Sunday, December 11, 2011

Nama-mu-kah Yang Tertulis Di Luh Mahfuz Sana?



Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku ke jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapi separuh dari iman di hati dan jiwa?
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Dalam setiap sujudku, doa dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Moga suatu hari nanti pabila tiba masanya, dikurniakan aku seorang raja di hati dan jiwa. Menjadi wadah untuk kucurahkan segala rasa disebalik perasaan yang terkandung beribu-ribu makna dan berkongsi segala-galanya disulami dengan rasa kasih dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepadaNya. 
Kadangkala bila aku rasa keseorangan, dia hadir menemani dan menghiburkan. Di kala hati rasa sayu, dia hadir mengubat kedukaan. Jiwa yang resah tidak lagi kesepian bila dia muncul memberi bantuan. Dialah teman hidup yang kuidamkan di dunia dan akhirat jika Allah mengizinkan. 
Ya Allah, Tuhan yang memegang hati ini, tidak aku pinta yang kacak serta rupawan, yang hartawan juga bukan. Apatah lagi kedudukan, itu bukan yang kuharapkan. Cuma kudamba seorang insan yang sepadan, yang boleh menuntun aku ke jalan redhaMu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Amin, Ya Allah..

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. (Surah An-Nur ayat 26)

Sediakan diri menjadi solehah terlebih dahulu,
Yakni soleh pasti menjadi milikmu,
Yakinlah dengan janji Allah itu!



Pemuda: Assalamualaikum.
Pemudi: Waalaikummussalam.
Pemuda: Can I have your wali's phone number?
Pemudi: Erkkk??

Ini baru cara memikat yang gentleman! (^_^)

6 comments:

Mialia said...

bestkan kalau ada lelaki mcm tu.. he3

bila cs nk kawen agknye ek.. hehe

Cik_Shiqah said...

Mia: Allahu Allah. Hanya Allah saja yg mengetahuinya.. takpelah, akk tunggu mia kahwin dulu, ok tk? :p

Han Hanan said...

kalaulah remaja zaman skrg seperti itu,indahnya dunia :D>.tunggu Shiqah kahwin haha

sea_lavender said...

syukran ats perkongsian ... sebak rse dan sayu dgn lagu ini..entry sebagai kekuatan diri..

Cik_Shiqah said...

han hanan: hailah awt pasai kahwin lgi nih? hik2 :D

sea lavender: Afwan.. semoga bermanfaat :)

Nelly The Strange said...

InsyaAllah jika memang nama dia ..
:)