Friday, December 30, 2011

Bukan Semua Insan Menemui Kebahagiaan Di Pengakhiran Cerita. Itulah Kehidupan.


Kehidupan itu bukannya seperti yang digarapkan dalam novel-novel cinta. Kehidupan itu bukan semuanya mesti berakhir dengan kebahagiaan, itulah kenyataan. Setiap insan yang hidup dalam dunia ini sudah ditakdirkan bagaimana kehidupan mereka. Mungkin hidup seseorang itu diuji dengan pelbagai ujian sehinggakan mata-mata lain yang melihat memalingkan wajah mereka, tidak sanggup menatap wajah yang sedang menerima ujian itu. Namun insan yang diuji itu tetap tersenyum dalam kesedihan, ketawa dalam tangisan. Bibirnya tenang melafazkan, Allah sangat cinta dan sayang pada dia. MasyaAllah. Walaupun kebahagiaan tidak terasa di dunia, tapi kehidupan selepasnya pasti penuh keindahan. Allah sudah menetapkan balasan bagi orang-orang yang bersabar. Yakinlah. Walaupun hidup di dunia berakhir dengan sad ending, tapi di sana nanti happy ending pasti muncul, disana yang abadi. InsyaAllah. Cinta yang dibina antara dua insan itu pula bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari cinta Tuhan. Cinta yang ikhlas kerana Allah pasti akan diuji dan sesiapa yang berjaya dalam ujian itu, kebahagiaan pasti akan menanti tidak kira dimana saja dia berada. Disitu tamatlah pencarian cinta yang hakiki antara dua insan itu. (My Heart Says)


Ramai orang kata cerita Tentang Dhia sad ending tapi bila aku fikir semula sebenarnya cerita tu happy ending. Tapi happy ending dengan cara yang berbeza. Jangan terkejut, aku layan juga cerita itu. Hehe :D Apa yang baik ambil sebagai pengajaran, apa yang buruk buang jauh-jauh. Seriously, cerita dia sedih. Ending yang tak disangka-sangka, yang buat aku terfikir seperti apa yang aku tulis di atas. Huhu~

Thursday, December 29, 2011

LA TAQRABUZZINA!!!



Bulan tersenyum saja.
Bintang perli ketawa.
Langit menutup mata.
Malu melihat aksi manusia.
Mesra tidak kira suasana.
Dalam taman berpegangan dan merasa.
Azab Allah terus dilupa.
Dalam hati hanya ingat 'oh bestnya!'
Lepas dah buat semua.
Baru nak menyesal segala.
Bila tahu si gadis mengandung, mulut luas ternganga.
Lalu langkah mudah hanya tutup mata.
Lepas bayi lahir terus buang si kecil itu merata-rata.
Bayi yang tidak berdosa pula menjadi mangsa.
Akhirnya, dosa pun makin berganda.
Syaitan tepuk tangan suka.
Satu lagi anak adam tewas di tangannya.


Pada pandangan aku lah kan, walaupun syaitan datang menggoda, kita tak boleh menyalahkannya kerana kerja tetap syaitan memang untuk menggoda manusia tapi tugas dia hanya menggoda bukan menyesatkan kita. Manusia sesat sebab imannya lemah dan mudah mengaku kalah kepada hasutan syaitan. Sekiranya kita tersesat, diri sendiri yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah, bukannya syaitan. Balasan untuk syaitan itu sendiri, Allah sudah lama menetapkannya. Syaitan hanya menggoda, yang memutuskan nak ikut ataupun tidak adalah diri kita sendiri. Pilihan diri sendiri ok? 


Tapi Allah itu Maha Adil. Allah dah beri peringatan dan saranan kepada kita supaya kita tidak terjerumus dalam kancah maksiat. Allah tahu kita ni manusia lemah, selalu lupa dan alpa. Ada juga hadis Rasulullah SAW yang memberi peringatan kepada umatnya.

"Dan jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (membawa kerosakan) Surah Al-Israa' (32)
"Katakan kepada lelaki-lelaki yang beriman, mereka perlu menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Itu lebih baik untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." Surah An-Nur (30)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." Surah An-Nur (31)
"Jangan sesiapa di kalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan mahram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya." HR Bukhari.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya, "Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan mahram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam gengamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua."

Terpulang pada diri.
Sama ada mahu ikuti.
Atau ingkari.



P/S: Sedih dengar lagu NI. Menjadi mangsa akibat perbuatan manusia. Semoga Allah merahmati roh-roh si kecil ini. InsyaAllah, semua si kecil ini syurgalah tempat yang layak buat mereka. Walaupun kita tak pernah bersua dan bertemu, tapi perasaan sayang itu ada. Sayang sangat-sangat dengan baby-baby ini. Al-Fatihah.

Lahirmu ada nilainya.
Disisi Allah kamu mulia.
Bagai kain putih kamu tiada dosa.
Berbahagialah kamu disana.

Wednesday, December 28, 2011

Kerana Segala-galanya Bermula Daripada Hati

Pegang hati ini kuat-kuat dan peliharanya sebaik mungkin.


Dia: Walaupun aku ni tak pakai tudung, tapi hati aku baik. Walaupun aku tak solat, hati aku baik, suka tolong orang yang susah. Walaupun aku tak buat apa yang kau buat, tapi hati aku baik!


Aku: Betul ke hati kau baik?


Dia: Betullah!


Aku: Setahu aku, jika hati seseorang itu baik, hati tersebut akan membawa tuannya ke arah jalan yang baik. Hati akan menyuruh tuannya menutup aurat. Hati akan menyuruh tuannya mendirikan solat. Hati akan sentiasa menegah tuannya daripada melakukan kemungkaran dan menyuruh tuannya melakukan amalan kebaikan. Segala perintah Allah, pasti hati akan menurutinya tanpa banyak alasan dan pasti tuan punya hati juga  turut merasakan tempiasnya, akan melakukan perkara yang sama. Jadi, kau mendakwa hati kau baik selama ini, boleh dipercayai?


Dia: Bercakap memang hebat tapi buktinya mana? Apa bukti mengatakan hati itu mempengaruhi segalanya. Ini hati aku, aku tahu la keadaannya bagaimana! Aku yang hidup bersamanya.


Aku: Rasulullah SAW bersabda, "Di dalam tubuh manusia itu, terdapat segumpal daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh tubuhnya, maka ketahuilah bahawa segumpal daging itu ialah hati." (Hadis 40 An-Nawawi)


Jagalah hati jangan kau kotori.
Jagalah hati lentera hidup ini.
Jagalah hati jangan kau nodai.
Jagalah hati cahaya Ilahi.


*********


Terkejut tak ada post? Malam kelmarin aku kena ceramah dengan abang, insaf juga diri ni. InsyaAllah, aku akan terus menulis di blog ini selagi isinya bermanfaat untuk dibaca. Jika ada masa lapang dan terluang, aku akan menulis. Aku sekarang masih dibayangi dengan kata-kata abang aku. Dasyat juga lah kena ceramah semalam. Huk3!

Friday, December 23, 2011

It's Time To Say Goodbye


Mungkin setahun atau lebih.
Assalamualaikum.

P/S: Tolong jaga blog aku ek ^_^
P/S 2: Takkan update blog sepanjang tempoh diatas.
P/S 3: Doakan kejayaan aku sepanjang waktu itu.
P/S 4: Ceria-ceria selalu.
P/S 5: Tata!

Wednesday, December 21, 2011

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati


Bertuah sebab kenal dia. Dia sangat baik.
Sebab itu Allah panggil dia kembali.


Kau pergi macam tu saja.
Selepas mengajar aku tujuan hidup di dunia.
Dunia yang tercipta hanya untuk sementara.
Bagi menguji keimanan dan ketaqwaan manusia.
Menguji kepatuhan manusia terhadap perintah Pencipta.
Sesiapa yang berjaya pasti beroleh bahagia.
Bahagia yang kekal abadi di kehidupan lainnya.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan dia kepada hamba.
Walaupun seketika tapi detik bersamanya amat berharga.

Al-Fatihah.


BEBERAPA TAHUN DAHULU


Aku harap kau berubah kerana Allah, bukan kerana kau bersahabat dengan aku. Kalau kau berubah kerana Allah, perubahan yang kau lakukan pasti berpanjangan dan kekal, InsyaAllah tapi kalau kau berubah kerana manusia, jika manusia tu pergi meninggalkan kau, aku takut kau 
akan kembali seperti sediakala. 

InsyaAllah aku berubah kerana Allah tapi kau nak pergi mana pulak?

Takdalah pergi mana-mana. 
Tapi yelah mana lah tahu, aku kena pergi mana-mana ke.


The rest is history...


Hari ni ada ceramah tentang sahabat.
Lagu ini juga turut diputarkan semasa ceramah berlangsung.
Ceramah dan lagu yang menggamit semula memori yang sedih.
Sungguh aku tak suka sedih-sedih!
Huhuhuhu!

Tuesday, December 20, 2011

Dalam Balang Derita, Ada Gula-Gula Bahagia. Harus Percaya. (^_~)



Ujian itu tanda cinta dari Tuhan,
Nikmat ujian yang diperoleh manis berpanjangan,
Itulah hadiah bagi orang yang bersabar dengan ujian.

Dalam balang derita, ada gula-gula bahagia. Di helaian kertas gembira, mungkin tercoret kisah duka. Tiada siapa yang faham, tiada siapa yang tahu. Ujian, tiada siapa pinta kehadirannya. Bibir senang melafaz kata sabar namun hati jenuh menahan rasa sakit dan menderita. Ujian yang hadir dan takdir yang dilalui, terimalah dengan lapang dada. Ikhlaskan hati, madu ujian pasti diperolehi.
Memang kadangkala hati rasa terseksa, namun ada hikmah disebaliknya, pasti. Setiap kali ujian menjelma, harus ada rasa bersyukur di hati dan juga jiwa. Itu tandanya Allah mengasihi dan menyayangi setiap masa, lalu diuji sejauh mana tahap iman sedangkan ramai yang terbiar, lalai. Hanya yang terpilih sahaja, mendapat ujian dariNya. Bukan senang Allah ingin memberi perhatian buat seorang insan yang bergelar hamba. Maka, bersyukurlah sentiasa dengan ujian yang diterima. Alhamdulillah. 
Redhalah dengan ujian yang kecil mahupun besar ini, kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Terimalah dengan redha, bukannya pasrah kerana pasrah dan redha itu lain maknanya. 

Makin banyak ujian,
Makin rapat dengan Tuhan,
Begitulah hamba yang beriman.


~*********************************************************************~


P/S: Aku sangat (L).(E).(T).(I).(H) banyak kerja :p
P/S 2: Oklah! Nak pi sambung buat mana-mana yang patut.
P/S 3: Senyum dan ceria-ceria selalu. ^_^ 
P/S 4: Assalamualaikum!

Thursday, December 15, 2011

Mulut Dan Juga Hati, Samakah Bicaranya Atau Berbeza?

Ramai orang mengaku mencintai Allah termasuk kita, tetapi kita harus tanya kembali pada diri dan hati, semurni apakah kecintaan kita itu? Memang mulut kata ya, tapi apakah hati turut kata benda yang sama? Sama-sama renung kembali. 

Kata cinta itu sudah puas ku coretkan.
Lafaz cinta bermelodi indah turut ku bicarakan.
Lautan api sudah ku selami hingga penghujung garisan.
Namun masih sama gelora yang ku rasakan.

CintaMu, RinduMu.
RedhaMu, RestuMu.
KasihMu, SayangMu.
Hadiahkanlah rasa itu kepadaku.
Hadirkanlah rasa itu dalam hatiku.
Sebarkanlah rasa itu di segenap jiwaku.

Ya Allah, ku harap cintaMu.
CintaMu nan satu.
Ku ingin rasai getaran itu.

Itulah yang sebenar-benarnya.
Puas ku cari, namun tidak ku jumpa.
Namun aku tidak pernah putus asa.
Usaha dan doa itulah teman setia.
Dikala aku mencari cinta.

Kadangkala di pertengahan jalan aku rebah.
Namun hati berbicara jangan pernah mengaku kalah.
Aku bangkit semula dan mengorak langkah.
Menuju ke arah Cinta Allah.
Dengan langkah istiqamah.

Buat aku yang bergelar manusia.
Jangan pernah putus asa mencari cintaNya.
Kerana itulah cinta sebaik-baik cinta.
Cinta yang buat engkau bahagia hingga hujung nyawa.


Coretan Hati, 5:57 AM.
Azan subuh juga sudah berkumandang.
Assalamualaikum.

Wednesday, December 14, 2011

❤ Hati Ini Rindu ❤



R.I.N.D.U

Rindu itu satu perasaan yang semua manusia ada di hati mereka. Rindu itu anugerah daripada Allah. Insan yang mempunyai hati memiliki rasa rindu maka jika ada manusia bilang dia tiada perasaan rindu, umpama dia tiada hati. Rindu, semua manusia rindu. Rindu kepada Allah dan Rasulnya, rindu kepada orang-orang yang disayanginya, rindu akan ketenangan, rindu akan kebahagiaan, rindu akan kesejahteraan, rindu akan kedamaian, rindu akan kenangan dan macam-macam lagi. Jangan pernah menafikan perasaan rindu, kerana semua manusia merasainya. 

Kini aku juga rindu dengan baby comel dan si gadis cantik dalam gambar tu, Marissa dan Adam. Gelagat dan tingkah laku mereka berdua membuatkan aku rasa rindu. Rasa macam nak balik rumah, bawa dia datang sini tapi macam boleh je! Comel kan, budak berdua nih? ❤ 

Tuesday, December 13, 2011

Cerpen: Indahnya Cinta Dua Insani Bila Bersulamkan Redha Ilahi (3)



Sudah beberapa minggu sejak kejadian itu berlalu, namun surat balasan yang diharapkan oleh Zafran masih lagi belum muncul. 'Dia tak terima aku ke?' Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Humaira. 

"Humaira!" Humaira kalih belakang.

"Hah Zafran, kau asal panggil aku mesti jerit. Cubalah bagi salam!"

"Assalamualaikum Cik Humaira. Aku nak tanya kau sikit nih."

"Apa dia?" Pantas Humaira menjawab.

"Kawan kau, Jannatul Iman tu ada cerita apa-apa tak dekat kau?"

Wajah Humaira tiba-tiba bertukar sedikit muram.

"Zafran, aku sokong sangat kau nak kahwin dengan Iman tapi mungkin dia tak balas lagi surat kau sebab dia sibuk. Yelah, sekarang kan tengah sem akhir. Kau sabar aje lah dulu. Nanti konvo, kita jumpa dekat sana. InsyaAllah Iman pun ikut sekali, teman aku. Ok lah, aku pergi dulu. Assalamualaikum."

Zafran terpinga-pinga. 'Eh macam tu pula?'

*******

Malam itu diadakan majlis perpisahan buat fakulti kejuruteraan. Zafran dan Rayyan juga turut serta kerana mereka juga merupakan pelajar yang akan menghabiskan pengajian hujung tahun ini. Tidak terkecuali Humaira yang bertemankan Jannatul Iman. Jannatul Iman mengenakan jubah berwarna hitam dipadankan dengan tudung labuh berwarna merah jambu. 

"Eh itukan baju yang dia pakai masa pertama kali aku jumpa dia!" Bicaranya perlahan. Matanya masih melekat ke arah Jannatul Iman. Rayyan yang menyedari tingkah laku sahabatnya itu segera berlalu ke arah pengacara majlis dan membuat satu pengumuman.

"Assalamualaikum kakak-kakak dan abang-abang! Hari ini kita ada acara khas, dipersilakan pemuda yang menjadi pujaan ramai masa kini, Amir Zafran untuk menyanyikan sebuah lagu!" 

Kuat suara Rayyan mengejutkan Zafran. Dalam keadaan terpinga-pinga, dia tetap melangkah ke hadapan. Buat Rayyan, diarah supaya memasang lagu permata yang dicari nyanyian Dehearty. Zafran mengetuk-ngetuk mikrofon yang sedang dipegangnya.

"Ehem. Lagu ini saya tujukan khas buat gadis yang memakai tudung labuh berwarna merah jambu.." Kata Zafran sambil tersenyum. Bibirnya mula menuturkan bait-bait indah lagu tersebut.

Hadirnya tanpa kusedari.
Menggamit kasih cinta bersemi.
Hadir cinta insan padaku ini.
Anugerah kurniaan Ilahi.

Lembut tutur bicaranya.
Menarik hatiku untuk mendekatinya.
Kesopanannya memikat di hati.
Mendamaikan jiwaku yang resah ini.

Ya Allah.
Jika dia benar untukku.
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku.
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.

Dialah permata yang dicari.
Selama ini baru kutemui.
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi.
Apakah dia kan ku miliki.

Tidak sekali dinodai nafsu.
Akan kubatasi dengan syariatMu.
Jika dirinya bukan untukku.
Redha hatiku dengan ketentuanMu.

Ya Allah.
Engkaulah tempat bergantung harapanku.
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmatMu

Tepukan gemuruh bergema di dewan itu. Mata Zafran tidak lepas memandang Jannatul Iman. Mahu melihat reaksi gadis itu. Merah pipi gadis itu. Dia hanya tersipu malu. Bibir dia nampak pucat dan kering. 'Sakitkah dia? Eh darah!' Mata Zafran sempat menangkap darah mengalir keluar dari hidung gadis itu, namun pantas disekanya. Mungkin tidak mahu orang lain perasan, namun malangnya Zafran sempat melihat. 'Ya Allah, bantulah dia!'

*******

Selang beberapa minit, keadaan dalam dewan tersebut agak kelam-kabut. Mana taknya, ada seorang budak perempuan pengsan. Zafran tertinjau-tinjau untuk mengetahui siapakah yang pengsan namun hampa, pandangannya dihalang. Ramai sangat mengerumun di situ.

'Jannatul Iman kah itu?' Hati Zafran mula risau. Segera dia menjerit memanggil Humaira yang berada agak jauh darinya.

"Siapa yang pengsan tuh?" Pantas Zafran bertanya.

"Iman, Iman. Dia pengsan! Aku dah suruh Insyirah dengan Mawaddah bawa dia ke hospital. Zafran sebenarnya dia.. err diaa.." Percakapan Humaira tersekat-sekat. Sebak dan cemas bercampur-baur.

Zafran kalut. "Sebenarnya dia apa?!" Bergetar suaranya.

"Iman sakit, buah pinggangnya dijangkiti sejenis bekteria, kalau tak segera dibedah, nyawa dia akan terancam. Mungkin sebab itu dia tak balas surat kau, dia taknak bagi kau harapan." Jelas Humaira. Airmatanya sudah mengalir mengenangkan nasib sahabatnya itu.

Mata Zafran sudah merah. Sedaya upaya ditahan kolam airmatanya supaya tidak pecah. Ya, dia harus kuat demi gadis itu!

"Dah jom kita pergi hospital!" Ajak Zafran kepada Humaira dan Rayyan yang baru saja tiba. Zafran tidak mahu melengahkan masa lagi.

*******

Zafran segera berlari-lari anak apabila melihat kelibat Insyirah dan Mawaddah di ruangan menunggu. Rayyan dan Humaira ditinggalkan jauh di belakang. Sekarang, dia hanya ingin tahu keadaan Jannatul Iman. Itu saja!

"Macam mana keadaan dia?" Soal Zafran.

Mawaddah mengeleng-gelengkan kepala. "Masih dekat dalam."

Zafran mengeluh. Akhirnya dia sama-sama menunggu dia ruangan itu. Selang beberapa minit, pintu yang menempatkan Jannatul Iman terkuak, keluar seorang doktor wanita.

Zafran terus berdiri dan menuju ke arah doktor itu. "Bagaimana keadaan dia, doktor? Dia tidak apa-apa kan?"

"Keadaan dia kritikal. Pembedahan harus dijalankan secepat mungkin..."

"Habis kenapa tak buat lagi?!" Zafran mula emosi, Rayyan yang berada di sebelahnya menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Menyuruh sahabatnya supaya bertenang.

"Harap bertenang semuanya. Sebelum pembedahan dijalankan, ada beberapa hal penting yang harus diselesaikan. Keluarga pesakit harus menandatangani borang kebenaran untuk melakukan pembedahan dan membayar kos pembedahan."

"Berapa kos pembedahan tu doktor?" Humaira bertanya.

"RM 500000." Humaira terkedu. Mampukah keluarga sahabatnya membayar wang sebanyak itu?

"Baiklah saya setuju. Biar saya tandatangan dulu, keluarganya mungkin lambat lagi sampai." Zafran menyahut. Doktor tersebut segera memberi borang-borang yang harus ditandatangani.

"Pembedahan akan dimulakan sebentar saja lagi. Walau apapun, berdoalah kepada Allah agar pembedahan ini berjaya. Kerja saya hanya berusaha untuk menyelamatkan orang tapi yang menentukan segala-galanya ialah Allah SWT." Doktor itu terus berlalu dari situ sebaik saja menerangkan segala-galanya.

Selang satu jam, keluarga Jannatul Iman tiba juga.

"Pakcik dan makcik janganlah risau. Saya dah tolong tandatangan borang untuk melakukan pembedahan. InsyaAllah, semuanya akan selamat. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan Jannatul Iman."

"Bagaimana dengan kos pembedahan, berapa jumlah kesemuanya?" Tanya Encik Hanafiah.

Zafran terus terang. "RM 500000"

Encik Hanafiah meraup mukanya. Nafasnya seakan sesak. Melihat raut wajah tua itu, Zafran pantas memberitahu bahawa dia akan menolong membayarkan kos pembedahan. Encik Hanafiah tersenyum, terharu dengan sikap pemuda yang berdiri dihadapannya itu.

"Anak ni siapa? Pakcik taknaklah susahkan sesiapa kerana kos pembedahan anak pakcik. InsyaAllah, pakcik akan usahakan sendiri untuk membiayai kos rawatan anak pakcik."

"Saya kawan Jannatul Iman. Tak susah mana pun pakcik, saya ikhlas. Lagipun saya memang ingin meminang anak pakcik untuk dijadikan isteri." Hambik! Zafran terus cakap niatnya itu.

"Pandai anak kita cari menantu untuk kita yer bang. Anak ni ustaz yer?" Puan Amalina menyampuk.

Zafran tersenyum gembira mendengar bicara Puan Amalina.

"Taklah. Saya sama-sama belajar dengan anak makcik di Universiti." Balas Zafran bersama senyuman manis.

Selanjutnya, perbualan diteruskan antara Zafran dengan Encik Hanafiah. Pelbagai soalan yang ditanya oleh orang tua itu, lagak polis pula. Namun Zafran gembira kerana dapat berterus terang dengan kedua-dua ibu bapa gadis idamannya, Jannatul Iman.

30 minit kemudian, doktor yang melakukan pembedahan keluar dari bilik pembedahan. Surgical mask yang menutup mulutnya ditarik ke bawah.

"Macam mana keadaan pesakit doktor?" Terus Zafran bertanya.

"Alhamdulillah keadaan pesakit sudah stabil. Pesakit akan dimasukkan ke dalam sebuah wad khas untuk pengawasan selanjutnya tapi buat masa ini, saya boleh cakapkan yang pembedahan berjaya, Alhamdulillah. Jadi, untuk pembayaran bolehlah dilunaskan di kaunter. Kalau takda apa-apa, saya minta diri dulu." Dia segera berlalu setelah memberi sedikit penerangan.

Hati Zafran tidak lekang dengan kalimah Alhamdulillah. Diberitahu kedua-dua ibu bapa Jannatul Iman supaya masuk ke dalam terlebih dahulu melihat keadaan anaknya sementara dia ingin membuat pembayaran di kaunter. Rayyan di ajak bersama menemani dia membuat cek bernilai RM 500000.

"Kau memang pemurah la Zafran. Aku kagum melihat kau sanggup membayar kos sebanyak itu. Sebab itulah, mak bapa Iman terima kau sebagai bakal menantu."

Zafran tersenyum melihat ulah sahabatnya, Rayyan.

"Aku ikhlas Rayyan. Aku tak mengharap apa-apa balasan pun. Lagipun, Jannatul Iman tu bukan tahu aku ni anak Tan Sri dan dia pun bukan materialistik macam perempuan yang aku kenal sebelum nih. Dia lain sangat. Lagipun, apa guna kita kaya, tapi kita jadi miskin bila nak tolong orang yang memerlukan bantuan, kan? Rezeki yang manusia dapat, semua kurniaan Allah SWT. Tidak perlu kedekut sesama kita. Allah nak tarik harta kita, bila-bila masa saja DIA boleh. Sementara nyawa masih ada, aku akan menghulurkan bantuan jika aku mampu, InsyaAllah. Rayyan, aku memang benar-benar ikhlas dengan dia dan aku amat berharap dapat menjadi teman yang halal untuknya!" Luah Zafran dengan senyuman, ada sedikit kesayuan yang bertandang di hatinya.

"InsyaAllah! Aku rasa dia pun tak sabar nak jadi kekasih yang halal untuk kau. Jangan risau kawan, kalau ada jodoh, tidak kemana kalian berdua. Allah sudah mengaturkan setiap perjalanan hambaNya dan sudah tentu per-aturan Allah itu paling terbaik! Kau dah berusaha, sekarang serahkan semuanya kepada Allah. Biar Allah tentukan." Nasihat Rayyan sambil menepuk belakang Zafran berkali-kali. Memberi semangat!

Zafran tersenyum. "Terima kasih atas khidmat nasihat kau tuh. Sangat berguna untuk aku. Betul cakap kau, kita merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah itulah yang terbaik, betul tak?"

"Hah betul tuh! Aku tak sangka, Amir Zafran yang dulu kaki lepak, kaki perempuan dah berubah menjadi ustaz yang warak. Jannatul Iman tu benar-benar berjaya buat kau berubah!" Rayyan tarik sengih.

Zafran senyum lagi. Alhamdulillah.

*******

Sejak hari itu, Zafran tidak lagi melawat Jannatul Iman. Bukan dia sengaja, tapi akibat kekangan masa. Ada juga dia cuba bertanya kepada Humaira, Humaira memberitahu Jannatul Iman sudah dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari yang lalu. Zafran masih menanti-nanti jawapan Jannatul Iman, adakah YA atau TIDAK. Ramai orang kata penantian itu satu penyeksaan tapi bagi Zafran penantian itu satu ujian. Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Gadget itu diambil dan dia segera menekan butang hijau.

"Assalamualaikum, Ni Zafran yer?" Suara lelaki tua di hujung talian.

"Waalaikummussalam. Yer saya. Ni siapa?" Tanya Zafran.

"Pakcik ni ayah Jannatul Iman. Pakcik dapat nombor fon Zafran pun dari doktor yang merawat Iman tempoh hari. Ada sesuatu yang ingin pakcik beritahu."

"Oh ya! Kenapa pakcik? Ada apa-apa berlaku pada Jannatul Iman ke?" Zafran mula cemas. Hatinya tiba-tiba tidak tentu arah.

Encik Hanafiah ketawa kecil di hujung talian. "Pakcik telefon ni nak tanya, bila keluarga Zafran nak masuk meminang anak perempuan kami. Iman dah beri kata setuju dengan lamaran kamu"

Zafran terpana!

'Ya Allah! Betulkah Jannatul Iman menerima lamaran ku? Terima kasih Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu. Alhamdulillah!'

*******

Lafaz ijab kabul sudah termeterai antara Amir Zafran bin Ahmad dan Jannatul Iman binti Hanafiah siang tadi. Kedua-dua mempelai itu kelihatan gembira semasa majlis perkahwinan dijalankan. Jannatul Iman memakai jubah pengantin dan tudung labuh yang direka khas sebagai busana pengantinnya. Sejuk mata suaminya memandang. Siapa lagi kalau bukan Amir Zafran.

"Sayang, terima kasih kerana terima abang sebagai suami sayang yang sah. Akhirnya termakbul juga harapan abang untuk menjadikan sayang sebagai kekasih halal abang." Luah Zafran semasa di kamar pengantin mereka.

Jannatul Iman tersenyum, dia meraih tangan suaminya lalu tangan itu disalam lembut. Pandangannya lalu diangkat, menatap wajah suaminya dengan senyuman. Manis sekali.

"Terima kasih juga kerana abang sudi terima sayang sebagai isteri. Sayang amat hargai apa yang abang buat selama ini tapi maafkan sayang kerana layanan sayang yang acuh tidak acuh saja dengan abang sebelum ni. Bukan sayang sengaja, cuma sebagai wanita Islam, sayang harus menjaga perilaku sayang. Syaitan amat bijak menghasut dua insan yang mengalami perasaan cinta. Sebab itu pada zaman ini, ramai manusia yang asalnya tidak mahu bercinta sebelum pernikahan, melakukan sebaliknya. Sayang tidak mahu kita berdua juga tergolong dalam kalangan itu. Bagi sayang, jodoh itu sudah ditentukan Allah. Lihat, kita berdua juga sudah berkahwin. Itu lebih baik kan? Bercinta mengikut cara Islam?" Jannatul Iman senyum.

Zafran turut senyum dan menganggukkan kepala.

"Terima kasih juga sayang ucapkan kepada abang kerana sudi membayar kos pembedahan sayang tempoh hari. Tapi abang jangan salah faham pula, sayang kahwin dengan abang bukan disebabkan itu tapi disebabkan agama yang ada pada abang dan juga kerana Allah!" Sambung Jannatul Iman lagi.

Sejuk hati Zafran apabila mendengar luahan hati isterinya itu.

"Terima kasih sayang. Tentang duit pembedahan tu, tak usahlah diungkit-ungkit lagi. Abang tolong sayang kerana Allah. Abang setuju dengan cakap sayang. Bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan abang sangat gembira kerana hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dariNya, InsyaAllah. Lepas ni, abang dah boleh cium sayang, rindu sayang, peluk sayang, sudah tiada halangan lagi. Yes!" Nakal saja nada Zafran. Keningnya diangkat-angkat.

Jannatul Iman melayangkan cubitan di lengan suaminya. "Abang ni gatallah!"

"Biarlah. Abang gatal dengan sayang aje. Kalau tak gatal dengan sayang, nak gatal dengan siapa, jiran sebelah? Ok lah lepas ni abang gatal dengan jiran sebelah aje ok! Sayang jangan putih mata pulak!" Usik Zafran.

"Abang!" Zafran ketawa dengan sikap isterinya. Ternyata, manja juga insan yang bernama Jannatul Iman ni. Baru dia tahu. Hee~

Selang beberapa  saat.

"Jika mahu yang solehah, harus jadi soleh terlebih dahulu kan?" Zafran tiba-tiba bertanya kepada Jannatul Iman.

Jannatul Iman angguk kepala. "Macam abang dulu la kan?" Keningnya sengaja dijongketkan. Sengihan lebar pula menghiasi bibirnya. Saja mahu bergurau dengan suaminya.

"Oh sayang perli abang ek! Nak kena nih!" Balas Zafran, tangannya mencuit hidung si isteri, pinggang isterinya digeletek perlahan.

Jannatul Iman melepaskan tawa gembira. Senang  hati kerana dapat mengenakan suaminya semula. Zafran yang melihat telatah isterinya turut ketawa bahagia. Dalam hatinya berbisik cinta..

'Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaatiMu dan mentaati suaminya. Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang ibu yang akan mendidik anak-anakku dengan ajaran agamaMu yang mulia. Ya Allah, berkatilah hubungan yang terjalin antara aku dan dia agar kami kekal bahagia sehingga Engkau menjemput kami kembali semula ke pangkuanMu. Sungguh besar rahmatMu terhadap diriku dengan menganugerahi aku seorang isteri yang baik dan solehah sepertinya. Semoga kasih dan cinta yang terbina antara kami berdua berlandaskan cintaMu ini kekal hingga ke syurga. Amin Ya Allah!'

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu. (Imam Nawawi)

~::: TAMAT :::~ 



Pesanan Penaja: Alhamdulillah. Berjaya juga menghabiskan cerpen ini. Syukran kepada yang sudi baca, saya amat hargainya. (^_^) Semoga apa yang tertulis di cerpen ini, ada pengajaran dan sedikit ilmu yang boleh diambil. InsyaAllah. Selamat membaca! :)

Monday, December 12, 2011

Cerpen: Indahnya Cinta Dua Insani Bila Bersulamkan Redha Ilahi (2)



Zafran termenung di meja belajar. Pen ditangan dipusing-pusingkan. Masih mencari-cari idea untuk membuat assignment. Pada masa yang sama, pintu bilik terkuak, Rayyan masuk ke dalam bilik sambil memberi salam, Zafran menjawabnya dengan nada gembira.

"Asal kau tengok aku macam tuh?" Soal Zafran apabila dia sedar Rayyan merenungnya dirinya sejak tadi.

"Aku peliklah. Kau macam dah berubah. Sejak kebelakangan nih, kau dah tak keluar dengan awek-awek kau tuh. Setahu aku, waktu-waktu macam nih kau dah lesap. Lagi satu, sejak bila kau buat assignment dengan tangan kau sendiri? Selalu awek-awek kau yang tolong buat kan? Mana diorang, dah lari yer?" Gurau Rayyan.

"Hahaha. Weyh, aku dah lama berhenti buat kerja-kerja tuh. Awek-awek tu semua bukan berhenti, tapi aku pecat! Assignment nih, biarlah aku buat sendiri. Lebih berkat. Kau baru balik dari surau ke?" Tanya Zafran.

"Yup! Eh, kau nak tahu tak, budak yang baru masuk tuh bagi tazkirah tadi. Cara penyampaian dia sangat menarik, macam ada tarikan magikal. Ramai orang puji dia, macam ustazah betul!"

Mata Zafran membulat. Mini heart attack menyerang!

"Ye ker?! Ruginya aku takda tadi. Esok, jom kita pergi surau sama-sama nak, aku dah lama tak pergi surau. Tiba-tiba rasa rindu. 

Zafran sengih, Rayyan kerut dahi. Pelik dengan sikap sahabatnya.

"Kau nih macam ada apa-apa aje. Baik kau bagitahu aku apa dah jadi?" Tapi aku gembira sebab kau ada tanda-tanda nak berubah. Ok sekarang cerita perkara yang sebenar, cepat!"

Zafran hanya senyum dan menceritakan segala-galanya. Satu ayat tak tinggal. Rayyan hanya mendengar dan turut gembira buatnya. Ayat yang sama dilontarkan oleh Humaira dilontarkan kembali oleh Rayyan. "Ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz bukan playboy!"

Zafran hanya senyum.

'Jannatul Iman, nama secantik tuannya. Bukan saja cantik luaran tapi dalaman juga. Jannatul Iman, akan aku usahakan diriku ini agar menjadi pilihan terbaik buatmu. Aku tak pernah nampak dia keluar berdua-duaan dengan lelaki. Setiap kali bertemu lelaki, pandangannya akan jatuh ke bawah. Paling aku kagum, dia tetap mengekalkan identiti muslimah walau dimana jua dia berada. Benarlah kata Humaira, dia lain. Kesolehan, kebaikan, kesantunan dan ketaatan dia memikat hati ini. Berjayakah aku memetik mawar yang penuh duri itu? Ya Allah, aku damba bantuanmu, tanpa pertolonganmu sudah pasti aku rebah. Ya Allah, kau rahmatilah perjuangan untuk aku melakukan penghijrahan ini kerana penghijrahan aku ini semata-mata keranaMu Ya Allah.'

*******

Empat bulan sudah berlalu dan kini Zafran mula hidup dengan diri dan jiwa yang baru. Alhamdulillah. Dia kini sudah berjinak-jinak mempelajari ilmu agama. Masanya juga turut terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Pada malam hari, dia bertahajud dan mengaji dan pada hujung minggu, dia dan temannya, Rayyan akan menghadiri tazkirah di surau Universiti mereka. Mungkin sudah rezekinya, pada hujung minggu lalu, dia diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah. Peluang yang diberi digunakan sebaiknya.

Tazkirahnya berkisarkan tentang kekeluargaan. Apabila menyampaikan tazkirah, matanya kadangkala ternampak wajah Jannatul Iman. Begitu tekun gadis itu mendengarnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Humaira juga pernah berjumpanya dan mengatakan sesuatu.

"Zafran, sekarang aku kagum dengan kau. Kau dah membuktikan yang kau dah benar-benar berubah. Aku berdoa agar kau hasrat kau untuk memenangi hati Iman tercapai, InsyaAllah!"

Terharu dan bahagia apabila mendengar kata-katanya. Alhamdulillah.

*******

"Jannatul Iman!"

Zarfan menjerit nama itu dan segera berlari-lari anak. Jannatul Iman berhenti melangkah. Dia memalingkan kepalanya melihat siapa yang memanggil.

"Assalamualaikum Jannatul Iman."

"Waalaikummussalam  Amir Zafran."

Zafran senyum lalu menghulurkan sepucuk surat.

"Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak cakap dengan awak tapi semuanya saya dah tulis dalam surat tuh. Harap awak baca sampai habis dan jangan buang surat ni. Assalamualaikum."

"InsyaAllah, saya akan baca. Waalaikummussalam."

Lalu kedua-duanya mengatur langkah menuju ke destinasi masing.

'Aku harap dia membaca surat itu sehingga selesai dan menerima aku seadanya. Sesungguhnya aku betul-betul ikhlas untuk menjadikan dia sebagai bidadari hidupku di dunia dan akhirat, InsyaAllah.'

*******

Jannatul Iman membuka lipatan surat itu. Matanya mula menjalankan tugas.

Assalamualaikum Jannatul Iman,

Maaf kerana terpaksa mencuri masa saudari. Mungkin dulu saya digelar playboy oleh student di sini, dan saudari mungkin juga anggap begitu kerana Humaira juga rakan saya, pasti dia menceritakan tentang saya kepada saudari. Namun itu semua cerita empat bulan yang lepas. Sebaik saja kehadiran saudari, saya terus berubah. Allah telah mengurniakan hidayah kepada saya dengan mengirimkan saudari sebagai perantara. Saya kembali bertaubat padaNya. Saya amat tertarik dengan identiti muslimah yang saudari tunjukkan. Memang zaman sekarang, susah untuk mencari yang solehah.

Saya ingin menjadikan saudari sebagai teman hidup saya, saya mengerti saudari juga faham. Pada ibu bapa saya, sudah dikhabarkan tentang hal ini dan mereka juga tiada halangan. Cuma sekarang ini, hanya jawapan saudari saja ingin saya ketahui. Jika saudari setuju, selepas habis belajar, saya akan terus pergi ke rumah saudari dan meminang. Saya akan berjumpa ibu bapa saudari sendiri. Saya tahu hukum-hakam agama.

Dulu saya lalai dan leka, hanya tahu berseronok saja, sebab itu saya digelar playboy. Terlalu asyik dengan perempuan tapi itu semua biarlah menjadi sejarah silam saya. Walaupun begitu, saya tidak pernah memegang tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru kini saya mula mendalami ilmu-ilmu agama. Banyak sungguh dosa saya selama ini.

Patutlah saudari hanya menundukkan pandangan apabila bertemu dengan lelaki ajnabi kerana dalam surah An-Nur ayat 30 hingga 31, Allah sudah mengingatkan kita agar menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan. Baru kini saya mengerti, Islam selama ini tidak pernah mengajar seseorang itu bercinta sebelum pernikahan. Perkara itulah yang saya sering lakukan dulu tapi tidak lagi sekarang! Saya sudah berhenti melakukan itu semua. 

Kini, saya hanya ingin bercinta mengikut cara yang diatur oleh Islam. Oleh sebab itulah, saya ingin melamar saudari menjadi kekasih halal saya. Saya berharap agar saudari membalas surat ini. Hanya katakan YA atau TIDAK. Jawapan yang diberikan saudari, saya akan terima dengan rela hati. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca warkah ini. Sehingga berjumpa lagi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

-Amir Zafran-

Jannatul Iman mengeluh berat. Allah..

*******

Bersambung...


P/S: Part 3 mungkin part akhir, InsyaAllah. Akan cuba habiskan cerpen ni secepat mungkin. Syukran kepada sesiapa yang baca karya tak seberapa nih. Sambungan dia akan dimasukkan bila idea kembali pulang, sekarang idea tiba-tiba hilang. Huhu~ (^_^)

Cerpen: Indahnya Cinta Dua Insani Bila Bersulamkan Redha Ilahi (1)



"Zafran!"

Kuat suara itu memanggil. 'Siapa aje lah yang panggil aku, takda kesantunan langsung! Dipalingkan mukanya, haih Rayyan rupanya.'

"Weyh! Awek-awek kau semua pakat tanya aku kau dekat mana. Pening lah aku nak jawab, semua soalan sama saja. Kau yang bercinta, aku yang kena tanggung pening kepala. Lama-lama, otak aku pun boleh mereng!" Katanya, masih tercungap-cungap akibat berlari tadi.

Laju saja Zafran menjawab, "Alahh kau bagi ajelah alasan apa-apa pun. Asalkan diorang tak kacau aku lagi. Bosan lah hari-hari macam nih!"

"Eh baru beberapa hari dah bosan? Bukan selama ni kau pasang awek keliling pinggang, semuanya cun-cun ke?" Ujar Rayyan sinis.

"Huh! Diorang tu sukakan harta mak bapak aku aje, bukan suka aku pun. Harap rupa aje cantik tapi meterialistik semuanya! Kalau kau nak pun, aku bagi free aje? Hah nak? Dah jom blah!"

Zafran mula mengatur langkah. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Matanya terpaku di satu sudut. 'Eh dia!'

*******

Imbas kembali

Matanya melilau-lilau tidak tentu arah namun tidak sampai sesaat pandangan itu mula tertumpu pada seorang gadis. Hati lelakinya mula berbisik nakal.

'Jubah labuh berwarna hitam dipadankan dengan tudung labuh berwarna merah jambu. Cun juga budak nih, sejuk mata yang memandang begitu juga mata aku! Hehe. Tapi agak-agak dekat luar USIM macam mana pula yer? Berubah atau tetap sama. Yelah kebanyakan gadis yang aku kenal, dalam Universiti, tudung labuh ya amat tapi bila luar Universiti, tudung labuh terbang entah ke mana! Namun jika dia benar-benar muslimah sejati, memang aku takkan lepaskan dia. Zaman sekarang, wanita solehah susah nak cari wooo. Mungkin sekarang, aku dah jumpa bakal isteri? Haha.'

Zafran pandang kiri dan kanan. 'Line clear!' Kaki mula mengatur langkah ke arah gadis tersebut.

"Assalamualaikum saudari."

"Waalaikummussalam." Hati Zafran mula berbunga-bunga apabila gadis tersebut menyambut salamnya. 'Ada chance nih!'

"Saya..." 

'Eh hilang! Dia pergi, macam tu aje? Tak pandang muka aku langsung atau hadiahkan senyuman, apatah lagi. Memang tak dapat lah. Betul ke tidak perempuan nih?'

*******

Kembali semula

Mata Zafran terus memaku di pintu Kafe. 'Wah! Gadis muslimah itu. Akhirnya aku dapat jumpa dia kembali. Dia seperti sedang menunggu seseorang. Masa masih ada, harus ambil kesempatan nih. Masa itu kan emas!'

"Assalamualaikum saudari," dan seperti biasa, salam Zafran bersambut. Tanpa melengahkan masa, Zafran terus memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Amir Zafran bin Ahmad, selamat berkenalan. Kita pernah jumpa dulu, ingat tak?" 

"Oh, saya pelajar baru dekat sini. Sorry la, banyak sangat orang, saya tak ingat." Acuh tak acuh saja dia menjawab.

"Nama saudari apa?" Zafran pantas bertanya.

Gadis itu hanya mengelengkan kepala dan berlalu menuju seseorang. 'Arghhh mencabar kesabaran sungguh!' Mata Zafran menyorot langkah gadis itu. 'Eh Humaira! Alahai, senang la kerja aku lepas nih! Kawan dia, kawan sekelas aku rupanya.. Humaira, kau mesti tolong aku!'

*******

"Humaira! Humaira! Tunggu!"

"Hah kau Zafran. Ingat siapa la dok terjerit-jerit panggil aku macam orang gila."

Zafran tayang sengih. "Weyh, budak yang baru masuk tu kawan kau yer?"

"Hah yelah. Kau jangan nak cuba-cuba usik dia ek. Bukan aku tak tahu perangai playboy kau tuh, pantang nampak dahi licin, mulalah nak sebat. Dia tuh bukan perempuan taste kau lah! Tak payah nak sibuk-sibuk. Aku sure punya, dia takkan layan lelaki macam kau nih."

"Aku bukan playboy lagi ok. Ada beberapa minggu nih kau nampak aku keluar dengan mana-mana perempuan. Ada?"

Humairah geleng-geleng kepala.

"Hah sebab tulah, diorang semua bukan taste aku lagi. Taste aku dah beralih arah dekat kawan kau tuh. Dialah gadis dambaan aku. Sekarang aku nak tahu nama dia aje, tolonglah aku!"

"Ulang lagi sekali? Aku macam tak percaya aje taste seorang playboy macam kau nih ada dekat Jannatul Iman tuh. Setahu aku, seorang playboy, hanya layak untuk playgirl dan seorang ustazah hanya layak untuk ustaz. Macam tak kena aje kalau seorang playbloy bersama seorang ustazah?" Sinis saja kedengaran bebelan Humaira itu.

Zafran hanya tersenyum. Dia tak ambil hati dengan kata-kata Humairah sebaliknya dia gembira dengan jawapan itu. Nama gadis yang mencuri hatinya sudah diketahui! Senangnya hati.

"Cakaplah apa pun, aku tak kisah. But the way, thanks untuk jawapan tuh. Nanti kalau ada apa-apa, aku minta tolong kau lagi yer! One more thing, aku bukan playboy lagi yer! Assalamualaikum!" Zafran terus berlalu dari situ bersama senyuman di bibirnya.

'Jannatul Iman, akan ku tawan hatimu untuk menjadi suri di hatiku. InsyaAllah.'

*******

Bersambung...


P/S: Assalamualaikum. Dah lama tak tulis cerpen. So, aku kembali menulis cerpen, saja nak uji skill. Ternyata sudah karat! Tangan jadi kaku, minda jadi kelu. Cerpen aku tak best, sorry yer. Saja publish kerana tidak mahu memenuhkan draft. Alang-alang sudah tulis kan? Bersambung sebab dah takda idea. InsyaAllah, jika idea datang, aku sambung balik. Terima kasih baca walaupun tak best. (Cakap macam ada orang baca je. Huhu)

Sunday, December 11, 2011

Nama-mu-kah Yang Tertulis Di Luh Mahfuz Sana?



Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapi separuh dari iman di hati dan jiwa?
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Dalam setiap sujudku, doa dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Moga suatu hari nanti pabila tiba masanya, dikurniakan aku seorang raja di hati dan jiwa. Menjadi wadah untuk kucurahkan segala rasa disebalik perasaan yang terkandung beribu-ribu makna dan berkongsi segala-galanya disulami dengan rasa kasih dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepadaNya. 
Kadangkala bila aku rasa keseorangan, dia hadir menemani dan menghiburkan. Di kala hati rasa sayu, dia hadir mengubat kedukaan. Jiwa yang resah tidak lagi kesepian bila dia muncul memberi bantuan. Dialah teman hidup yang kuidamkan di dunia dan akhirat jika Allah mengizinkan. 
Ya Allah, Tuhan yang memegang hati ini, tidak aku pinta yang kacak serta rupawan, yang hartawan juga bukan. Apatah lagi kedudukan, itu bukan yang kuharapkan. Cuma kudamba seorang insan yang sepadan, yang boleh menuntun aku ke jalan redhaMu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Amin, Ya Allah..

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. (Surah An-Nur ayat 26)

Sediakan diri menjadi solehah terlebih dahulu,
Yakni soleh pasti menjadi milikmu,
Yakinlah dengan janji Allah itu!



Pemuda: Assalamualaikum.
Pemudi: Waalaikummussalam.
Pemuda: Can I have your wali's phone number?
Pemudi: Erkkk??

Ini baru cara memikat yang gentleman! (^_^)

Saturday, December 10, 2011

Keinsafan. Sekejap Dia Datang, Sekejap Dia Hilang.



Keinsafan.
Hanya sesekali mengetuk pintu perasaan.
Datangnya tidak menentu masa dan keadaan.
Amat bertuah sesiapa yang merasakan.

Keinsafan.
Ia bagai jarum yang menyucuk perlahan.
Rasanya tidak perit namun amat terkesan.
Namun mengapa masih ada insan.
Yang tidak mengambil tindakan.
Dengan apa yang dia rasakan?

Begini ya.
Dengar ceramah beria-ia.
Dalam hati sedih dan insaf mula terasa.
Namun bila ceramah habis saja.
Keinsafan itu terus sirna.

Lalu diri kembali hilang, hilang dan terus hilang.
Hingga sesat dalam terang.


******


Pada pendapat aku, keinsafan itu umpama persinggahan. Dia datang dan dia pergi. Terpulang kepada kita untuk membenarkan dia singgah di hati buat selamanya-lamanya ataupun membenarkan dia singgah hanya buat seketika.

Paling penting, keinsafan itu membawa perubahan. Perubahan itu memerlukan usaha agar dapat menjana transformasi yang mantap dalam kehidupan. Secara tidak langsung, keinsafan itu juga boleh membawa diri seseorang kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Tak faham? Ok cuba kita kaitkan hubungan antara elemen-elemen di atas dan buat kesimpulan. 

So, kesimpulan yang aku dapat ialah, bila adanya keinsafan, kita akan menuju perubahan dengan berusaha menjadi manusia yang baik dan terbaik dan bila adanya usaha, dengan izin Allah SWT, kejayaan di dunia dan akhirat pasti diperoleh. Semua itu berkait rapat kan? :)


Sama-sama muhasabah, sama-sama berubah. 
Moga beroleh rahmat Allah!
InsyaAllah.

Friday, December 9, 2011

U-Turn La Ke Pangkal Jalan Selagi Diberi Kesempatan



Manusia selalu menghalalkan yang haram semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Apa yang dilarang Allah, itulah yang manusia suka lakukan. Tiada lagi rasa takut kerana melanggar perintah Allah. Kadang-kadang terfikir sendiri, manusia sangat takut untuk berbuat sesuatu yang dilarang oleh bos di tempat kerja, tapi manusia sangat berani membuat perkara yang dilarang Allah, Pencipta manusia itu sendiri. Bila seorang bos mengarahkan manusia membuat sesuatu, manusia hanya turutkan tanpa banyak alasan tapi bila Allah menyuruh manusia melaksanakan kewajipannya sebagai seorang muslim, dengan pantasnya manusia mencipta pelbagai alasan, manusia ingkar! 


Bos suruh:

a) Jangan langgar peraturan syarikat.
~> Baik bos!

b) Pergi hantar surat ni dekat Syarikat Bernama.
~> Baik bos!

c) Bos panggil kau sekarang juga, cepat pergi!
~> Baik bos!


Allah suruh:

a) Azan Zuhur dah berkumandang. Allah dah panggil tuh, cepat solat!
~> Alah, nantilah! Nanti dan nanti hingga azan asar mula berkumandang.

b) Tutup aurat tuh bila keluar rumah!
~> Panaslah. Lagipun, belum sampai seru.

c) Jangan langgar peraturan yang ditetapkan Allah!
~> Relexlah! Nanti esok-esok boleh taubat.

d) Couple itu dekati zina. Jangan hampiri zina.
~> Alah, aku bukan pegang-pegang tangan pun, just SMS aje.


Allah, sedihnya hati. Teringat kata-kata kakak usrah, berdosa besar bagi kita yang tahu sesuatu yang haram, tapi kita berlagak sombong. Macam peringatan Allah dalam Surah Al-Jathiya ayat 7 hingga 8 yang bermaksud:
"Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, - Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Namun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Walaupun manusia selalu ingkar, Dia sentiasa beri peluang untuk manusia bertaubat, kembali ke pangkal jalan. Jangan pernah mensia-siakan peluang yang telah Allah berikan. Gunakan nikmat umur itu sebaik-baiknya, bertaubatlah selagi belum terlambat.

Allah SWT berfirman, "Wahai anak adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. AKU tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apa pun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula." 
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Allahu Rabbi. Sayangnya Allah kepada kita, hambaNya.

Wednesday, December 7, 2011

Perjalanan Untuk Mendirikan Baitul Muslim Yang Diredhai Allah

Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi, Cinta ayah bonda tulus
suci selamanya, Cintakan saudara masa berada hanya sementara,
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.


Assalamualaikum. Manusia dikurniakan perasaan cinta dan itu fitrah, tidak boleh dihalang kehadirannya untuk menerobos dalam diri. Cuma sebagai insan yang berpengetahuan agama, kawallah perasaan itu agar diri tidak terjerumus dalam lembah kemaksiatan. Perasaan cinta/sayang antara wanita dan lelaki itu memang tidak boleh dinafikan kewujudannya. Allah juga menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Allah berfirman dalam Surah Yaasin ayat 36 yang membawa maksud, "Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tidak mengetahui."


Namun perjalanan dua insan dalam mencapai cinta yang benar-benar diredhai Allah amatlah sukar. Cinta ini bukannya seperti cinta yang lainnya. (Keluar berdua-duaan, tiap-tiap malam tangan menaip SMS, tiap-tiap pagi mula menelefon pasangannya) Cinta yang dicapai semata-mata inginkan redha Allah ini terlalu banyak halangan dan rintangan yang perlu dilalui. Syaitan akan lebih berusaha untuk melalaikan pasangan ini. Namun janganlah risau! Jadikan iman dan taqwa sebagai benteng diri dan hati. Selalunya niat yang benar dan suci, Allah pasti permudahkan dan berkati, InsyaAllah.


Saling mencintailah hanya kerana Allah, saling menyayangilah hanya
kerana Allah, saling membahagiakanlah hanya kerana Allah, kerana hanya
Allah-lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.


Ada orang cakap, cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup mereka. 


Memang susah dan payah untuk mencapai tahap itu, namun tiada apa yang mustahil jika tahap pergantungan kita kepada Allah tinggi. Teruskanlah jihad kalian untuk mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Perjalanan untuk mendirikan baitul muslim yang diredhai Allah, itulah matlamat utama! Semoga tercapai, Amin.


P/S : Dedicated this post special for my big brother and future sister-in-law, InsyaAllah. May Allah Bless both of you! :)


~ ***************************************** ~


~(SHARING IS CARING)~

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta yang diberkati? Cinta yang diberkati itu adalah cinta yang diikat oleh ikatan suci pernikahan. Dalam Islam, tiada istilah bercinta ataupun 'cuba-cuba' walaupun dengan tujuan demi mendekatkan diri kepada bakal teman hidup. Islam memberikan ajaran lengkap, bagaimana mengenali orang yang mahu diajak hidup berumah tangga. Ajaran Islam berupa taaruf atau perkenalan. Perkenalan adalah cara yang sudah memadai. Dalam proses perkenalan, tidak dibenarkan adanya unsur-unsur penipuan, pembohongan dan ketidakjujuran. Mereka perlu memperlihatkan perkara yang sebenar supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. (Bibir Merayu Hati Bernafsu, Ahmad Haikal Ieman, M/S 4)

Tuesday, December 6, 2011

Jangan Ditunggu Lagi (!)



Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin beribadah banyak-banyak padaNya.
Jangan ditunggu sampai usia sudah tua, 
Baru ingin bertaubat dan kembali padaNya.

Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin menjejakkan dahi ke tikar sejadah dunia.
Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin menutup aurat dengan sempurna.

Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin berhenti melakukan dosa dan noda.
Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin mengumpul ganjaran pahala.

Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin mempelajari ilmu agama.
Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Baru ingin mengenali Sang Pencipta.

Jangan ditunggu sampai usia sudah tua,
Kerana engkau mungkin tidak bisa bertemu tua,
Disebabkan Allah telah menyeru namamu pada usia muda.

Oleh itu wahai manusia semua,
Bermulalah sejak usia muda,
Kelak engkau tidak akan menyesal di kemudian harinya.


Siti Nurashiqah Jurit,
6 Dec 2011, 2:40 AM.
~Peringatan buat diri sendiri juga~


Sunday, December 4, 2011

Anak Kurang Mesra Dengan Ibu Bapa? Salah Siapa?

Keluarga Yang Bahagia :)


DULU

Encik B sedang berbincang dengan rakan sekerjanya yang lain mengenai projek baru di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba anaknya yang berumur 4 tahun melangkah menuju ke arahnya.

Anak: "Ayah tengok nih! Cantik tak lukisan adik?" Wajah si kecil itu bercahaya menunjukkan sehelai kertas yang dipegangnya.

Encik B: "Yang! Ambiklah anak awak nih. Saya tengah berbincang dengan kawan nih!" Balas si ayah tanpa melihat lukisan anaknya.

Isteri Encik B: Segera mengambil si anak lalu memujuk dengan penuh kasih sayang si kecil yang jelas kecewa dengan sikap ayahnya itu.


SEKARANG

Encik B parkir kereta di hadapan bangunan sekolah anaknya. Selang beberapa minit, si anak melangkah masuk ke dalam kereta.

Encik B: Adik belajar apa dekat sekolah hari nih?

Anak: Adalah.

Encik B: Nak makan apa nanti?

Anak: Apa-apa aje lah.

Encik B: Hanya melihat wajah anaknya dan diam.


**********


Dulu si bapa buat tidak endah dekat anak, sekarang anak pula buat tidak endah dekat bapa. Dulu anak nak tarik perhatian si bapa, tapi bapa buat tak peduli. Sekarang si bapa nak tarik perhatian anak tapi anak pula buat tak peduli. Conclusion? Renung-renungkan dan selamat beramal! :)


P/S: Don't blame each other's. Buat anak, walau macam mana pun sikap ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita dan kita wajib menghormati, mentaati dan berbakti kepada mereka dan buat ibu bapa, mereka yang bergelar anak juga punya perasaan yang perlu dijaga. Kedua-dua belah pihak, sama-samalah menjaga yer. (^_^) May Allah Bless!

Saturday, December 3, 2011

Dia Nak Berjaya, Tapi Tak Mahu Berusaha. Macam Mana Tuh?


Dia hanya seekor siput berwarna coklat,
Tidak mempunyai kaki yang panjang untuk memanjat,
Tapi dia ingin menyeberang ke sana dengan cepat,
Lalu anugerah yang dikurniakan Allah digunakan dengan kreatif sangat,
Berkat usaha si siput yang kuat,
Dia akhirnya berjaya menyeberangi dengan penuh hebat!


Kadangkala manusia kena ambil iktibar dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh sang haiwan yang sama-sama hidup di muka bumi ini. Itulah lumrah kehidupan, kena saling belajar antara satu sama lain, tak boleh sombong sangat dengan haiwan kerana makhluk ini mungkin lebih hebat daripada kita. (:


So, pengajaran yang boleh diambil berbunyi begini, kita kenalah yakin dengan kemampuan yang kita miliki dan jangan kata tidak mampu atau susah sebelum kita berusaha. Dalam dunia ini, tidak ada kemudahan yang kekal, sama juga dengan kesulitan, sesuatu perkara yang tidak kekal juga. Jangan malas, kerana terus bersikap malas tidak boleh mengubah apa-apa. Sebaliknya berusaha, baru boleh berjaya! Bak kata pepatah arab, Man Jadda Wajada yang membawa maksud sesiapa yang berusaha, pasti mendapat hasilnya. 


Begitulah kehidupan,
Siapa malas berusaha, dia kecundang,
Siapa rajin berusaha, kejayaan mendatang.

Bulat takkan bergolek,
Pipih tak datang melayang.
Kan? (^_^)


P/S: Lagi satu sikap haiwan yang perlu dibuat contoh. Klik SINI. Tersentuh hati aku dengan kasih sayang yang diperlihatkan. Membuatkan naluri keibuan aku tersentuh. Huhuhu~