalah godek-godek resepi cendawan goreng rangup dekat google. Banyak sangat resepi. Naik berpinau mata. Haha :D

Memandangkan aku ni seorang yang simple, so mestilah cari resepi yang paling simple dan senang dimasak. Haha malas nak kecah-kecah ni. Hee~ So inilah resepinya. Ada juga aku tambah bahan-bahan dalam resepi ni untuk rasa yang lebih yummy. ^_^

Bahan-bahan:

200 g cendawan tiram
100 g tepung serbaguna
40 g tepung beras (aku guna tepung jagung sebab tersalah beli tepung. Balik rumah baru perasan, haha! Tapi jadi juga ok!)
1 biji telur
130 ml air (Guna air sejuk untuk lebih rangup)
Garam secukup rasa
Lada sulah dan lada hitam secukup rasa (Bagi rasa pedas-pedas sikit)

Cara-cara:

1. Satukan tepung beras (aku guna tepung jagung), tepung serbaguna, telur dan air. Kacau bahan-bahan tersebut sampai sebati dan biar selama 15 minit.
2. Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan lada hitam secukup rasa dan kacau hingga sebati dalam adunan yang kita dah buat tadi.
3. Panaskan minyak. Celupkan cendawan tiram dalam adunan tepung dan goreng. Agak-agak dah rangup dan warna pun dah bertukar keemasan bolehlah angkat masuk dalam pinggan.
4. Siap dan boleh makan! :D

Aku dah buat pagi tadi dan rasa dia pun boleh tahan sedap. Sedap dimakan panas-panas dan dicicah bersama sos cili. Sedappppppppppp!

Inilah dia cendawan tiram buat sesiapa yang tak pernah nampak :)
Taraaaaaa! Dah siap goreng :)
Nampak tak tekstur dia? Rangup kan? ^_^

Haaaaa rasa terliur tak tengok? Kalau ada masa lapang, agak-agak teringin nak makan cendawan goreng bolehlah cuba resepi ni okey :D Senang kacang je ^_^

Saturday, December 13, 2014

Ceritera Di Dungun, Terengganu

Assalamualaikum. Baru minggu lepas aku dan keluarga aku pergi ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri majlis konvokesyen kakak aku yang tersayang di Uitm Dungun, Terengganu. Perjalanan sangatlah lama. Perjalanan dari Pulau Pinang untuk ke Dungun mengambil masa hampir 9 jam lebih. Penat sangat! Abang sulung aku yang drive lagilah penat berganda-ganda daripada kami yang hanya tidur dalam kereta ni. Hehe :D

Kami bertolak lepas subuh dan sampai di sana hampir pukul 5 petang. Dungun terkenal dengan laut dan pantai jadi kami tak lepaskan peluang untuk mengambil angin petang di pantai yang terletak kira-kira 10 minit dari homestay yang kami sewa. Tapi! Keadaan air laut memang bergelora. Ombak sangatlah besar. Memang bahaya kalau menghampiri air. Lagipun memang pantai disitu tidak dibenarkan mandi menurut kakak aku la. Jadi kami hanya bermain pasir pantai je lah.

Happy family in the house :)

Keesokkan harinya, kakak aku bawa kami ke pantai yang dibenarkan untuk mandi-manda disebabkan aku dan kakak ipar sangat-sangatlah teringin nak mandi laut. Nama tempat tu Teluk Bidara, kakak aku dan kawan-kawan dia pernah mandi di sana semasa mereka study dekat Dungun. Tapi bila dah sampai sana, ada signboard yang tertulis, "AMARAN! TIDAK DIBENARKAN MANDI!" Lebih kurang macam tu lah. Then ada seorang pakcik cakap dekat kami yang musim tengkujuh memang tak boleh mandi, bahaya sebab ombak besar dan pasir pantai pun macam menarik kita ke air laut. 

Kecewa la juga kan. Haha then kami pun naik kereta nak pulang ke homestay. Terserempak pula dengan seorang lagi pakcik, abang tanya ada tak kawasan yang boleh mandi. Dia kata ada, dekat Batu Pelanduk. Kami pun happy tahap giga la kan. Kami pun cari la tempat tu mengikut direction yang pakcik tu terangkan. Terang pakcik tu, Batu Pelanduk tu ada batu yang besar dan cantik berhampiran dengan pantai. Tak sampai beberapa minit kami pun jumpalah batu yang besar berhampiran dengan pantai tapi kami tak pasti betul ke tidak.

Abang pun berhentilah depan sebuah rumah. Dekat luar, ada seorang lelaki yang mungkin berusia 30-an. Belakang rumah dia memang dekat sangat dengan pantai la kan. Kami pun tanya batu pelanduk dekat mana. Lebih kurang macam ni lah kami tanya.

"Abang, Batu Pelanduk dekat mana ek?"
"Batu Pelanduk dekat situ" (Dia tuding dekat batu yang kami nampak tadi)
"Ohhh. Terima kasih bang. Kami nak mandi laut."
"Ohh. Nak mandi ek, kejap." (Dia keluar dari rumah & tengok belakang rumah dia)
"Nampak tu? Itu air membawa maut tu!"(Dia tunjuk air laut belakang rumah dia)
"Tapi orang tu kata dekat Batu Pelanduk boleh mandi?" Kami balas.
"Boleh mandi tapi ke kubur la.." Kami dengar dah gelak-gelak dah.
"Kalau nak mandi boleh tapi bulan 5, bulan 6. Kalau akhir2 bulan ni memang tak boleh. Kalau nak mandi juga alamatnya ke kubur lah." 

Hah bila abang tu dah kata macam tu, kami pun terus je lah pulang ke homestay. Tapi memang pun, keadaan laut memang berombak. Bahaya hatta kepada orang yang pandai berenang sekalipun. Bak kata mak aku, jangan sengaja nak cari nahas. Hehe :D 

Hasrat untuk mandi laut tu terpaksalah dibuang jauh-jauh. Petang pula bermulalah majlis konvokesyen kakak aku, Tahniah diucapkan buat kakak aku yang dah berjaya menamatkan pengajian dan memegang segulung ijazah. Moga lepas ni dapat kerja yang mantap pula. Boleh belanja makan. (^_^)

UITM DUNGUN, TERENGGANU

Itu ajelah kisah kami sekeluarga di Dungun, Terengganu. Tak banyak sangat yang berlaku di sana cuma memang best dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Yelah sempena istiadat konvokesyen kakak aku ni, semua ahli keluarga menghadirkan diri. Alhamdulillah. 

Forever my twin. Tahniah Sis! :)

Kahwin Oh Kahwin



Assalamualaikum. Pening kepala apabila memikirkan isu perkahwinan ini. Pening bila perkara yang mudah ini menjadi satu perkara yang membebankan. Bukan aku kata perkahwinan itu membebankan tapi kaedah untuk menjalankan majlis perkahwinan itu dijadikan sebagai satu hal yang rumit. Bagi aku, nak kahwin itu mudah aje tapi itulah, hantaran tinggi pula. Walaupun aku ini seorang perempuan, tapi kesian juga dengan para lelaki ni. Yerlah, dateline nak kahwin dah semakin hampir tapi duit masih tidak cukup. Hah, macam mana tu?

Dalam perkahwinan, akad nikah itu lebih penting. Mahar kahwin yang wajib. Majlis or kenduri tu nanti-nanti pun boleh kan. Haha~ Tapi bak kata kakak aku, perkahwinan itu kan salah satu ibadah dan benda yang baik. Allah pasti akan permudahkan segala urusan kita, In shaa Allah. 

Buat para lelaki yang bakal berkahwin, berusahalah bersungguh-sungguh dan bekerja dengan lebih kuat lagi yer supaya dapat cari duit yang mencukupi. Moga semua urusan anda dipermudahkan olehNya. Benda baik, niat baik Allah pasti tolong. (^_^)

Para ibu bapa sekalian, saya mohon sangat! Mudahkanlah anak anda untuk berkahwin :D

P/S: Moga berjaya wahai abangku ikhlas daripada adikmu. Hahaha (^_~)



Friday, December 12, 2014

Pandangan Allah Itu Segala-galanya


Assalamualaikum. Lama sungguh tak menulis di sini. Hampir bertahun lamanya. Komitmen pada pelajaran diutamakan terlebih dahulu. In shaa Allah kini boleh bergiat aktif semua. Berhijrah di tempat baru sememangnya banyak dugaan. Ragam manusia yang pelbagai kadang-kadang memenatkan otak. Itu tak kena ini tak kena. Tapi apa yang harusnya dilakukan hanya bersabar.

Kadang-kadang mungkin diri kita ini diperkatakan dengan isu yang tidak-tidak. Yang mengarut dan hanya kita dan DIA yang mengetahui kebenarannya. Orang yang duduk di sekeliling hanya pandai menokok tambah apa yang tidak betul untuk merancakkan lagi cerita. Pada saat itu, kita mungkin berdoa, moga Allah memberi balasan yang setimpal kepada mereka yang mengata. JANGAN! Doalah pada Allah moga mereka diberi hidayah oleh Allah kerana mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang memaafkan terlebih dahulu itu lebih mulia daripada mereka yang memendam perasaan marah dan dendam, 

Hakikatnya bukan senang untuk memaafkan. Bukan senang untuk melupakan segalanya. Yelah, luka disebabkan lidah ini lebih pedih dari jari yang terhiris dengan pisau. Namun aku sering berdoa bahawa dilembutkan hati ini untuk memaafkan dan melupakan. Moga kita semua dirahmati olehNya.