Thursday, December 1, 2011

LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHAALIMIIN



Aku: Masih melakukan dosa terhadap Allah? Kesian dengan diri sendiri tuh, tolong jangan zalimi dia.


Dia: Mana ada aku menzalimi diri sendiri!


Aku: Seseorang itu dianggap menzalimi diri sendiri apabila dia melakukan dosa terhadap Allah dengan melakukan perkara yang diharamkan (dilarang) dan meninggalkan perkara yang disyariatkan (diwajibkan). Apakah kau masih menafikan yang kau tidak menzalimi diri sendiri?


Dia: Tapi aku buat atas kerelaan aku sendiri dan aku tak anggap itu perbuatan yang menzalimi diri aku sendiri kerana aku tahu apa yang aku buat. Lagi satu, aku yang tanggung dosa, bukan kau. So, just shut up your mouth!


Aku: Nak tahu kenapa aku kata kau menzalimi diri sendiri? Kerana perbuatan kau selama ini mendedahkan diri kepada kemurkaan dan azab Allah SWT seperti tak solat, tak tutup aurat dan sebagainya. Memang manusia tanggung dosa masing-masing termasuk juga aku dan kau. Yer! Memang aku harus akui yang kau memang gagah menanggung dosa tapi yang menakutkan aku, adakah kau juga akan gagah apabila menerima azab Allah SWT kelak? Gagah kah engkau nanti bila saat itu tiba?


Dia: ...........................................................


Kedua-duanya (Adam dan Hawa) berkata: "Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi."  
(Surah Al-A'raf ayat 23)

7 comments:

sea_lavender said...

syukran atas entry ini memberi peringatan agr sentiasa dan terus mndkt pd-Nya tika susah dn senang..Insya-Allah...

Faaein Talip Roy said...

sedih..

selalu aje menzalimi diri sendiri...

=(

Ardini Humaira said...

InsyaAllah, sama2 kita ubah diri menjadi lebih baik...semoga kita semua berjaya menjadi khalifah yang dirahmati Allah di muka bumi ini, amin
:')

Amelia said...

astaghfirullah, rasa mcm dah byk dosa slama ni :( hrp terelak dan sntiasa dpt hidayah dri prangai mcm tu

Just Mini Love said...

hurm.... menyentuh betul entry ni..

Unknown said...

MENZALIMI DIRI HURMM

Cik_Shiqah said...

sea lavender: InsyaAllah, amin..

kak faaein: tidak terkecuali dri ini juga. huhu~

Kak dini: InsyaAllah, amin..

mialia: manusia itu tdk sempurna bgitu juga dengan akk. semoga hidayah Allah tdk pernah brhnti utk disalurkan kpd kita semua, amin..

ieyza: semoga kesentuhan boleh membawa kita semua ke arah keinsafan, insyaAllah..

iffah: Hurmmm~