Monday, November 29, 2010

Merenung Kembali


Assalamualaikum semua dan selamat malam. Erm kadang-kadang saya niat esok jika saya terjaga awal pagi saya nak buat solat tahajud dan solat sunat yang lain tapi bila saya terjaga saya kembali melelapkan mata.

Kadang-kadang saya niat lepas saya solat subuh saya nak baca Al-Quran tapi bila habis solat subuh saya panjat atas katil lepas tuh tidur.

Kadang-kadang saya niat esok bila saya bangun tidur saya nak tolong mak saya buat kerja rumah tapi bila saya bangun saya melengung dekat sofa tengok TV.

Kadang-kadang saya niat esok saya nak bukak buku, belajar tapi bila tiba hari esok saya tak bukak buku tapi saya menghadap depan laptop.

Kadang-kadang saya ingin mengisi masa dengan melakukan perkara yang berfaedah tapi sebaliknya saya hanya membuang masa dengan mengelamun entah ke mana.

Terlalu banyak kadang-kadang dalam hidup saya, kalau disenaraikan mungkin tak akan habis. Mungkin awak juga begitu, siapa tahu kan? Jom lah kita sama-sama muhasabah diri kita balik, huhuhu. Tapi ada satu perkara yang perlu saya dan awak ingat, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tiada sebarang halangan untuk kita melakukan kebaikan tapi ada satu je makhluk yang tak suka kita buat baik iaitu syaitan. Syaitan tidak pernah putus asa untuk menggagalkan rancangan kita tuh.  So, awak kena Fight la dengan dia. Jangan biarkan syaitan beraja dalam jiwa kita, kita mesti Fight sama dia! Yeahh Fight la dengan syaitan yang menghasut awak tuh habis-habisan! Kita tak boleh kalah dengan dia okie! Selamat Berjuang Sahabatku (^_^)
Ku berikan hatiku pada dunia, dunia menipu, mempersenda, meletakkan aku di lembah kehinaan. Ku berikan hatiku pada manusia, manusia memperguna, menghancur lumatkan, dan menfitnahku. Ku berikan hatiku pada Tuhan yakni ALLAH SWT, hatiku dibelai, disayangi dan dilindungi. Lembut, syahdu dan mengasyikkan. Namun akulah manusia yang tahu tetapi leka dan terpedaya..

Friday, November 26, 2010

Selamat Pagi!


Assalamualaikum. Jam menunjukkan pukul 7:14 AM. Awal kan saya bangun? Ngeh3 sebenarnya tak tidur lagi nih. Woahhh ngantuk-ngantuk! *tutup mulut* Tapi memang puas hati lah, lovely complex sudah ku khatamkan! Overall cerita tuh best! Tapi kan korang kalau nak yang lagi complete and best, kena baca dekat manga lah! Cerita pun lebih masyukk, takdalah macam tergantung. huehuehue~

Eh korang perasan tak, sejak dua menjak nih, saya asyik membebel pasal anime je kan? Hailah nak buat macam mana, otak kekeringan idea nak menulis but tangan ni gatal jugak nak taip. Aiyak! =.=' Hurmmm baru saya ingat cikgu ada pelawa pergi sekolah jumaat minggu depan tolong cikgu lagi but tak tau lah nak pergi ke tak. Kalau ada geng bolehlah pergi tapi kalau takda, ana asifi ya muallima. ngee~ Bukan apa kalau takda geng, nanti terpinggir je sepanjang masa. Tak syok kot! Hee~

Ok saya nak rehatkan minda jap dengan menjawab tag+award daripada Kak Fatin kita nih. Syukran untuk award nih yer. Saya sangat suka akan award ini Akak Cute! Cheewahhh ayat nak bodek je! lalala~ XD Mari kita tengok dan lihat! Erkk lihat, tengok? Bukan sama je ke? Arghhh abaikan, tengok betapa terujanya saya untuk menjawab tag dari akak cute ini sehingga perkataan 'lihat' dan 'tengok' pun tak boleh dibezakan! Hahaha Ok2 kali ni serius, Marilah kita sama-sama  mengejar mimpi. Wee~~

Syarat-syarat, korang kena follow Belog Comel dulu. Sesiapa yang dapat award ni akan diberitahu. Sesiapa yang nak, boleh ambil. *mintak izin dulu. Lepas ambil award, please inform dekat shoutbox atau dekat comment entry ni. And, jangan ambil picture jea. Harus jawab soalan dulu. Tkya tag sesiapa
Itulah kata-kata Si Pemberi Award. Tidak diubah mahupun diedit. Original punya~ Ok jom kita tengok soalannya pulak. Tak sabar dah nih nak jawab. Hehe.

1. Nama penuh dan umur

--> Saya tak sabar-sabar nak keluar daripada perut mak saya pada tahun 1997. Nak tau umur? Kira lah sendiri! Haha :) Lepas tuh mak bapak saya pun bagi nama Siti Nurashiqah waktu pertama kali saya melihat dunia ciptaan Allah ini. (^_^)

2. Nyatakan 3 lagu english yang selalu anda dengar/suka

--> InsyaAllah by Maher Zain, Open Your Eyes by Meher Zain and For The Rest of My Life also by Maher Zain. Senang cerita semua lagu dia lah. Hahaha.

3. Berikan kata-kata untuk si pemberi award

--> Terima kasih bagi award nih dekat saya. Buatlah lagi award banyak-banyak bagi dekat saya. Hahaha gurau-gurau. hehe :D Terima Kasih :)

Ok selesai sudah! Hah lagi satu tadi macam biasa dok belek-belek shoutmix lepas tuh jumpa ini.


Kalau yang tuh saya tengok dekat blog INI. Pergi lah terjah blog tuh, banyak tutorial dekat sana. :) Semoga Berjaya! Hehe. Ok lah yer! Tak sedar pulak saya dah banyak membebel dekat sini. Saya sudah mau tutup post nih! Mulakan harimu dengan senyuman, tata!~

Wednesday, November 24, 2010

Kembali Pulang. Wee~~


Assalamualaikum. Kembali lagi bersama saya setelah sekian lama tak on9! Penyakit 'M' menyerang dalam diri. hoho! Hari Isnin dan Selasa kelmarin, kena datang sekolah untuk pengurusan buku teks. Erm semalam SPM dah bermula. Semalam paper BM, hari nih tak tak tau pulak. So gudluck untuk paper seterusnya buat pelajar SPM. Hari selasa tuh sempat la jugak mengintai dekat dewan, jauh giler jarak susunan meja. Memang takda peluang untuk meniru. Bagus-bagus. Hahaha :D Well jangan suka suki (memang tak boleh!) ko je nak meniru waktu pekse besar, cari bala namanya!

Hurmm kawan ada ajak pergi Mines dekat Seri Kembangan tuh esok tapi mak tak kasi. Tapi kan tapi kan memang saya taknak pergi pun. Hehe malas lah. Duduk rumah lagi syok bak kata pepatah 'rumahku syurgaku!'. Hehe. Ahah ada cerita anime best, Lovely Complex. Oleh sebab ada orang kata cerita tuh best, saya nak siasat lah dengan tengok cerita itu sendiri. Ada 24 episod je, sehari semalam boleh habis kot, InsyaALLAH. Huhu. Jom kita tengok macam mana cerita anime tuh. (promot nih. ngee~)



Risa and Otani are always being laughed at as the comedy duo. Risa, a girl, is taller than the average girl, and Otani, a boy, is shorter than the average boy. The two are always bickering and even their teacher sees them as a comedy act. But as their friendship develops, so do Risa's feelings toward Otani.
Hah tu saya copy paste je. Almaklumlah tak tengok lagi pun. Hari nih nak start tengok so nak tau best ke tidak, tengok lah sendiri. Ada orang kata cerita anime untuk budak kecik tak cukup umur je, weyh sape kata? Orang tua pun boleh layan tau! Huhu belum tengok belum tahu, dah tengok sure nak lagi. Hah so apa lagi, marilah kita layan. wee~ Eh ada gaya macam promoter tak? Hah sesiapa yang nak ambil promoter, silalah call saya. Haha ok lah yer, dah nak tutup post nih. Tata! 

Friday, November 19, 2010

Layan Jerrr


Assalamualaikum. Ahah korang masih dalam mood raya lagi ke? Sudah-sudah la tuh beraya, esok kena sekolah balik. Hailaa jeles tengok budak sekolah lain dah cuti. Huhuhu T_T Amacam meriah ke raya aidiladha tahun ni? Bagi saya biasa-biasa je. Hurmm sepatutnya raya aidiladha lebih meriah dari raya aidilfitri kan? kan? kan? Kalau macam tuh nak pergi pindah Arab lah sebab dekat sana sangat lah meriah! Hahaha apakah? =.=

Yeahhaa tamatnya hari esok bermakna tamatlah musim persekolahan untuk tahun ni.(2010) Rasa tak sabar-sabar nak sekolah tahun depan dengan azam yang baru, hoho! Hurmm nak cakap something nih, saya call kawan tapi bila angkat je kata salah nombor. Saya tekan no. salah ke? Persoalan yang tak terjawab-jawab sampai sekarang. Tanya diri sendiri lah shiqah oii. Tapi kalau korang tau sila dial di talian 010 *******. Hadiah lumayan menanti kamu semua! hee~


Ok semalam saya berjaga pagi-pagi buta tengok cerita korea, A Moment To Remember. Agak sedih la. Huhu malam tuh jugak habis sebab tak banyak sangat episode lepas tuh internet pulak tengah laju, aiyaa memang syok habis lah waa layan korea! Hahaha :D Sekarang ada cerita best dekat channel KBSW, True Love. Tak tau lah cerita baru or lama. Asal best melekat la tengok cerita tuh. Hik3. Hah tak cukup dengan tiga tuh, ada lagi cerita yang saya tengah tengok sekarang, dekat tv3 jam 6:30 PM iaitu Seribu Kali Cinta. Agak lawak cerita tuh sampai abang saya tergelak-gelak depan tv. Hehehe.


Hurmm rancangan nak pergi serbu rumah Fieqah tak berjalan lagi nih. Takpe-takpe, masa banyak lagi. Cuti pun masih panjang. Eh Aula? Bila mau serbu nih? ;D Ok lah sampai sini je kot. Haha kepada yang dah start bercuti, Happy Holiday! Kepada yang tak start cuti lagi, jangan risau nanti kita juga akan menyusul mereka! Haha nak tutup post sekarang, tata!~ (^_^)

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Assalamualaikum. Pada hari yang serba indah ni saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam diluar sana. Perayaan Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya iaitu Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah Taala. Korang boleh merujuk dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga 111 untuk mengetahui peristiwa asal-usul aidiladha. 

Nama lain bagi Hari Raya Aidiladha ialah Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Kita selalu dengar dan gunakannya, betul tak? :) Perayaan ini disambut pada tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Untuk pengetahuan korang, umat Islam disunatkan berpakaian cantik, paling bersih dan memakai wangi-wangian pada hari tersebut. Itulah serba sedikit yang saya tahu mengenai Hari Raya Aidiladha. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, rajin-rajin kan lah diri untuk cari dekat google. Hehe ;D Ok saya nak tutup post sekarang! Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! (^_^) May all our struggles and sacrifices be rewarded with Allah's blessings, InsyaAllah.

Sebut raya kata hooray, lembu kambing say no way, ayam itik start run away, aidiladha now on da way :) Salam Aidiladha!

Sunday, November 14, 2010

Award (^_^)

Assalamualaikum. Hari nih dapat award daripada Shiqa. See nama kitaorang nak dekat sama kan? Hehe walau apa pun terima kasih bagi award nih :) Meh kita tengok award tuh, hoho!

Saya Mau Cuti!

Budak Kecik main laptop! Haha (KONON! hee~)

Assalamualaikum dan salam ceria! Hoyeahh dah tak sabar nak cuti nih! Sekolah asrama penuh dah start cuti, awal seminggu dari sekolah harian. Haishh ini tak boleh jadi, hoho! Dalam otak ni dah mengarang dah nak pergi mana cuti-cuti nih. Firstly, semestinya nak pergi dating dengan Aula then serbu rumah Fieqah! Ngeh3. Tengok gambar atas tuh, inilah aktiviti yang saya buat waktu-waktu macam gini. Sampai budak kecik ni pun menyelit sekali tumpang main. Amboi gaya macam orang besar! (^_^) Oh Marissa SANGAT COMEL! ♥

Ok memang secara jujurnya saya tengah boring tahap giga sekarang. Haishh tak taulah nak buat apa. Nak kacau orang, tapi sape? Adoyaii =.= Tadi Aula call dari asrama lebih kurang pukul 8 pagi. Tengah cakap best-best tiba-tiba terputus. Tak sempat nak cerita dekat dia pasal saya kenakan 'seseorang' semalam. Haha sebenarnya bukan niat nak mengenakan orang tuh tapi dia cakap tak kenal, memang ambik kesempatan la kan. Hehehe XD Itu pun kejap je sebab tak sampai hati nak kenakan orang tuh lama-lama. Ohho!
Ok lah takda benda dah nak cerita. Nak tutup post sekarang!

Thursday, November 11, 2010

Zaman Kegemilangan


Assalamualaikum. Owh yeah hari nih keputusan UPSR keluar. Hehe tahniah kepada adik-adik yang mendapat 5A. Tahniah lagi kepada semua warga UPSR sebab korang dah berjaya melepasi peperiksaan UPSR dengan jayanya! Bhahahaha! Kepada adik-adik yang takda rezeki, jangan la sedih-sedih! Tahun depan ada lagi, lagipun baru UPSR kan? Banyak masa lagi, InsyaAllah. :) So, ganbatte! ngee~

Sekarang nak dekat masuk setahun saya berada di sekolah menengah. Sekolah rendah berjiran je dengan sekolah menengah saya sekarang. Sekolah rendah sudah semakin maju nampak gayanya. Tahun lepas taknak pulak buat air terjun segala bagai! Kuang3. Bilik air pun dah transform habis, bilik air perempuan cat warna pink siap ada langsir dengan bunga-bunga lagi. Sekali tengok macam bilik tidur. Perghhhh tak puas hati. Asal dulu waktu saya sekolah sana tak mau buat? Jeles jap. ngee~

Walau apa pun sekolah rendah banyak kenangan pahit dan manis. Kena buli dari segi jiwa! Dulu agak lembik tapi sekarang jangan haraplah korang nak buli lagi. Eden penyek-penyek kan ekau jadi lempeng! ngee~ Nak cakap kejap sebelum tutup post:

"Weyh sepupu, tahniah lah dapat 5A. Teruskan zaman kegemilangan kau pada masa akan datang. Jangan jadi malas tahun depan!" *Peace!*

Tuesday, November 9, 2010

Hye,Hye. Bai,Bai.


Assalamualaikum. Ok hari ni dah dapat buku teks. Woahhaaa suka+teruja! Kelas saya semua dapat buku baru. Hehe.  Lepas nih saya tak akan on9 lagi dah. Sekali-sekala boleh la. Kan saya dah pernah bagi tahu dekat post NI. Yeahh semangat! Tak mau dah indah khabar dari rupa, nak buat betul-betul! InsyaAllah. ;D


Sekarang datang sekolah dah tak belajar, kitaorang main je. Main batu seremban. Hahaha lawak kot. Tah hape2 je kitaorang main. Nak cerita tapi saya tak tau macam mana nak cerita. kuang3. Sekarang otak tengah beku, nak buat ayat pun dah 'kureng'. ngee~


So, minggu nih saya nak belek-belek buku yang baru dapat tuh. Nak cuba belajar sikit-sikit tentang tajuk tahun depan. So, tata semua. ^_^

Hah lupa! Keputusan final exam, Alhamdulillah :))

Sunday, November 7, 2010

Hari Ini Dan Semalam


Assalamualaikum. Seperti biasa aktiviti yang saya buat ialah blogwalking! Tapi dah berkurangan sejak dua menjak nih. Haishh penatlah nak jalan-jalan. Lenguh kaki nih, kalau krem siapa nak jawab? Wha2 termerepek sudah. Saya dah pernah kata habis exam nak tengok cerita anime sampai pagi kan, so sekarang saya tengah menunaikan janji. masa bila saya berjanji dengan korang nih! abaikan, penulis sudah menjadi mereng akibat kurang tido!

Semalam balik dari rumah saudara dalam pukul 10:30 PM, sampai rumah pukul 12 lebih. Memang terus landing atas katil lah! Penat kot! Lepas tuh dalam pukul 4 lebih pagi terjaga balik. Apa lagi saya terus bangun buka laptop tengok citer anime. Tapi memang tindakan secara drastik. Then sampai sekarang tak tido-tido lagi. Dasyat tak? Hahaha. Memang marathon habis tengok anime, temengah-mengah jugak larh! Kuang3 =.=

Sekarang saya tengah tengok cerita Fruits Basket, memang best la cerita dia. Mungkin ada yang pernah tengok dekat tv7 dulu. Cerita tuh dah lama dah. Tapi biasalah tak terikut cerita tuh dalam TV. Kadang-kadang tengok, kadang-kadang tak. So kalau tengok pun tak tahu jalan cerita. Sebelum nih saya tengok anime Aishiteruze Baby. Huwaaa sangat sweet cerita tuh!

Owh yeah hari nih hari jadi My Kembar. Haha. Sanah Helwa ya ukhti. Ana uhibbuki fillah abadan abada Ilahi. :) Moga ukhti berjaya menjawab exam esok dengan tenang dan lancar. :) Bittaufiq wannajah!!! ;)

Alamak esok sekolah! Tak boleh tidur lambat, alaaaa kecewa jap! Eheh :D Esok dah kena hantar buku teks. Jangan ada yang tak datang esok sudah lah yaw! Hurmm post kali nih agak panjang pulak kan, entah ada orang baca ke tak. Haha pape je lah. Janji hati gembira sudah! *wink2* Ok sekian saja dari saya, tata! ^_^

Thursday, November 4, 2010

Kucing Oh Kucing


Assalamualaikum. Gambar dekat atas tuh takda kena mengena dengan cerita yang saya akan cerita ni tapi sedara mara dia ada. Hehe. Hurmmm tadi dengan mata empat ni saya nampak seekor kucing telah dizalimi oleh manusia-manusia yang sengal! Wha3. Dalam hati ni memang tengah membara la kan! Ciss saya pantang betul orang buat kucing gitu! Apa lagi waa mula lah naik angin tapi takda lah nak jerit-jerit macam hape. Kita kalau nak nasihat orang menggunakan cara yang berhikmah. hoho! Ikuti dialog dibawah..

Saya: Weyh yang korang dok 'menghalau menggunakan kaki' tu apa citer?
Dia: Kau tak nampak ke? Dah la banyak kurap. eeeee geli doe!
Saya: Sebab tu je ke? Abis yang kau sepak-sepak kucing ni asl? (saya angkat kucing tuh then hulu-hulur dekat dengan dia. Wahaha lawak2! ;p
Dia: Eee kau nih sengal ar! Tak payah la doe! 
Saya: Tulah lain kali jangan buat macam nih. Kucing ni pun makhluk Allah, apa kau ingat dia tak sakit ke kau sepak-sepak dia? Ingat dia bola sepak ke? Kalau dah gian sangat nak sepak tuh, g amik bola dekat stor sukan yer!....

Belum sempat habis cakap dah belah, malu la tuh kena perli. Ngehehe. Apa jadi dengan kucing tuh? Ada lagi dengan saya waktu tuh. Jinak tak garang. Kurap sikit je pun. Kecoh lebih je! Huhuhu. Then singgah koperasi sekolah beli biskut, bagilah kucing tu sikit. Tak sangka dia makan biskut! Hahaha. Rehat dah habis so terpaksa la tinggalkan kucing tuh. Huhu. Tapi yang saya suka tuh, saya perasan ada seorang Hamba Allah angkat kucing tuh then main-main dengan dia. Oh dia sangat baik. Wha3 semoga Allah membalas dengan kebaikan berlipat kali ganda kepada orang tersebut, Amin..

p/s: Rindu Manja! Kui3.

Wednesday, November 3, 2010

Saya Sudah BEBAS!


Assalamualaikum. Waaahhh syok tahap kritikal nih! Saya sebagai anak pengetua mengumumkan pada tarikh 2 November 2010 (semalam) sudah tamatlah exam! Hoyyeahh betapa terujanya daku! Tapi seperti yang diazamkan start je dapat buku teks tahun depan, nak belajar terus! InsyaAllah. hee~ Kepada form atas yang tak habis-habis lagi, saya turut bersimpati dengan anda semua. Kecian... Kah3 terjahat sudah. Oh yeahh yang penting saya sudah BEBAS! Ngeh3 :)) So dah habis exam nih, apa lagi nak balas dendam la kan, layan cerita anime sampai pagi! Woahhhhh i likee!~

Ok larh yep! Mau tengok-tengok, belek-belek, lihat-lihat cerita anime. Kepada SPM Candicates, Selamat Maju Jaya!! Ganbatte!



Monday, November 1, 2010

iNi Lah Masanya!

Assalamualaikum. Delete Facebook? DAH! Delete benda-benda yang lain? DAH! Semoga ianya terus kekal. Tak mau main FB dah! Masa untuk belajar! belajar! belajar! Aja Aja Hwaiting Shiqah!! Walaupun dah akhir tahun, saya akan belajar untuk tahun depan awal-awal. InsyaAllah. Semangat!! Biarpun tahun ni saya rasa hambar dalam pelajaran, tahun depan saya akan buat betul-betul! NO MORE PLAYING OK! Salam Mujahadah untuk diri sendiri!! Hehe ;)


BELAJAR TIME!! SEMANGAT!!!!