Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.. (Status Kakak FB)
Assalamualaikum. Nak jadi seorang penulis memang senang bahkan semua orang boleh menjadi seorang penulis. Hanya tulis apa saja yang terlintas di fikiran dan korang sudah pun menjadi seorang penulis. Penulis blog juga seorang penulis. Memang semua orang boleh menjadi seorang penulis tapi penulis yang terbaik ialah hasil tulisannya itu membuatkan hati kita rasa apa yang dia rasa. Kita boleh rasa perasaan di sebalik hasil tulisan yang ditulis. Sesuatu yang menyentuh perasaan. Keikhlasan ada pada setiap bait-bait kata yang dihasilkan. Macam dua orang penulis blog yang sangat aku gemari iaitu Kak Hasna' dan Kak Husna. Kedua-duanya apabila menulis sesuatu, pasti hati aku rasa perasaan yang luar biasa. Itulah kehebatan seorang penulis yang aku gambarkan.
Aku juga seorang penulis blog dan aku yakin tulisan aku selama ni tak cukup perasaan dan keikhlasan dalamnya. Aku masih mencari ketulusan di dalam setiap bait-bait abjad yang aku bina satu persatu hingga menjadi satu ayat. Moga setiap yang aku tulis dalam blog ni memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Sungguh diri ini banyak kekurangan dan masih banyak yang aku perlu lakukan untuk belajar satu persatu khazanah ilmu yang ada dalam dunia ni. Moga aku juga satu hari nanti boleh menjadi seorang penulis yang menyentuh jiwa para pembaca. In shaa Allah.
Tulislah perkara yang memberi manfaat kepada orang lain agar menjadi kebahagiaan kau di akhirat nanti :) |
1 comment:
semua orang boleh jadi penulis tapi tengoklah isi yang nak disampaikan tu patuh syariah atau tak.. tak perlu hadis dan ayat al Quran, cukup kita tau batas tulisan kita :)
Post a Comment