Wednesday, March 16, 2016

Bambam! Get Well Soon :(

Assalamualaikum. Mungkin ada hikmahnya minggu lepas aku berkeras juga nak balik bermalam di rumah even HEP susah sangat nak bagi kebenaran. Huhu~ Ingatkan bila balik, dapatlah bersantai dan senang lenang tapi dikejutkan pula dengan keadaan Bambam yang tak berapa nak sihat. Susah hati aku sepanjang cuti minggu lepas. Bambam adalah salah seekor daripada 8 + 6 ekor kucing aku di rumah dan Bambam sangat special dalam hati aku. Bila tengok dia sakit, serius perasaan sedih tu tak boleh nak sembunyi :( Menangis juga aku malam sabtu tu.
Memandangkan hari Ahad, semua klinik veterinar kerajaan cuti. Maka aku, kakak aku dan mak aku bergegas ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jalan Datok Kumbar, Alor Setar, Kedah. Kedah beroperasi pada hari Ahad kan. Vet sahkan Bambam menghidap penyakit batu karang yang mengakibatkan dia sakit dan tak boleh nak kencing macam biasa. Sedangkan manusia pun apabila diserang penyakit batu karang, menangis kesakitan inikan pula seekor kucing. Apalah dia tau kan. Mesti Bambam sakit sangat waktu tuh. Huhuhuhu :'(
Untuk rawatan, Bambam dibius supaya tak sedarkan diri dan satu tiub telah dimasukkan ke dalam saluran kencing dia. Tujuannya untuk mengeluarkan batu-batu yang block salur kencing dia. Hampir 2 jam baru selesai.


Selepas terima rawatan. Masih dibawah ubat bius. Pengsan tak sedarkan diri.

Pada hari isnin, Family aku nak balik ke Selangor. Bambam pun ikut sekali sebab dia sakit kan. Takkan nak tinggal dekat rumah. Bambam dah macam salah seorang ahli keluarga kami. 
Dalam kereta. Dari Pulau Pinang nak OTW ke Selangor. Terpaksa pakaikan Bambam pampers sebab masih tak kuat nak berdiri dan uruskan diri. Kesian sangat dekat Bambam. Huhuhu~

Sampai saja dekat Selangor, Abang aku yang kedua pula ambil tugas untuk bagi makan ubat, paksa makan dan minum. Semua tindakan tu dilakukan supaya Bambam cepat sembuh. Kami semua mahukan Bambam sihat macam biasa.


Kena paksa minum air. Walau apa pun, doktor haiwan pesan bagi minum air sebanyak yang mungkin. Masih pakai pampers 
Dan keadaan Bambam masih lagi tak berapa nak baik. Masih tak boleh nak kencing dan Bambam berusaha menahan kesakitan menyebabkan mak aku buat keputusan untuk pergi ke klinik haiwan swasta yang terletak di Selangor. Dan sememangnya servis yang diberikan oleh klinik swasta sangatlah tip top! Klinik kerajaan sekali lagi menghampakan aku. Semasa menerima rawatan di Klinik Haiwan Swasta, sekali lagi batu yang menyerupai pasir-pasir kecil keluar. Dan lagi terkejut bila mak aku cerita yang doktor di Selangor kata ubat-ubat yang diberikan oleh klinik kerajaan is useless! Ubat tersebut buat keadaan tubuh badan Bambam bertambah teruk.


Ubat yang diberikan oleh Klinik haiwan swasta. Lepas Bambam makan semua ni, nampak sedikit perubahan positif.

Kesian Bambam. Nampak kurus sikit 

Semalam Bambam meraung kesakitan untuk sekian kalinya. Mungkin ada lagi batu yang tak keluar lagi. Hari ni Mak aku bawak semula Bambam untuk diberi rawatan di klinik haiwan swasta yang sama. Mohon takde apa yang serius sebab aku masih tak terima lagi update terkini. Sungguh sepanjang minggu ni aku susah hati. Asyik fikir aje macam manalah keadaan Bambam sekarang. Nak buat kerja pun rasa lambat. Risau sangat. Moga Bambam akan sembuh seperti biasa. Serius aku takut kehilangan dia. Sayang sangat-sangat dekat Bambam! Doakan Bambam cepat sembuh semua!

Wednesday, March 9, 2016

Wajah Syurga Kesayangan Saya

Assalamualaikum. Mungkin pernah kau duduk di taman dan kau lihat gelagat dan telatah anak-anak kecil. Kalau bukan di taman, mungkin di pasaraya atau di kedai-kedai makan. Lantas kau tersenyum sendiri. Itulah the power of children right? Can make us smile just like that :) 


Pada 27 Februari 2016, lahirlah anak kedua abang sulung aku. Terbit perasaan gembira dalam hati ni. Perasaan yang sama juga selepas Nur Zinnirah binti Abdul Malik dilahirkan pada 2 September 2013. Sungguh dengan kehadiran mereka, maka bertambah besar dan meriahlah Family Jurit’s. Hehe :D

Lihat anak kecil ini maka aku teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Anak itu seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi atau majusi.”

Dalam Surah Al-Anfal ayat 28, Allah juga berfirman yang bermaksud, “Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya disisi Allah-lah pahala yang besar.”


Nur Zinnirah binti Abdul Malik.

Muhammad Anas bin Abdul Malik.

Moga awak berdua membesar menjadi manusia yang taat pada Allah, ikut sunnah Rasulullah dan soleh dan solehah pada ummi dan abah. Acu sayang awak berdua kerana awak berdua terlalu special dalam hati Acu. Hehe :)

Wednesday, March 2, 2016

I'm Proudly Blood Donor

Assalamualaikum. Pada hari Sabtu yang lepas, (27 Februari 2016) KMPP telah melaksanakan satu program yang dinamakan Karnival Sains secara besar-besaran. Memang teruja dengan acara perasmian Karnival Sains baru-baru ni. So many suprised!


Banyak aktiviti yang dianjurkan tapi aktiviti yang paling best ialah Kempen Derma Darah. Dan itulah satu-satunya aktiviti yang aku join sebelum aku balik terus ke Kompel Tun Kudu. Aktiviti yang lain langsung aku tak pergi. Rasa rugi pulak tapi nak buat macam mana kan. Lepas aje aku habis derma darah, aku terus rasa macam letih + tak sihat. Dan hari yang sama juga, terus aku demam. Huahuahua penangan derma darah mungkin :P

Ok memandangkan ini pengalaman pertama aku derma darah, So nak ceritalah pengalaman serba sedikit. Firstly, dapat satu borang untuk diisi. Many questions to answer but just choose yes or no. So just an easy task I guest. Then lepas dah isi borang, kita pergi dekat nurse maybe. Dan mereka akan check paras haemoglobin kita dan paras haemoglobin mesti 12 ke atas. Berat badan pula kena 45kg ke atas. Kalau syarat-syarat dekat atas tak dipenuhi, sorry to say but you cannot donate your blood :(

Dan mereka juga akan check kita punya jenis darah dan darah saya A positive. Baru tahu uolss. Eksaited kejap sebab darah aku sama dengan Anis! Hahaha :P Lastly, dia akan check kita punya blood pressure. Aku ingat aku tak lepas but then Alhamdulillah lepas jugak! Finally, 350 mL of my blood (A+) was safely donate to Hospital Pulau Pinang. Alhamdulillah semuanya selamat. Hehe :D

Dapat sijil! Lepas ni kalau nak derma darah lagi, buku sijil ni
jangan tinggal yer! :)

Derma darah is a good thing actually. It can save many people. In shaa Allah I will donate my blood again if I have chance. Every blood donor is a hero. So lets be hero together. Would you? :)

P/S: Kawan-kawan yang mungkin tengah baca post ni, jom follow blog wordpress saya. Actually blog wordpress tu hanya untuk kerja-kerja matriks. So, jangan terkejut kalau ada post yang sama macam dalam blog ni sebab saya update dua-dua blog. Hahaha moh ler follow saya di wordpress yer but saya 100% komitmen dekat blogspot ni. So don't worry be happy! :) Wordpress saya : snjashiq.wordpress.com

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Wednesday, February 24, 2016

Sambutan Hari Jadi Aku Yang Ke-19

Assalamualaikum. Yup! Mengikut tajuk di atas, hari jadi aku dah pun berlalu pada 20 February yang lepas. Tak disangka-sangka, ada kejutan yang menanti pada hari tersebut. Hehe :) Hakikatnya seumur hidup aku, tak pernah orang sambut birthday besar-besaran macam ni. Paling kurang pun, kengkawan dan keluarga hanya wish guna mesej aje. Tak pun, tak wish langsung. Keluarga aku tak mementingkan sangat birthday-birthday ni. Penting sangat ke? Pada pendapat aku, birthday ni hanya peringatan untuk terus mencari amalan untuk dibawa di akhirat nanti. Makin meningkat umur, makin dekat dengan hari kematian. Kan?

Terima kasih sahabat kerana mengingati hari jadi diri ini. Mereka berlima dah lama rancang nak buat suprised. Siap buat group whatsapp lagi. Beli kek dan buat kad ucapan yang suwiitttt suwiittt sangat. Terharu mak nak. Moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. Suraya, Lian, Farah, Anis dan Alang. Terima kasih juga dekat kengkawan praktikum yang wish birthday dekat group! :)

Malam yang sama juga, roomate buat suprised dalam bilik. Beli kek dan hadiah. Sungguh aku beruntung ada roomate macam diorang bertiga. Kami mesra, mesra sangat-sangat. Ramai kengkawan aku yang tak berapa mesra dengan roomate diorang, tapi aku bersyukur kerana dapat sebilik dengan Jannah, Azreen dan Jun. Actually, banyak yang aku nak cerita pasal roomates aku yang paling best ni. Tunggu aku post entry special for my beloved roomates!

Suraya dan Anis

Lian, Alang, Farah, Suraya and Anis

Birthday girl

Dan hari berikutnya, (21/2) my mother and big sister pula bawa aku pergi keluar outing. Katanya nak beli barang aje, tengok-tengok pergi parking depan Restoran KFC. Waaaaaaaaa terima kasih Mak dan Kakak sebab belanja orang KFC. Memang dah lama mengidam nak makan KFC. Semalam (20/2) aku melawak dengan kakak aku suruh belanja KFC, esoknya (21/2) dah ditunaikan. Alhamdulillah kenyang. Pulang semula ke KMPP dengan hari yang ceria. 

Mak and Kakak saya :)

Yang sebenarnya, inilah Sambutan Birthday yang paling best dalam hidup aku. Sekarang baru aku tahu kenapa ramai senior matriks yang rindu nak masuk matriks balik. Life dekat matriks memang awsome! Terima kasih semua! Tak percaya dah 19 tahun. Huhu tua dah akuuuu~

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Tuesday, February 16, 2016

Pelajar Zaman Sekarang Manja Lebih!

Assalamualaikum. Rasanya ramai kengkawan aku yang belajar menggunakan duit MARA ingin berhenti disebabkan krisis kewangan. Bayangkan dah masuk sem 2 tapi kena berhenti disebabkan MARA dah tak support. Kebanyakannya bukan orang senang. Yuran pengajian pun mahal. So nak salahkan siapa? Kesian kepada pelajar zaman sekarang. Hurmmm~

Alhamdulillah aku masih boleh bertahan menggunakan elaun yang diberi pihak matrikulasi. RM 250 sebulan. Kadangkala lambat masuk tapi tetaplah kena bersyukur sebab dapat juga. Tapi dalam diam merungut juga. Yelah.. Dompet hampir kering lah katakan. Hakikatnya.. Semua barang mahal sekarang ni. Makanan dekat kafe pon taklah murah sangat. RM 50 pon tak bertahan sampai seminggu. Cabaran buat para pelajar.

So nak bagi bertahan, terpaksalah catu makanan. Kadang-kadang seminggu tak beli nasi. Nak beli nasi pun pikir dua tiga kali. Beli maggi Cintan satu pek. Dalam tu ada 5 bungkus. Makan la benda alah tu untuk 5 hari. Janji perut kenyang. Dan roti gardenia WAJIB ada. Hehe :-D

So siapa cakap kami manja? Meh duduk dulu dekat tempat kami. Baru tau rasanya. Usah dilihat pada pelajar yang kaya raya kerana disini yang dominannya semua pelajar yang datang daripada keluarga yang susah dan banyak tanggungan. 

Pada zaman aku ni. Banyak cabaran untuk meneruskan pengajian. Biasiswa pun dah makin kurang. JPA pun kena tarik balik. MARA pon dah tak nampak masa depan. BTW, syukurlah Malaysia masih aman. Hahahahahaha :-P

Sekian saja luahan aku sebagai seorang pelajar pada tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Ilaliqa'
Cik Shiqah
#JanganKecamSaya

Monday, February 15, 2016

Burung Hantu O_O

Assalamualaikum. Jam di telefon sudah menunjukkan waktu 1:10 AM namun mata ini masih terang benderang. Terbaring di atas katil ditemani dengan cahaya lampu study sahaja. Yup! Aku sudah pun berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Esok maka bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar seperti kebiasaannya.

Hadir ke kuliah, tutoran, amali dan paling best mentor mentee. Tapi sekarang program mentor mentee hanya dijalankan dua kali setiap bulan sebab setiap hari jumaat kena ganti kelas. Habis aje solat jumaat, pukul 2:30 PM terus kena ikut jadual.

Orang kata belajar dekat matriks ni jadual padat. Aku pun tak tahu kesahihannya sebab setakat ni masih boleh follow. Alhamdulillah. Doakan aku berjaya menghabiskan pengajian aku disini dengan result yang gempak yer! ;-)

Dan mata aku masih lagi terang benderang. Inilah padahnya kalau aku bertukar tempat tidur. Setiap kali aku cuti lama maka hari first dekat sini aku akan jadi burung hantu. Esok-esok okay la ni. Aku akan dapat tidur dengan lena macam biasa. Dan ada kuiz bio pula. So alang-alang dah tak boleh tidur, kita baca apa yang patut dulu la kot. Huhu selamat malam awak semua!

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Kompel Tun Kudu
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Saturday, February 13, 2016

[REVIEW] Tunangku Tidak Tampan

Assalamualaikum. Tunangku Tidak Tampan (3T) karya Muhammad Rusydi atau lebih dikenali sebagai Abang Bikai (Encik Sederhana) di Facebook. Nampak tajuknya macam sebuah novel cinta kan? Tapi bila korang baca sendiri, memang sangkaan korang akan jauh terpeleset.

Bila aku baca aje novel ni, hati aku rasa lain. Tak tau nak ungkap macam mana. Perasaan bercampur baur. Pandai penulis bermain dengan perasaan pembaca.

Novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zam yang bergelumang dengan dosa, hatinya tiba-tiba resah dan gelisah apabila memikirkan perkataan 'syurga'.

"SEGALA APA YANG KAU SUKA TU, SEMUANYA ADA DI SYURGA."

Dan ayat dekat atas inilah yang mendorong Zam untuk berubah menjadi seorang manusia dengan bimbingan Abang Jaga. Sungguh bila manusia ingin berubah menjadi lebih baik, maka ujian sangat banyak. Banyak sangat ujian buat Zam dalam novel ini dan setiap ujian yang dilalui oleh Zam memberi 1001 pengajaran buat aku dan mungkin orang lain yang membaca novel ni jugak.

Salah satu pengajaran daripada novel ni; Sejahat-jahat manusia boleh berubah menjadi sebaik-baik manusia. Sebab itu kita tak boleh judge seseorang manusia based on kisah silam dia. Permulaan baik untuk seseorang manusia itu tidak menjamin pengakhirannya juga baik dan begitu juga sebaliknya.

Aku tutup review aku ini dengan kata-kata Abang Jaga yang dipetik dalam novel 3T ini.

"Bila seseorang itu bersandar pada Tuhannya seratus lima puluh juta peratus, even dia berada di kasta manusia paling bawah sekalipun... Kau takkan bisa tewaskan dia. Bila lampu hidayah telah dinyalakan. Cubalah kalau kau mampu padamkannya semula..."

Akhir sekali, novel Tunangku Tidak Tampan memang terbaikk. Banyak lagi aku nak cerita tapi apakata korang dapatkan sendiri novel ni. Memang korang takkan rugi. Sangat berbaloi kerana novel ini sangat sarat dengan pengajaran dan ilmu.

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Home Sweet Home
Pulau Pinang

Friday, February 12, 2016

Kisah Benar Disebalik Movie Sunk Into The Womb

Assalamualaikum. Jika entry dahulu aku berada di Selangor tapi kini aku dah pun berada di Pulau Pinang. Hari Ahad dah kena balik ke KMPP. Rasa macam tak cukup aje cuti 2 minggu. Hari Ahad pon tak lama lagi datanglah dia. So sementara nak tunggu, kita habiskan masa dengan tengok TV ajelah. Hahaha :-D

Dua hari yang lepas. Dalam pukul 12 pagi, kakak aku ajak tengok cerita dekat astro mustika. Katanya cerita hantu yang bertajuk SUNK INTO THE WOMB. So daripada dalam bilik terus keluar pergi ruang tamu. Rupanya tajuk aje macam cerita hantu tapi ceritanya jauh benar daripada hantunya. Hehe tapi disebabkan dah duduk depan TV, kita layan ajelah. Sunk Into The Womb. Cerita Jepun based on the true Story.

Cerita ni agak psyko bagi aku. Mengisahkan seorang perempuan yang ditinggalkan suami. Selepas ditinggalkan, hiduplah dia dengan dua orang anaknya, Sachi dan Sora. Dipendekkan cerita, Sachi dan Sora mati sebab mak diorang tinggalkan diorang dalam apartments tanpa makan dan minum. Memang tragis dan kejam.  Ada banyak lagi scene yang menyayat hati sepanjang Sachi dan Sora ditinggalkan terkontang-kanting dalam apartment berdua.

True story weyh. Habis aje cerita tuh, gigih aku cari cerita yang real berdasarkan movie ni dan inilah maklumat yang aku jumpa.

MOTHER GETS 30 YEARS FOR LETTING KIDS 
STARVE TO DEATH. 

OSAKA —A 25-year-old mother whose two young children starved to death surrounded by rubbish after she locked them in her apartment has been sentenced to 30 years in jail. Single mother Sanae Nakamura regularly left her daughter, 3, and one-year-old son, in the apartment in western Osaka while she spent the night at her boyfriend’s house, reports said.

She had begin leaving them alone in March 2010, the Asahi Shimbun said, adding that sometime in early June that year she stopped coming home. But when she did eventually return later that month the two tots were dead, the paper said.

Nakamura was convicted of murder by Japan’s lower courts and sentenced to 30 years at earlier hearings, which found she had known that leaving the children without sufficient food would kill them. The country’s supreme court on Monday upheld the sentence, the Asahi and Kyodo News reported on Wednesday.

Source-:http://www.japantoday.com/category/crime/view/mother-gets-30-years-for-letting-kids-starve-to-death

Dah lebih kurang 6 tahun tragedi ini berlaku rupanya. Andai kata tak diceritakan semula dalam bentuk movie yang bertajuk SUNK INTO THE WOMB ni, aku pun tak akan tahu kisah yang kejam dan menyayat hati ni. Dan tak boleh nak bayangkan macam mana seorang ibu sanggup buat benda yang membunuh anak-anak dia yang masih kecil. But no matter what, kanak-kanak yang masih belum baligh tetap akan masuk syurga jika umurnya tak panjang. Walaupun mati dalam keadaan yang agak kejam tapi syurga menantikan kehadiran anak- anak kecil itu :-)

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Home Sweet Home
Pulau Pinang.

P/S: Entry ini ditaip sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy S2 saya. First time guna handphone untuk menulis dalam blog ni. Rasa lain sikit tapi lepas ni bolehlah update blog selalu. KOT? hahaha :-P

Tuesday, February 9, 2016

[BEST] Jalan Jalan Putrajaya

OTW Pulang ke Selangor

Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita hari ini. Alhamdulillah, mempunyai kelapangan untuk update blog kesayangan ni. Cuti raya cina pun dah sampai penghujungnya tapi aku masih cuti yer. Hari Ahad ni baru balik ke matriks semula. Aktiviti cuti ni, aku dan keluarga dari Pulau Pinang pulang ke tempat membesar iaitu, Beranang, Selangor. 16 tahun di Selangor, tak mungkin aku lupa memori dekat sana walaupun sekarang dah menetap di Pulau Pinang.

Kitaorang bertolak dari rumah hari Sabtu lepas. Memang perjalanan kitaorang laju aje, tak terganggu dengan jammed. Tapi tengok sebelah, fuhhhhh jammed teruk. Memang tension la kalau aku dekat lorong sebelah tu. Semua manusia nak pergi balik kampung nun jauh di utara tu. Kami aje melawan arus nak pulang ke selatan. Hahaha :D

Semalam hari Isnin, baru kami jenjalan sungguh-sungguh. Kami pusing-pusing Putrajaya. Ingatkan tak ramailah manusia sebab semua dah balik kampung tapi jauh terpeleset semua tu sebab ramai lagi manusia rupanya. Nak cari parking pun susah! First, kita pergi berjimba dekat IOI City Mall, Putrajaya.

IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Kita jalan-jalan cuci mata dulu dekat sini. Sangatlah ramai dengan manusia dalam tuh. Abang aku dalam kereta cakap, "tak ramai kot orang dalam tu sebab ramai balik kampung." Tapi indah khabar dari rupa aje lah. 


Nampak tak pokok besar warna pink dekat belakang tu? Itulah hiasan paling gah untuk Perayaan Tahun Baru Cina 2016 di IOI City Mall ni. Ramailah orang dok berselfie, berwefie dekat situ. Serius cakap memang pokok tu cantik. Macam pokok sakura gitu. Dekat persekitaran mall, ada pokok-pokok sakura juga tapi saiz lebih kecik daripada yang ini. Tapi memang cantik gila lah!


Sekarang, kita dekat Icescape! Siapa-siapa yang nak rasa main ice skating, bolehlah datang sini. Boleh feeling-feling macam dalam drama korea uolss! Bila datang aje dekat sini, korang akan disambut oleh tiga penguin yang comel seperti dalam gambar tu. Bawah ni aku nyatakan sekali bayaran untuk ice skating ni.
Hari biasa: RM23
Hari minggu/ cuti sekolah : RM28
Pelawat: RM5
Stokin :RM6
Gloves: RM9
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Kalau nak jimat, bawaklah sendiri gloves dengan stokin tu. 6+9 = RM 15. Korang boleh beli banyak benda kot guna RM 15 tu. Dan lagi satu. Jangan risau kalau korang tak pandai main ice skating sebab akan ada penguin comel yang boleh membantu. Penguin tu berfungsi macam tongkat yang akan menuntun korang untuk berdiri dalam dataran ais tu. Aku tak sempat nak bergambar! Rugiii sungguh la~~ 


Tempat ni pun salah satu tarikan dekat IOI City Mall, Putrajaya ni. The Symphony. Aku rasa mungkin air dekat situ akan bergerak ikut nada lagu kot. Tapi time ni takda lagu pon. Cantik tempat ni. Dekat seberang dia ada telur dinasour. Tapi disebabkan kemalasan nak menyeberang tu, so gambar bersama telur+anak dinasour pun takdak laa :) Lain kali, In shaa Allah pergi sana.


Lepas dah pusing-pusing satu IOI City Mall Putrajaya, kami pun singgah ke Masjid Putra, Putrajaya. Punyalah susah nak cari parking sebab ramai sangat orang dekat situ. Salah satu keistimewaan dekat Masjid Putra ni, nak masuk dalam kena melalui pengawal yang diarahkan untuk meneliti tatacara pemakaian kita. Andai kata pemakaian kita tak sesuai untuk masuk dalam masjid seperti pakai baju atau seluar ketat, pelancong-pelancong yang bukan Islam atau dengan kata lain orang-orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna, mereka akan disuruh menyarungkan pakaian yang umpama jubah berwarna merah. Memang rasa pelik jugalah sebab ada orang dok perhati kita atas bawah, atas bawah. Hehe :D


Lepas tu, kitaorang pon pergilah Tasik Putrajaya. Time ni memang letih dah nak bergambar tapi aku gagahkan jua. Sakit kaki usah dikata. Hahaha dekat sini ada food courts. Nak dijadikan cerita, pergilah satu gerai nak beli aiskrim. Kami beli aiskrim milo 3 dan aiskrim drumstick coklat 1, dan total harga semua RM 14. WOIII! Terkejut beruk kami, awat mahai sangatttt. Nak tahu berapa harga aiskrim milo tu? Aiskrim milo tu RM 3 yang sepatutnya harga sebenar dekat luar RM 1.50 sahaja dan aiskrim drumstick tu RM 5 yang sepatutnya dekat luar RM 2.50 sahaja untuk setiap satu aiskrim. Memang orang yang jual tu tipu harga kaw kaw punya. Bengang weyh tapi beli jugak! So korang yang baca ni, jangan beli dekat peniaga yang memang sah-sah tipu pelanggan. Aku tak boleh terima sebab harga aiskrim sepatutnya standard. Fuhhh sabooo je lah~

Dan setakat itu ajelah pengembaraan kami di Putrajaya. Memang letih tapi best! Harini nak balik Pulau Pinang dah. Doakan perjalanan kami selamat yer semua :) More picture to show!

With my beloved mother and big sister!

My mother and second big brother!

My brother and his wife!

Ilaliqa'
Cik Shiqah,
Home Sweet Home,
Beranang, Selangor.

Wednesday, January 13, 2016

Hello Semester 2


Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk hidup. Tahun pun dah bertukar angka. Daripada 2015 jadi 2016. Mungkin agak lambat tapi nak juga ucapkan Selamat Tahun Baru buat para pembaca yang mungkin terbaca post ni. Agak lama tuan tanah tak update blog. Tanggungjawab sebagai pelajar itu haruslah dilaksanakan dengan yang paling baik kan? :)

Cepat sungguh masa berlalu. Sekarang dah masuk pun semester 2. Result final semester 1? Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah atas segala kurniaanNya. Cukuplah untuk membanggakan mak abah di rumah. Hehehe~ 

Sebenarnya, kehidupan sebagai pelajar matrikulasi ni sangat best. Ingat lagi dulu-dulu time dekat sekolah, kami sering diberitahu yang belajar dekat matriks ni susah. Jadi ramai yang takut nak belajar di matriks. Tapi sebenarnya satu je yang kita kena fikir, bukan mudah nak senang. Faham? Kalau kau berusaha nak dapatkan sesuatu, benda yang susah pun akan jadi senang. Semua terpulang kepada diri sendiri sama ada kau mahu atau tidak.

Lastly, aku rasa ini yang bakar lagi semangat aku untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang rasa penat. Rasa letih tapi semua rasa tu buang tepi dulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Ye tak? Ingatlah wajah dan harapan mak abah kau dekat rumah, in shaa Allah kau akan buat sesuatu usaha tu dengan sangat ekstrem. Jangan lupa juga kenang harapan dan cita-cita kau sendiri. Jangan cita-cita je tinggi melangit tapi usaha hanya sekecil bacteria!

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Makmal Komputer 3
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.