Saturday, February 13, 2016

[REVIEW] Tunangku Tidak Tampan

Assalamualaikum. Tunangku Tidak Tampan (3T) karya Muhammad Rusydi atau lebih dikenali sebagai Abang Bikai (Encik Sederhana) di Facebook. Nampak tajuknya macam sebuah novel cinta kan? Tapi bila korang baca sendiri, memang sangkaan korang akan jauh terpeleset.

Bila aku baca aje novel ni, hati aku rasa lain. Tak tau nak ungkap macam mana. Perasaan bercampur baur. Pandai penulis bermain dengan perasaan pembaca.

Novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zam yang bergelumang dengan dosa, hatinya tiba-tiba resah dan gelisah apabila memikirkan perkataan 'syurga'.

"SEGALA APA YANG KAU SUKA TU, SEMUANYA ADA DI SYURGA."

Dan ayat dekat atas inilah yang mendorong Zam untuk berubah menjadi seorang manusia dengan bimbingan Abang Jaga. Sungguh bila manusia ingin berubah menjadi lebih baik, maka ujian sangat banyak. Banyak sangat ujian buat Zam dalam novel ini dan setiap ujian yang dilalui oleh Zam memberi 1001 pengajaran buat aku dan mungkin orang lain yang membaca novel ni jugak.

Salah satu pengajaran daripada novel ni; Sejahat-jahat manusia boleh berubah menjadi sebaik-baik manusia. Sebab itu kita tak boleh judge seseorang manusia based on kisah silam dia. Permulaan baik untuk seseorang manusia itu tidak menjamin pengakhirannya juga baik dan begitu juga sebaliknya.

Aku tutup review aku ini dengan kata-kata Abang Jaga yang dipetik dalam novel 3T ini.

"Bila seseorang itu bersandar pada Tuhannya seratus lima puluh juta peratus, even dia berada di kasta manusia paling bawah sekalipun... Kau takkan bisa tewaskan dia. Bila lampu hidayah telah dinyalakan. Cubalah kalau kau mampu padamkannya semula..."

Akhir sekali, novel Tunangku Tidak Tampan memang terbaikk. Banyak lagi aku nak cerita tapi apakata korang dapatkan sendiri novel ni. Memang korang takkan rugi. Sangat berbaloi kerana novel ini sangat sarat dengan pengajaran dan ilmu.

Ilaliqa'
Cik Shiqah
Home Sweet Home
Pulau Pinang

2 comments:

Farhana Zukri said...

menarik :)

Beeha Azman said...

Haii, singgah di sini. Jum visit blog beeha
http://beehaazman19.blogspot.my/p/order-form-for-edit-blog.html