Wednesday, December 24, 2014

Rasa Diri Tidak Dihargai Oleh Sesiapa. Siapalah Aku?


Assalamualaikum. Pernah tak rasa kehadiran kita tidak dipedulikan? Rasa macam berada dalam suasana yang hingar-bingar tapi dalam hati dan jiwa kita rasa sunyi. Orang lain semua riuh aje bercakap itu ini tapi kita hanya kelu tanpa bicara. Dan sebab itu kita tidak peduli dengan orang lain. Rasa macam nak diam kejap. Tak payah nak cakap apa-apa. Nak duduk seorang diri dan rawat rasa sendirian ini. 

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan namun kekurangan yang menjadi penghalang kemesraan. Manusia yang punya kelebihan yang lebih hebat diberi perhatian yang amat tinggi. Hakikat, yang punya kelebihan lebih disayangi. Hatta sesetengah ibu bapa (bukan semua) juga lebih menyayangi anak yang lebih rajin daripada anak yang pemalas. Walaupun mereka tidak mengatakan namun layanan mereka yang berbeza menjelaskan segala-galanya. Sesetengah guru (bukan semua) juga begitu, anak murid yang berada di kelas atas lebih menjadi perhatian berbanding dengan anak murid di kelas bawah. 

Begitulah manusia. Namun harus aku ingatkan, manusia yang memiliki kekurangan itu juga mahukan perhatian dan kasih sayang. Mahu juga dipuji sekali sekala. Mahu diri mereka dihargai. Kadangkala anak yang pemalas itu cuba juga buat kerja rumah namun tidak sesempurna anak yang rajin. Kadangkala anak murid yang berada di kelas bawah itu tidak tidur malam untuk belajar namun tidak mendapat markah yang sesempurna anak murid yang berada di kelas atas. Dan sekali lagi, mereka yang serba kekurangan ini dibandingkan dengan orang yang lebih hebat daripada mereka setelah usaha mereka yang sedikit. Arghhhh kecewanya rasa~

Walaupun yang serba kekurangan ini hanya berusaha dengan sedikit, tapi kecewa kan bila dibanding-bandingkan? Bila dah jadi macam gitu, semangat mereka terus jatuh menjunam dan mereka berhenti berusaha dan terus dengan sikap mereka yang serba kekurangan. Nak salahkan siapa? 


NotaKaki: Setiap insan ada kisah hidupnya tersendiri. Disaat dia memilih untuk berubah, kenapa perlu dihina, diejek dan dikeji? Dia perlukan semangat membina, bukan cacian menjatuhkan. Mendengar luahan seorang sahabat yang turut membuat aku rasa apa yang dia rasa. Sedih! T_T

3 comments:

Aisya Ieyka said...

Aisya selalu kena camtu , sekarang nih pon .. ase terpinggir kan .. ? :(

Anonymous said...

akak.. saya baca entry akak dan saya rasa gembira :) ..

Izzati Amira said...

semua orang tak suka diri dibandingkan dengan orang lain.. kenapa mereka suka membandingkan/membezakan orang A dan B?? hmmmm