Sunday, December 4, 2011

Anak Kurang Mesra Dengan Ibu Bapa? Salah Siapa?

Keluarga Yang Bahagia :)


DULU

Encik B sedang berbincang dengan rakan sekerjanya yang lain mengenai projek baru di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba anaknya yang berumur 4 tahun melangkah menuju ke arahnya.

Anak: "Ayah tengok nih! Cantik tak lukisan adik?" Wajah si kecil itu bercahaya menunjukkan sehelai kertas yang dipegangnya.

Encik B: "Yang! Ambiklah anak awak nih. Saya tengah berbincang dengan kawan nih!" Balas si ayah tanpa melihat lukisan anaknya.

Isteri Encik B: Segera mengambil si anak lalu memujuk dengan penuh kasih sayang si kecil yang jelas kecewa dengan sikap ayahnya itu.


SEKARANG

Encik B parkir kereta di hadapan bangunan sekolah anaknya. Selang beberapa minit, si anak melangkah masuk ke dalam kereta.

Encik B: Adik belajar apa dekat sekolah hari nih?

Anak: Adalah.

Encik B: Nak makan apa nanti?

Anak: Apa-apa aje lah.

Encik B: Hanya melihat wajah anaknya dan diam.


**********


Dulu si bapa buat tidak endah dekat anak, sekarang anak pula buat tidak endah dekat bapa. Dulu anak nak tarik perhatian si bapa, tapi bapa buat tak peduli. Sekarang si bapa nak tarik perhatian anak tapi anak pula buat tak peduli. Conclusion? Renung-renungkan dan selamat beramal! :)


P/S: Don't blame each other's. Buat anak, walau macam mana pun sikap ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita dan kita wajib menghormati, mentaati dan berbakti kepada mereka dan buat ibu bapa, mereka yang bergelar anak juga punya perasaan yang perlu dijaga. Kedua-dua belah pihak, sama-samalah menjaga yer. (^_^) May Allah Bless!

7 comments:

ieyza afieyna said...

nasib baik ayah dia sabar..
kalau ayah dia pans baran.. dah pelempang kowt... huhu

Addin said...

sayangilah kedua ibu bapa anda sementara mereka masih ada :')

Cik Jannah said...

haaa. sedih.

Secret Garden said...

ish3

Mialia said...

this is like my situation ;(

Cik_Shiqah said...

mia: takpe, akk fhm.. tpi mcm akk ckp kat PS tu lah yer ^_^ takmau sedih2. hehe :)

Cik_Shiqah said...

ieyza, addin, cik jannah, secret garden: Kadang2 apa yg kita lihat mungkin penuh dengan dusta. kadang-kadang apa yg kita lihat pd zahirnya belum tentu itu bentuk yg sbnrnya. haha ;)