Wednesday, April 25, 2012

Aku Mahu Terbang


Aku mahu terbang di atas langit biru itu. Menikmati ketenangan dan kebahagiaan di atas sana. Bersama burung-burung yang masih kenal erti hormat sesama makhluk. Walaupun seekor burung. Aku kagum dengan peribadinya. Di atas langit biru itu, aku boleh terbang bebas tanpa memikirkan masalah yang berkerumun di jiwa. Biarkan saja masalah-masalah itu jatuh satu persatu di atas lantai bumi, aku rela. Biarkan saja masalah-masalah itu dibawa angin lalu, aku sangat merelakannya. Melarikan diri? Mungkin. Arghh, pegecutkan aku? 

Aku mahu terbang. Tapi mungkin langit yang cerah itu akan berubah menjadi kelam. Mungkin saja warnanya yang biru itu berubah menjadi kelabu-hitam. Sungguh saat ini aku mahu kekecewaan ini diganti dengan titis-titis hujan yang lebat buat kali terakhir. Biar semua perasaan ini pergi tidak kembali lagi. Namun aku tertanya-tanya, kenapa harus aku berperasaan sebegitu sedangkan aku tidak layak langsung mempunyai sekelumit pun rasa itu? 

Sungguh aku mahu terbang sekarang.
Tolongkah fahami diri ini.


Yang Mengharap,
Aku Mahu Terbang.

Wednesday, April 11, 2012

Nikmat Apa Lagi Yang Kamu Dustakan?

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Tengah hari tadi, pergi klinik. Sementara menunggu giliran yang pastinya lambat lagi, terus minta izin daripada mak untuk keluar kejap. Berjalan-jalan di sekitar klinik. Bawa Marissa sekali tentunya sebab anak dara tu memang kuat berjalan. Huhu~ Sedang merayau-rayau di sekitar klinik, mata kadangkala terlihat gelagat-gelagat pesakit. Ada yang patah tangan, patah kaki, berbalut sana, berbalut sini. Sungguh ramai insan yang diuji oleh Allah di sana. Hanya mampu mendoakan meraka dalam hati. Sungguh nikmat sakit itu hanya boleh dirasai jika kita bersabar kan? Dan orang-orang yang sabar itu akan ada ganjarannya. Sangat pasti :)

********

Bila Tuhan tarik nikmat bercakap. Hanya mampu keluarkan suara tanpa perkataan. Tak mampu bayangkan betapa peritnya orang bisu.

Bila Tuhan tarik nikmat lesu dan tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat, semuanya rasa tak kena. Semua benda buat rasa tak selesa. Ya Allah, sabarkan diri ini.

Bila Tuhan tarik nikmat melihat sedikit demi sedikit, dunia rasa kabur. Nak melihat pun, terpaksa mengerahkan mata untuk berusaha menimbulkan objek di hadapan retina. Allah, tak mampu bayangkan macam mana orang buta meneruskan kehidupan dalam gelap.

Allahuakhbar.. Allahuakhbar..

Ampunkan dosa-dosaku. Ampunkan dosa mak dan abahku. Ampunkan dosa seluruh ahli keluargaku. Ampunkan dosa sahabat-sahabatku. Ampunkan dosa guru-guruku. Ampunkan dosa semua insan yang aku kenali. Ampunkan kami semua Ya Allah.

Syukur Allah masih beri nyawa padaku. Syukur masih banyak nikmat yang Allah beri padaku. Nikmat tangan, nikmat lapang, nikmat iman dan nikmat Islam, Alhamdulillah. Jadikan kami hambaMu yang bersyukur Ya Allah, amin.




P/S: Mari kita sama-sama menghayati pengertian ayat surah ini. Ayat-ayat cinta Allah yang sungguh indah. Allah, jadikan aku seorang hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan. Jadikan aku insan yang bersyukur, Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


Wassalam,
Ilaliqa'.

Tuesday, April 10, 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga


Wanita itu bunga.
Bunga yang cantik kelopaknya.
Bunga yang tumbuh mekar gembira.
Bunga yang harus dipelihara sebaik-baiknya.

Wanita itu bunga indah.
Tangkainya lembut senang patah.
Hanya tangan yang agamanya gagah.
Dapat memetik dan menjaganya dengan mudah.

Wanita itu bunga agama.
Bunga yang tinggi nilainya.
Rumput-rumput mahmudah sentiasa menemaninya.
Tanah yang dibaja akhlak muslimah pelengkap hidupnya.
Siraman air agama menyuburkan kualitinya.
Jika tiada layulah dia.

Wanita itu bunga megah sebenarnya.
Megah pada manusia-manusia yang bukan mahramnya.
 Dia tidak akan memperlihatkan kelopaknya yang bersinar cahaya.
Hanya insan yang halal memilikinya.
Dapat melihat betapa indah rupa aslinya.


Wanita Solehah - 
lahir dari pakej yang pelbagai.

Tiada jalan yang singkat
atau perubahan yang segera.

Ia suatu proses - 
ada trial and error.
ada 'yes' and 'no'.


CS:
Menjadi wanita solehah itu tidak senang.
Tapi ia juga tidak susah.
=)

Friday, April 6, 2012

Muhasabah: Erti Syukur



"Aduh! Hari-hari makan roti berintikan kaya jer. Bosan betul!" Keluh Aiman. Digigit-gigitnya roti di tangan tanpa perasaan. Sedang dia duduk di tepi jalan sambil menikmati roti tersebut, matanya melihat sebuah situasi.

"Encik, tolonglah saya! Beri makanan sedikit pun tak apalah asalkan anak saya tak kelaparan." Rayu seorang wanita yang kelihatan comot kepada seorang penjual di tepi jalan. Di sisinya terdapat anak kecil yang kelihatan polos saja. 

"Hah! Jangan nak mengemis dekat sini. Nanti semua pelanggan aku lari. Dah pergi sana!" Halau si penjual sambil melayang-layangkan tangannya ke depan. 

Aiman yang melihat situasi itu hanya terkedu. Dipandang roti yang hampir habis di makannya. Dia mula bermonolog sendirian..

"Aku masih punya roti untuk dimakan tapi wanita itu? Sungguh aku manusia yang tak tahu bersyukur. Hanya tahu mengeluh saja. Haiihh walaupun hanya secebis roti, tapi itu tetap sebuah nikmat  dan rahmat dariNya yang harus aku syukuri. Sekurang-kurangnya aku masih ada makanan untuk dimakan bukan seperti wanita tadi. Terpaksa menebalkan muka dan meminta-minta hanya untuk mendapatkan secebis makanan. Kau harus bersyukur, Aiman. Bersyukur!"

Aiman mula bangkit dari tempat yang dia duduki. Tangannya mula mengagau ruang poket seluarnya. Keluar dua keping wang kertas berwarna biru. Langkahnya dituju ke arah kedai tersebut lalu tangannya pantas mengambil dua keping roti. Setelah selesai semuanya, matanya melilau mencari kelibat wanita tadi. 

"Yeahh itu dia!" Sorak Aiman perlahan. Langkah diatur. Sebaik saja sampai di hadapan wanita tersebut, dihulurkannya dua keping roti tadi. Ternyata wanita itu terpinga-pinga. Aiman senyum.

"Ambillah kak. Akak dengan anak akak tentu lapar kan?"

"Berapa harga roti ni dik, akak tak mampu nak bayar." Muram saja wajahnya.

"Takpe kak. Cuma doakan saja saya dikurniakan kesenangan di dunia mahupun akhirat. Itu pun sudah cukup memadai." Balas Aiman tenang.

"Terima kasih dik! Semoga Allah balas kebaikan adik dengan kebaikan juga, berlipat kali ganda. Amin!" Kata wanita tersebut dengan wajah ceria.

Aiman hanya senyum. Sungguh hatinya kini bagai ada satu perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata tapi apa yang dia tahu, hatinya rasa PUAS! Puas untuk apa dia juga masih memikirkannya. Dia dapat merasai bahawa sungguh Allah masih sayang akan dirinya. Tatkala dia mengeluh, Allah kembali menyedarkan dia dengan situasi yang dilihatnya tadi. Allah masih lagi memberinya peluang untuk mengenal erti syukur. Alhamdulillah. Dan ternyata benar, berkongsi nikmat dan pemberian Allah dengan makhluk Allah yang lain sangat menceriakan hati dan menenangkan jiwa. Lapar yang dirasainya tadi seolah-olah hilang apabila melihat si kecil dan ibunya menikmati makanan yang dibelinya. Alhamdulillah Ya Allah!

Pandanglah ke bawah.
Untuk menyedari nikmat yang melimpah.
Pandanglah ke atas.
Untuk menginsafi amalmu yang terbatas.
Moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi.

Kadangkala mahmudah tidak tercapai dengan amalan.
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian.
Seringkali kealpaan dan mazmumah diri.
Diperingatkan oleh kesempitan rezeki.

Sejauh mana kita mengasihi manusia.
Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada Yang Esa.
Hitunglah kesyukuranmu.
Bukan kesukaranmu.

Kadangkala Tuhan menyempitkan.
Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan.
Kadangkala Dia melapangkan.
Agar engkau tidak terlalu dalam kesempitan.
Kadangkala Dia melepaskan engkau daripada kedua-duanya.
Agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain dariNya.

Rahmat Allah itu terbentang sangat luas.
Buat hambanya yang menagih kasih dan keredhaanNya. 
Jadilah hamba itu.


P/S: Kenikmatan yang bertandang. Terkadang tidak dihiraukan. (Lepas dari pandangan) Dan bila hilang barulah dikesalkan. Pernah dengar? Itulah bait-bait lagu erti syukur yang dinyanyikan oleh UNIC. Lagu yang memberi inspirasi untuk menghasil cerita ringkas ini. Buat pengajaran kita bersama. Selain itu, izinkan aku berkata sepatah dua, huhu. Manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang dia terima. Namun manusia, belajarlah untuk bersyukur walaupun apa yang diterima hanya sedikit. Sekurang-kurangnya kamu masih dikurniakan pemberian sedangkan manusia yang lain? Satu lagi, sebelum kamu mengeluh, lihat dulu manusia lain disekeliling kamu. Di situ nilailah, layakkah kamu mengeluh? Sama-samalah kita fikir yer :)

P/S 2: Abah aku hadiah kan aku empat ekor arnab! Alhamdulillah. Comel sangat-sangat. Nanti ada masa, aku buat entry tentang mereka berempat yer. Hehe :D

Wassalam,
Ilaliqa'.

Monday, April 2, 2012

Hati Bertanya Siapa Kamu?


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. 
(Surah An-Nur ayat 26)

Salah seorang sahabat aku bertanya tentang jodoh. Dan aku hanya mampu diam kerana jodoh itu memang sesuatu yang istimewa, menarik. Sesuatu yang tidak diketahui oleh manusia kerana jodoh itu rahsia Ilahi kan? :) Dan tiba-tiba seperti ada sebuah mentol yang menyala di tepi kepala ni. Ungkapan madah bicara yang aku sendiri tidak tahu untuk apa aku nukilkannya. 


Apa yang aku ada,
Untuk dianugerahkan kepada kamu?
Apakah iman yang rapuh.
Atau hati yang hancur.
Dan cinta yang hilang.

Namun kau berkata,

Tidak mengapa. 
Aku datang atas janji kita dengan Tuhan waktu kecil dulu.
Izinkan aku menjadi imam dalam setiap sujudmu,
Biar aku rawat hatimu dengan zikirullah yang menyembuhkan.
Dan biar aku taburkan rasa cinta agung demi Dia.


Coretan yang aku sendiri tidak tahu untuk siapa aku tujukan. Siapa pemiliknya? Hanya Allah yang tahu dan biarlah pemilik itu seseorang yang sudah halal bagi aku kelak, InsyaAllah. Oh yer! Ada satu kata-kata yang sangat menarik dan buat aku tertarik. Kata-kata daripada sebuah novel yang baru aku beli tadi. Bunyinya begini.

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali." (Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha - )



Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui misteri jodoh kehidupan kita. Dan Allah Mengetahui dan Memberikan yang terbaik pada kita semua. Itu sangat pasti. Akan tetapi biarlah hal jodoh itu terus menjadi rahsiaNya buat sementara waktu kerana apabila tiba masanya, semuanya akan diketahui juga. Cepat atau lambat saja penentunya. Kan Miss Arina sayang? :D


Wassalam,
Ilaliqa'.