Sunday, March 27, 2011

Akak Masaklah Lagi! :p


Assalamualaikum. Nak tahu satu tips supaya masakan yang kita masak sedap. Rasa lain daripada yang lain. Kalau kita masak sesuatu, untuk tetamu yang datang rumah atau apa-apa ajelah, buatlah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Nak tau tak, keikhlasan dan kasih sayang itulah yang akan menyedapkan setiap masakan kita. Tapi kenalah berlatih juga masak satu-satu makanan tuh. Kalau kita baru pertama kali masak sejenis masakan yang kita tak pernah masak, memang lah rasanya agak hempeh kan tapi walau apapun masakan kita tetap akan dihargai oleh seseorang tuh. Kerana keikhlasan kita menyediakannya. Memang tak boleh nampak tapi boleh rasa. Ye tak? So untuk tahu berkesan ke tak, silalah mencuba! Wee~

Aku tulis ni sebab aku teringat sesuatu. Bila aku ingat perkara tuh, mesti aku tersenyum. Waaaaa!~ Terharu aku mendengarkan komen seorang budak lelaki tentang masakan aku walaupun hanya sekeping roti telur. Ngee :p


P/S: Post paling akhir minggu nih. Shiqah is Offline! :)

Ada Apa Dengan Senyuman?


Assalamualaikum. Senyum? Ada apa dengan senyum? Senyum itu indah sebenarnya. Ada orang terlalu mahal dengan senyuman. Mereka sukar melemparkan senyuman. Kenapa yer? Adakah untuk memberikan senyuman itu perlu harga untuk dibayar? Ish tak perlu sebenarnya. Senyum itu perkara yang paling senang dan murah. Senyum itu sedekah. Kalau kita senyum dekat orang, kita dapat pahala. Senang kan! 

Senyum itu.. Dia tak meminta bayaran tapi harganya sungguh tak ternilai. Dia memperkaya mereka yang menerimanya tanpa membuat seseorang itu miskin apabila memberinya. Walaupun senyuman yang diberi hanya sekejap namun kenangan tentangnya tahan sangat lama. Walaupun seseorang itu kaya tapi mereka tidak mampu bertahan tanpa dia dan walaupun seseorang itu miskin tetapi mereka menjadi kaya kerana manfaatnya.

Senyum itu.. Dia menciptakan kebahagiaan untuk orang lain. Dia memberi rasa dalam letih, sinar terang dalam keputus-asaan, sinar mentari dalam kesedihan dan teman bagi kesulitan hidup. Namun dia tidak boleh dipinjam, dicuri atau dibeli kerana dia adalah sesuatu yang tak berguna sebelum diberikan kepada orang lain. 

Oleh sebab itu, janganlah kita terlalu mahal dengan senyuman. Senyum itu indah jika kita senyum dengan seikhlas hati. Orang yang melihat pasti akan tersenyum juga. Senyuman itu salah satu penyakit berjangkit yang bagus untuk kehidupan. Macam itulah perumpamaannya. Jadi apa yang akan anda buat? Memaniskan muka dengan senyuman atau memasamkan muka dengan kebekuan. Err pilih lah yang terbaik! :)

Nota Awan Biru :-

 Entry last untuk minggu nih. Akhir kata dari aku, aku selalu senyum dan marilah kita senyum untuk kesihatan semua. Haha!

Cerita Hantu Tahun 2008


Assalamualaikum. Hari nih aku tiada mood nak tulis apa-apa tapi aku akan tulis juga. Cerita seram yang terjadi kepada kami lima orang adik beradik. Lima-lima pernah kena kacau di rumah yang sama iaitu rumah maksu aku. Yang peliknya mak abah aku tak kena pula. Memang rumah maksu aku agak keras. Meh sini aku buka cerita!

Cerita Abang Aku Yang Sulung

Kira-kira pukul 10 lebih, kami baru sampai di rumah maksu aku. Lepas dah kemas barang semua, semua nak tidur. Abang aku yang pertama tidur dalam bilik dengan abang aku yang ketiga. Aku dengan kakak aku tidur dekat luar. Tiba-tiba abang aku yang sulung ni macam lelah. Penat lepas tuh batuk-batuk. Badan dia rasa macam kena tindih dengan sesuatu. Dia pun baca ayat qursi dengan ayat-ayat yang lain. Baru rasa lega sikit tapi dia rasa macam lain macam. Itulah yang abang aku cerita seminggu selepas kami balik rumah sendiri.

Cerita Abang Aku Yang Kedua

Cerita nih memang aku rasa nak tergelak. Abang aku kena kacau waktu semua orang tengah tidur. Dia tidur dekat sofa tapi satu hari nih abang aku tak boleh tidur. Sedang dia dok melayan perasaan dalam kegelapan, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang berjalan. Jelas! Bunyi derap kaki. Bulu roma semua dah tegak! Tapi dengan selambanya dia kata, "Kalau kau datang, aku bakar kau!" Yang selebihnya aku dah tak ingat. Sebaik sahaja dia cakap macam tuh, terus dah tak dengar apa-apa dah. Walaupun agak lawak ceritanyer tapi itulah yang terjadi. 

Cerita Abang Aku Yang Ketiga

Cerita nih bagi aku agak seram juga lah. Macam nih cerita dia, pada suatu hari, abang aku ni mimpi ngeri. Mimpi hantu lah lebih kurang. Isi mimpi tu aku taknak cerita sebab panjang sangat. Tapi bila dia terjaga dari mimpi hantu tuh, dia ternampak ada bayang hitam lalu tepi tingkap bilik. Dia apa lagi, terus lompat naik atas katil nak tidur sekali dengan abang aku yang sulung. Dia cerita sebelum dia naik atas katil, dia ternampak macam orang lalu pergi dapur. Dia nak tegur sebab dia ingat tu Maksu aku. Tapi bila dia fikir balik, lebih baik tak payah tegur sebab mana tau benda tuh bukan maksu aku. Errr seram aku dengar. Huhuhu~

Cerita Kakak Aku

Kakak aku punya cerita pun boleh tahan. Ada satu hari nih, kakak aku duduk dalam balik dengan anak maksu aku iaitu Farah. Farah ni baru darjah 2 waktu tuh. Kakak aku duduk atas katil manakala Farah ni pula duduk bawah. Tiba-tiba Si Farah ni tunjuk dekat tepi kakak aku. Farah kata ada orang tengah senyum dekat dia. Kakak aku pandang tapi takda apa-apa pun. Meremang bulu roma dia waktu tuh! Huhu lagi satu cerita, kakak aku tengah duduk dekat sofa tengok tv, tiba-tiba dia rasa ada orang tiup telinga dia tapi bila dia pandang takda siapa pun dekat situ. Waaaa seram juga kan. Huuuu~

Cerita Aku!

Weyhh cerita aku paling teruk! Sebab nilah aku dah tak berani tengok cerita hantu sorang-sorang waktu malam. Sebelum ni takda pun macam tuh. Ceritanyer macam nih. Ada satu malam aku tak boleh tidur. Memang sangat tak boleh tidur. Terang benderang je mata. Aku pusing kanan, aku pusing kiri. Aku pusing kanan balik menghadap kakak aku. Tiba-tiba aku ternampak ada orang lain tengah baring sebelah kakak aku. Orang tuh pandang je aku! Aku mula-mula tak perasan tau tapi aku tenung je benda tuh. Aku pula tak pakai spek memang kurang jelas lah. Dalam aku dok tenung, tiba-tiba aku nampak rambut panjang dengan mata warna merah. Dalam hati memang tak fikir benda lain dah. Terus aku pusing kanan, aku ambil bantal dan aku tekup kepala aku. Lepas tuh aku dah tak ingat apa-apa dah. Yang aku peliknya aku tak menjerit pun, mulut aku memang dah beku waktu tuh. Macam tak boleh nak bercakap apa dah. Nasib baik aku rabun kalau tak mata aku mesti terjojol tengok benda tuh. Wajah sebenar kot. 

Nak tau selepas sahaja kami balik rumah sendiri, semua orang buka cerita. Memang riuh keadaan dalam rumah waktu tuh. Macam-macam aku rasa bila dengar diorang punya cerita. Habis naik bulu roma semua. Memang peristiwa betul. Kami lima-lima kena kecuali mak dengan abah aku aje. Entah-entah diorang kena tapi taknak cerita! Hahaha :D Rumah maksu aku tuh memang keras. Ada seorang ustaz pernah suruh pindah rumah lain tapi maksu aku taknak. Kalau aku dah lama aku pindah! Hahaha :p Ini cerita benar-benar terjadi. Tiada unsur tokok tambah. Terpulang kepada anda semua untuk percaya atau tidak. Wawawa~ Kalau korang baca memang tak seram sangat, tapi kalau korang kena memang berbekas dihati. Keh3 :D

Saturday, March 26, 2011

Disambar Orang Lain :(


Assalamualaikum. Hari nih memang aku bengang! Nak tau kenapa? Dengar nih! Grrr!~ Nak tau, hari nih aku pergi pustaka rakyat, niat dihati ingin membeli novel. Novel yang dah lama aku inginkan dan idamkan. Tengah aku mencari tiba-tiba mata aku terpandang novel yang aku nak tuh. Dalam hati dah melompat-lompat suka! Tapi sebelum aku capai novel tuh, tangan lain pulak tiba-tiba ambil! Arghhh!

Perghhhh panas hati bai! Apa ingat nih cerita novel ke?! Main rampas-rampas buku dalam kedai. Memang takkan lah aku lakukannya. Buat malu je. Aku pun biar je la orang tuh ambil. Apa yang menyedihkan buku tuh tinggal satu je! Nasib tak menyebelahi aku kali nih. Takpe-takpe! Hari-hari makan coklat, ada hari aku dapat!

Tapi aku tetap tidak berpuas hati! Buku tuh memang aku nak sangat-sangat! Tau tak erti sangat-sangat tu apa? Mak aku kata, takda rezeki nak beli dekat sini. Carilah dekat tempat lain. Tapi mak, dekat mana? Waaaaaaa!~ Hari nih memang aku diserang penyakit OTT! (Orang Tengah Tension)


Semua buku kasil karya Siti Rosmizah aku ada tau. Buku terbaru Lafazkan Kalimah Cintamu je aku takda. Aku hampir-hampir membelinya tapi terlebih dahulu disambar oleh orang lain. Arghhh kuciwa den! 

Saturday, March 19, 2011

Perbualan Singkat Antara Aku Dan Dia


Assalamualaikum. Pada petang yang tenang, aku pergi ke sebuah taman. Memang cuaca amat nyaman kerana hujan baru membasahi bumi. Sedang aku melangkah, aku ternampak seorang wanita sedang duduk diatas buaian. Mengelamun. Umur dia mungkin sebaya aku. Aku mulalah tegur dia. Niat dihati nak tambah kenalan, eratkan silaturrahim. Hehehe :D

Aku: Assalamualaikum. Tak pernah nampak pun, duduk sini ke?

Dia: Waalaikummussalam. Eh takdalah. Saja datang sini. Tenangkan fikiran.

Aku: Owh dekat sini orang memang suka datang. Nama siapa?

Dia: Panggil je lah saya Nur. Awak?

Aku: Panggil Shiqah je..

Lepas tuh, keadaan senyap. Suara budak-budak je menghiburkan suasana. Entah aku pun tak tahu nak cakap apa, jadi aku hanya tengok budak-budak tengah main je. Ada yang gaduh tapi lepas tuh main balik macam biasa. Biasalah, nama pun budak-budak kan. Tiba-tiba dia bersuara.

Dia: Kenapa yer semua tak pedulikan saya? Ada mak bapak tapi semuanya sibuk. Rasa bosan pula hidup nih. Takda ketenangan.

Aku: Err.. Tak baik cakap macam tuh. Siapa kata tiada siapa pedulikan awak. Jangan lupa satu perkara, Allah masih ada bersama kita. Allah masih ada untuk mendengar setiap rintihan hambaNya. Siapa kata mak bapak awak tak pedulikan awak? Mereka sibuk bekerja sebab mereka sayang pada awak. Mereka nak cari duit untuk bagi awak makan, tempat tinggal yang selesa dan macam-macam lagi. Awak sepatutnya bersyukur kerana awak masih ada ibu bapa. Ibu bapa yang bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada anaknya. Oh ya hidup awak takda ketenangan? Pernahkah awak terfikir dan muhasabah diri mengapa hidup awak tak tenang. Mungkin selama nih awak lupa akan Dia? Ketenangan itu kita boleh peroleh jika kita kembali kepadaNya. Dengar sebenar-benarnya..

Dia: Mungkin betul. Entahlah. Kadang-kadang perasaan saya nih terlebih emosi. Terima kasih atas kata-kata tuh. Memang begitulah hidup saya. Kesenangan membutakan mata hati saya sampai saya lupa yang kesenangan yang saya dapat nih Allah juga yang kurniakan. Saya Islam hanya pada kad pengenalan sahaja. 

Aku: Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah padaNya. Selagi pintu taubat masih terbuka. Masih tak terlambat lagi Nur. Jadilah seorang hamba Allah yang berguna di dunia nih. Walau apapun ingatlah tempat kita bukan di dunia semata-mata tapi di akhirat nanti itulah tempat kita yang kekal abadi. Bagi hamba yang berjaya menjalani ujian di dunia ini dengan lulus cemerlang, syurga tempatnya dan begitulah sebaliknya. Jadi biarlah kedua-duanya seimbang. Dunia kita berjaya, akhirat pun kita berjaya. Awak faham maksud saya kan? Saya harap awak mendapat ketenangan yang awak impikan. Dah nak malam ni, saya balik dulu lah. Assalamualaikum :)

Dia: Terima kasih luangkan masa dengan saya. Seronok cakap dengan awak. Nanti kalau ada masa, boleh lah kita jumpa lagi yer. Saya akan cuba. Thanks!

Aku: InsyaAllah Nur. Awak pasti boleh. Kalau niat kita nak berubah tu betul, Allah pasti tolong.

Aku tak sangka aku akan berjumpa dengan dia dan aku rasa macam sebak pula bila aku tuturkan setiap perkataan tuh. Emosi terlebih pula aku nih. Hahaha. Ada hikmah disebalik semuanya kot? Walaupun perbualan kami singkat aje tapi aku harap kata-kata aku dapat sedarkan dia sedikit sebanyak. Aku pun bukan pandai sangat. Aku hanya menolong apa yang aku mampu. Aku juga seronok dapat bantu dia. Melalui apa yang dia ceritakan, aku sedar yang aku perlu bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku selama nih. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah.

Friday, March 18, 2011

Jangan Berputus Asa!


Assalamualaikum. Manusia tidak lepas dengan ujian. Kegagalan pasti akan membawa seseorang ke lembah kekecewaan lantas mereka berputus asa dengan kehidupan. Mereka hanya meratap tanpa berbuat apa-apa dan apa pulangan yang akan mereka dapat? Kosong ajelah! Jika kita pernah gagal, tak bermakna kita akan gagal selamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

Bagi mengelakkan perasaan kecewa dan putus asa atas kegagalan yang dialami, kita haruslah menanamkan perkara ini dalam minda kita :-

--> Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita menjadi insan yang lebih baik.

--> Sesuatu yang penting dalam urusan kita ialah usaha yang kita lakukan, bukan hasil usaha kerana hanya Allah SWT yang menentukan hasil usaha yang kita lakukan. Walaupun kita tak berjaya, kita tetap mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

--> Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah.

--> Bersabar dan sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu.

--> Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmah disebaliknya.

--> Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimakbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah dan sentiasa terus berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.

Allah sayangkan kita. Oleh sebab itulah, Allah menurunkan ujian kepada kita. Walau apapun bentuk ujian yang Allah turunkan kepada kita, hadapilah dengan sabar dan penuh ketaqwaan. Kita mesti ingat bahawa Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Jadi kawan-kawan semua, jangan berputus asa Kerana Allah sentiasa bersama-sama kita! Kerana Allah hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambanya serta gembira dengan hamba yang kembali padaNya! Kerana Allah sayang kepada hamba-hambanya yang kembali kepadaNya!

Itu sahaja yang boleh aku tulis buat masa nih, semoga bermanfaat buat semua. Sehingga berjumpa lagi di entry yang lain, InsyaAllah. Assalamualaikum dan selamat malam semua (^_^)

Thursday, March 17, 2011

Nak Bela Hamster Boleh?


Assalamualaikum. Hari ni aku hanya ingin menulis apa yang aku rasa. Mengenai kesayangan-kesayangan aku. Haha :D Ingat lagi Manja? Kucing aku yang sudah tiada lagi di dunia. Selepas dia takda nih, aku dah ada niat nak bela hamster pulak. Nak bela kucing mak aku dah tak bagi. Mak aku cakap, tunggu aku ada rumah sendiri, baru boleh bela kucing. Banyak-banyak pun takpe. Hahaha erk? Entah bila la tuh :p

Aku adalah cakap hasrat aku ni dekat mak aku tapi mak aku kata tak boleh! Aku tak kecewa pun sebab aku akan bela jugak! Ngee~ :D Dulu sebelum nak bela Manja pun mak aku cakap macam gitu, akhirnya berkat ilmu memujuk yang nenek moyang aku turunkan, mak aku bagi juga. Keh3 :D Buat masa ni, aku sedang mengumpul duit untuk membeli hamster yang comel! Kos nak beli hamster agak murah lah. So, aku beli guna duit sendiri. 

Agak-agak boleh ke aku beli hamster tu ek? Harap-harap boleh la yer! Dapatlah aku mengubati kerinduan aku untuk memberi kasih sayang kepada haiwan yang memerlukan. Wee~ Dulu dah bela kucing, akan datang ni hamster la pulak. Eh jap-jap! Sebelum kucing, aku ada bela kura-kura tapi sempat hidup 3 tahun je lepas tuh away. Sedih tapi nak buat macam mana, setiap benda yang bernyawa akan pergi juga. 

Wahai hamster-hamster yang ada dekat kedai sekarang, tunggulah kehadiranku untuk mengangkutmu balik ke rumah. Tapi hanya yang bertuah sahaja lah yer. Nak angkut semua, takut tak mampu. Hahaha :)


COMELNYER! GERAM TENGOK! :3

Menambah Rasa Kecintaan Terhadap Allah


Apabila kita mencintai ALLAH,
hakikatnya kita akan memiliki
segala-galanya.

Inilah cinta yang tidak akan terpisah
oleh ruang , jarak, masa,
harta dan kematian.

 Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni telah menyatakan jalan-jalan yang dapat menambah rasa cinta seorang hamba terhadap Allah SWT dengan kata-katanya, "Ada tiga perkara yang mampu menambah rasa kecintaan terhadap Allah SWT iaitu:"

1. Menjaga ibadah-ibadah yang wajib kerana itulah kunci pertama dan paling utama dalam mengenal Allah dan menujuNya.

2. Membaca dan tadabbur (menghayati) Al-Quran kerana ia neraca untuk mengukur keimanan dan taqarrub seseorang. (Taqarrub berkaitan dengan amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah)

3. Sentiasa berzikir kepada Allah SWT kerana zikir ialah senjata yang ampuh untuk menolak bisikan-bisikan syaitan.

"Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat denganNya, pasti kamu mengetahui betapa pahitnya putus hubungan (denganNya)"

Tuesday, March 15, 2011

Tips Mengatasi Rasa Malas Solat


Assalamualaikum. Mungkin ini entry yang terakhir buat masa nih sebab mulai esok aku nak marathon buat kerja sekolah plus latih tubi. Aku pasti gejala malas solat ni mesti semua orang pernah menghidapinya sama ada tua atau muda. Bila leka sikit, mulalah syaitan masuk jarum. Lepas tuh semua jadi terbengkalai. Betul tak? Jadi walau apapun lawan lah dengan syaitan tersebut hingga ke penghabisan. Jangan mudah bagi dia menang dan jangan sesekali bagi dia menang! Solat itu tiang agama. Tinggal solat, habis musnah semuanya! Untuk mengatasi rasa malas untuk mendirikan solat, mungkin ini boleh membantu. Semoga bermanfaat :)

Ingin mengatasi Rasa Malas Solat? Baca Nih!

1. Jangan lengah-lengahkan untuk solat setelah azan kedengaran di televisyen atau surau-surau yang berdekatan.

2. Bersiap-sedia mengambil wuduk sebelum azan. Ustaz aku cakap bila kita ada wuduk, syaitan tidak akan berjaya mendekati kita. Macam benteng pertahanan.

3. Memikirkan azab-azab yang akan diberikan oleh Allah sekiranya tidak menunaikan solat. Allah, takut aku memikirkannya.

4. Mengingati bahawa sebentar lagi Malaikat Izrail akan datang untuk mencabut nyawa kita dan kita akan mati. Ajal tidak mengira usia, tidak mengenal tempat. Beringat-ingatlah.

5. Mengingati bahawa solat itu penting sebelum kita disolatkan. 

6. Setiap manusia tidak lepas dari membuat dosa, jadi waktu bersolat tuh lah masa yang sesuai untuk bertaubat. 

7. Solat berjemaah bersama keluarga. 

8. Kalau rasa diri tu malas nak solat seorang diri, pergilah ke surau untuk solat berjemaah. Banyak pahalanya daripada solat bersendirian.

9. Jangan makan terlalu banyak sebab bila dah kenyang kita akan mengantuk dan berasa malas untuk menunaikan solat. 

10. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat. Negeri yang kekal abadi.

11. Jangan lupa kunci jam untuk bangun mengerjakan solat terutamanya solat subuh. Bunyi jam tu mestilah tak perlahan. Harus kuat! Baru boleh bangun, ye tak? Hehe.

12. Minta tolong dekat mak, abah, abang, kakak, adik dan seangkatan dengannya kejutkan atau ingatkan untuk solat.

13. Takutlah kepada Allah! 

Habis Dah ^_^

Mana Pergi Akhlak Remaja Masa Kini?


Assalamualaikum. Sekarang dah pukul 11 lebih dan aku masih disini. Dihadapan komputer menaip apa yang terbenak dalam otak aku nih. Dalam mencari idea untuk menulis post, tiba-tiba ingatan aku berputar balik pada minggu lepas. Berlakunya satu kisah yang membuat hati aku panas. Tapi dalam panas-panas timbul rasa kasihan. Apa sudah jadi dengan akhlak remaja zaman sekarang? Dah ditelan arus masa kah? Hurmmm.

Ada sebuah kisah yang berlaku dekat sekolah aku minggu lepas. Sebelum cuti ni lah. Kisah nih memang aku nampak dengan mata aku sendiri. Sangat jelas dengan bantuan cermin mata yang 24 jam tersangkut di kedua belah telinga aku. Hahaha :D Semasa dalam perjalanan balik dari surau menuju ke kelas, aku melihat dengan jarak yang amat dekat seorang pelajar form 1 menjeling dekat seorang makcik yang sedang sapu sampah di kaki lima kelas hanya sebab makcik tuh suruh tepi sekit sebab nak sapu dekat kawasan budak tu tengah berdiri. Aku istighfar dalam hati. Mata memang aku tala tajam kearah muka budak perempuan tu. Sebelum dia masuk kelas, aku dah scan dia punya nama. Memang nama tuh aku blacklist! Tak sesuai untuk diambil sebagai adik ipar. Tidak beradab dengan orang tua. Sungguh tak bagus.

Selepas beberapa minit kejadian tuh, aku terfikir dalam kelas. Budak perempuan tuh tak diajarkah macam mana untuk menghormati orang yang lebih tua? Kalau tak diajar lagi, aku boleh ajar. FOC, tak payah payar! Kesian makcik tuh. Hati orang tua, siapa tahu. Lembut, senang terluka. 

Satu je lah aku nak pesan. Belajarlah hormatkan orang tua. Kalau sekarang awak semua kurang ajar dengan mereka, tidak mustahil bila awak semua dah tua, awak juga akan mengalami benda yang sama. Allah itu Maha Adil. You did it, then you repaid for it. Simple!

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai diantara kamu dan yang paling dekat duduknya denganku pada hari kiamat adalah paling baik AKHLAKNYA."
(Riwayat Ibnu Majah)

Monday, March 14, 2011

Pilih Sahabat Yang Macam Mana?


Assalamualaikum. Sahabat itu anugerah daripada Tuhan kepada kita. Peliharalah ia baik-baik. Bersahabatlah dengan ikhlas kerana Allah. InsyaAllah kekal selamanya ukhwah yang terjalin. Tapi kita mesti ingat sahabat boleh membahagiakan kita tapi kadangkala sahabat juga boleh buat kita sengsara. Oleh sebab itu, bijaklah mencari sahabat. Sahabat yang baik itu mengajak kita kearah kebaikan bukan sebaliknya. Ye tak?

Memilih Sahabat Seperti Ini :-

a) Orang Yang Berakal

Berkata Saidina Ali:
"Dan janganlah engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia. Berapa banyak orang yang jahil telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya. Seseorang itu dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya. Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya. Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika ada pertemuan. (Persahabatan)"

b) Orang Yang Akhlaknya Baik

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.
(Saidina Ali)

c) Orang Yang Soleh/Solehah

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya melewati batas."
(Surah Al-Kahfi ayat 28)

d) Orang Yang Benar

Janganlah bersahabat dengan orang yang suka menipu. Mungkin nanti dia akan menipu kamu. Kawan seperti ini umpama fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.

e) Orang Yang Tidak Tamak Dunia.

Janganlah bersahabat/bersekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia kerana dia akan menambahkan rasa tamakmu kepada dunia. Sebaliknya bersahabat/bersekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu kepada dunia.


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan 
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
(Saidina Ali)
-----------------------------------

Nota: Zuhud dari segi bahasa ialah meninggalkan kecenderungan kepada sesuatu. Dari segi istilah ahli tarekat pula ialah meninggalkan dunia dan membelakanginya atau dengan kata lain, meninggalkan kesenangan dunia kerana mencari kesenangan akhirat.

Sunday, March 13, 2011

Belajar Untuk Memaafkan


Assalamualaikum. Aku punya masalah. Semua orang ada masalah. Kadang-kadang aku cuba lupakan masalah dengan buat-buat ceria tapi tak menjadi. Macam plastik! Hati aku macam rasa sangat meluat. Mak aku pernah kata, walaupun orang tuh buat jahat dengan kita tapi balaslah dengan kebaikan. Walaupun dia buat jahat dengan kita tapi masih ada kebaikan yang dia buat dulu. Fikirkanlah kebaikan dia dan cubalah belajar memaafkan. Semua manusia tak sempurna dan sentiasa membuat kesalahan. Aku cuba memaafkan. Yer aku maafkan tapi aku rasa aku hanya menipu. Walau apapun aku akan cuba dan mesti menjadi seorang yang senang memaafkan orang dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah. 

Tips Memaafkan Seseorang

1. Tanamkan dalam diri yang memaafkan ialah perkara yang amat mulia.

2. Belajar memaafkan diri kita dulu.

3. Ingatlah bahawa Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Walaupun seteruk mana kesalahan yang dilakukan, maafkanlah dia.

4. Maafkanlah dengan ikhlas. Tak susah kalau kita inginkannya.

5. Memaafkan menjadikan kita seorang manusia yang memiliki jiwa yang besar serta memiliki hati yang lapang.

6. Sifat memaafkan adalah sihat untuk hati dan jiwa. Maaf itu indah :)


“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” 

(QS. At Taghaabun, 64:14)

Saturday, March 5, 2011

Suka Mengumpat? Baca Nih!



Assalamualaikum. Sudah menjadi perkara biasa buat segolongan manusia apabila mereka berbual, bersembang ataupun bermesyuarat tingkap, mereka lebih gemar dan teruja bercerita mengenai hal orang lain. Hah bila dah seronok bercerita sampai tak hengat orang sekeliling, tanpa mereka sedari mereka telah melakukan amalan mazmumah iaitu mengumpat! Kadangkala budak sekolah pun dah tahu mengumpat. Pantang cikgu tinggal kelas, mulalah buat mesyuarat tingkap dekat belakang. 

"Eh kau nak tau tak, budak A tadi buat gini-gini. Lepas tuh boleh pula dia gitu-gitu!"

"Eh Kak Bedah! Tadi saya nampak minah B tengah gini-gini. Ish3 memang perangai gitu-gitu!"

Amboi! Sedapnya mengumpat. Tahu tak mengumpat tuh, berdosa. Orang yang melakukan umpat tidak akan terampun dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. Nak tahu lebih jelas, Jom baca nih!

Akibat Bagi Orang Yang Mengumpat

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. 

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. 

Burukkan sifat mengumpat. Oleh sebab itu, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Perbanyakkan zikir untuk mengelakkan diri daripada mengumpat. Ada masa lapang, jangan mengayam ketupat. Ada masa lapang, buat pahala banyak-banyak. Baru syok kan? Hehehe.

Petua Mengelak Mengumpat

Ibnu Abbas pernah berpesan:-

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri.

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W; "Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.


Renungkan-renungkan dan selamat beramal! Anda buat anda dapat. Hehe. Assalamualaikum :)

Credit: SINI dan SINI