Friday, December 12, 2014

Pandangan Allah Itu Segala-galanya


Assalamualaikum. Lama sungguh tak menulis di sini. Hampir bertahun lamanya. Komitmen pada pelajaran diutamakan terlebih dahulu. In shaa Allah kini boleh bergiat aktif semua. Berhijrah di tempat baru sememangnya banyak dugaan. Ragam manusia yang pelbagai kadang-kadang memenatkan otak. Itu tak kena ini tak kena. Tapi apa yang harusnya dilakukan hanya bersabar.

Kadang-kadang mungkin diri kita ini diperkatakan dengan isu yang tidak-tidak. Yang mengarut dan hanya kita dan DIA yang mengetahui kebenarannya. Orang yang duduk di sekeliling hanya pandai menokok tambah apa yang tidak betul untuk merancakkan lagi cerita. Pada saat itu, kita mungkin berdoa, moga Allah memberi balasan yang setimpal kepada mereka yang mengata. JANGAN! Doalah pada Allah moga mereka diberi hidayah oleh Allah kerana mereka tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang memaafkan terlebih dahulu itu lebih mulia daripada mereka yang memendam perasaan marah dan dendam, 

Hakikatnya bukan senang untuk memaafkan. Bukan senang untuk melupakan segalanya. Yelah, luka disebabkan lidah ini lebih pedih dari jari yang terhiris dengan pisau. Namun aku sering berdoa bahawa dilembutkan hati ini untuk memaafkan dan melupakan. Moga kita semua dirahmati olehNya.


3 comments:

Zara Nabilah said...

Hi ! Singgah and follow sini. Nak buat tempahan edit blog ? singgah lah blog saya http://online-story-mory.blogspot.com/p/bigg-boss.html

Ninie Niesa97 said...

info yang menarik ,saya suka 7 kunci kebahagiaan dalam hidup tu :)

Sis said...

ashiqah~ long time no see. ^^
selamat kembali ber-blogging. hehe.