Monday, March 14, 2011

Pilih Sahabat Yang Macam Mana?


Assalamualaikum. Sahabat itu anugerah daripada Tuhan kepada kita. Peliharalah ia baik-baik. Bersahabatlah dengan ikhlas kerana Allah. InsyaAllah kekal selamanya ukhwah yang terjalin. Tapi kita mesti ingat sahabat boleh membahagiakan kita tapi kadangkala sahabat juga boleh buat kita sengsara. Oleh sebab itu, bijaklah mencari sahabat. Sahabat yang baik itu mengajak kita kearah kebaikan bukan sebaliknya. Ye tak?

Memilih Sahabat Seperti Ini :-

a) Orang Yang Berakal

Berkata Saidina Ali:
"Dan janganlah engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia. Berapa banyak orang yang jahil telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya. Seseorang itu dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya. Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya. Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika ada pertemuan. (Persahabatan)"

b) Orang Yang Akhlaknya Baik

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.
(Saidina Ali)

c) Orang Yang Soleh/Solehah

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya melewati batas."
(Surah Al-Kahfi ayat 28)

d) Orang Yang Benar

Janganlah bersahabat dengan orang yang suka menipu. Mungkin nanti dia akan menipu kamu. Kawan seperti ini umpama fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.

e) Orang Yang Tidak Tamak Dunia.

Janganlah bersahabat/bersekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia kerana dia akan menambahkan rasa tamakmu kepada dunia. Sebaliknya bersahabat/bersekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu kepada dunia.


Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan 
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
(Saidina Ali)
-----------------------------------

Nota: Zuhud dari segi bahasa ialah meninggalkan kecenderungan kepada sesuatu. Dari segi istilah ahli tarekat pula ialah meninggalkan dunia dan membelakanginya atau dengan kata lain, meninggalkan kesenangan dunia kerana mencari kesenangan akhirat.

No comments: