Shopping sampai tak cukup tangan uols! |
Assalamualaikum. Apa khabar awak-awak semua? Moga sentiasa sihat aje yer! :) Suasana di shopping mall, memang gamat dengan beli-belah terutamanya golongan wanita. Beli itu beli ini, kalau ada sale mahu satu shopping mall nak diborongnya. Kadang-kadang aku tengok sesetengah masyarakat ni sentiasa dapat apa yang diorang nak. Penuh tangan dengan barang yang diorang beli. Dalam hati, mestilah orang tu kaya, banyak duit sebab tu boleh beli macam-macam, barang semua beli yang berjenama aje. Jenama cap ayam semua campak dalam longkang. Haha :D
So, golongan sederhana seperti aku ni hanya mampu lihat aje lah kaki-kaki shopping ni menjelajah segenap kedai yang ada. Namun alhamdulillah aku masih lagi mampu nak beli barang yang aku perlu. Takdalah sampai tak boleh beli langsung kan! So post kali ni aku nak cakap pasal perbezaan antara keperluan dengan kehendak. Bila kita tahu apa beza kedua-dua aspek ni, takdalah kita boros sangat nak beli macam-macam dan akhirnya belum setengah bulan, duit pun dah habis dan mulalah nak meminjam sana-sini. No! No! No! :)
Ketahui Perbezaan Antara Keperluan Dengan Kehendak
- Korang kena ingat bahawa korang tak boleh dapat semua barang yang korang kehendakkan kerana wang ni merupakan sumber yang terhad. Cepat habis kalau guna sesuka hati.
- So, kalau nak berbelanja tu, kenalah mengikut kemampuan dan keperluan korang dan berbelanjalah secara berhemat. Jangan boros!
- Keperluan merupakan sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup. Contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal, manakala keperluan sampingan adalah seperti pendidikan dan perubatan.
- Kehendak pula ialah sesuatu yang korang inginkan untuk hidup lebih selesa dan mewah. Contoh kehendak ialah pakaian berjenama.
Berbelanjalah Mengikut Kemampuan
- Tanya soalan ni sebelum korang membuat keputusan untuk berbelanja, "Adakah perbelanjaan ini memenuhi keperluan atau kehendak aku?" Kalau keperluan beli dan kalau kehendak, fikirkan dulu tentang hal-hal yang lebih penting. Fikirkan juga tentang budget korang, kalau takda duit jangan gatai-gatai nak pi beli!
- Berbelanjalah secara berhemat supaya korang tidak membebankan diri dan keluarga korang.
- Tangguh pembelian sesuatu barangan sehingga simpanan korang mencukupi untuk memberi barangan tersebut.
- Elakkan tabiat suka meminjam wang daripada rakan-rakan untuk menampung perbelanjaan harian korang. Ini tabiat buruk! Dah pinjam tak reti-reti nak bayar balik. Jangan macam tu yer semua. Hutang wajib dilangsaikan kalau korang dah berkemampuan. Jangan dok buat-buat lupa sudah la! :D
Cerita pasal keperluan dan kehendak, tiba-tiba teringat pula tentang DOA. Kadang-kadang apa yang kita doa, kita tak dapat. Sebaliknya Allah memberi kita perkara lain yang mungkin kita tak sedar yang sebenarnya benda itulah yang kita perlukan. Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu :)
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hamba-Nya, Maha Melihat." (Asy-Syura; 42:27)
Done with my celoteh dekat sini. In shaa Allah ada masa jumpa lagi :)
1 comment:
Yup btol2. Aku lbh suka hdp sederhana drpd hdp kaya. Jadi kaya ni kdg2 rosakkan hati. Tp tak smstinya smua org kaya tu jht. Ada jugak yg pmrh...
Post a Comment